Kerajaan kita tak nak larang rakyat Malaysia melancong,
melabur di Myanmar?
Krisis Rohingya: Myanmar Larang Pekerja Ke Malaysia
7 Disember 2016
YANGON: Myanmar melarang pekerjanya ke Malaysia susulan
hubungan yang kurang baik dengan negara jiran itu berhubung tindakan keras
tentera ke atas etnik minoriti Rohingya.
Langkah itu dibuat selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Najib Razak membidas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi kerana membenarkan
"pembunuhan beramai-ramai" semasa perhimpunan pada Ahad lalu di Kuala
Lumpur yang menarik kehadiran ribuan orang.
Kementerian imigresen Myanmar berkata pihaknya telah
berhenti mengeluarkan lesen baharu kepada rakyatnya untuk bekerja di Malaysia
yang selama ini menjadi destinasi utama bagi buruh asing.
"Buat sementara waktu Myanmar berhenti menghantar
pekerja ke Malaysia sejak 6 Disember kerana keadaan semasa di Malaysia,"
katanya dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan