KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160630

Kami tangkap, kami bantu



Kami tangkap, kami bantu
29 Jun 2016

Alor Setar: Penahanan seorang juvana kerana mencuri motosikal di rumahnya mungkin membawa hikmah kepada keluarga remaja itu apabila anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menghulurkan sumbangan Aidilfitri selepas tersentuh melihat kedaifan keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pada 10 Jun lalu, anggotanya menahan remaja berusia 17 tahun di rumahnya di Kampung Alor Tebuan kerana mencuri motosikal sebelum tersentuh melihat kedaifan keluarga terbabit.

"Selepas melihat kedaifan mereka, kami mengambil keputusan untuk membantu keluarga ini dengan gotong-royong membersih dan membaiki rumah yang hampir reput serta dikelilingi reban ayam dan burung.

“Kami turut memberi sumbangan makanan dan keperluan asas kepada mereka.

"Kami harap bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka dan meraikan Aidilfitri lebih selesa. Selepas ini, kami akan bantu tiga lagi keluarga yang menghadapi masalah sama," katanya di Kampung Alor Tebuan di sini, hari ini.

Seramai 30 anggota IPD Kota Setar membersih rumah keluarga itu selain dibantu masyarakat setempat. Semua sumbangan bernilai hampir RM4,000 hasil sumbangan dan kutipan pegawai dan anggota IPD Kota Setar.

Bapa remaja itu, Amron Burha, 48, berkata dia bersama isteri, Asa Ahmad, 49, serta tiga anak lelaki berumur 14 hingga 18 tahun sudah biasa dengan kehidupan serba kekurangan namun keadaan mereka bertambah susah apabila dia tidak dapat bekerja selepas sakit.

"Sebelum ini saya memperoleh RM12 sehari hasil menjual ikan namun sejak enam bulan lalu, saya terlantar di rumah selepas kaki membengkak akibat kencing manis. Kini, dua anak mengambil tugas menyara keluarga dengan mengambil upah membuat bendang dan memotong rumput.

"Anak-anak terpaksa berhenti belajar sejak tahun lalu kerana tidak mampu. Duit yang ada digunakan sepenuhnya untuk membeli makanan dan keperluan keluarga namun ia tidak mencukupi walaupun menerima bantuan bulanan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Amron berkata, sepanjang Ramadan ini, mereka bersahur dan berbuka dengan apa yang ada

20160628

Zakat cuma 2.5%, sedekah, infaq tiada had.



Dalam banyak kes pihak kami kendalikan, kebanyakan mereka yang susah ini ada menerima bantuan JKM, Pusat Zakat, Baitul Mal dsbnya. Namun ada kalanya ianya tidak mencukupi, maka pada masa ini perlulah adik beradik, sanak saudara, jiran tetangga membantu. Ada kes yang adik beradik, sanak saudara lepas tangan. Mereka yang susah ini bukan hanya memerlukan sokongan barangan dan wang ringgit. Tapi mereka juga perlukan sokongan moral, nasihat, bimbingan daripada orang sekeliling mereka. Dalam pada itu ada syarikat, agensi swasta yang turut membantu. Membantu mereka yang susah bukan peranan Majlis Agama Islam semata-mata, ianya adalah kerjasama semua pihak, adik beradik, jiran tetangga, rakan taulan. Sekiranya mereka belum menerima bantuan JKM, Baitulmal, kita yang tahu kisah mereka, bantulah mereka dengan tolong isikan borang bantuan JKM dan Baitulmal, lagi cepat dan mudah. Ada beberapa kes yang saya kendalikan tak isi borang pun, cuma buat laporan atas talian melalui internet, ianya dilayan dengan baik oleh pihak JKM dan Baitulmal. Zakat cuma 2.5%, sedekah, infaq tiada had.

Sibuk kira duit atas katil



Sibuk kira duit atas katil
28 Jun 2016


Lima individu warga Thailand dijumpai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Daerah Batu Pahat di dalam sebuah hotel bajet di sini kelmarin, sedang mengira duit hasil operasi mengutip derma secara tidak sah dilakukan mereka.

Sumber Jaij berkata, kenyataan yang menjadi viral semenjak petang kelmarin itu, menyatakan lima individu itu ditahan oleh penguat kuasa adalah tidak benar sebaliknya mereka hanya diberikan nasihat.

Katanya, ia berikutan tiada bukti kukuh untuk mendakwa mereka, kerana ketika ditemui mereka tidak berada di lokasi (bazar), sebaliknya hanya mengira duit masing-masing yang bertaburan di atas katil, di bilik hotel tempat mereka tinggal sementara waktu.

"Ketika pemeriksaan dilakukan memang benar mereka sedang mengira duit, tapi kita tidak punyai bukti kukuh untuk dakwa mereka selain hanya ada bersama mereka beberapa tabung madrasah yang mempunyai alamat di utara tanah air.

"Mereka punyai pasport dan dokumen perjalanan sah berkemungkinan menjadikan bazar Ramadan sebagai medan mencari duit raya.

"Jika mereka ini ditangkap ketika mengutip derma kita boleh ambil tindakan mengikut undang-undang yang tersedia," katanya.

