KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150930

Helikopter Tentera Malaysia dengan Celoreng Padang Pasir



PUTD AW109 in Desert Camouflage

Helikopter Tentera Malaysia dengan Celoreng(Penyamaran) Padang Pasir. Untuk apa? Artikel dari pemberita yang pakar dalam bidang ketenteraan di Malaysia di http://www.malaysiandefence.com/putd-aw109-in-desert-camouflage/


 

20150929

Nigeria desak tubuh Badan Siasatan Bebas



Nigeria desak tubuh Badan Siasatan Bebas diwakili oleh negara yang jemaah haji mereka terkorban dalam tragedi di Mina. Malaysia bila pula nak desak?

Saudi stampede: Buhari orders headcount of Nigerian pilgrims
September 29, 2015    


President Muhammadu Buhari on Monday ordered the National Hajj Commission and the Nigerian Embassy in Saudi Arabia to urgently account for all Nigerian pilgrims in the holy land.

The order, which was contained in a statement by the Senior Special Assistant on Media and Publicity, Garba Shehu, was as a result of last Thursday’s stampede at Mina which claimed over 700 lives.

Shehu explained that the Presidential order was necessitated by the conflicting reports on the number of Nigerians who died or suffered injuries in the disaster.

Meanwhile, the Nigeria Labour Congress on Monday called for a thorough probe into the Hajj tragedy in which no fewer than 1,200 pilgrims were involved, including about 54 Nigerians died and 863 were injured.

NLC President, Ayuba Wabba, while condoling with the families of the bereaved and sympathising with the injured victims, said with such a high rate of death, the 2015 hajj ranks amongst the most tragic in recorded history of hajj.

He therefore called for a thorough investigation on the calamity.

He suggested that countries whose citizens died in the stampede should be members of the inquiry to ensure transparency.

 “Accordingly, we call for a thorough investigation of the two major incidents that led to these deaths.

“For transparency and re-assurance, we urge that countries whose citizens perished in the two incidents be made members of the body of inquiry.


Mina Stampede Casualties by Country
28 September 2015

CAIRO – As the number of Mina stampede deaths continues to increase day by day, media reports said that at least 1,100 people died in the crush of pilgrims, in the worst disaster to befall the annual event in a quarter of a century.

The new figure was announced by Pakistani and Indian authorities who said that Saudi Arabia has given foreign diplomats about 1,100 photographs of the dead from last week's hajj crush and stampede.

Here follows the initial figures of Muslim casualties announced by diplomatic missions of different countries:

Egypt:
Minister of Religious Endowments Mohammed Mokhtar Gomaa said Sunday that 55 citizens were among the more than 700 people who died in a crush of Muslim pilgrims during this year's hajj in Saudi Arabia.
He added that 120 Egyptian pilgrims were still missing and 26 are receiving treatment for injuries sustained during the disaster in the town of Mina, near the holy city of Makkah.

Turkey:
Latest figures announced by Turkish officials put the number of death pilgrims at three.

Nigeria:
Fifty-four Nigerians have been confirmed to have died during Thursday’s stampede in Mina, according to Alhaji Abdullahi Mukhtar, Chairman, National Hajj Commission of Nigeria (NAHCON).
Mukhtar said 61 other Nigerian pilgrims were injured during the incident.

Bangladesh:
President of Hajj Agencies Association of Bangladesh (HAAB) Ibrahim Khalil said at least 18 Bangladeshis died in Hajj stampede in Mina, 90 others are missing.

Pakistan:
The number of Pakistani pilgrims killed in Mina stampede has reached 42, whereas 33 are injured and 63 are said to be missing, Prime Minister’s focal person on the incident Dr Tariq Fazal has said.

Tunisia:
Tunisian death toll for Mina crush reached two after another pilgrim was discovered on Monday.

Morocco:
Morocco Foreign Ministry said in a press release on Monday that five Moroccans pilgrims died as a result of the fatal stampede that occurred in Mina last Thursday.

Iran:
More than 136 Iranians dead and 340 still missing.
India:
The number of Indian pilgrims killed in the Makkah Haj stampede reached 35.
External Affairs Minister Sushma Swaraj tweeted: "Unfortunately, there are six more Indians (among dead) taking the toll to 35."

Figures announced by BBC for African Countries on Sunday:
Egypt: 55
Niger: 22
Cameroon: 21
Ivory Coast: 14
Chad: 11
Somalia: 8 (media reports)
Algeria: 8
Senegal: 5
Tanzania: 5, about 50 missing
Libya: 4
Kenya: 3
Burkina Faso: 1 (Muslim association report)
Burundi: 1

20150928

Katil pesakit diperlukan




Jika ada sesiapa ingin memberi sumbangan katil pesakit baru/terpakai, atau ingin menjual katil pesakit terpakai yang masih dalam keadaan baik, harap hubungi saya 0122267406 (Rozmal), ada sahabat di Senawang yang memerlukan

‘Biar kami hidup merempat’



‘Biar kami hidup merempat’
28 September 2015



TAMPIN - Tidur atas lantai beranda surau tanpa sebarang alas, itulah yang dilalui setiap hari oleh sepasang suami-isteri di pekan Tampin, di sini.

Seawal jam 5 pagi pula, mereka akan berlegar-legar di Taman Rekreasi Tampin sehingga lewat malam.

Tiada pendapatan tetap, sebaliknya bergantung pada bantuan bulanan RM140 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi punca mereka terpaksa menumpang tidur di surau.

Menurut si isteri yang mahu dikenali sebagai Nurul, 47, mereka terpaksa melalui rutin seperti itu kira-kira dua minggu lalu.

Malah, katanya, dia hampir mengalami tekanan perasaan kerana tiada kediaman tetap.

“Kami terpaksa tidur di beranda surau. Itu pun waktu tengah malam, bila orang dah tak ada. Bangun pula jam 5 pagi sebab tak mahu ada orang marah kami.

“Apa lagi yang kami boleh buat, kami tak ada tempat tinggal. Keluarga pun dah tak mahu kami tinggal bersama mereka,” katanya ketika ditemui di pekan Tampin, semalam.

Nurul berkata, mereka membawa bersama beberapa helai pakaian, dokumen penting dan beg yang dijadikan bantal ketika tidur, sementara menumpang tandas awam untuk mandi sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, sebelum suaminya yang berusia 56 tahun diserang strok setengah badan, suaminya pernah berniaga kecil-kecilan menjual capal sebagai sumber pendapatan.

“Kami sudah tiga tahun berkahwin dan saya tak sanggup tinggalkan suami macam ini. Bahagian badan kanan suami saya juga sering kejang.

“Saya bimbang nasib kami terutama suami, sebab kami tak ada rumah. Pernah juga saya tanya JKM sama ada kami boleh dapat tempat tinggal, tapi mereka suruh kami duduk di rumah kebajikan berlainan.

“Tapi saya tak mahu berpisah dengan suami.  Jadi, saya fikir biarlah kami merempat seperti ini daripada berpisah,” katanya.

20150927

Batalkan semua aktiviti sukan, kokurikulum, persatuan di sekolah

Kalaulah saya Menteri Pendidikan saya akan mengarahkan agar semua aktiviti sukan, kokurikulum, persatuan di sekolah dibatalakan memandangkan keadaan jerebu yang tidak menentu.

Semua sekolah perlu tumpu bidang akademik sahaja serta peperiksaan. Penutupan sekolah dari masa ke semasa secara langsung menjejaskan pembelajaran di kelas.

Buat masa ini, dahulukan akademik, yang lain-lain tu tangguh dulu untuk tahun ini.

Disamun ketika mengisi minyak

Disamun ketika mengisi minyak
27 September 2015

SEREMBAN - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dua lelaki bermotosikal ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Paroi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, penjenayah dianggarkan berusia lingkungan 20-an bertindak mengambil beg mangsa yang diletakkan di atas kerusi penumpang bahagian hadapan keretanya sebelum melarikan diri.

Menceritakan kejadian, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jannah, 23, berkata, ketika dia sedang mengisi minyak, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba berhenti berhampiran keretanya.

“Masa itu saya tak fikir apa-apa sebab ingatkan dia tunggu giliran isi minyak. Jadi saya tak ambil kisah sangat, lagipun ramai orang.

“Tapi tiba-tiba seorang daripada mereka turun dari motosikal dan berdiri betul-betul dekat pintu kereta saya sebelum membuka pintu dan mengambil beg yang diletak atas tempat duduk penumpang,” katanya.

Menurutnya, dia sempat menarik baju dipakai penjenayah berkenaan dan menjerit meminta tolong, namun kejadian berlaku pantas dan suspek berjaya melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, dia bernasib baik kerana tidak dicederakan dan beg yang dilarikan hanya berisi barangan biasa.

“Telefon bimbit saya mereka tak sempat ambil sebab terletak atas kerusi. Nasib baik kad ATM dan yang lain saya letak dalam beg lain," katanya.

Jannah berkata, walaupun dia sudah mengambil langkah keselamatan dengan mengunci pintu ketika turun dari kereta untuk ke kaunter bayaran, namun dia terlupa menguncinya ketika mengisi minyak.

"Bila tengah isi minyak, saya tak kunci sebab ingatkan tak akan jadi apa-apa,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Paroi, di sini.

20150925

Rompakan di atas lebuhraya PLUS pada siang hari


Rompakan di atas lebuhraya PLUS pada siang hari
25 September 2015

Bangi: Seorang pelajar politeknik tidak menyangka dirompak sekumpulan penjenayah termasuk dua wanita bersenjatakan parang ketika menunggang motosikal melalui Lebuhraya PLUS berhampiran Bukit Mahkota, di sini.

Dalam kejadian jam 6.15 petang kelmarin, mangsa berusia 18 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Serdang, di sini.

Mangsa yang juga penuntut Politeknik Merlimau Melaka mendakwa menyedari sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam dinaiki empat individu mengekorinya dari Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Seremban.

Sumber berkata, suspek mengarahkan mangsa berhenti di tepi lebuh raya, namun mangsa nekad meneruskan perjalanan.

“Mangsa cuba memecut ke arah sekumpulan penunggang motosikal lain yang berada di hadapan.

“Bagaimanapun usaha mangsa melarikan diri gagal apabila suspek terus mengekori motosikalnya sebelum dia berhenti di lorong kecemasan di lebuh raya itu,” katanya.

Dia berkata, suspek keluar dari kereta sambil membawa parang dan terus meluru ke arah mangsa.

Menurutnya, suspek menghentak parang itu di atas kusyen motosikal mangsa sebelum rakannya merampas topi keledar mangsa

“Suspek melarikan motosikal Kawasaki Ninja 150 RR milik mangsa.

“Mangsa tidak berani melawan kerana bimbang dicederakan suspek. Bagaimanapun mangsa bernasib baik kerana barangan miliknya termasuk telefon pintar, beg duit dan komputer riba tidak dilarikan,” katanya.

Menurutnya, mangsa menghubungi keluarga bagi mendapatkan bantuan sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, di sini.

“Mangsa tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta Proton Perdana dinaiki suspek kerana diubah suai, namun siasatan dilakukan menggunakan bantuan CCTV di susur keluar lebuh raya terutamanya di Bangi, Kajang dan Sungai Besi,” katanya.

Agihan daging korban di Rembau

Terima kasih kepada sahabat saya Sdr Izamri bin Med yang telah mengagihkan daging korban kepada mereka yang memerlukan di beberapa kampung-kampung sekitar DUN Kota dan DUN Chembong di Rembau pada 10 Zulhijjah 1436. Pihak kami memohon maaf sekiranya ada yang tidak menerima daging korban ini kerana kekangan masa serta petugas atau terlepas pandang.








Malaysia perlu desak siasatan telus tragedi di Mina


Kerajaan Malaysia perlu mendesak agar siasatan telus dijalankan dengan penubuhan badan siasatan bebas yang diwakili oleh semua negara Islam yang pakar dalam pengawalan lalulintas serta pengawalan pergerakan manusia. Tuduhan jemaah tidak berdisiplin tanpa laporan daripada badan penyiasat adalah amat tidak wajar. Pemimpin daripada semua negara perlu menjalani ibadah melontar sama seperti rakyat marhaen, bukannya pergi ke tempat melontar dengan menaiki helikopter atau bas sewa khas yang membawa VVIP terus ke tingkat atas tempat melontar.

24 September 2015

Mina: Menteri Kesihatan Arab Saudi menyalahkan jemaah yang tidak berdisiplin menjadi punca tragedi rempuhan di Mina yang membunuh lebih 700 jemaah.

Khaled al-Faith menegaskan tragedi itu boleh dielakkan jika jemaah haji mematuhi arahan.

“Ramai jemaah bergerak tanpa mengikut waktu ditetapkan pihak berkuasa haji dan sikap itulah yang membawa masalah serta menjadi punca tragedi seperti ini.

“Jika jemaah mengikut arahan ditetapkan, kejadian seperti ini boleh dielakkan.

Sementara itu, Iran menyalahkan Arab Saudi berikutan tragedi itu hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 43 jemaahnya terbunuh manakala 60 lagi cedera.

Ketua jabatan haji Iran, Said Ohadi, berkata tanpa sebab yang tidak diketahui dua laluan ke Jamarah ditutup yang menjadi punca tragedi itu.

“Tragedi hari ini menunjukkan salah pengurusan dan kecuaian terhadap keselamatan jemaah. Tiada penjelasan lain, pegawai Arab Saudi perlu bertanggungjawab,” katanya. - AFP