KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100808

Budak budak ni memang patut di SAMAN EKOR

Saman ekor sekarang ini hangat diperkatakan. Dikhabarkan saman ekor bertujuan untuk mendidik pengguna jalanraya, mungkin ada kebenarannya. Tapi pepatah Melayu, Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya. Kalau nak didik pengguna jalanraya mulalah dari rebung. Dewasa ini para remaja bawah umur termasuk yang sekolah rendah bebas membawa motosikal dan kereta tanpa sebarang gerakan penguatkuasaan besar-besaran.

Saya ada menulis sebelum ini masalah ini, bagaimana para remaja kita menjadikan undang-undang jalanraya sebagai bahan lawak kerana tiada siapa yang ambil peduli mereka menunggang motosikal tanpa lesen dan bawah umur pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/pandu-bawah-umur-melayu-dah-pekak-buta.html

Menyedihkan hanya JKJR yang benar-benar bersungguh-sungguh nak mendidik para remaja mematuhi undang-undang. Mana pergi PDRM dan JPJ untuk SAMAN EKOR para pelajar ini ?

****************************
Buru pelajar langgar peraturan

Mingguan Malaysia 8 Ogos 2010

ALOR SETAR 7 Ogos - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melancarkan satu operasi besar-besaran bagi mengesan pelajar sekolah yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Ketua Pengarahnya Datuk Suret Singh berkata, operasi selama enam bulan itu akan dilakukan di semua sekolah di seluruh negara dengan kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) .

"Program ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan membabitkan pelajar selain sebagai peringatan dan pengajaran kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen 'Road Safety Walk' peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, menerusi operasi tersebut pihak berkuasa akan mengeluarkan saman kepada pelajar yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya seperti tidak memakai topi keledar atau memandu dan menunggang tanpa lesen yang sah.

Operasi ini juga bagi meningkatkan kesedaran pada kalangan pengguna jalan raya yang dilihat masih rendah khususnya mereka di kawasan luar bandar, kata Suret.

Katanya untuk peringkat Kedah, operasi bermula hari ini dan akan berlangsung selama dua bulan, manakala bagi negeri lain ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Mengulas isu berkaitan, beliau berkata statistik polis menunjukkan kematian akibat kemalangan membabitkan motosikal di Kedah meningkat 10.9 peratus tahun lepas iaitu 550 kes berbanding 496 pada 2008.

Beliau berkata, kebanyakan kes melibatkan remaja dan belia berusia di bawah 25 tahun. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Tiada ulasan: