KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100820

Banyak kemalangan di N.Sembilan, Bukit Putus BAHAYA

Akhir-akhir ini banyak kemalangan maut dilaporkan di Negeri Sembilan. Banyak faktor yang menyumbang kepada kemalangan ini , walaupun sebenarnya ajal dah sampai. Antaranya kecuaian manusia, keadaan jalan, bencana alam dan sebagainya.

Oleh itu kepada pemandu semua, berhati-hatilah. Banyak jalan yang merbahaya di Negeri Sembilan ini. Kalau boleh jalan lama Bukit Putus jangan lalu, kerana dah ada jalan baru. Dan jalan baru pula berhati-hati juga, kerana banyak kereta laju dan papan tanda amaran dan garisan jalan ada yang belum siap sepenuhnya

Jalan lama Bukit Putus ini dikhabarkan sejak ada jalan baru, ianya kurang disenggara. Juga ianya dilaporkan digunakan tempat berlumba, merempit dan drift. Malah ada satu video menarik di Youtube oleh Raja Drift Malaysia buat aksi di Bukit Putus tapi dengan pengawasan polis. Kalau tengok video dia kalah Tokyo Drift dan KL Drift.

Sekali lagi semua pihak harap beri kerjasama :

1. Kepada pengguna berhati-hati, yang beragama Islam baca doa perjalanan atau Bismillah.

2. JKR pastikan jalan diselenggara, papan tanda cukup, garisan jalan cukup

3. Polis dan JPJ beri saman on the spot, bukan saman ekor, tapi elakkan sekatan jalanraya yang boleh jam sampai ke Kuala Pilah

4. Kerajaan negeri banyak gantung banner dan bunting di tiang lampu dan pokok minta pengguna jalanraya berhati-hati dengan gambar keluarga bahagia pulang berhari raya, bukan gambar seorang.

**********************
Selekoh tagih nyawa
Berita Harian 20 Ogos 2010

KUALA KLAWANG: Kekerapan berlaku kemalangan termasuk yang meragut ramai nyawa menyebabkan Jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga di sini, dilabelkan sebagai sangat berbahaya terutama pada waktu malam kerana mempunyai banyak selekoh curam menuruni bukit.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Selekohtagihnyawa/Article

****************************
Pemandu kereta melecur jatuh gaung 40 meter
Berita Harian 20 Ogos 2010

SEREMBAN: Jeritan meminta tolong dari gaung sedalam 40 meter mengejutkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sedang memadam kebakaran sebuah kereta di Kilometer 11 Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus, jam 1.05 petang semalam.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pemandukeretamelecurjatuhgaung40meter/Article

**************************
Kereta terbakar, pemandu jatuh gaung
Utusan Malaysia 20 Ogos 2010

KUALA PILAH 19 Ogos - Sekumpulan anggota Bomba dan Penyelamat yang cuba memadamkan kebakaran sebuah kereta di Jalan Seremban-Kuala Pilah lama di Bukit Putus hari ini terkejut apabila mereka terdengar jeritan seorang lelaki menahan kesakitan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Tiada ulasan: