KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090603

Orang Melayu Lenggeng juga akan hilang tanah

Nampaknya bukan Melayu Rembau sahaja dalam dilemma tanah mereka diambil untuk projek pembangunan. Apakah Melayu di Lenggeng , Negeri Sembilan bakal menghadapi nasib yang sama ?

Cerita nasib Melayu Rembau di sini http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html

RM22.4j naik taraf jalan di Lenggeng
Utusan Malaysia 3 Jun 2009
SEREMBAN 2 Jun - Kerajaan negeri memperuntukkan RM22.4 juta bagi kerja-kerja naik taraf pembinaan jalan raya di kawasan Lenggeng di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kos yang diperuntukkan itu meliputi pembinaan jalan serta bayaran pampasan terhadap tanah penduduk yang dibangunkan bagi tujuan berkenaan.

Katanya, usaha tersebut merupakan hasrat kerajaan negeri untuk menaik taraf jaringan jalan raya di sekitar negeri ini sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna dan penduduk kawasan berhampiran.

''Selain itu, ia juga merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat untuk menaik taraf jalan raya yang dibina di atas tanah milik penduduk kawasan itu sendiri.

''Sejak 40 tahun, penduduk berhampiran yang melibatkan empat perkampungan di situ terpaksa menggunakan jalan yang sempit kerana laluan itu dibina di atas tanah hak milik persendirian," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perletakan Batu Asas Kompleks Komuniti Desa, Pantai di sini hari ini.

Jelas Mohamad, demi memberikan keselesaan kepada pengguna serta melihat keperluan jaringan jalan raya di seluruh negeri perlu ditingkatkan, maka kerajaan telah membuat keputusan untuk membangunkan projek tersebut.

''Namun, terdapat kekeliruan yang berlaku antara penduduk di situ kerana mendapat penerangan yang salah tentang tujuan sebenar pembangunan tersebut dijalankan dan ada juga penduduk yang membantah kerana dihasut oleh orang luar yang bersikap dengki.

''Bagaimanapun, ramai penduduk yang telah bersetuju dan menyokong keputusan kerajaan negeri bagi menjalankan projek tersebut dan sebagai balasan kami akan memberikan pampasan sekiranya tanah mereka termasuk dalam kawasan projek," ujar Mohamad.

Di samping itu, Mohamad memberitahu, beliau sudah mengarahkan pegawai daerah dan pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri untuk bertemu penduduk bagi memaklumkan mengenai matlamat sebenar perlaksanaan projek tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan ilang tanah la samdol..tanah tepi jalan sekangkeng kera akan diambil utk besarkan jalan yg da rosak teruk dan dibayar pampasan..jgn bercakap ikut nafsu..jd rakyat tempatan lenggeng..baru tau keadaan jalan yang nazak di sana..