KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091220

Khazanah berharga di Rembau


Rembau sebenarnya mempunyai banyak khazanah alam semulajadi ciptaan Allah yang tidak diketahui umum bukan sahaja oleh masyarakt luar Rembau bahkan masyarakat di Rembau sendiri.

Selain daripada Hutan Rekreasi Gunung Datuk yang agak terkenal juga ketika ini , ada lagi satu Hutan Rekreasi yang pada pandangan saya jauh lebih baik dari Hutan Rekreasi Gunung Datuk kalau dibangunkan dengan terancang.

Ianya ialah Rimba Rekreasi , Sg. Talan, Kg. Bintongan, Rembau. Rimba Rekreasi Sg. Talan ini mempunyai jeram dan air terjun yang begitu menarik.

Pada 18 hingga 20 Disember 2009 yang lalu kedua-dua anak saya yang sekolah rendah ( umur 9 dan 12 tahun) telah menyertai program Pekhemahan dan Motivasi anjuran Unit Amal Rembau di Rimba Rekreasi Sg. Talan. Mereka begitu seronok dan teruja dengan keindahan alam sekeliling serta jeram yang ada di situ.

Rimba Rekreasi Sg. Talan ini perlu dibangunkan dengan terancang agar ianya bukan sahaja memberi menafaat kepada para pengunjung bahkan dapat menjana ekonomi penduduk kampung setempat.









2 ulasan:

chempaka berkata...

salam ,
cantik lah tempat ne.. seronoknye...

buhafis berkata...

salam.....
Cantik memang cantik... utk pengetahuan u sy n famly sememangnya dah selalu mandi-mandi disana....
kita org semua dah tak mandi lg di air terjun sagil ttp disinilah tempat yg kita org pergi selalu.
Masih lagi suci dr pembangunan yg melampau.....