KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091022

Keluhan aktivis dakwah di N.Sembilan

Keluhan seorang aktivis dakwah dan aktivis masyarakat di N.Sembilan di bawah ini. Siapa yang sudi membantu adalah amat dialu-alukan. Siapa yang tidak berkemampuan untuk membantu setidak-tidaknya berdoa untuk kebaikan kita semua.

****************************
Apalah makna kita mengaku umat Nabi Muhammad saw tetapi tetamu kita persiakan, kehadirannya dianggap menyusahkan dan membebankan. Urusan dan sakit peningnya tidak diambil peduli. Pangkat dan kuasa menutup mata. Memandang manusia dengan pandangan hina. Kalau beginilah orang yang diberi amanah untuk menjalinkan ukhuwah adakah akan berjaya !

Kami di YKSNS kini menumpukan aktiviti yang boleh diukur pencapaiannya, contohnya menukar kad pengenalan, mengajar solat, menyediakan kemudahan makan minum dalam tempoh perlindungan, berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, cuba menyediakan pekerjaan untuk saudara baru, berusaha memperbaiki hubungan kekeluargaan saudara baru yang bermasalah kerana perpindahan agama.

Malanglah, kami tidak mendapat pertolongan yang sewajarnya dan sepatutnya daripada agensi berkaitan. Apabila ada pihak bertindak dengan kasar, pegawai kerajaan bergegas-gegas buat kerja tetapi apabila diminta dengan penuh sopan santun mereka tidak memberi perhatian.

Kalau kita bandingkan SOP paderi kristian dengan pendakwah kita - kita jauh ketinggalan.

Saya memerlukan bantuan, tolonglah bukan untuk diri saya tetapi demi agama. Raikanlah saudara baru - tolonglah....

Kalau tak sanggup letak jawatan dan bagi kepada orang lain yang mampu dan layak. Ramai ustaz-ustaz yang lain berkelulusan dan prihatin.

Pilihlah yang mampu buat dan penuhi tanggungjawab.

Cerita sepenuhnya di http://yksn9.blogspot.com/2009/10/jaringan-kerjasama.html

Alhamdulillah, hari ini saya ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi dengan 2 misi, pertama untuk membuat pendaftaran saudara baru dan kedua ingin berkenalan dengan KPP Dakwah yang baru.

Sukarelawan kami, Hajah Norizan memaklumkan bahawa kami ingin membuat pendaftaran saudara baru. Dia pun bawa borang untuk diisi. Saudara baru ini tidak berpelajaran. Pegawai itu suruh dia mengisi borang. Sambil melutut di meja sofa di ruang menunggu saudara baru ini pun mengisi borang.

Ada beberapa orang pegawai di situ. Tiada keraian, tiada keceriaan, tiada kata-kata sapaan. Hambar dan cukup membimbangkan suasana PDI, saya kata bukan, saya bukan ustaz. Apa sebab dia berfikir begitu? tak tau lah...
Lagi kelakar, pegawai yang membawa borang masuk Islam itu, tanya Hajah Norizan - seorang je kan yang nak masuk Islam hari ini. Nak tanyalah berapa kali kena masuk Islam.

Nampaknya kita kena pegi belajar dengan padri kristian la...

Cerita sepenuhnya di http://yksn9.blogspot.com/2009/10/alhamdulillah-hari-ini-saya-ke-pusat.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baru tau perangai ustaz-ustaz ni. nak cari ustaz yang sebenar-benar ustaz zaman sekarang ni susah sangat. yang ada kaki ustaz politik tu banyak ade le.kadang-kadang kite yang bukan ustaz ni lebih sukarela daripada diaorang. ustaz 2x zaman sekarang ni mana tau susah. tu belum masuk ustaz yang gatal kat pejabat agama.yang berlagak pun banyak.antara ustaz yang baik pernah saya jumpa ialah ustaz kagat kat maktab tentera diraja sungai besi kem iaitu ustaz haji omar. kalau cakap ngan budak-budak mesti lembut nye. semua orang tau kejadian malam lailatulkadar kat situ. kalau org biasa dah mintak macam-macamnye tapi ustaz ni hanya mintak didoakan kesejahteraan orang islam dan keluarganya saja.