Sementara itu, Jaij melalui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Abd Mutalib Abd Rahim berkata, beliau menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan helah sesetengah sindiket yang berselindung di sebalik nama madrasah untuk mengutip derma.

HATI-HATI PENGEMIS SIBER



HATI-HATI PENGEMIS SIBER
           
Kini wujud pihak tertentu menggunakan gambar bayi yang menderita penyakit, warga emas atau orang kurang upaya (OKU) untuk mengaut keuntungan segera.

Modus operandi mudah, hanya sebarkan gambar kitar semula yang pernah dilaporkan di media dan merayu bantuan dengan meletakkan nombor akaun peribadi mereka.

Pengurus Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mohd Nizam Yahya berkata, golongan itu yang digelar ‘pengemis siber’ akan menggunakan beberapa modus operandi untuk meminta simpati dan menipu orang ramai di Facebook (FB).

Beliau berkata, meminta bantuan daripada orang ramai tidak menjadi kesalahan tetapi bersikap jujur dengan tidak menyembunyikan kebenaran.

“Selalunya mereka akan menggunakan ayat menarik dan mengambil gambar seperti bayi sakit yang boleh mendatangkan rasa simpati serta empati kepada orang ramai dengan mengaku bahawa pesakit itu adalah anaknya.

“Selepas itu, mereka akan menukar butir peribadi seperti nombor akaun bank untuk mengaburi masyarakat mengenai penipuan yang dibuat,” katanya.

“Oleh itu, masyarakat terlebih dulu selidik dan pastikan maklumat itu benar atau tidak supaya tidak menjadi satu fitnah kepada pihak tertentu.

“Saya berharap, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan, dapatkan pengesahan terlebih dulu dan tidak terus menyalahkan pihak berkuasa dengan menyatakan kami tidak memberikan bantuan kepada mereka.

20160627

Peminjam Kecewa Karenah Birokrasi Pembayaran Semula PTPTN



Peminjam Kecewa Karenah Birokrasi Pembayaran Semula PTPTN
26 Jun 2016

PUTRAJAYA: Terkesan dengan kempen potongan sebanyak 20 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran penuh oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Safura Foo nekad membayar baki pinjamannya sebanyak RM18,449.35 pada Mac tahun lepas.

Namun, kegembiraan dan rasa lega itu hanya bertahan sehingga Mei lalu, apabila beliau disekat untuk ke luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) oleh Jabatan Imigresen kerana namanya masih tersenarai dalam senarai hitam jabatan itu.

"Saya amat terkejut apabila disekat semasa hendak melancong ke Melbourne, Australia dan dimaklumkan ia kerana saya masih mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN lebih RM3,000.

"Untuk membolehkan nama dikeluarkan dari senarai hitam, saya diminta membayar RM1,000 dan dalam keadaan mendesak untuk berlepas, saya menjelaskan bayaran itu secara dalam talian," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, bekas pelajar bidang fotografi dari Segi College, Subang Jaya berusia 24 tahun itu tetap memendam rasa marah dan kecewa dengan PTPTN mengapa beliau masih dalam kategori berhutang dan kenapa rekod pembayarannya tidak dikemas kini sedangkan baki hutang tabung itu telah dilunaskan lebih setahun.

Kembali dari Melbourne, Safura segera ke Pejabat PTPTN di UTC Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan dan selepas disemak, dirinya dikatakan masih mempunyai bayaran tertunggak lebih RM3,000 kerana 'cek tidak ditunaikan' atau "cheque was not cleared", suatu jawapan yang amat mendukacitakan buat gadis dari Subang Jaya, Selangor.

"Saya amat kecewa, kenapa selepas menjelaskan semua bayaran, rekod pembayaran tidak dikemas kini dan lebih setahun tiada sebarang surat atau notis pemberitahuan yang diterima.

"Walaupun telah membuat aduan, hampir sebulan berlalu, PTPTN masih belum memberi maklum balas mengenai status aduan," katanya dalam nada kecewa.

Katanya beliau turut dimaklumkan oleh pegawai imigresen di KLIA bahawa insiden yang menimpanya bukan kes pertama dan ramai yang telah terpaksa membuat bayaran RM1,000 bagi mengeluarkan nama dari senarai hitam dan boleh ke luar negara.

Selain Safura, peminjam PTPTN yang lain turut menghadapi masalah sama, khususnya mereka yang berhasrat untuk membuat bayaran secara ansuran melalui potongan gaji.

Seorang peminjam yang mahu dikenali sebagai Kho, 33, lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkongsi pengalaman berhadapan kerenah birokrasi PTPTN apabila permohonannya untuk membuat bayaran melalui potongan gaji yang dipohon sejak Ogos tahun lepas masih tidak dapat dilaksanakan sehingga kini.

Katanya walaupun telah berulang kali bertanyakan tentang status potongan gaji di kaunter PTPTN di Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini, namun yang mendukacitakan tiada maklum balas positif diterima daripada perbadanan itu.

"Masalah di sini, bukan peminjam tidak mahu bayar, namun proses dan kerenah birokrasi menghalang pembayaran dibuat dan saya harap kerajaan dan PTPTN dapat melakukan sesuatu agar tunggakan bayaran mencecah berbilion ringgit itu dapat dikurangkan," katanya.