KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091006

Kisah Jemaah Tabligh di Padang, Sumatera

(Padang banyak kaitannya dengan Negeri Sembilan , terutamanya di Rembau. Janganlah biarkan masjid-masjid di Rembau dan seluruh N.Sembilan ini mati apatah lagi dirobohkan)

Diedit dari laman blog Ustaz Hambali http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/10/padang-yang-aku-kenali.html

Padang Yang Aku Kenali :

Namun begitu usaha agama di Padang agak perlahan berbanding dengan Medan, Pekan Baru dan juga Jambi. Kesemua tempat ini telah pernah aku keluar di sana. Pekan Baru pada tahun 1985, Medan pada tahun 1997 dan Jambi 2006.

Masjid lebih ramai wanita yang hadir daripada lelaki. Malah ada masjid yang pengerusinya (Ketua masjid) adalah perempuan.

Malah ada sesetengah masjid yang ada tempat mandiannya mereka mandi bogel tanpa sebarang rasa malu. Ini berlaku di hadapan mata kami sendiri. Hairannya tidak ada sebarang teguran dibuat.

Antara perkara unik yang aku dapati adalah pemeliharaan anjing di rumah orang-orang Islam seperti memelihara kucing di sini. Malah ada ulama yang aku khususi pun memelihara anjing.

Bila usaha agama begitu lembab maka natijahnya amalan agama makin pudar. Satu pulau yang berdekatan hampir 80% penduduk Islam di sana telah murtad.

Sebenarnya Padang adalah tempat lahir berbagai ulama besar di Indonesia, Imam Bonjol, Kiyai H.Sulaiman Rasyid dan Prof.Dr. Hamka adalah berasal dari sini.

Hari ini Padang telah musnah dengan gerak gempa. Ratapan, tangisan dan kesedihan oleh penduduknya hasil kesan dari bencana berkenaan.

Semuga Allah swt mengembalikan Padang seperti peringkat awalnya dan ianya memerlukan usaha dan doa kita semua.

****************************
AMAL MALAYSIA rayu bantuan mangsa gempa bumi Padang

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) menyeru seluruh rakyat yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia Rabu lalu.

Menurut Presidennya, Husin Ismail dalam laman rasmi NGO berkenaan, Amal Malaysia mangambil tanggungjawab untuk menjadi perantara kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai kesedaran untuk menyalurkan bantuan khususnya bantuan kewangan kepada mangsa yang sedang berhadapan dengan ancaman maut akibat bencana alam yang melanda.

"Misi bantuan kemanusiaan AMAL lebih tertumpu kepada bidang perubatan, bantuan makanan, khemah penginapan sementara, dan bekalan air bersih.

Sehubungan itu, beliau berkata, AMAL Malaysia mengalu-alukan penyertaan tenaga-tenaga perubatan serta tenaga-tenaga pakar yang ingin mengambil pengalaman berkhidmat dengan misi kemanusiaan.

Mereka boleh dihubungi di talian 03-61874382 atau datang terus ke pejabat di alamat 127-2, Jalan SBC 1, TAman Seri Batu Caves, Selangor.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut juga boleh menghubungi Husin sendiri di talian 019-9511860, Jamuliddin yang juga Ketua Bantuan Kemanusian di talian 019 6644796 atau laman web http://www.amalmalaysia.net

Manakala bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan AMAL Malaysia iaitu:

MAYBANK Malaysia Berhad (MBMB) NO: 553010122090, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) NO: 13010002499715 dan Hongkong & Shanghai Bank (HSBC No: 001057884021

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22704&Itemid=1

Tiada ulasan: