KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100425

Pakai tudung didiskriminasi di Malaysia APARTHEID


Wanita Islam kalau pakai tudung didiskriminasi di Malaysia, secara khususnya di Negeri Sembilan dan Melaka. Ada mana-mana pihak, individu, pendakwah, ulama, Majlis Agama Islam, JAKIM, NGO hendak membela wanita Islam yang bertudung di Malaysia agar tidak didiskriminasi ?

Atau ini perkara kecil dan remeh temeh banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian seperti isu Kalimah Allah dan Natrah?

*************
SUKARNYA MENDAPAT KERJA HANYA KERANA MEMAKAI TUDUNG
Utusan Malaysia 20 Apr 2010

SAYA merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Saya menetap di luar bandar dan perawakan saya ialah seorang gadis bertudung sesuai dengan identiti saya sebagai seorang Muslimah.

Sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya mengambil kesempatan menggunakan masa yang terluang untuk bekerja.

Harapan saya agar pendapatan yang diperoleh nanti dapat menampung sedikit sebanyak keperluan saya, terutama untuk memulakan pengajian nanti.

Saya memulakan langkah mencari pekerjaan di sebuah hotel yang terletak di Bandaraya Bersejarah selepas terbaca iklan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Saya memohon untuk bekerja di bahagian pembersihan (house keeping).

Penemuduga itu bersedia menerima saya sekiranya saya bersedia untuk tidak memakai tudung.

Penemuduga juga memberitahu ia adalah syarat 'normal' untuk bekerja di hotel. Mungkin salah saya kerana tidak mengetahui akan syarat itu kerana kehidupan saya yang tidak terdedah dengan suasana di hotel.

Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel. Namun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesal kerana saya tidak berupaya menerima pekerjaan tersebut kerana syarat 'normal' itu.

Selepas itu saya turut memohon pekerjaan di sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka.

Banyak kedai yang menawarkan jawatan kosong sebagai pembantu kedai. Tetapi apabila ditanya majikan turut meletakkan syarat 'normal' itu untuk saya diterima bekerja. Malahan kedai yang menjual barang permainan untuk kanak-kanak turut meletakkan syarat tersebut.

Saya berasa begitu tersinggung dengan keadaan ini. Saya tidak faham. Islam ialah agama rasmi negara tetapi sensitiviti berhubung agama ini diabaikan.

Sememangnya bukan salah mereka meletakkan syarat 'normal' itu. Tetapi adakah menjadi kesalahan saya berpenampilan sewajarnya yang ditetapkan oleh agama saya?

Mungkin penampilan saya yang bertudung tidak menarik perhatian untuk pelanggan berkunjung ke kedai mereka atau menjejaskan imej mereka yang sering menjadi tumpuan pelancong asing.

Mungkin juga isu yang cuba saya ketengahkan ini kelihatan remeh kepada sesetengah pihak, namun jujur saya katakan, ia agak berat untuk gadis bertudung seperti saya.

Bagaimana nasib sesetengah gadis bertudung yang begitu terdesak memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka? Adakah kami harus mengorbankan identiti diri demi mencari rezeki di zaman moden ini?

HYENA
Negeri Sembilan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

***************
TUDUNG: BUKAN ISLAM TAK SALAH
Utusan Malaysia 23 April 2010

SAYA amat tertarik dengan tulisan Hyena dari Negeri Sembilan yang mempertahankan syariat Islam bertudung daripada 'digadai ganti' oleh tawaran pekerjaan.

Dalam tulisannya di ruangan ini 20 April lalu, beliau meluahkan kesedihan betapa sukarnya mendapat pekerjaan hanya kerana beliau bertudung.

Beginilah di akhir zaman apabila kedudukan umat Islam cukup lemah, sehinggakan amalan wajib yang kita amalkan sudah berani 'ditawar menawar' oleh pihak-pihak lain atas alasan mencari pekerjaan.

Jika kita lihat daripada sudut liberalisasi hak, pihak majikan tersebut menganggap ini suatu lumrah atau 'normal', sedangkan daripada segi hukum dan hak umat Islam ia adalah satu bentuk diskriminasi dan penghinaan terhadap amalan syariat.

Saya berpendapat hal ini tidak boleh disalahkan seratus peratus kepada pihak bukan Islam atas beberapa sebab. Antaranya:

Lihatlah gelagat dan pemakaian umat Islam sendiri, terutamanya wanita-wanita Melayu sekarang. Pemakaian rata-rata wanita Melayu sekarang tidak lagi menggambarkan ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna. Memakai tudung tetapi mengenakan seluar dan baju yang ketat, menampakkan belakang dan depan, menonjolkan bentuk tubuh badan yang lebih bersifat 'penggoda'.

Apabila pemakaian begini diamalkan oleh perempuan Melayu, golongan bukan Islam tidak memandang mulia dan melihat perbezaan aurat bertudung atau tidak.

Sebaliknya ia sama sahaja untuk menonjolkan kebolehan mengeksploitasi wajah dan tubuh badan wanita-wanita separa seksi ini bagi promosi perniagaan.

Selain itu amalan diskriminasi terhadap wanita bertudung juga disebabkan ada ramai wanita Muslim lain sanggup menerima peraturan membuka tudung atau melakukan perkara melanggar syarak lain untuk majikan bukan Islam tersebut. Jadi, majikan bukan Islam secara mudah membuat justifikasi perkara aurat ini hal remeh dan tidak penting.

DARIPADA SUDUT UNDANG-UNDANG PEKERJAAN DI NEGARA INI TIDAK JELAS SAMA ADA UNDANG-UNDANG KHUSUS MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN HAK-HAK PEKERJA MUSLIM, terutama di sektor swasta seperti hak bersolat, makanan halal di tempat kerja, menutup aurat bagi lelaki dan wanita serta tahap sosial persekitaran di tempat kerja yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Sebagai contoh, jika majikan meletakkan seorang wanita dan seorang lelaki di dalam sebuah bilik tertutup, bagaimana undang-undang tersebut boleh membela hak pekerja Islam jika ia menolak tugasan tersebut.

OLEH ITU, PIHAK BERWAJIB MELALUI BANTUAN JAKIM BOLEH MEWUJUDKAN SOP (STANDARD OPERATING PROSEDURES) UNTUK DIGUNA PAKAI OLEH MAJIKAN BUKAN ISLAM KEPADA PEKERJA MUSLIM SUPAYA SELARAS DENGAN KEHENDAK ISLAM.

Perkembangan diskriminasi terhadap pekerja Muslim ini adalah rentetan daripada kelemahan umat Islam sendiri. Jika kita lihat budaya hidup umat Islam kini, terutama di Malaysia tidak ada banyak beza dengan bukan Islam.

Lelaki dan wanita Islam kini tidak lagi serius menjaga budaya dan amalan Islam, bermula daripada unit keluarga sehinggalah kepada skala masyarakat dan negara.

Bergaul bebas lelaki dan perempuan sejak di usia sekolah lagi telah menjadi amalan biasa pada hari ini sehingga telah membiasakan masyarakat kita dengan seks bebas, akhirnya terbuanglah bayi-bayi tidak berdosa oleh manusia penzina lagi pembunuh ini.

Akibat ini juga, umat Islam dipandang jijik, lemah dan rendah oleh bukan Islam sama ada di Malaysia ataupun di mana sahaja, sudahlah lemah di dalam semua bidang keutamaan dunia, seperti penguasaan perniagaan, pencetus teknologi dan pembuatan, malah terjebak pula dengan perkara luar kemanusiaan dan kepelbagaian jenayah.

Oleh itu, diskriminasi yang berlaku pada pekerja Islam ini harus dipandang pada skop yang lebih luas, iaitu ia berpunca daripada sikap kita umat Islam sendiri yang lemah dan tidak kukuh pada ibadah dan budaya hidup Islam seperti yang dimajukan oleh sunnah melalui kitab al-Quran.

Rasulullah SAW juga telah meramalkan akan keadaan ini dan ia sudah semakin nyata, seperti yang sebuah hadis diriwayatkan oleh Thauban r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud setelah ditanya oleh para sahabat,

"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Tidak, Bahkan mereka pada masa itu lebih ramai, tetapi ibarat buih di laut yang menjadi tidak berguna lagi tidak digeruni."

Semoga kita mengambil iktibar dan tidak merebak menjadi parah.

Muhammad Azwan
Nibong Tebal, Pulau Pinang
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

8 ulasan:

Ahti berkata...

Assalamualaikum.Tak dapat kerja tu bukan pasai pakai tudung,ini semua ketentuan Allah yg maha berkuasa lagi maha bijaksana.
Kalau bukan rezeki anta,buang tudung pun belum tentu dapat.Doa2lah agar next interview dpt kot.Tp mintalah kerja yg sesuai ngan perawakan anta.
Kalau xapat juga itu Ujiaaaaan.

de_kerinchi berkata...

salam,

tuan itu sebab orang islam mesti mempunyai ekonomi yang kuat...kebanyakan hotel besar milik bukan islam...memanglah orang islam mesti ikut cara depa...

kenapa xinterview kat hotel milik islam kan banyak....naza hotel ada...kalau xnak brisdale hotel, quality hotel atau depalma milik kerajaan pkr kan ada...saja nak buat isu...

usaha dahulu.........

faizzzz berkata...

memang sukar.. semasa saya tamat sekolah belasan tahun dahulu saya pun mcm saudari ini....sukar mendptkan kerje sambilan dengan bertudung..terutamanya kerja di hotel cuma sykt besar @ ofis yg benarkan...

saya baru balik dari Genting menginap di First World Hotel, terperanjat saya housekeeping mrk bertudung..jadi sepatutnya dah wajar sykt2 yang x pro pekerja bertudung memberi laluan kalau sedekad lepas perkara ini mmg rancak.. sepatutnya pd masa skrg ... mereka dah kena paham pasal sensitiviti dan keberadaan di tempat yang majoritinya ISLAM.

adnin berkata...

salam,
kadang2 pelik jgk ttg peraturan normal ni, nk keje, tp xboley pakai tudung di m'sia. sy student di NZ, part time keje housekeeping. bos (non-muslim, org NZ) x pernah persoalkn pasal tudung. boleyje keje, xde diskriminasi. tp di negara sendiri?? mungkin ade hikmah di sebalik sume ni..

Awanama berkata...

aurat yg kn jg bkn sj kn bertudung,tp trmasuk jg baju kena longgar dan xnmpak bentuk badan.sy hmpa bila minta part time kat G**** dulu,dah lpas interview dia tnya sy(melihat sy brbaju kurung dan tudung besar)"awk boleh ke pakai bju uniform kami.baju kn masuk dalam"(mksudnya musti nmpak bentuk punggung).rasa bengang pon ada....sy minta nk kuarkan baju untuk tutup punggung pon xdilayan.pelik rasanya,sy bukanny strict sgt brpakaian dan blh buat prubhan slgi xlanggr syarak,nak jadi promoter je pun, bukan aku minta nk jd model!
kpd de kerinchi, budak 2 juz nk kongsi pnglaman dia, bukan nk buat isu.yg penting kt sm2 buat perubhn untuk Islam....

Awanama berkata...

saya tak bersetuju langsung dengan de_kerinchi...walaupun saya lelaki tak pakai tudung. apesal pulak saja nak buat isu...isunya kat malaysia ni negara islam, so kene ikut majoriti anutan agama disini tak kira pemilik perniagaan itu non muslim atau tidak... kene hormat majoriti penduduk setempat...kalau tak suka, jangan mengaku rakyat malaysia. orang malaysia semua tahu islam agama rasmi, so kene hormat agama rasmi...isunya ialah orang tak hormat pendirian penganut islam. apa kata kita hebohkan dan boikot je yang mana degil, baru dia tau kuasa majoriti..macam dalam kes halal tu, baru kelam kabut nak kata barang dia halal, sebelum ni buat tak tau je...halal haram ni kene amik berat dah sekarang ni...semak sikit kat kat website yang berkenaan yang mana kene boikot,boikot betul2.. baru orang respect kat orang islam. aku memang boikot orang yang tak hormat ni, pengotor, yahudi ke...takde masalah pun, takde rugi ape pun kat aku...

Awanama berkata...

inilah masalah bila kaum bukan islam menguasai ekonomi..

jika masyarakat islam yg menguasai ekonomi.. insyallah istilah istilah diskriminasi agama ni tak timbul ..

masyarakat islam banyak pilihan tempat utk bekerja ..

Awanama berkata...

Alhamdulillah, walaupun anak saya bertudung litup tapi dia telah dipelawa utk bekerja di sebuah kolej swasta terkemuka milik bangsa lain. Ianya mudah. Perlu ada kemahiran dan keyakinan diri yg cukup tinngi dan jangan lupa bahasa inggeris yang orang kita sering abaikan itu amat penting.