KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100201

Kelonggaran pemegang kad UNHCR

Harian Metro 1 Feb 2010

PADANG BESAR: “Jika tidak bekerja mereka hendak makan apa di negara ini, jadi kita beri kelonggaran mereka bekerja tetapi secara sambilan atau tidak tetap,” kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam, mengulas kedudukan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Katanya, kerajaan tidak mengiktiraf status UNHCR tetapi atas dasar ihsan dan perikemanusiaan, kelonggaran diberikan kepada pemegang kad terbabit untuk menetap dan mendapat pembelaan di negara ini.

“Mereka boleh bekerja secara sambilan untuk menyara kehidupan di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Taklimat Anti Pemerdagangan Orang kepada barisan pegawai dan anggota badan penguat kuasa sempadan terutama di bawah bidang kuasa KDN di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Perlis, Datuk Ghazali Mohd Amin dan Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Hasbullah Abdul Rashid.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KelonggaranpemegangkadUNHCR/Article

1 ulasan:

deloyang berkata...

soalnya brapa ramai ka mrk yg memegang kad UN ni menggunakan secara sah? atau adakah mrk ni benar2 layak diberikan kad UN?