Ambil Manafaat Kesesakan di Lebuhraya dengan promosi jalan
kampung
Kalau saya ada syarikat atau agensi sendiri atau ada dana,
saya akan ambil beberapa orang pelajar latihan industri dalam bidang IT,
pelancongan, pengurusan masjid, kulinari untuk membuat satu laman web, page
atau apa-apa yang berkaitan yang memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya
mencari laluan alternatif dengan mudah yang melalui jalan-jalan persekutuan,
jalan-jalan kampung untuk mengelakkan kesesakan di lebuhraya di musim cuti
perayaan.
Laluan-laluan alternatif ini akan diberi nama Laluan Mesra
Pengguna, Mesra Ibadah, Mesra Rehat, Mesra Makan dan sebagainya. Di mana akan
di promosi masjid-masjid serta surau-surau yang mesra ibadah. Pengguna yang
menggunakan kemudahan masjid dan surau ini adalah digalakkan memenuhkan tabung
masjid dan surau yang mesra pengguna ini.
Manakala pengurusan masjid dan surau yang bijak pula, akan
menjadikan masjid dan surau mereka mesra bukan sahaja kepada umat Islam bahkan
kepada orang bukan Islam dengan peraturan asas orang bukan Islam menggunakan
kemudahan awam di masjid serta surau.
Mana-mana peniaga yang ingin mempromosi di Laluan Mesra
Pengguna dalam laman web, App, Page, Twitter dan sebagainya ini akan dikenakan
bayaran yang berpatutan.
Dengar cerita pejabat pelancongan dalam negeri semua dah
tutup, inilah masanya rakyat mempromosi rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan