Mampu ke JKKK baiki rumah PPRT nanti secara gotong royong?
Sebelum ini, nak baiki rumah keluarga miskin contoh atap bocor kosnya sekitar
RM3000 katakan. Tapi menurut cerita kena melalui Ketua Kampung, lepas tu ke
Majlis Daerah, lepas tu ke ADUN, lepas tu ke mesyuarat EXCO. Kos asal yang
kontraktor boleh buat dengan bayaran tunai RM3000 sudah pasti perlu dinaikkan
untuk menampung kos modal yang perlu keluar dulu kemudian kena tunggu pula
untuk pembayaran dan kos sampingan lain.
JKKK ambil alih kerja baiki rumah PPRT
16 Januari 2017
Kerajaan akan menyerahkan kerja pembaikan Projek Perumahan
Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), mulai tahun ini. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan Kabinet pada Disember lalu
dalam usaha menjimatkan kos pembaikan PPRT, selain meningkatkan kualiti
pembaikan rumah berkenaan.
"Projek pembaikan rumah akan diserahkan kepada JKKK
yang akan dilaksanakan secara gotong royong. Sebelum ini, kita dapati
kontraktor yang dilantik mengambil marjin keuntungan yang tinggi menyebabkan
projek pembaikan tidak disiapkan seperti yang sepatutnya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan