KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20160620

Menyantuni pelarian Rohingya di Seremban



Menyantuni pelarian Rohingya di Seremban. Pada 18 Jun 2016 menerima maklumat dari satu grup whatsapp mengatakan pakcik Hassan, 73 tahun pelarian Rohingya dari Arakan perlukan bantuan keperluan makanan serta keperluan lain. Saya pun menziarahi keluarga tersebut dengan membawa sedikit bekalan. Rumah yang di sewa berhampiran jalan utama, cuma kawasan nak masuk agak lecak. Terkejut apabila menghampiri rumah disambut dua ekor anjing. Rupanya anjing jiran. Pakcik Hassan mengidap sakit asma yang teruk, sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Baru-baru ini dimasukkan ke hospital, bil hospital dibayar oleh pihak Majlis Agama Islam N.Sembilan. Isteri beliau bernama Fatimah, juga pelarian Rohingya. Mereka mempunyai tiga orang anak perempuan. Anak mereka tidak bersekolah. Sewa rumah RM130 sebulan, bil elektrik ada beberapa individu dari masa ke semasa tolong bayarkan. Juga pihak masjid kariah setempat ada dari masa ke semasa bantu. Antara barang yang diperlukan ialah alat pernafasan yang telah usang kosnya sekitar RM150 juga tenaga pengajar sukarelawan untuk mengajar anak-anak mereka mengaji, membaca, menulis serta mengira. Sekiranya ada yang ingin menyumbang makanan adalah dialu-alukan.





Tiada ulasan: