KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100218

Guru Puasa, Kementerian tak ada duit

Semalam borak dengan seorang Pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Saya kata sekarang ni makan Nasi Bungkus lah guru-guru kalau ada kursus.

Dia kata tak ada apa-apa, nasi bungkus pun tak ada. Bajet tak ada langsung. Duit makan tak ada, tuntutan elaun perjalanan tak ada.

Begitu teruk sekarang ini , kerajaan dan Kementerian Pelajaran tak ada duit langsung nak beri makan masa kursus.

Kalau macam tu, saya sarankanlah kepada guru-guru, jangan marah, banyakkan bersabar. Eloklah digesa supaya guru-guru berpuasa ketika menghadiri kursus. Dapat pahala, dapat jimat duit.

Atau paling senang Kementerian Pelajaran tak payahlah buat apa-apa kursus, nazir-nazir pun tak payahlah melawat sekolah, jimat semuanya.

Begitu teruk sangatkah ekonomi negara ?

Nampaknya orang politik UMNO, PAS, PKR tak kisah dengan nasib para guru-guru di Malaysia ini. Mereka asyik dengan isu keluar parti, isu Australia, isu itu, isu ini, sampaikan lupa para guru, para kakitangan kerajaan sedang menghadapi saat yang amat sukar akibat bajet kerajaan banyak di potong.

Ada sekolah elit di Seremban di arah pasang kipas di bilik darjah selepas pukul 9. Kalau boleh pejabat Perdana Menteri , Menteri Besar , Pengarah Jabatan Pelajaran, Pengarah itu, Pengarah ini pun tak payahlah guna air-cond, guna kipas lepas pukul 9 pagi.

Cerita berkenaan Nasi Bungkus untuk guru semasa kursus di http://waghih.blogspot.com/2010/02/nasi-bungkus-untuk-perdana-menteri-dan.html

Tiada ulasan: