KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091024

Pameran Siksaan Penjara Iraq 28 ke 31 Okt 09 KL



PAMERAN SIKSAAN TAHANAN PENJARA IRAQ
INTERNATIONAL TORTURE EXHIBITION
Tarikh : 28 – 31 Oktober 2009 (Rabu-Sabtu)
Masa : 10 pagi – 6 ptg
Tempat : Dewan Tun Razak , Hall 4 , Level 4 , PWTC , Kuala Lumpur

INTERNATIONAL CONFERENCE
Venue: Dewan Merdeka Hall, PWTC
Date: 28-29 October 2009
Time: 9 am-6 am

KUALA LUMPUR WAR CRIMES COMMISSION
Venue : Dewan Tun Ismail Hall, PWTC
Date : 30 October 2009
Time : 9 am-6 pm

KUALA LUMPUR WAR CRIMES TRIBUNAL
Venue : Dewan Tun Ismail Hall, PWTC
Date : 31 October 2009
Time : 9 am-6 pm

HIGHLIGHT : Penyiksaan Menggunakan Air , Kamar Penyiksaan , Peralatan Untuk Menyiksa , Penjara Abu Ghraib , Pembunuhan Beramai-ramai di Haditha

Pengalaman lapan mangsa perang diseksa dan didera di Penjara Abu Ghraib, Iraq dan Guantanamo akan didedahkan kepada hadirin Persidangan dan Pameran Antarabangsa Jenayah Perang: Menjenayahkan Perang yang akan berlangsung di PWTC, KL dari 28 hingga 31 Oktober 2009.

Persidangan tersebut membawa mangsa perang dari Iraq untuk menceritakan kisah mereka.

Ia juga menampilkan 18 penceramah dari kalangan aktivis serta tokoh anti perang tempatan dan asing, termasuk Ahli Parlimen Britain, George Callaway; bekas Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Cynthia McKinney dan Profesor Ekonomi Universiti Ottawa, Michael Chossudovsky, bekas Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hans Von Sponeck.

Tribunal dan Suruhanjaya Perang Kuala Lumpur turut bersidang pada 30 dan 31 Oktober bagi mendengar keterangan mangsa penderaan akibat penjajahan kuasa besar di Iraq.

Orang ramai boleh menghadiri program bermula jam 10 pagi hingga 6 petang ini tanpa dikenakan bayaran.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap kekejaman dan kesan peperangan.

Kita mahu masyarakat dunia sedar bahawa perang membunuh dan mencederakan ramai orang serta tentera.

Perang bukan saja menjejaskan ekonomi, tetapi juga kehidupan sosial

Maklumat lanjut di http://www.perdana4peace.org/ dan http://www.criminalisewar.org/

Ulasan akhbar di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20091023000602/Article/index_html

Tiada ulasan: