KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20150910

Kelas Mengaji Percuma Untuk Golongan Miskin



Satu program mengaji secara percuma untuk golongan miskin diadakan di Surau Al-Hira’, Blok G3, PPR Bersepadu Senawang di Taman Jasmin. Kelas mengaji ini diadakan setiap hari dari Isnin ke Sabtu. Pesertanya adalah mereka berumur dari 6 tahun hingga dewasa.

Objektif kelas mengaji percuma ini adalah untuk membantu golongan miskin di kawasan perumahan rakyat agar boleh membaca Al Quran.

Oleh itu pihak penganjur memohon kepada sesiapa yang sudi untuk menaja setiap pelajar ini dengan kos RM35 sebulan untuk setiap pelajar.

Kelas mengaji ini boleh menampung sehingga 90 orang pelajar sahaja walaupun kawasan PPR Senawang ini mempunyai bilangan penduduk yang ramai serta padat.

Mereka yang ingin menyumbang atau menaja bolehlah menghubungi terus Ustaz Fadhli bin Muhamad dari Pondok Ngaji Usrah Sakinah di talian 011-27207079 atau boleh menghubungi saya 0122267406 (Rozmal)

10 September 2015

Tiada ulasan: