KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20080929

Orang Hindu pula yang marah main mercun di Surau !

Tak ke pelik , isu azan bukan main sensitif. Tapi isu anak-anak yang bermain mercun dekat surau hingga mengganggu jemaah surau tiada siapa yang sensitif. Yang bertambah pelik, orang India yang beragama Hindu pula yang menegur anak-anak yang bermain mercun dekat Surau di Taman Desa Dahlia , Senawang. Orang Islam kat Malaysia ni tak malu ke orang agama lain pula yang menegur orang Islam macamana nak sambut Aidil Fitri , macamana nak wujudkan suasana aman semasa tarawih , macamana nak kawal anak-anak jangan bermain mercun dekat surau ?

Berikut e-mel yang saya terima daripada rakan saya yang berbangsa India :

Permainan yang merbahaya ini sudah menjadi kebiasaan di Taman Desa Dahlia - berhampiran Balai Raya dan Surau setiap hari selepas berbuka. Kadangkala belarutan sehingga 11:00malam. Perkara ini telahpun dilapurkan kepada pihak Polis Senawang tetapi masih belum dapat prhatian mereka. Sedangkan rumah saya bedekatan dengan surau setiap kali "BOM" diletupkan anak kecil saya terkejut dan terus menangis.

Apakah jiran yang lain tidak boleh dengar letupan "BOM" ini. Adakah mereka menunggu sehingga remaja nakal ini kehilangan anggota badan.

Dua tahun lepas 3 rumah telahpun terbakar di taman ini disebabkan permainan mercun.

Harap email ini akan mendapat perhatian pihak yang perhatin.