KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20161201

Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak



Apabila kahwin ikut adat, bukan ikut syarak. Ikut apa orang kata, bukan ikut apa Islam kata.

Adat bersendikan hukum
Hukum bersendikan kitab Allah
Syarak mengata
Adat menurut

Angkara tak cukup duit nak kahwin

1 Dis 2016, SEREMBAN - Gara-gara tidak cukup duit untuk berkahwin, seorang lelaki nekad membuat laporan polis palsu kononnya dia menjadi mangsa samun di sebuah bank di Bandar Baru Nilai, Nilai pada 4 Jun lepas.

Bagaimanapun, tindakan Mohamad Ikhmal Ideris, 23, itu akhirnya terbongkar selepas siasatan lanjut dijalankan, lalu mengakibatkannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, di sini, semalam.

Dia yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rahimah Rahim kemudian didenda RM600.

Difahamkan, tertuduh berbuat demikian disebabkan mahu meminta pertolongan bapanya untuk menambah duit bagi menampung perbelanjaan perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos lepas.

- Sinar Harian

Tiada ulasan: