KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100406

Penagih dadah wanita membimbangkan


Utusan Malaysia 6 April 2010

JEMPOL 5 April - Enam orang penagih dadah wanita adalah antara 109 yang ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah ini sepanjang bulan Mac lalu.

Perangkaan yang dikeluarkan oleh Pegawai AADK daerah, Zakryel Arip itu menunjukkan kecenderungan wanita terhadap dadah kian membimbangkan.

"Perkembangan ini perlu disekat dan kita tidak mahu dadah menular di kalangan wanita kerana ia akan menjuruskan kepada permasalahan yang lebih besar.

"AADK daerah Jempol juga akan bertindak lebih serius terhadap gejala ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zakryel juga memberitahu daripada 109 yang ditahan itu, 73 orang disahkan positif.

"Kita bimbang, angka penagih wanita akan bertambah dan ia boleh memberi impak kepada kesihatan, kekeluargaan dan pekerjaan mereka," tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Tiada ulasan: