KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090107

Tanah Adat Perpatih Pemecah Belah Melayu ?

Ramai yang salah faham mengenai Adat Perpatih sehingga ramai yang menganggap Adat Perpatih ini tidak sesuai atau tidak relevan lagi pada zaman sains dan teknologi. Walhal yang menjadi masalah hanyalah pemahaman mengenai Tanah Pesaka Adat, sedangkan pembahagian lain-lain harta adalah mengikut syariat Islam.

Justeru itu penerangan mengenai status Tanah Pesaka Adat ini haruslah diberi penerangan kepada rakyat Negeri Sembilan agar ianya tidak menjadi penghalang kepada pembangunan dan menjadi perbalahan antara keluarga.

Tanah Pesaka Adat sebenarnya adalah tanah milik Suku. Terdapat 12 Suku di Negeri Sembilan. Ini bermakna mana-mana keluarga dari satu suku yang membiarkan tanah mereka terbiar, rumah mereka terbiar maka tanah tadi boleh diambil kembali dan diberikan kepada keluarga lain dari suku yang sama. Tanah Pesaka Adat bukan milik mutlak keluarga atau peribadi (boleh diumpamakan ianya milik kerajaan)

Masalahnya, adakah Datuk Lembaga dan Buapak tahu tanggungjawab mereka untuk mempastikan tiada satu inci pun Tanah Pesaka Adat ini terbiar ? Jika ianya terbiar , mereka inilah akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti , mereka akan ditanya kenapa tidak menunaikan amanah mereka di dunia ini.

Saya sebagai anak Negeri Sembilan dari Suku Lela Maharaja (ibu) dan Suku Sedia Raja (ayah) sekadar mengingatkan semua.

Jika terdapat mana-mana elemen dalam Adat Perpatih didapati tidak lagi relevan maka ianya perlulah dibawa berunding agar permasalahan tanah dan rumah terbiar di Tanah Pesaka Adat di Negeri Sembilan ini tidak berlanjutan yang merugikan semua pihak.

Harus difahami Adat Perpatih telah menjalani beberapa pengubahsuaian mengikut perkembangan semasa seperti yang dilakukan oleh Tuanku Imam Bonjol pada abad ke 19 yang tercetusnya pepatah adat “Syarak Mengata , Adat Menurut”.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

***********************
Tanah Adat Penghalang Pembangunan?

Tanah yang diteroka oleh mereka ini akan diwariskan kepada anak-anak atau saudara-mara mereka secara turun-temurun melalui peraturan adat yang ditetapkan. Tanah inilah yang dikenali sebagai tanah adat atau tanah pusaka.

Justeru, dalam kes tertentu, Datuk Lembaga (setelah berbincang dengan Buapak dan Besar) sebagai ketua sukunya, berhak mengambil kembali tanah adat yang diamanahkan kepada sesebuah keluarga jika tidak diusahakan. Datuk Lembaga juga bertanggungjawab untuk memastikan tanah adat ini sentiasa terpelihara dan tidak terlepas kepada sesiapa yang bukan daripada suku.

Rujukan Majalah Dewan Budaya April 2004 http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=151

******************

Tanah Adat Punca Kemiskinan Di N.Sembilan ?

Adakah tanah adat salah satu punca kemiskinan, tanah terbiar, rumah terbiar di N.Sembilan ? Tanah adat adalah tanah pusaka turun temurun yang hanya boleh diwarisi oleh anak-anak perempuan. Seterusnya di http://waghih.blogspot.com/2008/08/tanah-adat-punca-kemiskinan-di.html

********************

Generasi muda mahu adat perpatih diubahsuai

JIKA kita pergi di Negeri Sembilan di mana adat perpatih diamalkan di antaranya di kawasan Rembau, kita akan dapati banyak rumah-rumah lama yang asasnya masih kukuh ditinggalkan begitu sahaja.

Rujukan Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2001&dt=0104&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_04.htm&arc=hive

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah perlantikan Undang Luak Sungai Ujong dan AlShahbandar sekarang sah disisi adat perpatih seperti yang di jelaskan dalam perlembagaan N9? Apakah nas-nas ia sah atau tidak sah? Dan apakah ini memberi kesan yang terlalu besar dari aspek daulah YDP Besar?

Kudin