KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20170131

Kubur lama tujuh tingkat milik raja?



Negeri Sembilan sebenarnya mempunyai banyak tempat bersejarah yang begitu berharga, yang anak negeri ini pun tak tahu atau tak kisah.

Kubur lama tujuh tingkat milik raja?
31 Januari 2017


REMBAU - “MILIK raja mana kita tak tahu. Yang pasti menurut cerita orang dulu-dulu, kubur lama ini ialah kubur raja yang memerintah pada masa berkenaan,” cerita Pengerusi JKKK Kampung Sepri, Datuk Zulkernain Datuk Mohammad Sharif kepada Sinar Harian.

Kubur lama tujuh tingkat berukir nama antaranya Tuanku Raja Ibni Nur Muhamad itu terletak di Kampung Ulu Penajis Sepri dan untuk sampai ke lokasi kubur perlu melalui kawasan kebun getah penduduk sejauh kira-kira 200 meter.

Menurut Zulkernain, kewujudan kubur berkenaan sudah terlalu lama dan ada yang menyatakan ia wujud sejak sebelum kedatangan Raja Melewar dari Pagar Ruyung ke Negeri Sembilan lebih 200 ratus tahun dahulu.

Menurutnya, selain kewujudan kubur lama berkenaan, sejarah lain yang boleh dikaji ialah lokasi yang dikatakan sebagai tapak istana lama dan juga laluan penduduk serta raja dari Kampung Sepri, Rembau ke Kampung Gunung Pasir.

Bagi penduduk Kampung Tontong Sepri, Halimah Mad Sah, 79, rumahnya adalah rumah terakhir untuk ke kawasan kebun getah milik penduduk lain yang menempatkan binaan kubur lama itu.

Dia yang berasal daripada Suku Batu Hampar berkata, kawasan rumahnya itu dipercayai merupakan kawasan istana lama yang juga tanah warisan daripada generasinya terdahulu.

Menurutnya, perkampungan berkenaan sangat unik kerana penduduk boleh sampai ke Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti, Kuala Pilah sekiranya merentasi bukit.

“Perjalanan berjalan kaki ambil masa kira-kira satu jam saja. Dulu kecil-kecil saya selalu ikut mak ke kampung seberang. Dah biasa dah kat sini dulu macam tu, jalan kaki ke Seri Menanti Kuala Pilah.

- Sinar Harian

Tiada ulasan: