KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100202

Rembau, Melayu, Ali Rustam, Mohamad Hasan

Ketika nelayan di Melaka kena tahan pihak berkuasa Indonesia, Ali Rustam telah turun sendiri ke Indonesia untuk membantu menyelesaikan masalah nelayan tersebut.

Penduduk Pulau Sebang pula minta pampasan yang setimpal untuk projek landasan keretapi berkembar dari RM 7 sekaki persegi ke RM 20 sekaki persegi, sekali lagi Ali Rustam mendengar masalah penduduk tersebut, dia tidak menuding jari pada sesiapa mengatakan ini didalangi pembangkang.

Tapi lain ceritanya di N.Sembilan, orang Rembau yang dapat pampasan tanah, projek yang serupa sekitar RM 2 sekaki persegi, ada pemimpin kerajaan di N.Sembilan menuduh ianya didalangi pembangkang apabila penduduk minta pampasan sewajarnya.

Bila orang Melaka kena gigit sesuatu di pantai Port Dickson, dituduhnya ada pihak nak memburukkan keadaan, sebar khabar angin, angkara terumbu karang.

Saya nak tanya, berapa gaji guru KAFA di Melaka, berapa gaji guru KAFA di N.Sembilan ? Kalau tak silap saya saya pernah terbaca dalam Blog Ali Rustam gaji guru KAFA di Melaka sekitar RM 1000 sebulan , tapi di N.Sembilan tak sampai RM 500, kena tolak lagi KWSP dan Takaful.

Orang Rembau, orang Negeri Sembilan , tolonglah buka mata sikit.

***********************
Utusan Malaysia 2 Feb 2010

Pampasan tanah: Rayuan penduduk Pulau Sebang akan dipertimbang

JASIN 1 Feb. - Kerajaan negeri sedia menimbang rayuan penduduk Kampung Pulau Sebang, di sini yang tidak berpuas hati dengan bayaran pampasan tanah kerana dianggap terlalu rendah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya memberi jaminan akan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan tersebut demi menjaga kepentingan penduduk di kawasan terlibat.

Menurutnya, pengambilan tanah di Kampung Pulau Sebang seluas enam hektar adalah bertujuan pembangunan semula kawasan di situ seiring dengan matlamat Melaka Maju tahun ini.

''Harga pampasan tanah yang ditawarkan kepada penduduk di situ ialah antara RM7 dan RM9 sekaki persegi.

''Ia dibuat berdasarkan penilaian harga tanah semasa namun jika penduduk di situ tidak berpuas hati dengan tawaran tersebut, mereka boleh buat rayuan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantahan kira-kira 115 penduduk Kampung Pulau Sebang yang mendakwa bayaran pampasan bagi pengambilan tanah mereka seluas enam hektar di kawasan terbabit terlalu rendah.

Penduduk mendakwa tawaran pampasan kerajaan iaitu RM7 dan RM9 bagi sekaki persegi berbeza berbanding penilaian syarikat swasta iaitu RM20 hingga RM30 sekaki persegi.

Selain itu, kata Mohd. Ali, penduduk diminta mengemukakan rayuan tersebut kepada Pejabat Tanah dan Galian Alor Gajah sebelum kerajaan negeri mempertimbangkan semula tawaran pampasan yang diberikan sebelum ini.

Namun, katanya, jika penduduk masih tidak berpuas hati dengan tawaran pampasan yang diberikan selepas itu, pihaknya tidak boleh menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah.

''Jika penduduk masih tidak setuju, perkara ini boleh dibawa ke mahkamah, ini sebahagian daripada proses.

''Bukan bermakna kita cabar penduduk untuk bawa perkara ini ke mahkamah, ia cuma satu proses," ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri beranggapan sewajarnya perkara itu tidak dibawa ke mahkamah memandangkan ia masih boleh dipertimbang dan dirundingkan oleh kedua-dua pihak.

''Saya fikir tidak perlu sampai ke mahkamah kerana tawaran pampasan tanah yang diberikan kepada penduduk mengikut Jabatan Penilaian.

''Kita tidak mampu beri harga yang terlalu tinggi kerana bimbang tempat lain akan minta perkara yang sama. Jika ia berlaku, ia sudah pasti menghalang kelancaran proses pembangunan yang diatur di kawasan terlibat," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm

1 ulasan:

Unknown berkata...

Macamana nak buka mata sebab kebanyakkan mereka terlena dalam ketotokan....jenis tak nak buka minda dan turutkan saja....itu yang diorang suka!!!!