KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160613

Zakat: Tidak perlu lagi pengesahan ahli politik



Sinar Harian 8 Jun 2016 - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan bantuan zakat termasuk mempermudah proses mengemukakan permohonan bantuan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP, Wan Ahmad Fadhli Shah Wan Mohamad Zain berkata, pemohon kini hanya perlu mengisi sehelai borang mengandungi dua halaman berbanding lapan halaman sebelum ini.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, pemohon hanya perlu menyertakan salinan dokumen asas iaitu kad pengenalan dan dokumen yang menyokong permohonan mereka.

"Misalnya jika pemohon memerlukan bantuan perubatan, maka surat pengesahan daripada hospital diperlukan dengan menyatakan jenis rawatan dan keperluan yang dihendaki," katanya, sambil menambah pemohon tidak perlu mendapatkan pengesahan pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya.

Tiada ulasan: