KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100401

Dadah parah di N.Sembilan, siapa salah

Masalah penagihan dadah makin parah di N.Sembilan dan di merata-rata tempat seluruh Malaysia.

Namun program untuk mendekatkan remaja dan belia dalam aktiviti sihat amat kurang sekali. Apatah lagi program mendekatkan golongan ini dengan institusi masjid.

Tidak cukup dengan ceramah dan kuliah. Semua pihak perlu turun padang. Ini bukan kerja Polis dan AADK semata-mata. Kita semua mesti berganding bahu.

Aktifkan program setempat, program di taman-taman, program di surau-surau.

Yang paling utama solat jemaah.

Ada dakwaan yang mengatakan bahawa untuk memusnahkan sesuatu negara ialah pihak asing akan membanjirkan sesuatu negara itu dengan dadah dan jenayah.

**********************
Kebun getah sarang penagih
Utusan Malaysia 1 April 2010


JEMPOL 31 Mac - Kalau zaman 60-an, remaja ketika itu bertungkus -lumus membantu keluarga dengan menoreh getah, tetapi hari ini lain pula ceritanya.

Apa tidaknya, segelintir remaja melihat kebun getah bukan lagi sumber pendapatan, sebaliknya menjadikan ia 'sarang' paling strategik untuk menagih dadah.

Perkara yang kian 'membusung' itu dibongkar dalam Ops Terjah 3, bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah ini, semalam.

Ketua Pegawai AADK Jempol, Zakryel Arip memberitahu, pihaknya telah lama mengintip aktiviti penagihan dadah di kawasan kebun getah itu.

"Kami berjaya menahan dua lelaki yang disyaki menagih dadah di kebun getah berkenaan dan menghapuskan kawasan sarang penagihan mereka.

"Bagaimanapun, seorang lagi penagih berjaya meloloskan diri," katanya di sini hari ini.

Sebelum penahanan dua penagih berkenaan, AADK daerah itu juga berjaya menahan dua lagi penagih di dalam sebuah rumah selepas membuat pemeriksaan secara rambang di kawasan Bahau dan Felda Raja Alias dekat sini.

"Dua lelaki itu disahkan positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan ke atas mereka," tegasnya.

Pada masa sama, Zakryel mendedahkan senario penagih kini yang lebih gemar tidur dalam kebun getah daripada tinggal di rumah sebagai cara untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan juga, Zakryel memberitahu, bilangan penagih dadah di daerah ini bertambah sejak akhir-akhir ini dan pihaknya bekerja keras untuk mengekang daripada berlarutan.

"Sepanjang operasi dari bulan Januari hingga Mac tahun ini sahaja, AADK Jempol telah berjaya menahan 327 orang penagih dan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Remaja miliki enam peket heroin

Harian Metro 2010/04/01 JEMPOL: Seorang pengedar hingusan yang baru belajar mengedar dadah tidak sempat menikmati hidangan cendol selepas diberkas polis di Pekan Bahau di sini.

Remaja lelaki berusia 19 tahun itu dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol yang melakukan Ops Tapis Khas bersama sejumlah dadah disyaki jenis heroin.

Lelaki terbabit dikatakan pergi ke kedai berkenaan untuk menjual bahan terlarang itu kepada pelanggannya di situ, namun kehadirannya disedari anggota polis yang menjalankan operasi membanteras kegiatan terbabit pada Isnin lalu.
percaya suspek pergi ke situ untuk menjual dadah kepada pelanggannya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Remajamilikienampeketheroin/Article

Tiada ulasan: