KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101231

Jom Gotong Royong Basuh Jet Pejuang Tentera Udara


Gotong royong cuci kereta adalah. Cuci kereta untuk kutipan amal pun ada. Tapi yang ini gotong royong cuci jet pejuang belum pernah dengar lagi. Bagaimanapun ianya satu aktiviti yang menarik, sebagai salah satu cara menyambut tahun baru 2011 oleh TNI-AU atau Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara.

Anggota TNI-AU bergotong royong mencuci jet pejuang macam gotong royong cuci kereta pula, siap dengan baldi, kain lap, syampu.

Secara tidak langsung mengeratkan persefahaman sesama anggota, mendatangkan rasa kasih pada pesawat pejuang, negara dan bangsa.

Aktiviti sambutan tahun baru yang lebih bermanafaat daripada merempit, hiburan melampau dan sebagainya.

Gambar dan berita lanjut pada pautan berikut http://tni-au.mil.id/berita/elang-khatulistiwa-bersih-diri-bersih-alut-sista

PASTI Al Amal 2 di Taman Jasmin, Senawang 2011

Satu lagi Pusat Asuhan Tunas Islam akan dibuka untuk pengambilan pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun sesi 2011.

PASTI AL AMAL 2 (AL FIRDAUS)
No 571, Lorong Jasmin 8
Taman Jasmin
Senawang
Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran pelajar sila hubungi Sdr Nazri Zainal 019-9103431

Peta lokasi PASTI Al Amal 2 di http://pasti-n9.blogspot.com/2010/12/pasti-al-amal-2-di-taman-jasmin.html

Layari laman web rangkaian PASTI di Negeri Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com

20101230

Menang Bola, Cuti, Rakyat Gembira, Majikan Sedih


Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia yang menang , menewaskan Indonesia 4-2 malam tadi. Pujian kepada semua pemain, terutama jurulatih K Rajagobal yang dapat membentuk pasukan dari Zero ke Hero. Antara kelebihan lain K Rajagobal ialah beliau dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih apabila ditemubual.

PM umumkan 31 Dis 2010 sebagai cuti umum. Siapa yang tak gembira. Tapi ada orang yang sedih apabila cuti diumumkan esok.

Siapakah yang bersedih? Baca ulasan Dato A Kadir Jasin di http://kadirjasin.blogspot.com/2010/12/bola-cuti-menteri-dapat-gaji-majikan.html

Rahsia pelajar Israel bijak, mereka asing lelaki dan perempuan

Antara rahsia kenapa Israel berjaya melahirkan pelajar yang bijak ialah mereka mengasingkan kelas antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kementerian Pelajaran Israel telah mengeluarkan arahan supaya lebih banyak kelas diasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan. Semakin ramai rakyat Israel yang berfahaman sekular memilih untuk ke sekolah yang beraliran agama.

Kita di Malaysia bagaiamana ? Islam sudah lama menunjukkan caranya, tetapi yang mempraktikkannya ialah orang Israel.

***********************

Published: 12/01/10, 3:16 AM / Last Update: 12/01/10, 3:14 AM

Study: Separate Classes Achieve Better Results

by Elad Benari
Follow Israel news on and .

A recent announcement by Israel’s Ministry of Education said that hareidim who turn to academia will be eligible for stipends if they prove that they studied in schools with separate classes for boys and girls.

In light of this announcement, Arutz Sheva’s daily journal spoke on Tuesday with Shai Cohen, director of the Hakima psychometric prep institute for hareidim which itself provides separate classrooms. According to Cohen, the guideline set out by the Ministry is a logical one which will also result in better classroom achievements.

“If students study in separate classrooms they without a doubt achieve better results,” said Cohen, and added that a student who has achieved a score of 600 in the psychometric exam would be able to raise his score to 670 points in a mixed school, but would be able to achieve an additional 20 points in a school with separate classrooms.

According to Cohen, there is a logical explanation for this. “A young man during his adolescent years, when he is around the opposite sex, he feels the need to impress and does not give his full attention to studying. He does not listen. He has a lot of distractions. When we eliminate these distractions he can focus on learning.”

Cohen pointed out a recent recommendation by the Ministry of Education to all high schools that some subjects should be studied in separate schools. According to him, the main reason that this recommendation is not implemented is due to budgetary reasons. “If it was only because it was not popular I believe they would implement this,” he said. “But the real reason is that it requires money. It causes a need to suddenly open double the number of classes. Most schools run on an independent budget, and they prefer to save rather than split classes.”

He added that in recent years the number of students in his own school has doubled and attributed this to the fact that religious students do not see the separate classrooms as a matter of extremism but rather as a matter of professionalism. According to Cohen, there are even many requests by secular girls to join the school due to their recognition that learning in separate classes is an advantage. He explained that secular girls are told from the beginning that the school is a religious one and that they would be required to comply with dress code regulations and the like, but added that the girls adapt to these requirements.

Despite it all, Cohen doubts that separate classes in secular schools will be seen anytime soon, due to the aforementioned budget restrictions.

http://www.israelnationalnews.com/News/news.aspx/140936

Negara makin maju, tapi beg sekolah makin BERAT


Patut makin maju, makin ‘paperless’ , tapi tak, makin maju makin berat beg budak sekolah. Kalau di Terengganu pula pelajarnya mungkin beg berat pun kena bawa, komputer e-book pun kena bawa. Analisis isu ini sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2010/04/sistem-pelajaran-di-malaysia-semakin.html

Utusan Malaysia 30 Dis 2010
ISU BEG SEKOLAH BERAT, ADAKAH MASIH RELEVAN?
Oleh Norrihan Sulan - Pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang.

TAHUN baru persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi tentunya disambut dengan pelbagai reaksi. Bagi anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan Tahun 1, tentunya merasa seronok melangkah ke alam persekolahan sebenar, tidak boleh main-main lagi.

Jika berada di tadika, adakalanya malas hendak ke sekolah, mungkin ibu bapa masih akan lembut hati melayan kerenah sedemikian.

Sekarang, anak-anak akan melangkah ke Tahun 1, ibu bapa perlu lebih serius dan peka dalam memahami kehendak anak-anak dan juga memerhati perubahan tindak tanduk anak-anak.

Isu yang boleh dikatakan sudah lama dan lapuk kembali lagi. Setelah beberapa tahun berlegar di sekitar permasalahan beg berat, adakah isu ini sudah ditangani dengan jayanya?

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pernah menulis dalam sebuah akhbar harian tahun ini yang menyatakan bahawa isu ini belum selesai. Kenapakah isu yang boleh dianggap kecil ini tidak dapat diatasi dengan efektif. Apakah lagi yang boleh dicadangkan untuk menangani masalah ini?

Ketika isu beg sekolah berat ini hebat diperkatakan, banyak cadangan yang telah diajukan kepada pihak-pihak yang berkaitan; ibu bapa, guru, Jabatan Pendidikan dan juga Kementerian Pelajaran.

Antara yang pernah dicadangkan adalah pihak sekolah menyediakan lokar bagi memudahkan pelajar menyimpan buku yang tidak perlu dibawa balik dan guru pula dicadangkan merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan menetapkan apa yang hendak diajar agar pelajar hanya perlu membawa buku yang berkenaan sahaja.

Ibu bapa pula disaran agar meneliti jadual waktu anak-anak dan memastikan anak-anak membawa buku yang dijadualkan sahaja. Sesetengah buku teks juga telah dibahagikan kepada beberapa jilid agar tidak terlalu tebal dan berat untuk dibawa ke sekolah.
Sekurangnya-kurangnya pihak yang berwajib bersikap responsif kepada permasalahan ini. Namun begitu, tidaklah dapat dipastikan sejauh mana cadangan-cadangan tadi telah direalisasikan oleh pihak sekolah, guru dan ibu bapa.

Kini, selepas beberapa tahun isu beg berat ini menjadi perbahasan pihak-pihak yang terlibat, adakah masalah ini telah diatasi dengan jayanya? Masih adakah rungutan ibu bapa? Jika tiada rungutan, adakah ini bermakna masalah ini sudah lenyap? Atau, masalah ini masih berterusan tetapi didiamkan sahaja kerana tiada kesudahannya?

Kadang-kadang masyarakat cenderung menyatakan anak-anak zaman ini terlalu dimanjakan dan isu ini tidak lagi relevan walaupun ada kajian menyatakan kesan bebanan yang berat menyebabkan kanak-kanak mengalami sakit belakang dan simptom-simptom lain yang menjurus kepada akibat terlebih bebanan ini.

Perlu diimbas di sini bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia pernah menjalankan kajian khusus pada 2003 bagi mengenal pasti punca sebenar masalah beg berat ini.

Kajian yang dijalankan mendapati berat sebenar keseluruhan buku teks adalah di antara 2.8 kilogram hingga tiga kilogram sahaja bagi sesuatu tahun. Menurut sumber Kementerian Pelajaran juga, berat ini akan jauh berkurangan jika pelajar membawa buku teks mengikut jadual harian.

Bebanan lain termasuk buku kerja tambahan, buku rujukan, botol air dan kotak pensil. Perlukah semua buku tambahan, rujukan dibawa ke sekolah setiap hari?

Di sinilah, peranan guru sangat penting dalam menyediakan perancangan pengajaran yang berkesan. Perancangan sangat penting dalam apa juga situasi yang kita hadapi. Begitu juga dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran.

Kita sedia maklum bahawa guru-guru pada umumnya sangat terlatih dan mampu mengurus sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, namun mungkin ada ketika berlakunya kekeliruan tentang apa yang hendak diajar pada hari tersebut berlainan dengan apa yang dinyatakan kepada pelajar.

Sebagai contoh, mata pelajaran Bahasa Inggeris. Adalah tidak mungkin bagi seorang guru untuk mengajar pemahaman dan penulisan dalam peruntukan waktu yang sama. Kita sedia maklum bahawa kebiasaannya guru akan menetapkan hari-hari tertentu untuk mengajar kemahiran tertentu. Jadi, pelajar akan membawa buku yang berkaitan dengan kemahiran yang mahu diajar pada hari tersebut.

Kekeliruan mungkin timbul apabila kita tidak mengikut perancangan. Contohnya, pada hari yang sepatutnya pelajar diajar kemahiran penulisan, mereka sebaliknya diminta mengeluarkan buku pemahaman. Jika pelajar tidak membawa buku tersebut, pelajar akan dimarahi.

Bagi sesetengah guru yang terlebih emosi, kemarahan akan disertai dengan kata-kata yang agak tidak sesuai untuk dilontarkan kepada pelajar. Bagi pelajar yang baru menginjak ke alam persekolahan sebenar di mana persekitarannya agak berbeza dari persekitaran pra-sekolah, pengalaman dimarahi guru sangat menakutkan. Di situlah bermulanya budaya angkut semua buku sekolah agar tidak tersilap lagi dan tidak dimarahi lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

20101227

Lagi kes orang Melayu bunuh diri?



Adakah ini kes bunuh diri? Malaysia amat memerlukan lebih banyak klinik dan hospital untuk merawat 3 juta rakyatnya yang sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun. Analisis isu ini di http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html

***************
Mati tergantung

Harian Metro 27 Dis 2010

MUAR: Seorang lelaki ditemui mati tergantung di rumah sewanya di Jalan Arab di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, xxxxxx, 22, ditemui tergantung oleh abangnya yang tinggal serumah dengannya.

Abang mangsa, xxxxxxxx, 26, berkata kali terakhir dia berjumpa mangsa ialah sehari sebelum kejadian.

Katanya, perangai mangsa berubah sejak seminggu lalu dan gemar mengurung diri di dalam bilik.

“Pada hari kejadian, arwah seharian mengunci diri dalam bilik menyebabkan saya dan rakan serumah lain mula mengesyaki sesuatu yang buruk lalu bertindak mengetuk pintu malah cuba memecahkan dinding bilik tetapi tidak berjaya.

“Kami kemudian memanjat dinding bilik dari luar rumah dan terkejut selepas mendapati mangsa dalam keadaan tergantung,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemudamatitergantung/Article/index_html

Car Wash AMAL 20 Jan 2011 Seremban



PROGRAM CUCI KERETA AMAL

Tarikh : 20 Jan 2011 (Khamis - Cuti Umum)
Masa : 8:30 pagi - 1:00 ptg
Tempat : Pasti Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut, Seremban

Anjuran : Jabatan Amal Negeri Sembilan http://unitamaln9.blogspot.com/

Untuk maklumat sila lanjut hubungi : Nazri 013-3098775 , Izamri 013-2124086 , Hamizi 012-2832458

Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini adalah amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

Harga Cucian : MPV RM 15, Kereta RM 10, Motosikal RM 5

Peta ke Pasti Hasanah pada pautan berikut http://unitamaln9.blogspot.com/2010/12/car-wash-amal-20-jan-2011-seremban.html

20101226

Ceramah Tn Guru Nik Razi 1 Jan 2011 Seremban


CERAMAH TAHUN BARU
Bersama Tuan Guru Nik Razi Nik Mat, Pengasas Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 1 Januari 2011 (Sabtu)
Tempat : Surau As-Sibian Taman Dusun Setia, Seremban
Waktu : Selepas Maghrib (7.30 mlm)

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut sila hubungi Tn Hj Ghazali 013-3681062 / 019-6351519

Ceramah Md Sabu 4 Jan 2011 Seremban


CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT
Bersama :
Tn. Hj. Mohd Sabu
Zulkefly Mohamad Hj Omar
Chegubard
YB Loke Siew Fook
Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 9 Malam
Tempat : Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Semua dijemput hadir

20101224

Adakat Adat Perpatih punca rumah makcik ini terbiar, reput?


Inilah dilema di Negeri Sembilan. Ada anak 7 orang semua dah berkahwin , tetapi ibu tinggal sendirian di rumah yang semakin reput. Rumah yang didirikan atas tanah Adat Perpatih hanya boleh diturunkan ke anak perempuan. Kalau anak perempuan tadi tidak ada anak perempuan pula, maka bila anak perempuan dia meninggal dunia, rumah tadi akan diwariskan ke sepupu perempuan. Berbelit-belitkan? Adakah apa yang dialami makcik di bawah ini berpunca dari Adat Perpatih? Saya pun tak pasti. Tapi kampung saya di Rembau banyak rumah tinggal.

Artikel saya sebelum ini Rembau boleh jadi daerah Hantu, perlu diselamatkan di
http://waghih.blogspot.com/2010/10/rembau-boleh-jadi-daerah-hantu-perlu.html

*************************

KEDIAMAN SEMAKIN REPUT

Sinar Harian 24 Dis 2010

Tanjung Ipoh, Kuala Pilah – Seorang warga emas yang tinggal di kampung Tengah Ulu di sini, hidup sendirian di rumah usang, setelah semua tujuh orang anaknya mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, rumah itu sudah berusia lebih 40 tahun dan hampir separuh dinding rumah itu sudah rosak dan berlubang akibat dimakan anai-anai.
Awi Ahmad, 73, berkata, masalah menjadi semakin teruk apabila anai-anai itu sudah mula merebak hingga mereputkan dinding dan dia terpaksa menadah air menggunakan bekas setiap kali hujan kerana bumbung rumahnya bocor.

“Saya juga mengalami masalah penglihatan akibat tergelincir di atas tikar getah yang licin kerana dimasuki air hujan. Keadaan ini menyukarkan saya bergerak untuk membersihkan sarang anai-anai yang semakin besar di dinding rumah.

“Saya tidak menyalahkan anak-anak kerana tidak membantu saya. Mereka ada keluarga sendiri yang perlu ditanggung. Biarlah saya hidup susah tetapi tidak mahu melihat anak cucu mati kelaparan dan mereka berhak menerima kehidupan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Awi, yang lebih dikenali sebagai bidan Dewi Ahmad berkata, dia ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan dan jumlah itu cukup untuk menanggung perbelanjaannya.

Selain itu, katanya, dia memperoleh pendapatan hasil mengurut orang dan juga aktif mencari akar kayu untuk mengubati pelbagai penyakit, namun keadaan kesihatan tidak mengizinkannya ke hutan lagi.

“Pada 2009, saya ada membuat permohonan kepada pihak berkaitan untuk membaiki bumbung dan baik pulih rumah.

“Namun, sehingga kini, saya masih tidak mendapat sebarang maklum balas positif. Saya berharap proses permohonan itu dapat dipercepatkan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8551399.asp

Bala. Leka berpolitik, wabak denggi pun tak kisah


Semangat kekampungan, kejiranan, persaudaraan sesama kita semakin luntur. Buatlah gotong royong ke, skim rondaan sukarela ke, hakikatnya, 2-3 kerat sahaja yang ambil bahagian. Selangor negeri paling teruk di Malaysia wabak denggi (semak sendiri fakta di laman web Kementerian Kesihatan). Dah wabak pun, penduduk tak kisah nak buat gotong royong. Mungkin wabak ni bukan bala agaknye?

Artikel saya sebelum ini mengenai Gotong Royong Kubur pun orang kita tak minat lagi dah di http://waghih.blogspot.com/2010/07/semangat-gotong-royong-melayu-makin.html

****************
HANYA 5 PENDUDUK SERTAI GOTONG-ROYONG

Harian Metro 24 Dis 2010

SUBANG JAYA: Sikap mementingkan diri masyarakat yang tidak mahu keluar bergotong-royong yang dianjurkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjadi punca persekitaran tidak bersih seterusnya menggalakkan pembiakan aedes.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Mohd Ikshan (gambar), berkata melalui gotong-royong pada November lalu di SS15, hanya lima penduduk yang keluar bekerjasama membersihkan persekitaran dan selebihnya warga MPSJ dan syarikat Rentokil.

Katanya, hingga 11 Disember lalu bilangan kes denggi dilaporkan 1,320 kes iaitu 766 kes positif dan enam kematian.

“Kami mengeluarkan 1,141 kompaun kerana kesalahan pembiakan aedes di kawasan rumah dan persekitaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Penuh MPSJ di sini.

Adnan berkata, pihaknya akan terus mengadakan gotong-royong antidenggi bersama penduduk bagi mengelakkan kes denggi meningkat dan meminta kerjasama penduduk untuk menanganinya.

Menurutnya, majlis turut mengadakan operasi aedes di Puchong Perdana dan mendapati 26 tempat pembiakan aedes termasuk 11 pada operasi khas di flat Puchong Permai.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hanya5penduduksertaigotong-royong/Article/index_html

20101223

Forum Perdana 25 Dis 2010 Tmn Desa Melor, Snwg

FORUM PERDANA INTERAKTIF
Al Quran Sebagai Panduan Hidup
Tarikh : 25 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 8.45 malam , selepas Isya
Tempat : Surau Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)
Ahli Panel : Ustaz Nor Azamir Alias (Timbalan Mufti N.Sembilan), Prof Dr Sharifudin Md Zain

Semua Dijemput Hadir

KEM Kembali Sekolah 29 Dis 2010 Seremban

KEM IMITIYAZ
Persediaan Jiwa Kembali ke Sekolah
Untuk anak-anak berusia 10 ke 17 tahun
Bersama Ustaz Hj Norazman Mohamad
Tarikh : 29 Dis 2010 (RABU)
Masa : 8.30 pg – 5 ptg
Tempat : Imtiyaz Tarbiyah Centre, No 19 Taman Kayu Manis, Jalan Seremban-Jelebu, Seremban
Yuran : RM35
Hubungi 0192028065

20101222

Berdakwah dan Kaunseling di Pasar Malam Seremban


Bayangkan Majlis Agama, Badan Dakwah, Imam atau individu Islam memasang meja di pasar malam. Lepas tu membaca Al Quran, berzikir, bernasyid, memberi kaunseling dan khidmat nasihat kepada orang ramai yang pergi ke pasar malam.

Tanpa sebarang upah, tanpa elaun, hanya mengharapakan keredhaan Allah semata-mata.

Cuba bayangkan. Memang tak boleh bayangkan.

Tapi ini berlaku di Pasar Malam Seremban. Sayangnya bukan dilakukan oleh penganut agama Islam.

Aku malu pada diri ku sendiri.

Kisah Sembahyang di Pasar Malam atau Pasar Malam Prayer di Seremban pada pautan berikut http://voonyuenwoh.blogspot.com/2010/12/pasar-malam-prayer.html

Pejabat Agama perlu sayangi Kaki Judi

Disamping pendekatan menangkap umat Islam yang berjudi di kedai judi berlesen, Pejabat Agama juga harus menggunakan pendekatan kasih sayang untuk menurunkan bilangan umat Islam yang berjudi yang semakin parah dan membarah di Malaysia sekarang ini.

Kalau di negara bukan Islam seperti di Australia dan Canada ada kempen Tak Nak Judi begitu giat dijalankan, kenapa di negara umat Islam majoriti di Malaysia ini, ianya tidak berlaku?

Baru-baru ini saya gunting rambut di pekan Senawang. Kedai judi berlesen terletak di seberang jalan. Luar kedai gunting ada kerusi tempat melepak. Dari dalam kedai gunting saya nampak lelaki-lelaki Melayu yang dah berumur duk berbincang sesuatu sambil membelek-belek kertas judi.

Kesian tengok orang Melayu kita ni. Pada mereka judi dah menjadi darah daging. Tak kaya-kaya pun. Tapi dah ketagih.

Jadi disamping penguatkuasaan, eloklah Jabatan Agama gantung banyak-banyak poster Tak Nak Judi di merata-rata tempat terutama di taman perumahan dan kedai judi.

Kalau negara barat boleh, kenapa Malaysia tak boleh ?

Kalau Pejabat Agama tak ada bajet atau tak ada duit, sesiapa yang ada buat banner sebegini harap jual pada saya, boleh saya gantung kat taman perumahan saya.

Antara kata-kata menarik pada poster kempen Tak Nak Judi di negara barat ialah :

HIDUP LEBIH CERAH TANPA JUDI


ANDA AKAN MENANG BILA ANDA BERHENTI BERJUDI


BERJUDI ADALAH SATU KETAGIHAN


JUDI, TAK KIRA MACAMANA ANDA MAIN, HOUSE YANG SENTIASA MENANG


SAYA AKAN BAYAR BALIK, SAYA TIADA MASALAH JUDI, NAK BERTARUH?



SAYANGI KELUARGA JAUHI JUDI



JUDI BUKAN HANYA RUGI DUIT, IA MENGANCAM MASA DEPAN DAN KEIMANAN ANDA


JUDI MENGANCAM SELURUH KELUARGA ANDA





'Wanna bet?' Campaign
The "Wanna bet?" campaign has been developed to target people experiencing problems as a result of gambling and encourage them to seek assistance.
http://www.olgr.qld.gov.au/responsibleGambling/awareness/wannaBet/index.shtml


A 'GAMBLING Hangover' is the catchphrase of the State Government's new anti-gambling campaign that will use shock tactics to warn against problem gambling.
http://www.dailytelegraph.com.au/news/nsw-act/gambling-hangover-warning/story-e6freuzi-1111116319146

Friends4friends
Friends4friends is a social marketing campaign featuring advertisements in transit shelters, restaurants, bars and university newspapers, as well as on television, high-traffic websites and movie screens across the province.
http://www.nsgc.ca/rgFriends.php

20101221

Remaja buat lemang di Perkhemahan Amal 2010


Pada 17 hingga 19 Disember 2010 telah diadakan Perkhemahan & Motivasi Amal 2010 anjuran Yayasan Amal Cawangan Negeri Sembilan dan Surau Taman Matahari Heights, Senawang, N.Sembilan. Perkhemahan telah diadakan di Pengkalan Ikan, Kampung Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan.

Peserta-peserta telah dilatih untuk mendirikan Solat Berjemaah Di Surau, Surivival, Memasak Lemang dan sebagainya. Antara pertandingan yang telah diadakan ialah Gusti Lengan, Timbang Sepaktakraw, Penebar Roti Canai Terbaik, Kumpulan Uli Roti Terbaik, Amal Race, Kumpulan Nasyid dan Pentomen Terbaik dan Kumpulan Kembara Malam Terbaik.

Untuk berita lanjut dan gambar-gambar sekitar program sila ke pautan berikut
http://yam-ns.blogspot.com/2010/12/sekitar-perkhemahan-dan-motivasi-amal.html

Terlalu ramai pelajar miskin bandar, bantulah mereka sekolah 2011

Tahun 2011 adalah merupakan tahun yang amat mencabar. Golongan pelajar miskin bandar adalah teramat ramai. Kita saja yang tak tahu. Kalau tak percaya tanyalah guru sekolah yang jaga hal kebajikan murid. Tanyalah sekolah anak-anak kita siapa yang perlukan bantuan, anak jiran yang perlukan bantuan. Kos hidup makin naik, minyak naik, gula naik, susu naik, tambang bas naik. Alhamdulillah hujan masih turun secara percuma, udara juga masih percuma.

LIMA BERANAK HIDUP MELARAT

Sinar Harian 21 Dis 2010

Pokok Mangga, Melaka - Kemiskinan menyebabkan seorang ibu tunggal bersama empat anaknya di Jalan Pokok Mangga, Kampung Padang, di sini terpaksa ‘ikat perut’ setiap hari.

Tindakan itu menyebabkan lima beranak itu sering mengalami sakit perut disebabkan terpaksa berlapar.

Ibu tunggal berkenaan, Aisah Saadun, 45, berkata kehidupan mereka sekeluarga susah selepas arwah suaminya, Kahar Jamaah, meninggal dunia kira-kira 16 tahun lalu.

Menurutnya, dia dan empat anaknya yang kini berusia 18 hingga 24 tahun terpaksa menumpang di rumah jiran sebelum menyewa rumah yang didudukinya kini.

“Pernah dalam tempoh dua atau tiga hari, kami anak beranak tidak menjamah walau seulas nasi pun dan terpaksa menagih sedikit makanan di gerai berdekatan, atau dibantu jiran tetangga yang bersimpati.

“Sewa rumah sebanyak RM150 sebulan juga sudah tertunggak sehingga mencecah tiga bulan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya, dekat sini semalam.

Aisah berkata, dia bernasib baik kerana pemilik rumah sewa berkenaan, Said Aim, 80, memahami masalah mereka dan tidak pernah mendesak membayar tunggakan.

Malah, katanya, Said sering memberi makanan untuknya, selain meminjamkan sedikit wang jika dia memerlukan.

Menurutnya, untuk mengurangkan bebanan keluarga, dia terpaksa bekerja di kebun sayur milik seorang Tionghua di Klebang.

Aishah yang berasal dari Pulau Rupat, Sumatera, Indonesia dan berstatus penduduk tetap (PR) di negara ini berkata, salah seorang anak perempuannya sudah berkahwin.

Manakala, katanya, tiga daripada mereka masih belum mendirikan rumahtangga dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Semua anak saya warganegara Malaysia, tetapi mereka tidak pernah bersekolah akibat kemiskinan hidup.

“Dua anak lelaki yang masih bujang berusia 18 dan 24 tahun pula melakukan pekerjaan sampingan sekadar mengisi perut mereka sendiri sahaja dan itu pun kalau ada kerja,” katanya.

Sementara itu, Said berkata, dia sangat bersimpati dengan nasib keluarga berkenaan menyebabkan dia tidak sampai hati meminta tunggakan sewa.

“Keluarga ini miskin dan saya pun tak tergamak memaksa dia bayar sewa rumah. Kalau dia pinjam duit saya pun, saya tak sampai hati minta balik kerana tahu kesusahan mereka,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8541631.asp

Beberapa Program Kebajikan Membantu Pelajar Miskin dan Susah kembali ke Sekolah tahun 2011 :

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com/2010/12/jualan-amal-kembali-ke-sekolah-1-jan.html

PAS Kawasan Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/12/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html

Tabung Anak Yatim dan Fakir Miskin Tampin di http://tabungtampin.blogspot.com/2010/12/penajaan-pakaian-keperluan-sekolah.html

20101220

Pemimpin Adat Perpatih Menghabiskan Boreh

Itu bukan saya yang kata. Tapi artikel dari satu laman Blog pada pautan berikut http://state9express.blogspot.com/2010/12/pemimpin-adat-perlu-matang-menghabiskan.html

Saya bukan hendak menyokong atau mengkritik artikel tersebut.

Tapi itu adalah sekelumit kecil dari pandangan anak-anak buah di Negeri Sembilan.

Dunia adalah tanpa sempadan sekarang. Kita semua hendaklah berfikiran terbuka dan rasional.

Jangan cepat melatah.

Bertenang dan fikirkan setiap luahan dari orang ramai tanpa mengira usia, agama, kaum, suku, adat, parti dan sebagainya.

Yang muda hormat pada yang tua. Yang tua kasih pada yang muda.

Teramat ramai perlukan bantuan ke sekolah 2011, Bantulah

Penajaan Pakaian & Keperluan Sekolah Serta Kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin

Penggal persekolahan akan bermula pada januari 2011. Anak-anak yatim dan fakir miskin memerlukan kewangan yang banyak bagi menyediakan keperluan persekolahan serta kebajikan mereka.

TAYT (TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN) telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak ini (lebih 80 orang) dengan membelikan pakaian sekolah sepersalinan seorang serta serba sedikit alat tulis dan juga membekalkan ibu/nenek/penjagan mereka sedikit wang tunai bagi membayar yuran PIBG serta buku-buku keperluan mereka.

Kos pakaian, kasut dan peralatan tulis berjumlah anggaran RM120.00 - RM150.00 seorang mengikut saiz.

Anak-anak ini merupakan anak yatim yang tidak tinggal di rumah kebajikan. keperluan mereka selalu terabai, terutama yang tinggal di bandar besar kerana kos hidup yang tinggi.

Mohon jasa baik tuan/puan untuk membantu mereka bagi meringankan beban mereka.
sumbangan serendah RM1.00 diterima bagi membantu mereka.

Maklumat lanjut di Blog TAYT (TABUNG ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN TAMPIN, N.SEMBILAN) http://tabungtampinblogspot.com

Atau hubungi Puan Mahawa Pilus 016-3283909 (Pengasas TAYT)

************

Lain-lain Program Kebajikan Membantu Pelajar Miskin dan Susah kembali ke Sekolah tahun 2011

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di http://yam-ns.blogspot.com/2010/12/jualan-amal-kembali-ke-sekolah-1-jan.html

PAS Kawasan Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/12/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html

20101218

Kereta terbakar di stesen minyak Melaka ketika hidup enjin



Berita Harian 18 Dis 2010


KEJADIAN kereta meletup dan terbakar ketika menghidupkan enjin selepas mengisi minyak di sebuah stesen Petronas di Melaka pada 13 Disember lalu mungkin dianggap kes terpencil. Namun elok jika siasatan dan kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui punca berlaku letupan di bahagian enjin kenderaan berkenaan. Pengguna semakin bimbang memandangkan kekerapan kejadian kebakaran kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dan ada pihak mengaitkan dengan penggunaan petrol.

Artikel mengenai isi kandungan RON 95 dan beberapa kemalangan yang melibatkan kebakaran kenderaan pada pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2010/04/ron-95-tak-de-power-gagal-sirim.html
http://waghih.blogspot.com/2010/04/ron-95-mudah-meletup-bila-kemalangan.html

Data dari laman web BOMBA menyatakan dari tahun 2004 hingga 2008 sejumlah 9,370 kes kenderaan terbakar, kisah lanjut pada pautan berikut : http://amkns.blogspot.com/2010/11/9370-buah-kenderaan-terbakar-di.html
Kereta terbakar di stesen minyak Melaka ketika hidup enjin
MINTA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB SIASAT PUNCA KEBAKARAN KENDERAAN

Berita Harian 18 Dis 2010

KEJADIAN kereta meletup dan terbakar ketika menghidupkan enjin selepas mengisi minyak di sebuah stesen Petronas di Melaka pada 13 Disember lalu mungkin dianggap kes terpencil.

Namun elok jika siasatan dan kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui punca berlaku letupan di bahagian enjin kenderaan berkenaan. Pengguna semakin bimbang memandangkan kekerapan kejadian kebakaran kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dan ada pihak mengaitkan dengan penggunaan petrol. Hasil kajian saintifik dapat meyakinkan pengguna dan memberi jawapan sama ada kebimbangan itu berasas.

Banyak kenderaan sekarang memasang alat aksesori yang membabitkan pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kenderaan. Penggunaan bahan aksesori, misalnya untuk menjimatkan penggunaan minyak dan meningkatkan prestasi pemanduan perlu mendapat jaminan keselamatan dan kelulusan jawatankuasa panel yang terdiri daripada satu pasukan jurutera bertauliah.

Mekanik yang membaik pulih enjin kenderaan perlu mahir dan teliti, khususnya yang membabitkan sistem pendawaian elektrik kenderaan.

Mungkinkah kebakaran itu ada kaitan dengan kecuaian pemilik kereta atau pengusaha stesen minyak? Pendedahan hasil siasatan amat penting agar kita semua mengambil langkah pencegahan supaya kejadian seumpama itu dapat dielakkan.

ZIN PONTIAN,
Johor.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mintapihakbertanggungjawabsiasatpuncakebakarankenderaan/Article

3 Juta sakit mental kata Ketua Pengarah IKIM. Kerajaan buat apa?


Isu kesihatan mental adalah isu yang amat besar dihadapi negara kerana mengikut kajian 2010, tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental,” Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malasyia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan

(Nampaknya negara kita Malaysia memerlukan lebih banyak hospital khusus untuk merawat pesakit mental. 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna hampir 3.3 juta orang. 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia. Bacalah sendiri rintihan, penderitaan, kisah seorang ibu mempunyai anak yang menghidap sakit mental pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/11/negara-amat-perlukan-lebih-banyak.html )

TIGA JUTA TERGANGGU MENTAL

Harian Metro 18 Dis 2010

KUALA LUMPUR: “Isu kesihatan mental adalah isu yang amat besar dihadapi negara kerana mengikut kajian 2010, tiga juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental,” Ketua Pengarah Institusi Kefahaman Islam Malasyia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan

Beliau berkata, isu yang sering dipandang remeh oleh segelintir masyarakat itu perlu ditangani bagi meningkatkan mutu kesihatan rakyat, sekali gus membolehkan negara mencapai Wawasan 2020.

Berikutan masalah itu yang boleh mengugat negara, katanya, Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (PPLI) menganjurkan Bengkel Pengurusan Tekanan Mental (Stress).

“Bengkel ini bertujuan memberi kemahiran kepada peserta mengenal pasti dan menangani tekanan pada diri dan membantu mereka yang lain untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan modul bertajuk ‘Pandangan Hidup Islami Mencegah Tekanan Mental, di sini.

Menurutnya, bengkel yang dihadiri 150 orang terdiri wakil organisasi dan individu daripada pelbagai peringkat usia itu turut menerapkan aspek pencegahan gangguan mental dari perspektif Islam.

“Melalui bengkel ini, Ikim memainkan peranannya supaya masyarakat khususnya yang beragama Islam memahami apa yang dimaksudkan dengan tekanan mental dan bagaimana cara mengatasinya melalui perspektif Islam.

“Tekanan mental adalah gangguan terhasil daripada kesihatan yang terganggu dengan penghayatan dalam hidup Islam dapat mengurangkan tekanan dan mereka yang terlibat perlu mengambil langkah proaktif dengan menjaga kesihatan,” katanya.


Nik Mustapha berkata dalam usaha mengatasi gangguan mental di kalangan masyarakat, Ikim akan membangunkan modul yang dibentangkan dalam bengkel berkenaan untuk dikembangkan ke pasaran umum dan akan dibangunkan dalam bentuk pendekatan Islam sesuai dengan peranan yang dibawa Ikim.

“Sebelum ini, kita sudah menganjurkan seminar kesihatan mental yang hanya disampaikan secara teori, tetapi melalui modul yang dilahirkan pada waktu ini dapat menghasilkan gerak kerja untuk mengatasi masalah secara praktikal.

“Modul ini akan dikembangkan untuk dipasarkan ke seluruh negara sama ada untuk agensi mahupun individu yang memerlukan bagi mengurangkan gangguan mental di kalangan masyarakat dan bagaimana Islam memainkan peranan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigajutaterganggumental/Article/index_html

Seminar Tentu Kerjaya lepas PMR,SPM 26 Dis 2010 Senawang

BENGKEL iMeGa (info Menara Gading)
Tarikh : 26 Dis 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, N.Sembilan
Peserta : Pelajar 15 tahun ke atas, lepasan PMR/SPM/STPM

Terhad 100 orang peserta sahaja

Fasilitator terdiri dari Kaunselor berpengalaman dan terlatih, Golongan Professional dan Usahawan

Yuran pendaftaran :
RM 25/org untuk peserta (termasuk makan minum)
RM 20/org untuk ibu/bapa/penjaga (termasuk makan minum)

Remaja harus menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas PMR, ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Berminat sila hubungi :
En Sufian 013-3589328
Pn Norwani 013-3851202

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS http://yam-ns.blogspot.com & Surau Taman Alamanda

Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan PMR/SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading

TENTATIF PROGRAM :

8.30 pg – Pendaftaran
9.00 pg – Ucapan Pembukaan
9.30 pg – Ice Breaker , Kenali Potensi Diri
9.50 pg – Minum Pagi
10.00 pg – Panduan Pemilihan Bidang Pengajian
11.30 pg – Panduan Mengisi Borang Permohanan dan Biasiswa
1.00 ptg – Makan tengahari
2.00 ptg – Cabaran dan Halangan di menara Gading
3.30 ptg – Forum bersama , Golongan Professional dan Usahawan
5.00 ptg – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

Rumah Kebajikan Nuril Anwar Seremban perlu bantuan


Pusat Jagaan Nuril Anwar adalah sebuah pusat kebajikan yang menyediakan penempatan dan keperluan asas bagi golongan anak yatim dan asnaf zakat.

Pusat ini ditubuhkan atas dasar kesedaran dan keprihatinan terhadap nasib mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan pembelaan.

Pusat jagaan ini mula beroperasi sejak awal tahun 2010. Telah didaftarkan pada 26 Julai 2010 dengan beralamat di No.588, Jalan S2 K12, Taman Vision Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan D.K.

Pada September 2010, Pusat Jagaan Nuril Anwar telah berpindah ke 4 buah rumah yang beralamat di No. 655, 656, 657 & 658, Jalan S2 K18, Taman Vision Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, N.Sembilan.

Rumah semi-D 2 tingkat ini telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah untuk dimanfaatkan sebagai rumah kebajikan.

Kini, Pusat Jagaan Nuril Anwar telah menempatkan seramai lebih 50 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim, fakir miskin, remaja bermasalah dan mualaf. Pusat jagaan ini turut menaungi golongan ibu tunggal dan warga emas.

Pihak pusat jagaan menanggung segala keperluan kebajikan semua penghuni di sini seperti keperluan makan minum, pakaian, duit belanja serta keperluan harian mereka. Justeru itu sokongan dan bantuan daripada para dermawan dan orang ramai sangat dialu-alukan untuk memenuhi keperluan di sini.

Sumbangan Bulanan Wang Tunai atau Cek atas nama :
Nuril Anwar : No.Akaun: 5551 7100 3751 (Maybank)
- atau -
Pusat Jagaan Nuril Anwar : No. Akaun : 0512 0000 596 105 (CIMB)

Sebarang pertanyaan atau maklumbalas, sila hubungi :
Tel : 013-5107313 (Pn Hjh Mariam), 013-3376173 (Pn Faridah)
Email : nurilanwar10@yahoo.com
Blog : http://pusatjagaannurilanwar.blogspot.com/

JENIS-JENIS BARANGAN YANG BOLEH ANDA SUMBANGKAN

Makanan:
Bahan makanan asas basah dan kering seperti :
Beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap, sos, bihun, mee kuning, biskut, sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, buah-buahan dan sebagainya.

Barang keperluan lain:
Sabun basuh pakaian, peluntur, ubat gigi, syampu, sabun mandi, pencuci tandas, pencuci lantai, nila, kapur kasut dll.

Peralatan Pejabat: (Baru/ Terpakai)
Alatulis, komputer, telefon, mesin faks/fotostat, meja, kerusi, white board, almari dll.

Peralatan Memasak: Kuali besar, periuk, pengisar makanan, periuk nasi elektrik, pinggan mangkuk dll.

Peralatan Rumah/Perabot : Mesin basuh, katil, almari pakaian, rak buku, televisyen, kipas, air cond, karpet, bantal, cadar, langsir dll.


Kenderaan: Kereta, van atau bas
Kenderaan sangat diperlukan sebagai pengangkutan ke masjid bersolat Jumaat, ke sekolah, untuk urusan pentadbiran, mengambil barang-barang dari rumah penderma, kegunaan diwaktu sakit, menghadiri solat jenazah dan tahlil arwah dan urusan lain-lain yang berkaitan dengan kebajikan.

Perhatian :
Bagi sumbangan dalam bentuk barang-barang, makanan dan lain-lain, wakil Pusat Jagaan Nuril Anwar bersedia pergi ke tempat anda untuk mengambil barang-barang.

20101217

Laman blog khusus jual beli rumah, hartanah di N.Sembilan


Ingin Menjual / Membeli Atau Menyewa Rumah/Hartanah Di Negeri Sembilan ?

Kini lebih mudah di laman blog http://hartanahn9.blogspot.com/

Atau hubungi 012-2564442 Fyda
Email : hartanahn9@gmail.com

"KENAPA PERLU MENYEWA KALAU MAMPU MEMILIKI"

Juga Menyediakan Perkhidmatan Melalui SMS

Mencari rumah sewa :
Sila SMS : SEWA>BUDJET>KAWASAN>PESANAN
Contoh : Sewa RM400 Senawang Nak Masuk Segera!!

Mencari/beli rumah :
Sila SMS : BELI>BUDJET>KAWASAN>PESANAN
Contoh : Beli RM250k Ampangan Semi D, dekat dengan sekolah & selesa

HANTAR KE 012-256 4442

20101216

Video Asah Parang oleh Tukang Parang Professional

Bagaimanakah cara mengasah parang yang betul? Kalau nak ditulis memang panjang. Bagaimana pun Encik Zamri seorang Tukang Parang Professional dari MENTAUS CRAFT, Jelebu, Negeri Sembilan telah menyediakan video cara mengasah parang dengan betul secara percuma.

Semoga ALLAH memberi ganjaran kebaikan diatas jasa Encik Zamri yang sudi berkongsi ilmu yang teramat berharga dan tidak ternilai ini secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai MENTAUS CRAFT dan pelbagai versi parang yang disediakan sila ke Blog Encik Zamri di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

Sumber video dari Blog Encik Zamri di http://zamri-tukangparang.blogspot.com/2010/12/video-asah-parang.html




20101215

Jualan AMAL Kembali ke Sekolah 1 Jan 2011 Seremban


JUALAN AMAL KEMBALI KE SEKOLAH
Tarikh : 1 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8 pagi – 2 ptg
Tempat : AMAL Corner, No 22 , Jalan Bunga Raya 27,Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

Kupon Amal: RM 10 , RM 100 (satu pek)

Objektif : Membantu Pelajar dari Keluarga Miskin Bandar kembali ke Sekolah tahun 2011

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com/

Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, pembelian kupon dan sumbangan bolehlah menghubungi AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan yang berikut :
En Hakki 013-3840022
En Rozmal 012-2267406
Pn Hajjah Nur 017-3629686

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Menyedari saban hari semakin ramai pelajar dari golongan miskin bandar menghadapi kesukaran menempuh tahun baru persekolahan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Jualan Amal Kembali ke Sekolah untuk membantu pelajar-pelajar dari kumpulan ini dalam meringankan beban ibu bapa serta penjaga mereka.

Juster itu orang ramai yang ingin membantu menjayakan jualan amal ini boleh membantu dengan cara berikut :

1. Membeli Kupon Jualan Amal untuk membeli barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

2. Membeli Kupon Jualan Amal dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan untuk mereka tukar dengan barangan terpakai yang dijual semasa Jualan Amal.

3. Memberi sumbangan kewangan.

4. Memberi sumbangan barangan terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk Jualan Amal seperti buku novel, majalah, komik, barangan elektrik, beg sekolah, komputer, permainan dan sebagainya. (Sumbangan pakaian terpakai ditangguhkan untuk masa ini kerana pihak penganjur masih mempunyai banyak stok pakaian terpakai).

Kupon JUALAN AMAL KEMBALI KE SEKOLAH ialah RM 10 untuk satu Kupon

Barangan yang dijual semasa Jualan Amal ini adalah diantara RM0.50 hingga RM100, bergantung kepada jenis barangan.

Bengkel ke Menara Gading 26 Dis 2010 Seremban

BENGKEL iMeGa (info Menara Gading)
Tarikh : 26 Dis 2010 / Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan D’Ark, Taman Sri Kasih, Senawang, N.Sembilan
Peserta : Pelajar 15 tahun ke atas, lepasan PMR/SPM/STPM

Terhad 100 orang peserta sahaja

Fasilitator terdiri dari Kaunselor berpengalaman dan terlatih, Golongan Professional dan Usahawan

Yuran pendaftaran :
RM 50/org untuk peserta (termasuk makan minum)
RM 20/org untuk ibu/bapa/penjaga (termasuk makan minum)

INSENTIF YURAN ISTIMEWA UNTUK PESERTA BERKUMPULAN, PERSATUAN, MASJID SERTA SURAU

Remaja harus menyemai cita-cita selepas tingkatan 3 atau selepas PMR, ini adalah kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.

Berminat sila hubungi :
En Sufian 013-3589328
Pn Norwani 013-3851202

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan NS http://yam-ns.blogspot.com & Surau Taman Alamanda

Matlamat :
- Memberikan panduan pemilihan kursus di IPTA/IPTA kepada lepasan PMR/SPM/STPM
- Membekalkan maklumat dan panduan pengisian borang permohonan kemasukan serta borang bantuan kewangan
- Memberikan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA dan institusi lain
- Membina keyakinan diri dan halatuju peribadi di menara gading

TENTATIF PROGRAM :

8.30 pg – Pendaftaran
9.00 pg – Ucapan Pembukaan
9.30 pg – Ice Breaker , Kenali Potensi Diri
9.50 pg – Minum Pagi
10.00 pg – Panduan Pemilihan Bidang Pengajian
11.30 pg – Panduan Mengisi Borang Permohanan dan Biasiswa
1.00 ptg – Makan tengahari
2.00 ptg – Cabaran dan Halangan di menara Gading
3.30 ptg – Forum bersama , Golongan Professional dan Usahawan
5.00 ptg – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

PAS Rembau lancar SEKOLAHKAN MEREKA Musim ke 3

Pada tahun 2008 PAS Kawasan Rembau telah menganjurkan Projek “SEKOLAHKAN MEREKA” dengan sasaran Sifar Keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh parlimen Rembau.

PAS Kawasan Rembau yang dipimpin oleh Yang Dipertuanya YB Tuan Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) , menyedari masih ada kanak-kanak dan para remaja yang tidak mampu untuk meneruskan persekolahan samada peringkat rendah mahu pun sekolah menengah.

Keciciran pelajar akan mendatangkan kepada pelbagai masalah antaranya gejala sosial , kerugian sumber manusia , kemiskinan dan ketidak seimbangan ekonomi.

Antara masalah yang ditemui mengapa kanak-kanak serta para remaja tidak dapat menamatkan persekolahan peringkat rendah dan menengah tidak mampu membayar buku tambahan, yuran peperiksaan , pakaian sekolah , pengangkutan ke sekolah dan perbelanjaan makan minum di sekolah.

Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini dikategori bermasalah dari segi kewangan ialah kematian ibu bapa atau penjaga , ibu bapa atau penjaga menghadapi penyakit yang kritikal atau ditimpa kemalangan serta ibu bapa yang dipenjarakan yang menyebabkan mereka terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja sebagai pekerja bawah umur untuk membantu menyara keluarga serta menjaga adik-adik.

Projek “SEKOLAHKAN MEREKA , MATLAMAT SIFAR KECICIRAN” ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada semua pihak. Mereka yang ingin membantu menyekolahkan pelajar yang keciciran dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan , pakaian dan kelengkapan persekolahan dan sebagainya bolehlah menghubungi nombor berikut :

Tn Hj Roni 012-2268230 , Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau
Sdr Hamizi 012-2832458 , Bendahari PAS Kawasan Rembau

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun berikut
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Rencana Projek Sekolahkan Mereka Musim Pertama pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/10/pas-rembau-lancar-projek-sekolahkan.html

Forum Happy New Year 31 Dis 2010 Seremban

FORUM PERDANA
Tajuk : Menyambut Tahun Baru Mengikut Perspektif Islam
Ahli Forum :
1. Ust. Zamihan bin Al Ghari , Pen.Pengarah ILIM
2. Ust. Soffhan bin Halim , Penceramah bebas
Pengerusi - Ust. Nor Azman bin Amat , Pusat Kaunseling MAINS

Tarikh : 31 Dis 2010 (Jumaat)
Tempat : Masjid Negeri, Seremban
Masa : Selepas Solat Maghrib

Semua Muslimin serta Muslimat dijemput hadir

Sumber : http://senawangindah.blogspot.com/2010/12/forum-perdana-masjid-negeri-seremban.html

PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN WANITA


Menjual produk kecantikan dan kesihatan wanita.
1. Awetmuda Puterialya
2. Awetmuda Gold
3. Cocoa collagen power plus
4. Perkasa
5. Madu Al Qurra

Hubungi : Azlina Mahat (012-2475424) @ email: azziekabeautyshop@yahoo.com

Layari: http://azzieka.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut mengenai produk

Kepada yang berminat menjadi Pengedar Awetmuda Puterialya bagi sekitar Seremban dan Senawang adalah dialu-alukan.

20101214

Pelbagai Aktiviti Berkuda di Lenggeng, N.Sembilan


AS Equestrian Centre http://asequine.blogspot.com/
Lot 23, Lorong Kru 10, Kampung Rawa Hilir
71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

Menyediakan kemudahan kelas menunggang kuda, khidmat penjagaan kuda dan pelbagai aktiviti berkaitan kuda.
Nikmati aktiviti menunggang kuda di kehijauan dan kesegaran suasana desa

Kelas Menunggang Kuda
AS Equestrian menawarkan pakej menunggang kuda untuk beginner dan juga penunggang mahir.
1 sesi latihan (45 min) - RM50.00
4 sesi latihan (45 min. tiap sesi) - RM160.00
8 sesi latihan (45 min. tiap sesi) - RM320.00
Jungle tracking (1 1/2 jam) - RM75.00

Hubungi :
En. Azwan - 013-798 9021
En. Shah - 010-7986 545
Pn. Saadiah - 013- 757 9022
E-mel: equineas@yahoo.com /asequestrian@gmail.com

Di AS Equestrian Centre terdapat kemudahan stable kuda, arena bersaiz standard, trek untuk jungle tracking dan padang rumput untuk aktiviti menunggang kuda.

Dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dan berpengalaman dalam pengendalian kuda dan latihan untuk menunggang kuda.

Maklumat lanjut di laman Blog http://asequine.blogspot.com/

Darussyifa di Taman Margosa , Seremban kini beroperasi

Adalah dimaklumkan cawangan Darussyifa telah dibuka di alamat berikut :

No 6, Jalan Margosa 2, Taman Margosa, Ampangan, Seremban

Waktu Rawatan : Setiap hari Ahad ( pagi hingga petang)

Untuk pertanyaan sila hubungi Encik Rohade 013-2178838

Pusat Tuisyen Perdana Gemilang , Senawang

PUSAT TUISYEN PERDANA GEMILANG
No 6, Tkt. Atas, Jln. Kemuning 1, Taman Kemuning, Senawang

Kelas: Tahun 1 hingga Tahun 6 Hari: Sabtu/Ahad (petang)
Kelas Tahun 4,5,6 (sesi malam) 8 - 10 mlm, Isnin - Rabu.
Yuran RM 55.00 sebulan, untuk 5 subjek

Tkn. 1, Tkn. 2, Tkn. 3 (2 sesi: Sabtu/Ahad : 8.00 pagi - 2.00 ptg) atau
Sesi malam: Isnin, Selasa, Rabu (8 - 10 mlm)
Yuran: RM 70.00 (untuk 6 subjek)

Tkn. 5 (Addmat, Mat, Physic, Chemistry, English, BM, Sej, P.Akaun, EA,LK). Yuran: RM 30.00 pers subjek (Tunggal).
Kelas: Malam/Sabtu/Ahad - boleh bincang.

Pendaftaran dibuka sekarang.
Sms/cal 0129021747/0126905236.

SEMUA KELAS AKAN BERMULA PADA 4 DIS 2010 (Sesi Sabtu/Ahad), dan 6 DIS 2010 (sesi malam).

Untuk maklumat lanjut dan peta lokasi sila ke pautan berikut http://usahawann9.blogspot.com/2010/12/pusat-tuisyen-perdana-gemilang-senawang.html

20101213

Keindahan Air Panas dekat Kendong


Sabtu lepas saya sekeluarga ke bandar Melaka menghadiri kenduri kahwin. Dalam perjalanan pulang singgah di Kolam Air Panas Cherana Putih dekat lintasan keretapi Taboh Naning, kira-kira 3 minit perjalanan dari rumah Hj Roni di Kendong.

Tempat ini dijaga bersih oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah. Ada 2 wakaf dan 7 perigi air panas. Tapi tiada tandas.

Sesuai untuk aktiviti riadah dan keluarga. Tak ramai pengunjung di sini, menurut pekerja yang sedang memotong rumput katanya memang tak ramai orang datang, biasanya penduduk kampung saja yang datang.

Kami sampai sekitar jam 5 petang. Tiada pengunjung lain ketika itu, nak balik ada seorang pakcik yang berumur bertongkat jalan kaki dari rumah berhampiran datang dengan gayung, mandi di salah satu perigi.

Perigi di sini tak boleh berendam kaki. Jadi pengunjung kalau nak datang kena bawa gayung untuk mandi dan besen kalau nak rendam kaki. Sebab tak bawa, kami pun ubahsuai guna gelas dan plastik.

Tempat ni memang amat sesuai orang macam saya, yang tak suka tempat sesak.

Kalau di Air Panas Chengkau dan terlalu ramai orang , dan sekitarnya kotor.

Di Air Panas Pedas pula pun ramai orang, dan kena bayar pula.

Apalah Majlis Daerah tak boleh contoh macam PBT di Melaka yang sediakan kemudahan untuk orang ramai dalam keadaan selesa dan bersih ?

Ayah saya yang cukup marah dengan ehem,ehem , terlepas juga kata, Melaka ni walaupun …, tapi dalam hal kebersihan, kemudahan awam, pelancongan mereka memang bagus, jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Negeri Sembilan.

Apa ke tidaknya, apabila saya masuk Melaka dari Lubuk China, ada satu simpang empat ke Ramuan Cina Besar, ada lampu isyarat di tengah kampung macam ni, walaupun trafik kenderaan tidak sibuk langsung.

Tapi di Negeri Sembilan, tak payah kampung, di Senawang ni berapa banyak simpang yang sibuk , tapi tiada lampu isyarat. Kalau ada lampu isyarat pula selalu rosak, kalau elok pun , lampunya malap, sepet dan sebagainya.

Ceramah Palestin Terkini 18 Dis 2010 Seremban

CERAMAH ISU PALESTIN : GAZA TERKINI
Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Masjid Taman Panchur Jaya, Seremban
Oleh : Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir
Anjuran Bersama : TERAS Pengupayaan Melayu Cawangan N.Sembilan & Jawatankuasa Masjid Qariah Taman Panchur Jaya

PELANCARAN PROGRAM GERAKAN SUBUH
Kempen Solat Subuh Berjemaah di Masjid & Surau
Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 4.00 Pagi
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang
Acara :
- Qiyamullaill / Iktikaf , Solat Subuh Berjemaah , Zikir Munajat
- Kuliah Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah” oleh Ustaz Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz ( Timbalan Presiden TERAS Pengupayaan Melayu)
- Sarapan Pagi
Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

JAMUAN TEH & PELANCARAN SALIMAH-TERAS
(Pergerakan Persaudaraan Muslimah-TERAS Negeri Sembilan)
Tarikh : 18 Dis 2010 (SABTU)
Masa : 4.45 ptg - 7.00 mlm
Tempat : Masjid Qariah Taman Panchur Jaya, Seremban
Oleh : Y.Bhg Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS)
Program khusus untuk Muslimat / Wanita

CERAMAH MULTIMEDIA ISU PALESTIN TERKINi
Tarikh : 17 Dis 2010 (JUMAAT)
Masa : 7.30 malam
Penceramah : Pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu N.Sembilan
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya, Senawang

20101212

Moh Raikan Anak Yatim bulan Muharam 1432H ini

PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN
Khusus Untuk Anak-Anak Yatim
Tarikh : 16 Dis 2010 , 10 Muharam 1432H (Khamis)
Masa : 3 petang
Tempat : Pasti Al-Ain, Taman Pedas Perdana, Rembau, N.Sembilan

Anjuran : Nisa Rembau

Tawaran terbuka kepada orang ramai untuk menyumbang bersama dalam program ini.

Sila masukkan ke akaun Bank Islam_BIMB 03036020131121. Sila SMS jumlah derma atau hubungi Saudari Nur (Ketua Nisa Rembau) di 013-9798108

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya. Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya.

20101211

Jom bantu ramai pelajar Melayu di Timur Tengah yang derita

2,000 pelajar Malaysia Timur Tengah dihimpit masalah kewangan
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

December 09, 2010KUALA LUMPUR, 9 Dis – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Putrajaya supaya mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi pelajar-pelajar yang menuntut di rantau Timur Tengah yang sehingga kini masih gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Majlis Belia Malaysia dan Majlis Perundingan Melayu turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Timur Tengah terutamanya kepada kira-kira 2,000 pelajar di Mesir.

Turut terlibat dalam usaha itu syarikat milik pelakon dan pengacara AC Mizal iaitu AC Konsortium Sdn Bhd.

Pada sidang media hari ini, turut dilancarkan ialah Tabung Kecemasan Pendidikan yang berfungsi untuk membantu pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman kerajaan.

Menurut Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’amor Osman, tabung itu diwujudkan kerana sehingga kini masih belum ada kata putus terhadap nasib pelajar di Mesir yang kini menghadapi masalah kewangan.

“Kebanyakan pelajar ini gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan, menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut di sana, saya juga difahamkan bagi tahun pertama kos pengajian ditanggung oleh ibubapa masing-masing.

“Menurut maklumat yang saya terima, kerajaan bersetuju sekiranya pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka akan menerima bantuan daripada kerajaan, tapi sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak bertanggungjawab,” katanya.

Tambah Dr Ma’amor, terdapat beberapa pelajar cemerlang di Mesir amat memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di sana.

Namun, tambah beliau sehingga kini kerajaan masih belum memberi kata putus berhubung status pinjaman mereka.

“Jumlah sebenar pelajar ini saya belum dapat lagi, tapi mereka ini amat memerlukan bantuan kewangan. Jika mereka gagal menerima bantuan menjelang Januari ini, mereka terpaksa pulang ke Malaysia tanpa menghabiskan pengajian mereka.

“Melalui tabung ini kita sasarkan RM30,000 untuk membantu pelajar-pelajar ini, saya percaya dalam tempoh tiga minggu ini kita akan dapat mengumpul jumlah tersebut sebelum disalurkan kepada mereka.

“Buat masa terdekat ini kita sasarkan RM30,000 dulu kerana pelajar-pelajar ini amat memerlukan bantuan, tabung ini juga kita akan teruskan sampai bila-bila,” katanya.

Dr Ma’amor berkata, selain sumbangan daripada rakyat sumbangan daripada GLC amat diperlukan bagi membantu menampung kos pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang dianggarkan mencecah puluhan ribu.

“Kita akan bantu semua pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara tidak terhad kepada pelajar di Timur Tengah sahaja.

“Sebab itu kita memerlukan sumbangan daripada semua pihak termasuk GLC untuk menghulurkan bantuan melalui tabung yang kita tubuhkan ini.

“Saya percaya GLC ini akan menghulurkan bantuan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara,” katanya.

Tambah Dr Ma’amor, satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan itu tersebut dan sekiranya Najib gagal mencari jalan penyelesaian pihaknya akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kita akan jumpa Perdana Menteri untuk bincangkan perkara ini sekiranya beliau juga tidak boleh mencari jalan penyelesaian kita akan membawa perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sebarang maklumat mengenai Tabung Kecemasan Pendidikan boleh didapati di www.tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com dan bantuan juga disalurkan melalui akaun bank atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia nombor akaun 1437-0003-7710-50 (CIMB).

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/2000-pelajar-malaysia-timur-tengah-dihimpit-masalah-kewangan/

Perkhemahan Sg Timun Rembau 17 ke 19 Dis 2010

PERKHEMAHAN & MOTIVASI AMAL 2010
Tarikh : 17 – 19 Dis 2010 (Jumaat-Ahad)
Tempat :Pengkalan Ikan, Kampung Sungai Timun, Rembau, N.Sembilan

Penyertaan terbuka kepada muslimin berumur 9 ke 55 tahun
Aktiviti ‘outdoor’ yang amat sesuai untuk bapa dan anak-anak lelaki
Yuran RM30 seorang

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan dan Surau Taman Matahari Height

AKTIVITI MENARIK
Kem Solat dan Ibadah
Teori dan praktikal roti canai
Riadah dan Silat Amal
Amal Race
Teori dan praktikal nasi lemak kukus
Malam kesenian
Kembara malam
Penerokaan dan pendakian alam
Teori dan praktikal lemang
Masakan survival
Bengkel Roket Air

Maklumat lanjut hubungi :
Ustaz Nazri Esa 013-3098775
Izamri 013-2124086
Hamizi 012-2832458

Barangan yang perlu peserta bawa :
- Pakaian solat dan sukan
- Lampu picit
- Kelengkapan tidur
- Khemah jika ada

Barangan yang disediakan :
- Fail
- Hamper dan hadiah pertandingan
- Bahan membuat roti canai, nasi lemak kukus, lemang dan roket air
- Sijil penyertaan

Sebarang sumbangan kewangan, hamper dan hadiah untuk menjayakan program ini amat dialu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 05020693061526

Tarikh tutup pendaftaran 15 Dis 2010

http://yam-ns.blogspot.com/2010/11/perkhemahan-amal-17-ke-19-dis-2010.html

20101209

Selamat Menyambut Hari Asyura pada 16 Dis 2010

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja.

Selamat Menyambut Hari Asyura dari kami sekeluarga di http://waghih.blogspot.com

AMALAN YANG DISUNATKAN PADA 10 MUHARRAM ; dari laman web Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam

Tafsirnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.” (Surah at-Taubah: 36)

Empat bulan yang dihormati yang tersebut dalam ayat di atas ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

Manakala diriwayatkan oleh Abi Bakrah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Setahun ada dua belas bulan. Antaranya terdapat empat bulan yang dihormati, Tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan Sya‘ban.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam bulan Muharram ini terdapat satu tarikh yang dianggap istimewa iaitu tarikh 10 Muharram yang juga dikenali sebagai hari ‘Asyura’. Pada tarikh ini banyak berlaku peristiwa-peristiwa penting, antaranya Nabi Adam ‘alaihissalam bertaubat kepada Allah sehingga dia kembali suci, Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa ‘alaihissalam dan lain-lain peristiwa yang dapat dijadikan iktibar bagi umat Islam.

Di samping keistimewaan hari ‘Asyura’ yang berlaku di dalamnya peristiwa-peristiwa penting, hari ‘Asyura’ juga merupakan peluang untuk meraih ganjaran amalan-amalan yang disunatkan untuk dilakukan pada hari tersebut. Amalan Yang Disunatkan Pada Hari ‘Asyura’ Di dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada disebutkan mengenai amalan-amalan yang sunat dilakukan pada hari ‘Asyura’ serta fadhilat yang diperolehi bagi sesiapa yang melaksanakan amalan-amalan tersebut. Amalan yang dimaksudkan ialah melakukan ibadah puasa dan menyenangkan hati kaum keluarga.

1. Puasa pada hari ‘Asyura’
Hukum berpuasa pada hari ‘Asyura’ adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang amat dituntut. Anjuran berpuasa pada hari tersebut disebutkan dalam hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Baginda bersabda:
“Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Muharram dan sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang pada waktu malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain pula, Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma menceritakan:
“Aku tidak melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam mencari-cari puasa pada satu hari, (Baginda) mengutamakannya daripada hari-hari yang selainnya, kecuali hari ini iaitu hari ‘Asyura’, dan bulan ini iaitu bulan Ramadhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam turut berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan Baginda menyuruh umat Islam berpuasa supaya tidak terlepas peluang melaksanakan tuntutan sunat ini.

Antaranya: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sa‘id bin Jabir daripada ayahnya, daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum, katanya:
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai ke Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’. Kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Apa ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari baik, Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh-musuh mereka lalu (pada hari ini) Nabi Musa berpuasa.” Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku lebih berhak untuk menghormati Musa daripada kamu.” Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa hari ‘Asyura dan menyuruh para
sahabat untuk berpuasa pada hari tersebut.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Humaid bin Abdul Rahman, dia mendengar Muawiyyah bin Abu Sufyan berkata di atas minbar pada hari ‘Asyura:
“Wahai penduduk Madinah, di manakah para ulama kamu? Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ini adalah hari ‘Asyura’, dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Namun aku berpuasa. Maka barangsiapa yang menghendaki untuk berpuasa, maka berpuasalah dan barangsiapa yang menghendaki untuk tidak berpuasa, maka berbukalah”.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menggalakkan umat Islam supaya melakukan puasa hari ‘Asyura’. Setentunyalah dengan galakan daripada Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri, peluang seumpama ini tidak dilepaskan oleh umat Islam, apalagi jika mengetahui fadhilat yang diberikan kepada mereka yang melakukan puasa hari ‘Asyura’.

Fadhilat berpuasa hari ‘Asyura’ disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “… Berpuasa pada hari ‘Asyura, aku mengira bahawa Allah akan menebus dosa tahun yang dahulunya (bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut).” (Hadis riwayat Muslim)

Terdapat beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan ‘tahun yang dahulunya’:
i. Tahun itu sendiri, iaitu sembilan hari sebelum hari ‘Asyura’.
ii. Sepanjang tahun sebelum hari ‘Asyura (iaitu bermula dari hari ‘Asyura’ sebelumnya).

Didahului Dengan Puasa Tasu‘a’ (9 Muharram)
Bagi orang yang hendak berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ sunat mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ iaitu pada 9 Muharram.

Hikmah di sebalik mendahuluinya dengan berpuasa pada hari Tasu‘a’ ialah:
a. Sebagai langkah berhati-hati pada pengiraan awal bulan Muharram. Ini kerana ditakuti jika berlaku sedemikian, maka kemungkinan sahaja hari yang dikira sebagai Tasu‘a’ adalah sebetulnya hari ‘Asyura’.
b. Agar umat Islam tidak menyerupai orang Yahudi yang berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
c. Menyambung puasa hari ‘Asyura’ dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari ‘Asyura’

Meneruskan Puasa Hingga 11 Muharram
Apabila seseorang melaksanakan puasa hari ‘Asyura’, sunat juga menggandingkannya dengan berpuasa pada 11 Muharram, walaupun dia tidak melakukan puasa hari Tasu‘a’.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berdasarkan penjelasan di atas, terdapat beberapa cara melakukan
puasa hari ‘Asyura’ iaitu:
i. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja.
ii. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) dan pada hari ‘Asyura’.
iii. Berpuasa pada hari ‘Asyura’ dan pada 11 Muharram.
iv. Berpuasa pada hari Tasu‘a’ (9 Muharram) , hari ‘Asyura’ dan 11 Muharram. Gandingan berpuasa tiga hari ini (9,10,11 Muharram) adalah digemari sebagaimana yang disebutkan oleh Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah.

2. Menyenangkan hati kaum keluarga
Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum
keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih daripada hari biasa serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya.

Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya. Adapun apa yang selain daripada dua perkara di atas seperti sembahyang malam ‘Asyura’, mandi hari ‘Asyura’, bercelak mata dan yang lainnya tidaklah ada disebut melainkan pada hadis-hadis dhaif, munkar dan maudhu‘.

Marilah kita bertekad untuk mengisi hari ‘Asyura’ yang datang sekali setahun di bulan Muharram ini dengan mengambil iktibar peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut dan melaksanakan apa yang dianjurkan oleh syara‘.

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan fadhilatnya begitu sahaja.

Sumber
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg1.pdf
http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2009/bil343-bhg2.pdf

Bubur Asyura juadah sinonim bulan Muharam
Utusan Malaysia

MAJORITI umat Islam Malaysia tahu mengenai bubur Asyura. Ada yang menyatakan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas yang terdiri daripada sepuluh jenis bahan. Ada tepung, ada ubi, ada pelbagai kekacang dan sebagainya. Apa yang pasti ia ialah bubur daripada 10 bahan masakan. Kalau lebih atau kurang, itu bukan bubur Asyura. Jenis rasanya mungkin juga berbeza di antara satu negeri dengan negeri lain.

Ada juga anggapan bahawa bubur Asyura ialah bubur khas sempena 10 Muharam. Kebetulan perkataan Asyura diambil daripada bahasa Arab iaitu Asyarah yang bermakna 10. Maka ramailah yang bergotong-royong atau bersendirian menyediakan bubur Asyura pada tanggal 10 Muharam.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w. disebut maksudnya:
Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) menghapuskan dosa dua tahun iaitu setahun sebelumnya dan setahun selepasnya, dan puasa hari Asyura (10 Muharam) menghapuskan dosa setahun sebelumnya. (Riwayat Abu Daud).

“Peristiwa Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Musa a.s., Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. tiba di Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa pada hari 10 Muharam. Nabi s.a.w. bertanya apa yang yang mereka lakukan? Orang Yahudi menjawab bahawa hari ini (10 Muharam) ialah hari soleh (baik). Allah s.w.t. menyelamatkan pada hari ini Musa a.s. dan Bani Israel daripada musuh mereka. Maka Musa berpuasa pada hari tersebut. Maka Nabi s.a.w. bersabda bahawa baginda lebih berhak dengan Musa daripada kamu (orang Yahudi). Nabi s.a.w. berpuasa pada hari itu dan mengarahkan sahabatnya berpuasa. (Riwayat Bukhari).

“Ada juga anggapan bahawa hari Asyura berkait dengan peristiwa Nabi Nuh. Selepas diselamatkan daripada banjir besar, maka dibuatlah makanan daripada apa yang ada. Makanan yang dimasak itu ialah bubur. Lalu terbitlah satu makanan namanya bubur Asyura. Mungkin ada sumbernya mungkin juga tidak ada. Apa pun yang pasti hari 10 Muharam berkait dengan peristiwa Nabi Musa dan ada anggapan ia berkaitan dengan juga dengan Nabi Nuh,” katanya menerangkan tentang peristiwa di sebalik hari Asyura.

Tambah beliau, puasa hari Asyura adalah sunah Nabi Muhammad s.a.w. Ini ditegaskan dalam satu sabda maksudnya: Sesungguhnya hari ini hari Asyura dan tidak diwajibkan atas kamu puasa padanya. Sesiapa yang mahu maka berpuasalah, dan sesiapa yang tidak mahu maka berbukalah. (Riwayat Bukhari).

Sabda Nabi s.a.w., Jika aku hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari sembilan dan 10 Muharam. (Riwayat Ibnu Majah).

“Hikmahnya mungkin bagi menyalahi perjalanan orang Yahudi yang memuliakan hari 10 Muharam sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Maka umat Islam digalakkan juga berpuasa pada 9 Muharam di samping 10 Muharam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

20101207

Nak tahu bandar tumpuan pelancong atau bandar mati


Senang saja nak tahu mana-mana bandar tersebut adalah tumpuan pengunjung atau pelancong pada hujung minggu dan cuti sekolah serta cuti umum. Tengok sahaja bayaran tempat letak kereta awam. Kalau bandar tersebut tempat letak kereta awamnya perlu dibayar pada hujung minggu dan cuti umum, bermakna bandar tersebut adalah tumpuan pengunjung dan pelancong.

Contohnya macam di Kuala Terengganu dan Melaka. Hari hujung minggu dan cuti umum pun kena bayar tempat letak kereta sampai jam 6 petang.

Mana-mana bandar yang bukan tumpuan pengunjung dan pelancong, Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis atau Menteri Besarnya kenalah fikirkan sesuatu untuk menghidupkan bandar sebagai tumpuan pengunjung , secara tidak langsung dapat menjana pendapatan negeri.

Pelancongan Kubur di Negeri Sembilan

Saya dimaklumkan di Jelebu, Negeri Sembilan terdapat sebuah kawasan tapak perkuburan yang dikhaskan untuk mayat-mayat yang tiada waris yang biasanya mayat-mayat yang tidak dituntut di hospital.

Dimana tapak perkuburan tersebut, tidaklah dapat saya pastikan dengan tepat setakat ini.

Kawasan Perkuburan ini ada baiknya dijadikan kawasan pelancongan agama sebagai tanda keinsafan kepada kita semua. Kalau di negara barat mereka yang tiada waris ini dan tiada siapa yang kenal disebut John Doe, mungkin di Malaysia kita namakan ianya Tapak Perkuburan Dagang Pak Malau.

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
Kajang Hamba Mengkuang Layu
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat
Dagang Hamba Musafir Lalu