KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091003

MALAM AMAL NUSANTARA


MALAM AMAL NUSANTARA 2009
“Kepedulian Merentasi Sempadan”
17 Oktober 2009 (Sabtu)
8.30 malam hingga 11.30 malam

Tempat : Petronas Management Training Sdn Bhd (Permata), Kawasan Institusi Bangi

Maklumat lanjut di http://nusantara.jim.org.my

Aturcara
8.00 malam - Ketibaan tetamu
8.30 malam - Ucapan
9.00 malam
- Persembahan Multimedia Aktiviti Nusantara JIM
- Pelancaran Program Qurban dan Aqiqah JIM
- Pelancaran Projek Anak Angkat Nusantara JIM
- Pelancaran Buku Jejak Risalah di Nusantara tulisan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
- Pelancaran NICE (Nusantara Islah Centre of Excellence)
9.30 malam - Persembahan Nasyid & Makan Malam
11.00 malam - Tamat Program

Sumbangan dan tajaan untuk membantu pengumpulan dana bagi penerusan program-program di Nusantara boleh dibuat melalui

1. Belian meja Malam Amal Nusantara 2009
MEJA EMAS = RM2000 (RM200/kerusi)
MEJA PERAK = RM1000 (RM100/kerusi)

2. Sumbangan ikhlas kepada Tabung Nusantara JIM
3. Tajaan pendidikan pelajar Nusantara

Sumbangan boleh dibuat melalui transaksi atau bank in kepada akaun “PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA” di Maybank, no akaun: 5622 0960 8847 atau Bank Muamalat Malaysia Berhad, no akaun: 1403 0004 0537 11. Pembayaran secara online melalui laman web: www.jim.org.my/e-bazaar

Sila maklumkan kepada Sekretariat MAN’o9 apabila sumbangan dan tajaan dibuat.

SEKRETARIAT MALAM AMAL NUSANTARA 2009
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
Lot 300.3. Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel: 03-4108 9669 / 014-311 0628
Faks: 03-4107 1754
Emel: mnt1964@yahoo.com (Mohd Nasir Tampol)

Pengenalan
Malam Amal Nusantara 2009 (MAN’09) julung-julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai salah satu usaha untuk mengumpul dana bagi penerusan usaha-usaha bersepadu JIM di Nusantara. Mengambil pendekatan 1UMMAH, 1ASEAN dan 1Malaysia, MAN’09 yang bertemakan “Kepedulian Merentasi Sempadan” ini akan diadakan pada 17 Oktober 2009, 8.30 malam hingga 11.30 malam di PERMATA (Petronas Management Training Centre Sdn Bhd) Bangi.

Di antara program-program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh JIM di beberapa negara dan tempat di Nusantara termasuklah:

- Kursus Pendidikan guru-guru di Kemboja (1995)
- Program Tajaan Berbuka Puasa & Sadaqah di Selatan Thai, Kemboja, Mindanao, Ambon, Maluku, Acheh, Meulaboh, Sulawesi, Kalimantan dan Vietnam (sejak 1996)
- Program Qurban dan Aqiqah di Selatan Thai, Kemboja, Mindanao, Ambon, Maluku, Acheh, Meulaboh, Sulawesi, Kalimantan dan Vietnam (sejak 1996)
- Misi Kemanusiaan ke Ambon dan Maluku (2000)
- Misi Kemanusiaan ke Mindanao (2001)
- Misi Peduli Aceh-PKS pasca tsunami (sejak 2005)
- Tajaan Pendidikan Anak Yatim dan Miskin Pelajar Acheh serta Pelajar Vietnam
- Bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya di Malaysia

Dalam usaha melaksanakan tanggung jawab membantu umat Islam di Nusantara, JIM mengambilkira beberapa kriteria asas dalam pemilihan negara dan tempat bantuan iaitu di negara atau tempat umat Islam yang faqir dan miskin, yang sedang ditindas, yang ditimpa musibah (contohnya bencana alam) dan yang dilupakan.

Tiada ulasan: