KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121130

Tak de ke Ustaz YouTube dari N.Sembilan?


Baru-baru ini saya berjumpa seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di sebuah sekolah ketika cuti sekolah di pondok keselamatan. Memang membosankan kerja pengawal keselamatan jika bukan waktu sekolah, tiada pelajar, hanya beberapa kakitangan pejabat sekolah yang ada.

Tapi pengawal keselamatan yang ini mempunyai hobi yang boleh dikatakan lain dari yang lain untuk mengisi masa lapangnya apabila selesai rondaan. Dia akan mengaji Al Quran, membaca buku atau menonton ceramah yang dia muat turun dari internet terutama You Tube.

Ceramah yang dia rakam adalah dari penceramah yang pelbagai latar belakang, ada yang pro PAS, ada yang pro Umno, ada yang atas pagar, ada yang Tarekat, ada yang Wahabi, habis semua dirakamnya dan didengarinya dengan teliti. Dia kata walaupun dia dengar ceramah dari pelbagai latar belakang penceramah, dia cuma ambil ilmu yang disampaikan sahaja, bukannya menyokong latar belakang penceramah tadi.

Saya pun bersetuju dengan pendapat dia. Kalau kita ambil ilmu yang benar daripada mana-mana latarbelakang penceramah, kita umat Islam akan bersatu, tapi kalau kita hanya semata-mata menyokong latarbelakang penceramah, kita akan berpecah belah.

Lalu saya tanya pada dia, semua ceramah yang dia rakam tadi, penceramahnya semua bukan orang Negeri Sembilan. Tak ada ke penceramah dari N.Sembilan, katanya tak ada langsung.

Lah, sebanyak-banyak penceramah N.Sembilan yang sodap-sodap berceramah yang boleh membuatkan anak muda terbeliak biji mata khusyuk mendengar ceramah mereka dalam loghat N.Sembilan tak kan satu pun yang tak ada dalam You Tube? Dalam radio Negeri FM mereka selalu ceramah takkan dalam You Tube tak ada? Sodih den nengok nasib penceramah kito !

Macam ni lah. Kalau dah tak ada siapa mampu mengikut penceramah-penceramah ini di sesi kuliah mereka, rakam dan masukkan dalam You Tube dan kemudian dipromosikan, apa kata Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atau Pusat Dakwah Negeri Sembilan keluarkan dana untuk upah seorang perakam bebas terutamanya siswazah yang minat ada kemahiran dan menganggur melakukan kerja ini dengan dibayar elaun atau upah mengikut jam atau minit yang disiarkan dalam You Tube.

Cadangan ini saya tujukan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan dari kerajaan Barisan Nasional atau jika diizinkan Allah, Menteri Besar Negeri Sembilan dari kerajaan Pakatan Rakyat.

Cadangan ini bukan dari ahli Umno atau ahli PAS atau ahli PKR, tapi cadangan dari rakyat Negeri Sembilan yang beragama Islam.



Jom Kita Bantu Pelajar Yang Perlukan Bantuan Kembali ke Sekolah


Saban tahun kos sara hidup makin meningkat. Mereka di kawasan bandar dan pinggir bandar yang berpendapatan RM 1,500 ke bawah amat tertekan setiap hujung tahun untuk persiapan anak-anak mereka kembali ke sekolah pada tahun hadapan.

Sehubungan dengan itu untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau mengambil inisiatif untuk mengumpul dana untuk disalurkan terus kepada keluarga yang memerlukan ini.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Puan Norwani 013-3851202 atau Puan Fauziah 013-7779328.

Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun Bank Islam (BIMB) atas nama : Dewan Muslimat Rembau , No Akaun : 05-012-01-006165-3

Semoga dengan sedikit sumbangan dari kita semua akan memberi sinar harapan kepada pelajar-pelajar ini.

Hari Terbuka Pasti Al Ain, Pedas, Rembau 22 Dis 2012


HARI TERBUKA DAN PENDAFTARAN PASTI AL AIN
Tarikh : 22 Dis 2012, Sabtu
Masa : 9 pg - 1 ptg
Tempat : Pasti Al Ain, Taman Pedas Perdana, Rembau

Terbuka kepada umum

Antara aktiviti menarik :
- Pra pendaftaran pelajar Pasti berumur 4, 5 dan 6 tahun
- Khidmat kesihatan percuma untuk orang dewasa
- Pertandingan mewarna kanak-kanak
- Penerangan percuma mengaji teknik Al Baghdadi

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Wani 013-3851202 , Sdr Hakki 013-3840022 , Cikgu Ika 017-3113273

Sumbangan untuk Tabung Kebajikan Pasti Al Ain boleh disalurkan ke akaun CIMB 12180068287526

Awas, geng samun kembali aktif di Senawang


Maklumat yang diterima geng samun siang hari kembali aktif di Senawang. Sasarannya ialah suri rumah. Suri rumah di Taman Cempaka dan Taman Kiambang Indah telah menjadi mangsa setakat ini.

Modus operandi mereka ialah 5 ke 8 orang lelaki Melayu menunggang motosikal Kips berwarna hijau dan biru akan bertanyakan alamat rumah dan sebagainya kepada suri rumah tersebut dan kemudian terus menyamun.

20121129

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Maahad Tahfiz Seremban kini dibuka


Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah (MTAS)
Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang-Paroi
Seremban
Tel : 06-6771232

Maklumat lanjut di http://www.saidiyyah.com

Dengan yuran bulanan/tahunan yang amat berpatutan.

Kurikulum MTAS adalah bersepadu antara KBSM, Diniyyah (agama) dan Al-Quran.

Kurikulum Menengah Rendah (Tingkatan 1 - 3) PMR
Mata Pelajaran KBSM
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Arab Komunikasi
3. Bahasa Inggeris
4. Matematik
5. Sains
6. Sejarah
7. Geografi
8. Kemahiran Hidup
9. Pendidikan Islam

Kurikulum Menengah (Tingkatan 4 - 5) SPM
Mata Pelajaran KBSM (SASTERA)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sejarah
4. Matematik
5. Sains
6. Bahasa Arab Tinggi
7. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
8. Pendidikan Syariah Islam
9. Ekonomi Asas

Kurikulum Menengah (Tingkatan 4 - 5) SPM
Mata Pelajaran KBSM (SAINS)
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Sejarah
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Bahasa Arab Tinggi
7. Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
8. Pendidikan Syariah Islam
9. Fizik
10. Kimia

Kurikulum Al-Quran
Pengajian Al-Quran :
1. Tilawah Al-Quran
2. Hafazan Al-Quran
3. Penulisan Rasm Uthmani
Silibus Al-Quran :
Tingkatan 1 = Juzuk 1 - 6
Tingkatan 2 = Juzuk 7 - 12
Tingkatan 3 = Juzuk 13 - 18
Tingkatan 4 = Juzuk 19 - 24
Tingkatan 5 = Juzuk 25 - 30

20121127

UPSR, jangan amalkan kronisma untuk masuk ke Tingkatan 1


Saya adalah merupakan Yang Dipertua PIBG satu-satunya Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Seremban. Untuk masuk ke Tingkatan 1 sekolah tersebut, pelajar perlu dapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR. Anak saya mendapat 2A, 2B dan 1C. Apabila saya pergi ke pejabat sekolah, sekolah mengatakan anak saya tidak layak untuk memohon di sekolah yang saya menjadi YDP PIBG sekolah tersebut.

Saya pun akurlah, sebab memang dah itu prosedurnya. Buat apa saya nak merayu, lainlah kalau anak saya dapat 3A 2B tapi borang yang dikeluarkan sudah habis, itu bolehlah merayu. Tak apalah, saya reda. Lalu saya pun bekejarlah keesokan hari ke Sekolah Menengah Agama Rembau dan Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim, Gadong untuk mengambil borang , kerana kelayakan di Rembau ialah minima 2A dan tiada E, serta cemerlang dalam UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA). UPKK anak saya ialah 7A 1B.

Dalam pada masa yang sama pula, isteri saya mohon untuk masuk ke Kelas Aliran Agama (KAA) di Sekolah Menengah Seri Ampangan, walaupun kerani sekolah kata, kelas KAA di sana pun dah penuh.

Disamping itu saya juga mohon di Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (MTAS), Seremban. Baru selesai tadi anak saya temuduga di MTAS, minggu hadapan baru tahu keputusan. MTAS bukan sahaja ada tahfiz malah ada kurikulum Kementerian Pelajaran di mana pelajar perlu mengambil PMR dan SPM dengan yuran yang amat berpatutan serta boleh pilih samada hendak duduk asrama atau tidak.

Pagi tadi saya mendapat satu panggilan telefon dari seorang wanita, yang bertanyakan adakah saya YDP PIBG, kerana anaknya mendapat 2A 3B dalam UPSR tetapi tidak diberikan borang untuk masuk ke SABK tersebut. Saya kata , saya sendiri sebagai YDP pun saya tak dapat borang. Saya kata pada wanita tadi , kita perlulah ikut prosedur. Berilah peluang kepada mereka yang mendapat 3A 2B atau lebih baik dari itu memohon dulu. Daftarlah anak dulu di sekolah lain. Kalau masih ada kekosongan di SABK tersebut kerana ada yang menolak, barulah kita boleh merayu kemudian.

Kita sebagai ibu bapa, lebih-lebih lagi yang ada jawatan baik sebagai Menteri Pelajaran, Pengarah Pelajaran dan sebagainya, kalau anak kita, anak saudara kita tidak layak untuk masuk ke Sekolah Asrama Penuh, IPT dan sebagainya, jangan sekat peluang pelajar lain yang layak.

Jika tidak kita akan dedahkan anak kita dari kecil lagi amalam rasuah dan kronisma.

Keduanya, jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan selepas pilihanraya ini, perlulah diteliti semula kedudukan SABK, SAR, SMA di negeri ini, kerana terlalu ramai yang mohon, tempat tak cukup, sehingga berlaku perebutan tempat antara anak-anak di peringkat jabatan, PPD, JPN, sekolah dan rakyat kebiasaan yang tiada kabel di jabatan dan sekolah dan sebagainya.

Kabel saya hanya Allah.

UBAH JANG UBAH !

Kepada mereka yang ingin memohon di Maahad Tahfiz As-Saidiyyah (MTAS), Seremban sila hubungi pejabat di 06-6771232

Awas, lagi serangan buaya di pantai Malaysia


Mungkin ada diantara kita berfikiran buaya hanya menyerang mangsa di sungai terutama di Sarawak. Sebenarnya buaya juga boleh hidup di pinggir air masin, di kawasan pantai. Kawasan pantai bukanlah habitat buaya, tapi adalah laluan buaya apabila ia berhijrah dari satu kuala ke kuala yang lain.

Namun apa yang mengejutkan, serangan buaya di Pantai Pasir Panjang, Sarawak ialah ianya berlaku di luar musim buaya berhijrah.

Pantai di Negeri Sembilan dan Melaka juga sebelum ini berlaku kejadian buaya-buaya berenang ke pantai peranginan. Beberapa kejadian kemunculan buaya di pantai Port Dickson dan Melaka dilaporkan di http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html

Alhamdulillah setakat ini buaya-buaya di Negeri Sembilan dan Melaka tidak menyerang manusia. Apakah ini ada kaitan dengan perjanjian ulama-ulama di Negeri Sembilan dengan buaya-buaya ini adalah tidak dapat dipastikan seperti yang dilaporkan di http://waghih.blogspot.com/2010/05/3000-buaya-di-pantai-melaka-dan-ulama.html

Apakah perjanjian tersebut? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Yang penting kita perlulah pastikan agar habitat buaya-buaya di Sg Linggi tidak terancam dek pembangunan dan pencemaran.

Sempat tendang buaya sebelum pengsan
27 Nov 2012

Santubong: Terselamat daripada serangan buaya ketika berenang di Pantai Pasir Panjang di sini, menjadi pengalaman paling ngeri bagi Muhd Azlan Marzuki, 20, semalam.
Pelajar Diploma Pengajian Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sarawak itu bernasib baik kerana sempat menendang buaya dan berenang ke pantai sebelum pengsan, kira-kira jam 6 petang.

Dalam kejadian itu, Muhd Azlan yang kali pertama mengunjungi pantai berkenaan bersama keluarga, mengakui pernah membaca kes serangan buaya di kawasan berkenaan.

“Ketika berenang kira-kira 20 meter dari pantai, saya tidak menyangka kayu yang saya terpijak adalah kepala buaya. Belum sempat mengalihkan kaki, buaya itu terus menyambar dan menggigit kaki kanan sehingga ke atas buku lali.

“Pada waktu itu, apa yang saya fikirkan cuma mahu melepaskan diri. Dengan menggunakan segala tenaga yang ada, saya menendang kuat kepala buaya berkenaan.

“Mujur buaya melepaskan gigitan dan saya sempat berenang ke pantai,” katanya sambil mendakwa buaya itu sepanjang dua meter.

Muhd Azlan berkata, sejurus sampai ke pantai, dia rebah kerana luka yang dialami akibat gigitan buaya yang menyebabkan banyak pendarahan.

Dia yang enggan lukanya dijahit, menerima rawatan pesakit luar di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira sejam selepas kejadian dan dibenarkan pulang.

Serangan buaya itu kes kedua di kawasan itu selepas pelajar, Ashley Austin Chin, 14, cedera digigit pada kedua belah kaki dalam kejadian 22 Ogos lalu.


Pelajar UiTM cedera digigit buaya

KUCHING 26 Nov. - Seorang pelajar semester dua Diploma Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) nyaris maut akibat diserang seekor buaya ketika mandi di Pantai Pasir Panjang, Santubong dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, seekor buaya jenis Jejulong sepanjang tiga meter dipercayai menyerang mangsa, Muhammad Azlan Marzuki, 20, hingga mengakibatkan pergelangan dan tapak kaki kanannya luka teruk.

Menceritakan kembali saat ngeri tersebut, anak kelapan daripada 11 beradik itu memberitahu, dia tidak dapat melupakan detik bertarung dengan reptilia ganas berkenaan selama 15 minit demi menyelamatkan nyawanya.

"Ketika kejadian, saya sedang berenang dengan adik perempuan saya di tengah laut dan tiba-tiba saya terasa seperti kaki saya digigit sesuatu.

"Saya kemudian melihat ke dalam air dan mendapati terdapat seekor buaya sedang menggigit kaki saya dan selepas beberapa minit bergelut, akhirnya saya berjaya menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Jalan Mataim di sini hari ini.


Kaki bocor digigit ‘kayu’

SANTUBONG: “Saya ingatkan batang kayu dan terus berdiri di atasnya, tetapi benda itu tiba-tiba menggigit kaki kanan saya,” kata Mohamad Azlan Marzuki, 20, mangsa serangan buaya di Pantai Pasir Panjang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, Azlan dari Kampung Haji Mat Taib, Kuching mengalami pendarahan teruk di bahagian kaki kanan selepas dipercayai digigit buaya ketika mandi di pantai berkenaan bersama beberapa ahli keluarganya.

Menurut Azlan, dia bersama keluarga menghabiskan cuti hujung minggu dengan berkelah di tepi pantai berkenaan, namun tidak menyangka kunjungan pertamanya itu membawa tragedi yang hampir meragut nyawanya.

“Saya berenang berseorangan kira-kira 20 meter dari kawasan pantai, tiba di satu kawasan saya rasa seperti berdiri di sebatang kayu, tetapi tiba-tiba benda itu menggigit saya.

“Saya cuba melepaskan diri dengan menyepak kepala buaya itu sebelum berenang ke tepi pantai bagi mendapatkan pertolongan.

“Dengan sepenuh tenaga saya cuba melepaskan diri daripada gigitan buaya itu, selepas beberapa kali mencuba baru reptilia itu melepaskan kaki saya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, setibanya di tepi pantai dia melihat ada tujuh hingga lapan kesan gigitan gigi buaya di bahagian kaki kanan dan mengalami pendarahan yang banyak.

“Saya pitam apabila melihat darah keluar dengan banyak dan kesan gigitan yang agak dalam, namun bersyukur berjaya melepaskan diri daripada dibaham haiwan yang dianggarkan berukuran lebih dua meter itu,” katanya.

Azlan yang dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan lanjut berkata pengalaman itu menyebabkan dia tidak lagi berhasrat untuk mandi di pantai berkenaan.

Kejadian yang menimpa Azlan itu adalah yang kedua berlaku di kawasan sama di mana pada 22 Ogos lalu, kira-kira jam 7.30 pagi, seorang pelajar, Ashley Austin Chin, 14, cedera di kedua-dua kaki akibat serangan haiwan itu.


Pelajar cedera selepas kaki dibaham buaya Pasir Panjang

KUCHING – Buaya di Pantai Pasir Panjang, Santubong dekat sini kembali mengganas dengan membaham kaki kanan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhd. Azlan Marzuki dalam kejadian pukul 6 petang kelmarin.

Ia merupakan serangan kedua tahun ini selepas kaki seorang remaja, Ashley Austin, 14, dibaham buaya di pantai itu pada Ogos lalu.

Muhd. Azlan, 20, menceritakan, dia sedang mandi kira-kira 10 meter dari pantai sebelum seekor buaya yang dipercayai sepanjang tiga meter membaham kaki kanannya dari belakang dan cuba mengheretnya ke dalam air.

Dalam keadaan panik, pelajar Sains Sukan UiTM Samarahan itu sempat mengerah kudrat selama 15 minit dengan meronta-ronta sambil menendang kepala reptilia itu beberapa kali dengan kaki kirinya sebelum dia akhirnya dilepaskan.

20121126

Meriahnya kedai judi ekor di pekan Rembau



Petang Sabtu lalu saya membawa anak saya ke kedai gunting rambut di pekan Rembau. Kuna Barbers, satu satunya kedai gunting rambut di daerah Rembau yang saya tahu setakat ini. Sederet kedai gunting rambut ini ada kedai judi ekor yang berlesen yang cukup popular.

Berhadapan kedai gunting rambut ini ialah Balai Polis Rembau, yang tidak jauh pula dari Pejabat Agama Islam Rembau dan Mahkamah Syariah. Di hujung jalan sana pula ialah Masjid Jamek Daerah Rembau yang sebelahnya ada pasar malam yang meriah petang Sabtu hingga ke maghrib , hinggalah lepas Isya’.

Tapi yang paling meriah saya tengok petang itu, ialah kedai judi tersebut. Dikunjungi oleh rata-rata orang Melayu yang sudah dewasa dan ada yang warga emas. Walaupun kedai judi ini telah kerap kali di serbu oleh penguatkuasa jabatan agama, namun ianya masih menjadi tumpuan ramai orang Melayu , seperti mana tumpuan di pasar malam sebelah Masjid Jamek Daerah Rembau.

Di mana silapnya , sebuah kedai judi di kawasan yang majoriti Melayu, dekat balai polis, dekat pejabat agama, mahkamah syariah dan masjid daerah boleh begitu meriah dikunjungi oleh orang Melayu, di tepi jalan utama menjadi tontonan semua orang?

Lebih menarik lagi, boleh dikatakan mana-mana kedai judi berlesen, pasti ada restoran HALAL disebelahnya yang menjadi tumpuan kaki judi berkumpul.

Tak malukah orang Melayu yang beragama Islam? Saya merasa amat malu, sebab saya orang Rembau, malu kepada Allah.

Dr Mohd Arif Kasmo berkata antara punca orang Melayu tidak menghargai Islam ialah kerana mereka tidak mengetahui keajaiban al Quran. Dr Arif Kasmo yang banyak berdakwah melalui penemuan sains dalam al Quran menekankan betapa pentingnya para pendakwah mendalami ilmu sains kerana ramai yang diluar sana berhujah secara fakta dan logik akal.

Dan dakwah bukan hanya boleh tertumpu dalam masjid, tapi perlu turun padang, jumpa seorang demi seorang, terutama orang Melayu sendiri.

Tidak hairanlah banyak masjid-masjid yang mati di Negeri Sembilan ini seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Kursus Pra Perkahwinan perlu ada ilmu darah haid



Semasa ceramah oleh Dr Mohd Arif Kasmo di Surau Alamanda, Senawang beliau mengatakan antara salah satu punca perceraian di kalangan mereka yang baru atau telah lama mendirikan rumahtangga termasuk mereka yang sudah menjangkau usia 50 ke 60 tahun ialah suami tidak memahami masalah Pre-Menstrual Syndrome (PSM) atau Sindrom Pra Haid.

PSM ini dialami juga oleh wanita yang putus haid. Ketika PSM , hormon wanita dalam badan adalah amat tidak stabil menyebabkan tingkah laku mereka juga tidak stabil. Dr Arif yang pakar biologi pernah bertanya kepada pengendali kursus pra perkahwinan, adakah perkara ini pernah diajar kepada bakal suami.

Nampaknya PSM ini tidak pernah disentuh dalam kursus perkahwinan yang dia tanya.

Apabila isteri mengalami PSM, para suami hendaklah banyak bersabar.

Semua ini ada diceritakan secara saintifik dalam Al Quran.

Begitu juga dengan tempoh mengandung wanita dalam Al Quran ialah 6 bulan bukan 9 bulan. Ini adalah kerana kajian sains terkini mendapati kandungan berusia 6 bulan boleh hidup diluar rahim jika diberi penjagaan rapi.

KEMPEN KITAR SEMULA


20121125

Muslim Care kumpul dana baiki masjid runtuh di Gaza


Harian Metro 24 Nov 2012 - Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) tampil antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang kini giat mengumpul dana bagi membina semula beberapa masjid yang runtuh di Semenanjung Gaza akibat serangan roket tentera Zionis.

Muslim Care kini giat mengumpul dana termasuk sumbangan daripada pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom.

Timbalan Presidennya, Zulkefli Mohd Nani berkata, dua ahli Muslim Care iaitu Bendahari Agungnya, Zulkifli Wahijan dan Exco Muslim Care, Riduan Mohamad Nor bertolak ke United Kingdom dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam, untuk bertemu pelajar Malaysia di sana.

Menurutnya, rancangan mengutip dana bagi membina masjid di Tebing Gaza itu sudah dirancang sebelum perang meletus 20 November lalu namun ia akan diperhebatkan berikutan beberapa masjid di bandar Gaza dilaporkan musnah.

“Setakat ini, RM100,000 berjaya dikumpul dan kami menjangka mampu memperoleh RM1 juta pada penghujung tahun ini bagi tujuan membina atau membaik pulih masjid di sana,” katanya.

Menurutnya, misi itu mendapat kerjasama NGO dan kerajaan Mesir untuk memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah.

Zulkefli berkata, orang ramai masih boleh menyumbangkan wang ke akaun Muslim Care di atas nama Viva Palestin menerusi nombor akuan Maybank, 564490211159 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 26212000004747.

20121124

MALAM CINTA RASUL


Pendaftaran Pelajar PASTI 2013


PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi :019-6692431 Cikgu Zaharah
019-9103431 Encik Nazri

Kurikulum Bersepadu untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Pembelajaran Pengukuhan 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal

Membentuk Sahsiah Murid Berperibadi Mulia

PASTI – MEMBENTUK PELAJAR CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT

Facebook PASTI N.Sembilan http://www.facebook.com/pasti.sembilan
Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogs

20121123

Sewa bilik percuma di Rembau



Lokasi : Sg Layang, Rembau (tepi jalan utama)

Kemudahan :
- Bilik 10 ka x 10 ka
- Katil dan perabot asas disediakan
- Bilik mandi dan tandas sendiri
- Dapur disediakan

Syarat kelayakan :
- Muslimah sahaja
- Menjaga aurat
- Menjaga solat
- Menjaga kebersihan

Hubungi Hajjah Rokiah 013-3649366

Deposit, sewa bulanan, bayaran elektrik/air/gas tidak diperlukan untuk mereka yang layak

Muslim Care rayu bantuan Gaza



22 Nov 2012 - Pasukan Bantuan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) akan ke Gaza pada 27 November ini bagi menghantar bantuan asas kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan terbaru Israel.

Bagi tujuan itu, Muslim Care merayu rakyat Malaysia agar memberikan bantuan kewangan ke Tabung Bantuan Untuk Gaza yang dilancarkannya bagi meringankan beban rakyat Palestin ketika ini.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkefli Mohd Nani berkata, pihaknya mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk membeli keperluan makanan, khemah dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin.

"Pasukan bantuan akan menyerahkan bantuan kewangan kepada rakan NGO kita di Gaza dan keperluan asas akan dibeli di sana. Kalau bawa dari sini, lebih banyak kos diperlukan. Kita ingin salurkan bantuan segera buat masa ini," kata beliau pada sidang media di Masjid As-Syakirin KLCC hari ini.

Dua wakil Muslim Care dari Malaysia yang akan ke Gaza ialah bendaharinya, Zulkifli Wahijan dan exco, Ridhuan Md Noor manakala seorang lagi wakil Muslim Care di United Kingdom, Alias.

Mereka akan bergabung dengan beberapa NGO dari negara lain dan akan berada di Gaza selama tiga hari.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestin) 5644 902 111 59 atau ke Akaun RHB (Muslim Care) 2621 2000 004747.

Zulkefli juga berkata, selain bantuan segera ini, Muslim Care turut mensasarkan kutipan RM1 juta bagi membantu rakyat Palestin menjelang awal tahun hadapan.

Tabung-tabung akan diedarkan ke seluruh masjid di Masjid bagi tujuan derma selain kutipan derma melalui siri jelajah yang sudah bermula Jumaat lalu.

"Kita akan cuba sedaya-upaya mencapai satu juta dan penyerahan mob cek akan diadakan di masjid ini pada malam sambutan tahun baru," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Presiden Muslim Care, Mat Ariffin Ismail, setiausaha agung, Zakaria Abd Latif dan Ketua Imam Masjid As-Syakirin, Mohd Saiful Azhar, bekas anggota kumpulan rock XPDC, Zua yang akan menyanyikan lagu 'Gaza Menangis' sepanjang siri jelajah.

Dalam pada itu, setakat ini sekurang-kurangnya 120 terbunuh dan hampir 900 orang tercedera melalui lebih 1643 serangan roket yang dilancarkan oleh tentera darat dan laut.

Manakala sekurang-kurangnya 822 rumah musnah akibat serangan ini.

20121122

Kenapa kafe siber lebih menarik dari masjid?


Sepatutnya apabila ada masalah rumah tangga, masjid patut dijadikan tempat rujukan dan bertenang, tetapi kenapa mereka memilih kafe siber pula tempat rujukan dan bertenang? Adakah kerana banyak masjid-masjid di Malaysia ini telah mati seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

LELAKI PILIH KAFE SIBER JAUHI LETERAN ISTERI

22 Nov. 2012 - Akibat tertekan dengan bebelan isteri atau ibu bapa semasa berada di rumah, ramai golongan lelaki berusia bawah 50 tahun menghabiskan masa bermain judi secara dalam talian di kafe siber.

Bermula sebagai tempat melepaskan geram, lama-kelamaan mereka menjadi seronok dan ketagih dengan kegiatan haram tersebut sehingga ada 'kaki judi' yang tegar sanggup berhutang dengan ah long.

Permintaan tinggi terhadap perjudian dalam talian menyebabkan ramai sindiket bersaing membuka kafe siber dengan menawarkan beberapa tarikan kepada pengunjung sehingga menyukarkan pihak polis membendung aktiviti haram tersebut terutama di empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, walaupun operasi pembanterasan menerusi 'Op Dadu' giat dijalankan oleh polis dan banyak sindiket berjaya ditumpaskan namun kewujudan kafe siber yang menawarkan khidmat perjudian ini tetap 'tumbuh bak cendawan' di negara ini.

TABUNG MASJID JADI SASARAN PENCURI

22 Nov 2012 - Kegiatan pecah tabung masjid menjadi kebimbangan jemaah Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak di sini apabila tabung masjid itu menjadi sasaran buat kali ketiga dalam tempoh seminggu lalu.

Satu sumber berkata, kejadian terbaru pada malam kelmarin hanya disedari oleh imam masjid berkenaan yang terkejut apabila mendapati mangga pada tabung itu sudah dipecahkan manakala tabung kosong.

Bagaimanapun, kata sumber itu, tidak diketahui berapa banyak duit dalam tabung itu. Kejadian tersebut dilaporkan kepada polis pada pukul 3 pagi semalam.

“Kejadian pecah tabung itu kemungkinan berlaku antara pukul 10 malam hingga pukul 3 pagi semalam selepas kesemua jemaah pulang sebaik selesai menunaikan solat Isyak,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, dua hari sebelum itu, dua kejadian sama berlaku berturut-turut dengan pencuri mengait duit dari dalam tabung menggunakan dawai penyangkut baju yang diubai suai.

Tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian pertama dan kedua.

Jelas sumber itu lagi, imam masjid berkenaan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh orang awam yang menjadikan masjid sebagai tempat tidur sementara dan mereka yang mengetahui selok-belok dalam masjid itu.


Mualaf , saudara baru yang terkapai kapai


Malam tadi sebelum solat Maghrib di Surau Taman Alamanda, Senawang, seorang saudara baru (mualaf) tercari-cari sesuatu. Jemaah surau mengarahkan untuk berjumpa saya. Mualaf tadi tanya ada tak imam, saya kata imam belum sampai.

Mualaf tadi kata dia perlukan tandatangan imam untuk borang bantuan Majlis Agama Islam N.Sembilan. Saya perhatikan borang yang dia bawa, alamatnya dari taman bersebelahan.

Saya kata pada mualaf tadi , perlu tandatangan dari imam surau taman tempat dia tinggal, kalau imam sini tandatangan mungkin permohonan ditolak.

Mualaf tadi kata, penduduk di tamannya kata imam tempat dia sudah meninggal dunia. Memang saya tahu tamannya beberapa bulan dahulu imamnya sudah meninggal dunia, takkan tak ada pengganti lagi.

Lalu saya beritahu mualaf tadi supaya pergi jumpa imam Masjid Bandar Baru Senawang pada waktu zohor atau asar, kerana taman di sini adalah di bawah kariah Masjid Bandar Baru Senawang.

Lepas solat jemaah Maghrib, saya cari mualaf tadi, ingatkan dia tunggulah nak minta bantuan lain ke, minta sumbangan ke. Rupa-rupanya dia dah nak pakai selipar, nak balik rumah.

Saya tahan dia dan beritahu, minta maaflah, imam sini tak dapat tandatangan, dan ingatkan dia agar pergi jumpa Imam Masjid Bandar Baru Senawang.

Mualaf dengan pakaian yang kusut masai tadi tak mengadu apa-apa pun nasib dia, atau minta apa-apa bantuan. Bila ditanya baru dia kata dia kerja di Kuala Lumpur, kejap ada , kejap tak ada kerja, ikut orang kerja. Ayah dia pula kena stroke.

Lalu saya beri dia RM10, pada mulanya dia menolak dan amat enggan menerima. Lalu saya kata, ini hadiah, dia pun menerimanya dan terus berjalan kaki pulang dengan segera.

Kepada mereka yang selalu didatangi mualaf atau saudara baru, layanlah mereka dengan sebaiknya, terutama mereka yang datang bukan untuk meminta-minta semata-mata.

Rayuan Sumbangan Pondok Ar Raudhah, Jempol


Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan Kompleks Pondok Ar Raudhah di Jempol , Negeri Sembilan yang merangkumi Surau, Pondok Pengajian Warga Emas serta Penempatan Anak Yatim sila salurkan ke akaun RHB Bank atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 25506500005318.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun MAYBANK bernombor 555032518240

Untuk maklumat lanjut sila layari http://perkebar.blogspot.com

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Tn. Hj. Md Nasir (013-6227671)
En. Fisal (019-5119336)
En. Hakimi (013-3957924)
En. Ismail (013-6401119)

Nak bantu Gaza, turun Senawang 25 Nov 2012


Sempena Ceramah Umum pada 25 Nov 2012 di Surau Taman Alamanda, Senawang, Aqsa Syarif sebuah pertubuhan sukarela yang banyak menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Palestin akan membuka kaunter untuk Tabung Misi Bantuan Kecemasan di Gaza serta jualan barangan berkaitan Palestin.

Mereka yang ingin menyumbang sila bawa wang tunai atai cek dan berurusan terus dengan wakil Aqsa Syarif, atau hubungi Sdr Hasri 012-3364065

Dapatkan maklumat dan berita terkini di Gaza, Palestin dari laman web Aqsa Syarif di http://aqsa2gaza3.blogspot.com atau http://www.facebook.com/aqsa.syarif

Sumbangan untuk membantu rakyat Palestiin boleh juga disalurkan ke akaun : AQSA SYARIF BERHAD di Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.

SELAMAT MENYAMBUT, BERAMAL DAN MENYUMBANG PADA HARI ASYURA

AMALAN YANG DISUNATKAN PADA 10 MUHARRAM

Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.”
- (Hadis riwayat al-Baihaqi)

CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk : Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof. Dr Mohd Arif Kasmo
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

5 Tip Mudah Untuk Bantu Gaza


5 tip tersebut diringkaskan menjadi formula berikut : Doa + Kaji + Boikot + Didik + Infaq = Bantu Palestin

1) Doa
Memperbanyakkan doa memohon Allah memberi pertolongan kepada rakyat dan pejuang di Palestin termasuk juga Qunut Nazilah. Sekiranya tidak berkesempatan untuk Qunut Nazilah, luangkan masa untuk berdoa di waktu lapang

2) Kaji
Sentiasa mengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu Palestin. Alert dengan berita-berita yang memaparkan laporan terkini isu Palestin. Mengkaji kitab-kitab yang menceritakan isu sebenar krisis Israel dan Palestin bukan sahaja dari sudut agama malah dari sudut kemanusiaan

3) Boikot
Berusaha memboikot barangan Israel dan sekutunya. Sekiranya tidak mampu boikot kesemuanya, boikot sekadar atas kemampuan. Kita sama sekali dilarang menghina orang Islam yang tidak bersama memboikot barangan Israel ( kerana sudah terbiasa menggunakan atau sukar untuk memboikot)

4) Didik
Mendidik anak-anak dan masyarakat supaya membenci segala bentuk kezaliman yang berlaku. Didik mereka supaya membenci kezaliman dan menyayangi keamanan. Bukan sekadar kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin, tapi segala bentuk kezaliman yang berlaku.

5) Infaq
Sedia menginfaqkan wang bagi membantu rakyat Palestin dan juga para pejuang yang membantu Palestin. Hulurkan wang bagi membantu segala usaha mana-mana pihak yang membantu rakyat Palestin. Seperti tabung kemanusiaan Palestin atau memberi sumbangan menaja kos mencetak bahan-bahan penerangan isu Palestin.

Dapatkan 5 tip tersebut dalam bentuk poster di

IBU BAPA SOLEH ANAK CEMERLANG


20121121

Nantikan kejutan di sempadan N.Sembilan, Melaka.



InsyaAllah satu kejutan besar akan berlaku di Rembau, berhampiran sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sempadan Negeri Sembilan dan Melaka adalah merupakan satu tempat yang penuh sejarah.

Tentera kerajaan Rembau amat digeruni oleh tentera penjajah Portugis dan Belanda selepas kejatuhan Melaka. Seringkali tentera penjajah Portugis dan Belanda tewas apabila bertempur dengan tentera kerajaan Rembau.

Orang Negeri Sembilan, khususnya orang Rembau jangan terperanjat. Ini bukan dongengan penglipur lara. Ini adalah sejarah yang tertulis dan tersimpan di arkib negara luar.

InsyaAllah akan berlaku kejutan di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka dalam masa terdekat.

Ayuh bangkitlah orang Negeri Sembilan, khususnya orang Rembau. Kita satu masa dahulu adalah merupakan pembela bangsa, agama dan negara yang digeruni oleh pihak musuh. Marilah kita bersama mengembalikan kegemilangan di Rembau ini yang semakin suram dek rumah dan tanah yang terbiar.

Rozmal bin Malakan
Kota, N.Sembilan

Petikan dari akhbar The Straits Times Singapore bertarikh 18 November 1933 : “By both the Portuguese and the Dutch, the State of Rembau was regarded as the principal power in the Malacca hinterland, and both had many a battle with the “rebellious Menangkabowes” The grave of a Portuguese soldier killed in one of these skirmishes is a boundary mark between Malacca and Tampin to this day”.

Maksud petikan akhbar di atas : “Portugis dan Belanda menyatakan bahawa negeri Rembau adalah merupakan kuasa utama untuk bahagian pedalaman Melaka, dan kedua-dua pihak (Portugis dan Belanda) telah kerap kali bertempur dengan “pemberontak Minangkabau ini”. Kubur seorang askar Portugis yang terbunuh dalam salah satu pertempuran tersebut telah dijadikan tanda sempadan antara Melaka dan Tampin hingga ke hari ini.

Jom beramal dengan mendermakan sampah



SEMARAK KITAR SEMULA MENJEJAKI SUNNAH NABI

Adalah dimaklumkan Surau serta KAFA Taman Alamanda dengan kerjasama kumpulan kompang remaja Alamanda akan mengadakan Program Kitar Semula pada hari Sabtu 1 Dis 2012. 

Sehubungan dengan itu pihak kami mengharapkan agar tuan/puan dapat memberi sumbangan barangan kitar semula seperti surat khabar lama, besi buruk, komputer/skrin rosak, barang elektrik rosak, botol plastik, dan sebagainya.

Sila hantar serta susun barangan kitar semula tersebut di luar pejabar KAFA Taman Alamanda, Senawang bermula jam 7 pagi sehingga jam 11 pagi pada Sabtu 1 Dis 2012.

Surat khabar lama atau kertas perlulah diikat atau dimasukkan dalam kotak. Botol plastik hendaklah dimasukkan dalam karung besar dan sebagainya untuk memudahkan pengurusan penjualan.

Hasil jualan program ini akan disalurkan ke tabung membaik pulih kelas KAFA Alamanda serta aktiviti belia di taman ini.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun: JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA di Bank Muamalat (Seremban), No Akaun : 05010001181713  atau KAFA TAMAN ALAMANDA , di Maybank (Senawang), No Akaun : 555126502286 atau boleh disalurkan melalui AJK Surau dan Taman Alamanda.

Kerjasama dari pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Untuk pertanyaan sila hubungi Rozmal 012-2267406, SU Setiausaha Surau dan Taman Alamanda

PENGENALAN PROGRAM KITAR SEMULA

Amalan kitar semula merujuk kepada perbuatan mengguna semula bahan buangan untuk lain-lain kegunaan.

Amalan yang ditonjolkan oleh junjungan kita Rasulullah SAW dalam mempraktikkan kitar semula sewajarnya dicontohi oleh kita pada hari ini. Dalam sebuah hadith telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menjahit dan menampal kasut Baginda. Perbuatan berkenaan telah memanjangkan lagi jangka hayat baju dan kasut Baginda. Kisah ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa Rasulullah SAW sendiri mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang dalam kehidupan Baginda.

Dalam hadith yang lain pula telah diriwayatkan bahawa sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar pernah berpesan kepada keluarganya agar mengkafankan beliau dengan baju yang beliau miliki. Ini kerana, beliau berpendapat bahawa kain yang baharu boleh dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Di sini memperlihatkan kepada kita bahawa sahabat Rasulullah SAW juga menunjukkan sikap yang sama dengan Rasulullah SAW iaitu mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang.

Dari Ibnu Abbas, katanya : "Sahaya dari Maimunnad diberi hadiah seekor kambing yang kemudiannya kambing itu mati. Maka lewatlah Rasulullah s.a.w. lalu berkata : "Lebih baik kulitnya diambil dan disamak , sesudah itu dapatlah kamu pergunakan." Mereka berkata : "Kambing itu sudah menjadi bangkai". Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Yang haram hanya memakannya." Hadis sahih riwayat Muslim


MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM

Matlamat dan objektif program ialah untuk;
- Menanamkan semangat cinta kepada Nabi saw melalui progam kitar semula.
- Mengurangkan pencemaran alam sekitar. Apabila ramai dikalangan masyarakat yang mengamalkan amalan kitar semula , masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif .
- Memupuk sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat mamberikan banyak faedah kepada pengamalnya. Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.
- Menceriakan persekitaran alam sekitar . Melalui kaedah guna semula , kita boleh memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita . Mengurangkan penggunaan sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada .
- Menambah dana untuk tabung bantuan melalui amalan jual beli untuk disalurkan ke tabung keperluan setempat.

SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF


FORUM MAAL HIJRAH


20121120

Alhamdulillah anak se dapek 2A UPSR


Alhamdulillah anak saya dapat 2A 2B 1C dalam UPSR. Alhamdulillah dia tak ada lah lari menghilangkan diri seperti pelajar di bawah hanya kerana nama tak disebut dapat 5A. Alhamdulillah anak saya tetap solat 5 waktu tiap hari seperti biasa, pergi mengaji lepas Maghrib seperti biasa, dan sihat. Walaupun apa pun keputusan yang anak kita dapat dalam UPSR kita semua sebagai ibu bapa, guru perlu bersyukur kerana anak-anak kita adalah anugerah Allah yang tidak terkira nikmatnya.

Kepada mereka yang berminat menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama dengan minima kelayakan 2A bolehlah ambil borang di Sekolah Menengah Agama Rembau di pekan Rembau atau Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Gadong, Rembau.

Kelayakan untuk Sekolah Menengah Agama Rembau ialah minima 2A dan tanpa E dalam UPSR serta minimum 6A dalam UPKK dan tiada E untuk Arab, Tilawah dan Jawi.

Manakalan kelayakan untuk Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim ialah minima 2A dan tanpa E dalam UPSR serta cemerlang UPKK.

Untuk Sekolah Menengah Agama Rembau, asrama hanya disediakan untuk pelajar perempuan.

Untuk Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim asrama diwajibkan untuk semua pelajar lelaki dan perempuan.

Tarikh tutup menghantar borang permohonan ntuk Sekolah Menengah Agama Rembau ialah pada 27 Nov 2012 dan untuk Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim ialah pada 30 Nov 2012.

Ujian kelayakan ke Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim akan diadakan pada 1 Dis 2012.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat sekolah (jangan hubungi se, se tolong maklum yo) :

Sekolah Menengah Agama Rembau, Tel 06-6852404
Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Tel 06-4381411

KECOH BILA CALON UPSR MELARIKAN DIRI

JOHOR BAHRU – Keriangan 267 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 di sini semalam meraikan kejayaan bertukar kecoh apabila salah seorang calonnya melarikan diri kira-kira dua jam.

Semuanya bermula apabila nama pelajar terbabit, Hafeq Shakirin Abdul Halim, 12, tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A di sekolahnya.

Setelah menyedari kehilangan pelajar itu, pihak sekolah dan keluarga Hafeq panik sehingga membuatkan ibunya, Norlida Mohd. Yusop, 36, dan seorang lagi anaknya, Dania Elliana, 9, menangis di tengah-tengah orang ramai.

Selepas dua jam mencari akhirnya Hafeq ditemui di dalam Dewan Jubli Perak yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam keadaan menangis pukul 3.10 petang oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40.

Hafeq ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila namanya tidak disebut oleh guru sekolah sebagai pelajar mendapat 5A walaupun telah memperoleh keputusan cemerlang itu dan mengambil keputusan melarikan diri kerana tidak mahu melihat ibunya bersedih.

“Saya lihat nama kawan-kawan lain yang dapat 5A sudah dipanggil tapi nama saya tidak. Jadi saya tertekan. Waktu itu saya hanya fikir saya tidak berguna untuk keluarga,” kata anak sulung daripada dua beradik itu sambil menangis teresak-esak.


SBP HANYA MENAWARKAN TEMPAT KEPADA 7,657 PELAJAR CEMERLANG

KUALA LUMPUR - Sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) cemerlang tahun ini terpaksa berebut kekosongan sebanyak 7,657 kekosongan di 107 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013 di seluruh negara.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pemilihan akan dibuat secara teliti termasuk mengambil kira pengambilan murid berdasarkan merit yang merangkumi pencapaian akademik, kokurikulum, pencapaian khas seperti aspek kepemimpinan dan status sosioekonomi keluarga.

Permohonan kemasukan ke SBP dan Sekolah Kawalan KPM bagi tahun 2013 boleh dibuat sejak 15 September lalu.

Sebelum ini, KPM tidak bercadang menambah tempat di SBP bilangan murid yang mencapai prestasi cemerlang dalam UPSR dan kokurikulum, semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Pada tahun lepas, permohonan ke Tingkatan 1 di SBP yang diterima oleh KPM ialah 99,765.

20121119

N.Sembilan lebih banyak kesan sejarah dari Melaka, tapi



Negeri Sembilan sebenarnya mempunyai banyak kesan sejarah, lebih hebat dari Melaka. Tapi sayang tidak dihargai oleh pemimpin dan rakyatnya sendiri. Setiap kali saya melalui kawasan bersejarah di Negeri Sembilan , saya akan bercerita kepada anak-anak dan isteri saya, apa peninggalan sejarah yang penting di kawasan tersebut, yang tidak terdapat di tempat lain di Malaysia.

Semoga Negeri Sembilan selepas Pilihanraya Umum nanti akan mendapat kepimpinan negeri yang prihatin terhadap sejarah negeri ini dan menjadikan Negeri Sembilan tempat destinasi pelancongan bersejarah yang tersohor di rantau ini.

Antara kesan sejarah yang paling penting di Negeri Sembilan ialah batu megalit atau batu yang boleh tumbuh naik ke atas seperti pokok.

Baru-baru ini apabila melalui jalan Kuala Pilah – Seremban dalam suasana kesesakan lalu lintas disebabkan projek jalan di Ulu Bendul belum siap, kami terpesona dan baru perasaan betapa banyaknya tapak-tapak megalit di sepanjang jalan.

Itu belum masuk batu megalit di Pengkalan Kempas yang wujud sejak kurun ke 2 Masihi (bukan Hijrah) yang ada ukiran nama ALLAH dalam tulisan Arab.

Anak-anak saya pun berasa kagum dengan kejadian semula jadi ciptaan Allah ini.

Alahai , anak omak !


**************

Misteri batu nesan kubur di Kampung Gedang, Teraci, Kuala Pilah yang patah dua asal sahaja tumbuh memanjang, memang membingungkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Dato’ Dr Adi Taha. Batu nesan kubur kepunyaan Tok Patah itu ialah jenis ‘batu megalit’ berasaskan kajian Dato’ Dr Adi yang juga pakar batu megalit di Malaysia. Insiden batu nesan Tok Patah yang sentiasa tumbuh semula setiap kali ianya patah disedari oleh penduduk-penduduk kampung seolah-olah hidup sekalipun memang tak bernyawa secara fizikal. Dato’ Dr Adi ketika memberikan ceramahnya di Muzium Negeri Sembilan pada 25 Mac 2008, mengakui keanehan ‘batu megalit’ yang dianggap oleh masyarakat Melayu sebagai ‘batu hidup’


Megalith atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup oleh penduduk tempatan (Malaysia) hanya terdapat di daerah Alor Gajah, Melaka dan di daerah Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan. Megalith di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu batu-batu yang tingginya di antara dua hingga enam kaki disusun berorientasikan arah utara-selatan secara berpasangan dan diatur di dalam barisan timur-barat. Jenis kedua batu yang tinggi lebih kurang satu kaki dan tidak mempunyai susunan yang khusus. Kebanyakkan megalith di semenanjung tergolong dalam jenis pertama biasanya didirikan di atas tapak tanah yang berbusut. Biasanya terdapat satu batu yang terbesar dan sering diberi nama khas oleh penduduk tempatan. Pasangan megalith yang didirikan ini berasal dari tapak yang diekskavasi di Tampin, Negeri Sembilan. Di dalam ekskavasi ini tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa tapak-tapak megalith di Semenanjung Malaysia adalah tapak bersejarah atau tanah perkuburan seperti yang dipercayai oleh masyarakat tempatan.


The Megalith Stones in Muslim Cemetery, Kg. Gunung Pasir.


Archaeological and ethnological survey of megalithic culture in Kuala Pilah, West Malaysia

Kamarul Baharin Buyong, University of Pennsylvania


Sekolah Menengah Agama makin terpinggir dan dianak tiri.



Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan. Rata-rata bapa yang saya temui semasa menunggu keputusan UPSR di sekolah mengatakan betapa susahnya dan begitu ramai yang memohon masuk ke tingkatan 1 di sekolah menengah agama terutama di kawasan bandar seperti Seremban.

Saban tahun permintaan makin meningkat, tapi bilangan sekolah menengah agama dari dulu banyak tu sahaja. Di N.Sembilan jika dulu berbelas-belas sekolah menengah agama adalah dibawah kerajaan negeri, kini hanya tinggal 3 sahaja. Selebihnya telah dimasukkan bawah SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran.

Sepatutnya apabila berbelas-belas sekolah menengah agama telah diserahkan ke kerajaan pusat, kerajaan negeri dengan penjimatan yang ada setiap tahun boleh menambah lagi sekolah menengah agama.

Jika kerajaan negeri tidak mampu dari segi kewangan untuk menambah bilangan sekolah agama, mereka sepatutnya memberi insentif dan galakan kepada sekolah menengah agama swasta agar lebih ramai ibu bapa yang tidak layak menghantar anak mereka ke sekolah menengah agama kerajaan, dihantar ke sekolah menengah agama swasta.

Kesemua bapa yang saya temui amat bersetuju dengan pandangan tersebut. Ini diburukkan lagi sekolah menengah agama negeri di kawasan bandar telah menaikkan tahap untuk masuk ke tingkatan 1 dengan mendapat keputusan UPSR minima 3A, 2B.

Bagaimana dengan pelajar yang mendapat 1A, 2 A atau tiada A, tapi amat berminat untuk masuk ke sekolah menengah agama, dan ibu bapa mereka tidak mampu untuk menghantar ke sekolah menengah agama swasta, kerana mereka hanya bekerja sebagai kerani, penjual goreng pisang, pekerja kilang?

Adakah mereka ini termasuk golongan pelajar terpinggir dan dianak tirikan?

Jangan hanya sekadar menang sorak, kampung tergadai !

Ceramah Dr Arif Kasmo 25 Nov 2012 di Senawang



CERAMAH SAMBUTAN HIJRAH DAN ASYURA
Tajuk : Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran
Penceramah : Prof. Dr Mohd Arif Kasmo, Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi - BSc (Zoology), Sarjana (Pendidikan), PhD (Pendidikan Falsafah Sains)
Tarikh : 25 Nov 2012, AHAD
Masa : 7.20 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Sempena Sambutan Awal Muharram dan Hari Asyura

Semua dijemput hadir

PASAK adalah singkatan kepada ungkapan Pengukuhan Akidah Menerusi Penghayatan Sains dalam Al-Quran. Maklumat lanjut di http://pasakeedah.blogspot.com

Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Muharram

Selain daripada melakukan puasa pada hari ‘Asyura’, orang Islam juga disunatkan menyenangkan dan menggembirakan hati kaum keluarga.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berpuasa serta menyenangkan hati keluarga, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin pada hari ‘Asyura’ ini adalah amalan yang tidak boleh dilepaskan
fadhilatnya begitu sahaja.

20121118

Peniaga Melayu susah nak maju jika bersikap begini


Ketika melalui satu jalan utama di Negeri Sembilan saya ternampak satu kain rentang besar yang digantung di pintu pagar sebuah premis perniagaan. Kain rentang tersebut tertulis “MAKANAN DARI LUAR TIDAK DIBENARKAN TERMASUK KUEH PAU INI”.

Di luar pintu pagar premis perniagaan tersebut ada seorang peniaga Melayu yang menjual kueh pau menggunakan payung sahaja.

Peniaga yang menulis kain rentang tadi memang telah lama berniaga di situ. Yang berniaga kueh pau tadi baru lagi. Dua-dua peniaga Melayu, tapi yang satu terkenal dengan air minuman, dan yang baru cuma berniaga pau.

Sebelum ini saya sekeluarga pernah mengunjungi warung-warung berhampiran Stadium Paroi. Saya duduklah satu warung ni. Saya pun pesanlah makanan dari warung A dan duduk di warung A. Kemudian anak saya pergilah pesan ABC di warung B, betul-betul sebelah warung A.

Peniaga warung B kata , kalau nak minum ABC kena duduk di warung B. Sejak dari itu saya hanya berkunjung ke warung A, makanannya pun sedap, peniaganya pun ramah.

Macam manalah peniaga dan usahawan Melayu nak maju. Bukankah rezeki itu dari Allah. Itu baru berniaga pau, air minuman dan makanan, belum lagi berniaga cincin berlian, beg tangan, kapal selam, jet, lembu, kondominium dan sebagainya.