KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090608

Muktamar PAS boleh jana ekonomi negeri dan usahawan



Saya telah berkesempatan menghadiri Muktamar PAS Pusat di Stadium Melawati , Shah Alam pada 5 ke 7 Jun 2009 yang lalu.

Satu perkara yang menarik di luar muktamar ini ialah kehadiran begitu ramai peniaga , yang majoriti besarnya usahawan Islam dan bumiputera dengan kepelbagaian produk yang bermutu.

Dikatakan terdapat lebih kurang 500 gerai ditempatkan di sekitar Stadium Melawati dan Stadium Shah Alam. Pengunjung begitu ramai sekali bukan sahaja mereka yang menghadiri muktamar malah mereka yang datang hanya untuk mencari produk usahawan Islam yang sukar didapati dalam variasi yang begini banyak dalam expo-expo yang lain.

Dari kepelbagaian produk kecantikan, produk kesihatan, produk percetakan dan multimedia, pakaian dan pelbagai citarasa makanan. Pertama kali merasa Nasi Ayam Roket yang diusahakan oleh Unit Amal Johor. Setakat ini belum jumpa lagi Nasi Ayam Roket di Negeri Sembilan, nasi yang dimasak dalam dulang dan disusun dalam rak dan ditutup dengan bekas seperti roket. Agaknya kalau buka restoran Nasi Ayam Roket di Negeri Sembilan boleh laris.

Anak gadis saya sempat membeli stokin 3 pasang RM 10. Katanya tak pernah jumpa stokin macam tu sebelum ni. Gadis penjual tersebut rasanya orang Terengganu dari loghat percakapannya.

Isteri pula beli produk kesihatan yang dikeluarkan oleh syarikat dari Kelantan. Tanya taukeh gerai ada tak cawangan di Senawang. Dia kata akan buka. Tanya punya tanya rupanya taukeh orang Rembau , kakak ipar dia duduk satu taman.

Dalam fikiran saya , kalaulah Muktamar PAS Pusat pada masa akan datang dibuat di Negeri Sembilan , sudah pasti akan merancakkan ekonomi para peniaga di Negeri Sembilan. Tak payah lah perlu setiap kali cuti sekolah orang Negeri Sembilan pergi Melaka, pergi Kelantan, pergi Langkawi untuk membeli belah. Kadang-kadang rasa malu pada orang luar apa nak dipromosikan di Negeri Sembilan ini.

Bukan para peniaga sahaja akan untuk. Malah para pengusaha hotel di Seremban, di Nilai, di Rembau juga akan untuk kerana ramai perwakilan dan pemerhati akan mencari tempat untuk menginap sempena muktamar. Para pemandu teksi pun akan untung. Penjual aiskrim, ramai lagilah.

Sebab itulah dalam kegawatan ekonomi sekarang ini , kita kena yakin, yang beri rezeki ialah Allah. Untuk merancakkan ekonomi, mereka yang berduit perlulah berbelanja , berbelanja secara berhemah.

Agak-agaknya mahu tak kerajaan negeri , pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan ini membenarkan diadakan Muktamar PAS di negeri ini ? Bukankah yang akan untung nanti orang Negeri Sembilan juga, para peniaga Negeri Sembilan juga , hotel-hotel di Negeri Sembilan juga ?

Sepertimana satu Ijtimak Terbesar Jemaah Tabligh http://ijtimakmalaysia.blogspot.com/ seluruh dunia akan diadakan di Nilai , Negeri Sembilan pada 9 hingga 12 Julai 2009 , sudah pasti secara tidak langsung merancakkan ekonomi para penduduk tempatan di sana.



Tiada ulasan: