KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20161205

Pelajar miskin semakin ramai, kutipan makin kurang



Pelajar miskin semakin ramai, kutipan makin kurang. Apakah yuran PIBG tahun 2017 akan dinaikkan, dikurangkan, dikecualikan untuk pelajar miskin?

Kutipan untuk bantu pelajar miskin berkurangan

1 Dis 2016 : Kutipan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan orang persendirian berkurangan pada tahun ini. Keadaan itu menyebabkan bantuan kewangan sedia ada dianggarkan RM250 juta setiap tahun untuk pelajar miskin dan miskin tegar tahun depan terpaksa distruktur semula. Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan, Datuk Abdul Wahid Ahmad, berkata dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, sumbangan yang diterima hanya RM617,886 berbanding RM909,286 dan RM766,319, masing-masing pada 2015 dan 2014.

"Setakat ini, seramai 1.05 juta pelajar miskin dan miskin tegar menerima kira-kira 19 jenis bantuan, antaranya bantuan am persekolahan dan Rancangan Makanan Tambahan. "Kementerian menjangka jumlah pelajar miskin dan miskin tegar yang layak menerima bantuan meningkat pada tahun depan, tapi jika sumbangan terus berkurangan, kita mungkin terpaksa cari alternatif lain supaya kumpulan sasar tidak tercicir daripada menerima bantuan," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

INFO
* RM300 bantuan am persekolahan daripada KWAPM untuk pelajar sekolah rendah, menengah dari keluarga miskin tegar, RM200 untuk pelajar miskin.

- Berita Harian

Tiada ulasan: