KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170131

Mahalnya rumah di Negeri Sembilan



KERA DI HUTAN DIBERI KANDANG EMAS, ANAK MEREMPAT DI NEGERI SENDIRI

Mahalnya rumah di Negeri Sembilan
Wartawan Sinar Harian
31 Januari 2017


Tidak keterlaluan dikatakan, kegagalan kerajaan mengawal harga rumah menyebabkan ia semakin naik, selain kadar faedah yang sangat tinggi dikenakan bank.

Limpahan kemajuan dan pembangunan serta meningkatnya penduduk di Seremban 2 menjadikan harga rumah teres dua tingkat meningkat kepada lebih RM500,000 dan rumah Semi-D meningkat kepada RM650,000 mengikut saiz dan reka bentuk.

Manakala, harga rumah teres dua tingkat dengan reka bentuk moden di Bandar Sendayan juga sudah mencecah RM600,000 ke atas.

Bayangkan, berapa ramai anak tempatan di Negeri Sembilan yang mampu membeli rumah semahal itu, sedangkan pendapatan mereka tinggal di negeri itu tidak setaraf harga ditetapkan.

Melihat kepada situasi itu, adakah masih relevan kempen 'Tinggal Di Seremban, Kerja Di Kuala Lumpur' yang dicanangkan sebelum ini?

Apakah tindakan diambil kerajaan negeri dalam mengatasi situasi ini?

Tidak mustahil harga rumah di Negeri Sembilan bakal mencecah jutaan ringgit pada masa akan datang jika dilihat pada kegiatan spekulator mengatur harga rumah.

Kontrak pembuatan turret untuk kereta perisai negara Gempita AV8 ditunda



Laporan dari laman web ini mengatakan kontrak pembuatan turret untuk kereta perisai negara Gempita AV8 ditunda dua ke sembilan tahun kerana situasi ekonomi Malaysia.

Denel’s Malaysian Contract Delayed
28 Januari 2017


Denel received the R3.7 billion contract in 2011 to develop, manufacture, supply, deliver and commission the turrets. The contract requires industrial participation in Malaysia and as a result the production and assembly are taking place in that country.

In its latest annual report, Denel noted that, “The contract execution has been extended by two years to nine years due to the economic situation in the end-user country.”

The Malaysian contract, the largest export contract in Denel’s history, is seeing Denel Land Systems responsible for 69 two man turrets fitted with the South African GI30 30mm main gun; 54 missile turrets equipped with the GI30 30mm gun and Denel Dynamics Ingwe anti-tank missile system (the order also includes the supply of 216 laser-guided Ingwe missiles); and 54 remote control weapons systems.

Manufacturing of the turrets grew out of Denel Land System’s development of the Badger infantry combat vehicle on behalf of the South African Army.

Ambil Manafaat Kesesakan di Lebuhraya dengan promosi jalan kampung



Ambil Manafaat Kesesakan di Lebuhraya dengan promosi jalan kampung

Kalau saya ada syarikat atau agensi sendiri atau ada dana, saya akan ambil beberapa orang pelajar latihan industri dalam bidang IT, pelancongan, pengurusan masjid, kulinari untuk membuat satu laman web, page atau apa-apa yang berkaitan yang memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya mencari laluan alternatif dengan mudah yang melalui jalan-jalan persekutuan, jalan-jalan kampung untuk mengelakkan kesesakan di lebuhraya di musim cuti perayaan.

Laluan-laluan alternatif ini akan diberi nama Laluan Mesra Pengguna, Mesra Ibadah, Mesra Rehat, Mesra Makan dan sebagainya. Di mana akan di promosi masjid-masjid serta surau-surau yang mesra ibadah. Pengguna yang menggunakan kemudahan masjid dan surau ini adalah digalakkan memenuhkan tabung masjid dan surau yang mesra pengguna ini.

Manakala pengurusan masjid dan surau yang bijak pula, akan menjadikan masjid dan surau mereka mesra bukan sahaja kepada umat Islam bahkan kepada orang bukan Islam dengan peraturan asas orang bukan Islam menggunakan kemudahan awam di masjid serta surau.

Mana-mana peniaga yang ingin mempromosi di Laluan Mesra Pengguna dalam laman web, App, Page, Twitter dan sebagainya ini akan dikenakan bayaran yang berpatutan.

Dengar cerita pejabat pelancongan dalam negeri semua dah tutup, inilah masanya rakyat mempromosi rakyat.

Kubur lama tujuh tingkat milik raja?



Negeri Sembilan sebenarnya mempunyai banyak tempat bersejarah yang begitu berharga, yang anak negeri ini pun tak tahu atau tak kisah.

Kubur lama tujuh tingkat milik raja?
31 Januari 2017


REMBAU - “MILIK raja mana kita tak tahu. Yang pasti menurut cerita orang dulu-dulu, kubur lama ini ialah kubur raja yang memerintah pada masa berkenaan,” cerita Pengerusi JKKK Kampung Sepri, Datuk Zulkernain Datuk Mohammad Sharif kepada Sinar Harian.

Kubur lama tujuh tingkat berukir nama antaranya Tuanku Raja Ibni Nur Muhamad itu terletak di Kampung Ulu Penajis Sepri dan untuk sampai ke lokasi kubur perlu melalui kawasan kebun getah penduduk sejauh kira-kira 200 meter.

Menurut Zulkernain, kewujudan kubur berkenaan sudah terlalu lama dan ada yang menyatakan ia wujud sejak sebelum kedatangan Raja Melewar dari Pagar Ruyung ke Negeri Sembilan lebih 200 ratus tahun dahulu.

Menurutnya, selain kewujudan kubur lama berkenaan, sejarah lain yang boleh dikaji ialah lokasi yang dikatakan sebagai tapak istana lama dan juga laluan penduduk serta raja dari Kampung Sepri, Rembau ke Kampung Gunung Pasir.

Bagi penduduk Kampung Tontong Sepri, Halimah Mad Sah, 79, rumahnya adalah rumah terakhir untuk ke kawasan kebun getah milik penduduk lain yang menempatkan binaan kubur lama itu.

Dia yang berasal daripada Suku Batu Hampar berkata, kawasan rumahnya itu dipercayai merupakan kawasan istana lama yang juga tanah warisan daripada generasinya terdahulu.

Menurutnya, perkampungan berkenaan sangat unik kerana penduduk boleh sampai ke Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti, Kuala Pilah sekiranya merentasi bukit.

“Perjalanan berjalan kaki ambil masa kira-kira satu jam saja. Dulu kecil-kecil saya selalu ikut mak ke kampung seberang. Dah biasa dah kat sini dulu macam tu, jalan kaki ke Seri Menanti Kuala Pilah.

- Sinar Harian

Bab Jual Beli Masa Solat Jumaat pun ramai yang tak lepas



Bab Jual Beli Masa Solat Jumaat pun ramai yang tak lepas

MAJIKAN TAK SOLAT JUMAAT
29 Januari 2017 – Utusan Malaysia

Apakah hukumnya jika majikan saya tidak menunaikan solat Jumaat sedangkan dia mampu dan tidak berpenyakit. Dia berniaga kedai makan seperti orang biasa ketika solat Jumaat. Apakah gaji dan makanan yang saya makan di kedai tersebut haram walaupun saya pergi menunaikan solat Jumaat?

Waiter, Kuala Lumpur.

UKE: Bagi Mazhab Syafie adalah haram ke atas orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardu Jumaat berurusan dengan urusan jual beli selepas azan kedua sembahyang fardu Jumaat dan khatib duduk di atas mimbar. Sungguhpun jual-beli itu sah, namun perbuatan demikian dilarang, malah mereka yang tidak diwajibkan sembahyang Fardu Jumaat pun berdosa apabila dia bermuamalat bersama mereka yang diwajibkan sembahyang fardu Jumaat. Maka yang berdosa ialah tauke kedai anda dan usahakanlah untuk dia bersolat Jumaat.