KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150918

Tiga Negeri Diisytihar Kawasan Penyakit Anjing Gila



Negeri lain juga perlu ambil langkah berjaga-jaga. Banyak taman perumahan sekitar Senawang, Seremban dan lain-lain tempat di Negeri Sembilan ini terdapat kumpulan anjing-anjing liar yang berkeliaran.

Tiga Negeri Diisytihar Kawasan Penyakit Anjing Gila
17 September 2015 10:10 PM

Tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan beberapa kes dikesan di negeri itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya, penyakit anjing gila atau rabies telah diisytiharkan di Perlis pada 19 Ogos lepas manakala Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing pada Khamis.

Shabery berkata selain kementeriannya, pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membantu mengawal kes penyakit anjing gila itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan), Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata setakat ini, seramai 22 mangsa kes gigitan anjing liar dilaporkan di Perlis manakala di Kedah lima kes dan Pulau Pinang dua kes.

"Kita akan bagi tumpuan bersama PBT untuk musnahkan anjing yang berkeliaran dan tidak bertuan. Jadi, kalau anjing yang bertuan tetapi lepas bebas sewaktu program pemusnahan, kita tak boleh buat apa-apa.




 

Tiada ulasan: