KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090129

Guru terkejut empat tayar kereta lesap di HTJS


Kosmo 29 Jan 09
SEREMBAN – Sudahlah ayah terlantar di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini, ibu pula tidak sihat, kini hati pula sakit.

Demikian keluh seorang guru, Nurul Afida Ibrahim, 27, apabila keempat-empat tayar kereta Kia Spectra miliknya ‘ghaib’ di kawasan letak kereta HTJS awal pagi semalam.

“Saya sangat terkejut apabila lihat keempat-empat tayar kereta saya hilang dan digantikan dengan batu bata ketika nak pergi kerja kira-kira pukul 6.40 pagi tadi (semalam).

“Saya berada di hospital menemani ayah yang terlantar di Unit Rawatan Rapi semalaman kerana emak tak berapa sihat,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau yang merupakan anak tunggal menambah, ayahnya mula masuk wad pada Rabu lalu disebabkan paru-paru berair.

Bercerita lanjut, beliau tidak menyangka sama sekali kejadian itu berlaku kerana kereta berkenaan diletakkan di bawah lampu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

2 ulasan:

hazri99 berkata...

mano jaga nih.. tidur ka..???

Unknown berkata...

Semalam dalam perjalanan dari tol sungai besi waktu petang, saya nampak sebiji kereta proton perdana di tepi highway pun empat tayar tak ada dah dialas dengan batu