Ubah fakta buku sejarah
6 Dis 2016 : Kepincangan fakta di dalam buku teks sejarah
yang digunapakai dalam pembelajaran sekolah perlu diteliti semula sekali gus diperbetulkan
supaya catatan sejarah sebenar dapat disampaikan kepada generasi muda.
Catatan sejarah Melaka kononnya empayar itu tumpas ketika
menentang Portugis akibat kemunduran teknologi serta organisasi tentera yang
tidak berstruktur satu pendapat salah.
Pengarah Muzium Warisan Melayu Universiti Putra Malaysia
(UPM) Dr Muhammad Pauzi Abdul Latif menegaskan penggubal buku teks perlu
melaksanakan kajian yang lebih mendalam supaya fakta yang tertulis adalah
hakikat sebenar.
“Berdasarkan pemerhatian saya, kita sering menyebut faktor
kekalahan Melaka adalah kemunduran teknologi dan tentera tidak berstruktur.
Tetapi kita kurang memberi penekanan berhubung pengkhianatan daripada pedagang
dari China dan India.
“Kenyataan yang tertulis di dalam buku teks berkenaan adalah
tidak benar. Melaka mempunyai organisasi tentera sistematik serta kecanggihan
persenjataan zaman itu.
“Ketika serangan 1511, kita sudah mempunyai teknologi busur
silang (Crossbow), ini adalah fakta yang tertulis dalam catatan Portugis. Ini
jelas memperlihatkan kemampuan Melaka ketika itu melebihi Portugis,” katanya.
Ia dibuktikan menerusi catatan seorang ahli sejarah
Portugis, Joao de Barros yang menjumpai 8,000 senjata api, panah silang dan
artileri ketika Portugis menawan Melaka.
“Fakta sejarah tidak boleh berdasarkan andaian semata-mata.
Sejarah adalah fakta. Kepincangan fakta di dalam buku teks itu perlu
diperbetulkan.
“Penggubal buku teks perlu lebih berani dalam membicarakan
soal fakta, biarpun kadangkala ia menyentuh sensitiviti masyarakat,” katanya.
- Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan