KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101010

80 peratus premis di Malaysia terdedah dipanah petir kilat


Blog khusus membicarakan bahaya petir dan kilat di Malaysia dimana Malaysia antara negara tertinggi di dunia yang dipanah petir dan kilat di http://kilatmalaysia.blogspot.com/
Berita Harian 10 Okt 2010. Sistem perlindungan petir di bangunan kerajaan tak ikut piawaian global

Dan bertasbihlah petir dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNya, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra’ad :12-13)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus sistem perlindungan kilat yang dipasang pada bangunan termasuk hospital seluruh negara tidak menepati kehendak dan piawaian kebangsaan serta antarabangsa. Lebih teruk lagi, 90 peratus bangunan di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya pula didapati tidak dilengkapi sistem perlin-dungan kilat yang menepati piawaian termasuk bangunan hospital dan masjidnya. Yang amat membimbangkan, kebanyakan daripada 147 hospital awam di seluruh negara pula didapati tidak mempunyai sistem perlindungan kilat yang menepati piawaian. Keadaan ini selain boleh menyebabkan kerosakan pada sistem elektronik dan bangunan, ia juga memberi kesan besar kepada pesakit yang menerima rawatan.

Ini bermakna, kebanyakan bangunan di negara kita terdedah kepada bahaya kerosakan peralatan elektronik, kebakaran bangunan dan boleh mendatangkan kecederaan atau kematian kepada pengguna yang berada berhampiran peralatan yang menerima kesan panahan kilat.
Panahan kilat adalah satu `ancaman besar’ jika tidak diuruskan dengan sempurna kerana ia menghasilkan arus elektrik pada tahap tinggi iaitu 30,000 hingga 300,000 ampere dengan tahap kepanasan kira-kira 40,000 darjah celsius.

Jumlah itu terlalu tinggi berbanding kegunaan untuk satu fasa bangunan yang jumlah arus elektrik hanya 60 ampere.
Di seluruh dunia sebanyak 25,000 individu di kesan menjadi mangsa panahan kilat dan memusnahkan harta benda hingga mencecah kerugian RM3.6 bilion setahun.

Walaupun, tiada angka dan kajian berhubung kerosakan dan kerugian secara khusus di negara kita berpunca panahan kilat, angka secara keseluruhan menunjukkan masalah itu perlu diambil serius dalam memastikan keselamatan bangunan dan pengguna terjamin.

Keadaan ini ditambah dengan wujudnya sikap ‘tidak perlu bimbang’ atau ‘tidak perlu kisah’ kepada perlunya sistem perlindungan kilat yang menepati piawaian sehingga berlaku kerosakan disebabkan panahan kilat terhadap sesebuah bangunan.

Pengarah Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, berkata kadar panahan kilat yang tinggi dengan sebilangan besar bangunan tidak dilengkapi sistem panahan kilat yang menepati piawaian adalah satu igauan besar kepada negara.

Ini kerana katanya, bangunan termasuk peralatan elektronik terdedah kepada kerosakan dan boleh membawa kepada kecederaan atau kematian.

Beliau berkata, kadar kegagalan atau kerosakan disebabkan perlindungan bukan konvensional terbukti tinggi bukan saja di negara ini malah berlaku di negara lain seperti Indonesia, Singapura dan Sri Lanka yang rata-ratanya menerima kadar panahan kilat yang tinggi.

“Gangguan bekalan elektrik dan kerosakan peralatan elektronik akibat pancaran kilat terutama kepada sektor perindustrian menyebabkan kerugian ekonomi kepada negara. Penggunaan alat perlindungan kilat yang tidak menepati piawaian, boleh menyebabkan berlakunya risiko litar pintas yang membawa kepada gangguan bekalan elektrik atau kebakaran,” katanya.

Dr Mohd Zainal berkata, kebanyakan sistem perlindungan panahan kilat sedia ada, menunjukkan ia dipasang berdasarkan permintaan pemilik bangunan itu sendiri atau berdasarkan cadangan dibuat oleh pembekal yang tidak berasaskan kepada fakta seperti digariskan piawaian antarabangsa.

Mengikut piawaian antarabangsa, hanya sistem konvensional atau ‘Franklin System’ yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk pemasangan sistem perlindungan kilat iaitu terdiri daripada komponen Rod Franklin, konduktor penghubung antara Rod Franklin dan terminal pembumian dan rod pembumian.

“Alat perlindungan pusuan (Surge Protective Device) juga komponen penting bagi perlindungan dalaman seperti barang elektrik di dalam bangunan. Ini bertepatan dengan prosedur digariskan dalam piawaian oleh SIRIM (MS-IEC 62305) dan Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC).

“Sehingga kini sistem bukan konvensional menjadi isu besar di dalam konsep dan kaedah perlindungan kilat di serata dunia kerana kos pemasangannya mahal tetapi tidak mempunyai bukti teknikal dan saintifik untuk perlindungan kilat yang berkesan hingga ditentang keras oleh saintis di seluruh dunia,” katanya.

Dalam menyediakan sistem perlindungan kilat yang mengikut piawaian, kosnya bergantung kepada saiz bangunan, peralatan di dalam bangunan terbabit dan prosedur ini sudah dinyatakan dengan jelas di dalam piawaian yang dikeluarkan IEC.

Malaysia hadapi jumlah petir tertinggi

KUALA LUMPUR: Jumlah kilat yang berlaku di negara ini adalah antara tertinggi di dunia apabila Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) merekodkan, secara purata dalam tempoh setahun ia berlaku sebanyak 190 hari.

Pengarah Kajian Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohd Zainal Abidin Ab Kadir, berkata keadaan itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding di Florida, Amerika Syarikat yang hanya merekodkan sebanyak 80 hari dalam setahun.

Katanya, kawasan Subang, Selangor pula adalah kawasan yang mempunyai kadar penerimaan kilat tertinggi iaitu sebanyak 362 hari dalam setahun pada 1987.

“Keadaan ini, mengatasi daerah Bogor, Indonesia yang dicatat dalam Guiness Book of World Records, dengan 322 hari penerimaan kilat dalam setahun pada 1988.

“Apa yang membimbangkan sebagai sebuah negara berstatus perindustrian, dengan jumlah penerimaan kilat sebanyak itu, ia meletakkan negara pada kedudukan teratas dalam jumlah panahan kilat yang dikenali sebagai ‘Mahkota Kilat’ (Crown of Lightning),” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, sistem perlindungan kilat yang mengikut piawaian amat penting bagi memastikan setiap bangunan selamat daripada panahan petir yang boleh mengakibatkan kerugian dan kehilangan nyawa.

“Bagi memastikan keselamatan bangunan di negara ini daripada panahan kilat, CELP UPM bekerjasama dengan saintis dalam dan luar negara untuk mengajar dan membina kesedaran di kalangan masyarakat ke arah kepentingan keselamatan kilat serta kepentingan perlindungan kilat menggunakan kaedah yang hanya diluluskan oleh piawaian antarabangsa.

“Seminar dan kempen juga diadakan kepada jurutera dan mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung di dalam bidang penyelidikan kilat di negara ini dan luar negara untuk mempertingkatkan kepekaan terhadap tahap keselamatan dengan memasang alat perlindungan kilat menepati standard Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa (IEC) dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/80peratuspremisterdedahkilat/Article

20101008

Rumah Remaja Hamil Luar Nikah dah lama ada di Malaysia

Rumah perlindungan remaja hamil luar nikah serta ibu muda tanpa status perkahwinan dah lama ada di Malaysia, sejak tahun 1975 lagi. Dan sekarang kerajaan beri peruntukan RM 2.3 Juta untuk 14 NGO yang mengendalikan rumah remaja hamil ini. Habis tu, kenapa bila Melaka buat Sekolah Remaja Hamil , semua pihak baru nak buka mata ? Baru nak kritik ? Baru nak pertikaikan ?

Kenapa tak pertikaikan mana pergi peranan umat Islam, NGO Islam, Persatuan Islam, JAKIM , Majlis Agama selama ini untuk menangani masalah remaja hamil luar nikah ?

Kita dah ada penjara untuk rumah perlindungan penjenayah kecil dan penjenayah kejam. Kita dah ada rumah perlindungan pesakit HIV, penagih dadah dan lain-lain. Apa masalahnya dengan Sekolah Remaja Hamil ?

Cuma yang umat Islam kurang peka ialah rumah perlindungan remaja hamil luar nikah, rumah perlindungan isteri yang didera, anak-anak yang didera. Juga rumah perlindungan saudara baru yang disisihkan keluarga mereka.

Siapa 14 NGO yang mengendalikan rumah remaja hamil ini ? NGO Islam atau NGO bukan Islam ?

*********************
Thursday October 7, 2010

JKM Peruntuk RM2.3 Juta Kepada NGO Bantu Sediakan Khidmat Rumah Perlindungan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukan RM2.3 juta khusus buat 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat rumah penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak hamil luar nikah dalam negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata peruntukan itu merupakan satu galakan kepada NGO yang bersama-sama berganding bahu dengan JKM dalam menangani aspek itu sejak 2006.

Katanya rumah-rumah perlindungan yang disediakan sentiasa dipantau oleh JKM untuk memastikan khidmat yang disediakan selaras dengan objektif kerajaan.

Beliau berkata rumah-rumah perlindungan itu mula ditubuhkan sejak 1975 dan memberi perlindungan serta pemulihan kepada hampir 20,000 kanak-kanak dan gadis bermasalah.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak di sini Khamis, beliau berkata, perkara itu tidak dihebahkan kerana menghormati sensitiviti negara terhadap permasalahan ini. "Kami tidak uar-uarkan perkara ini sebelum ini kerana kami percaya bahawa perkara seperti ini begitu sensitif sekali. Jadi sudah tiba masanya rakyat mengetahui bahawa rumah perlindungan ini memang sudah ada sejak 1975," katanya.

Shahrizat berkata JKM sendiri turut menyediakan empat rumah perlindungan Taman Seri Puteri yang menempatkan 976 orang penghuni dalam tempoh lima tahun ini.

Menurutnya selain memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada gejala sosial, keruntuhan akhlak dan hamil luar nikah, institusi ini juga antara lain menyediakan kemudahan akademik, kemahiran vokasional, perkhidmatan kaunseling, dan pendidikan keagamaan. - BERNAMA

http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2010/10/7/mstar_berita/20101007211310.asp&sec=mstar_berita

Operasi tangkap kaki judi di N.Sembilan, HOTLINE


Laporkan Maksiat di Tempat Anda

Hotline 23 Jam Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
06-7672756 , 067672757

Kaki judi ditahan
Sinar Harian 8 Okt 2010

SEREMBAN - Seramai enam lelaki kaki judi ditahan secara berasingan kerana disyaki membeli nombor ekor dalam operasi yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), sekitar bandar Seremban dekat sini, kelmarin.

Semua mereka yang beragama Islam berumur lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan dalam ‘Ops Judi’ yang diketuai Penyelaras Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Mohd Zol Sidek.

Difahamkan, dalam operasi bermula jam 3 hingga 6 petang itu, berlaku sedikit pergelutan ketika penguat kuasa cuba menahan semua kaki judi yang cuba melepaskan diri daripada ditahan.

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan secara berasingan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antaranya ditahan berada di dalam premis perjudian.

“Kami turut merampas beberapa tiket perjudian dalam operasi ini.

"Semua mereka dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut termasuk urusan jaminan dan akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2003," katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurutnya, operasi itu akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8265278.asp

SUSUK dan SIHIR

Dibawah ini artikel-artikel dari beberapa laman web. Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah Maha Mengetahui. Sesungguhnya hanya Allah yang lebih berkuasa daripada segala makhluk yang ada di alam nyata mahupun di alam ghaib.

*******************

Seorang rakan sekerja Mr X menemui saya pada awal 2006 dengan membawa hajat dengan bersungguh-sungguh. “Haji, minta tolong boleh tak”

Saya menjawab “insyaAllah, apa dia”

“Atok saya sakit teruk dah terlantar lebih sebulan. Macam orang koma. Badan dah macam papan sekeping. Nak minta haji tolong tengok dan tolong apa yang patut. Kesian dia.”, rayu Mr X.

“Insya-Allah saya tolong. Bila nak pergi?”

Menurut Mr X, atoknya adalah seorang yang warak dan mengubat orang sakit menggunakan kaedah yang diizinkan oleh Islam.

Setelah membincangkan masa yang sesuai, pergilah kami ke destinasi kediaman atok Mr X di daerah SSS di Johor. Kami pergi berdua menaiki kenderaan saya ke pekan SSS pada hari Sabtu. Kira-kira pukul 11.00 pagi tersebut tibalah kami di pekan SSS.

Rumah Atok Mr X sudah agak usang di diami oleh Atok dan nenek Mr X serta anak bongsu bersama suami dan anak-anak yang masih kecil. Setelah sampai kami disambut dan dipersilakan masuk ke rumah. Nenek Mr X masih sihat walau sudah berusia lebih dari 70 tahun. Nenek ini membawa saya menemui suaminya yang terbaring kaku di ruang tamu rumah beralaskan tilam bujang yang nipis.

Subhanallah, tubuh atok Mr X sudah begitu kurus tinggal tulang dan kulit dengan mata yang terjegil. Tidak berkata dan bernafas melalui mulut. Setelah meneliti keadaan atok ini buat seketika, saya memanggil nenek ke satu sudut untuk berbicara dan beliau tidak membantah.

Antara perbualan kami ialah: “dah lama atok terbaring macam ini? kata saya.

“Sudah lebih sebulan macam ini” jawab nenek.

“Ada tak atok mengubat orang ?” tambah saya

“Dia memang ada mengubat orang dan juga mengurut ?”

“Ada tak atok menyimpan barang-barang tertentu dan digunakan untuk mengubat?”, saya menambah.

“Atok ada 3 keris. Sewaktu mengubat atok gunakan keris kecil. Yang lain disimpan.”jawab nenek.

“Atok ada mengamalkan ilmu-ilmu lain tak untuk mengubat atau mengurut?” sambung saya.

“Sejak atok muda memang ada dia memakai susuk di lengan kiri supaya kuat mengurut. Tetapi sebelum sakit dulu atok dah suruh saya buat sesuatu supaya susuk ini keluar. Saya dah buat dan melihatkan pada tandanya, susuk ini memang sudah keluar.” jawab nenek.
Saya terus menyoal sama ada atok ini ada menyimpan pelbagai tangkal lain dan jawapannya adalah memang ada iaitu kelihatan seperti tangkal baju kebal warna merah.

Setelah mendapat input-input yang mencukupi dari nenek ini berkaitan suaminya, saya mula memberikan pandangan “Barang-barang keris dan tangkal simpanan atok perlu saya ambil semuanya untuk dilupuskan. Sekiranya tidak diambil, insya-Allah atok terus macam ini dan susah untuk mati”.

Nenek bersetuju untuk menyerahkan kesemua barangan “SYIRIK” kepunyaan atok kepada saya untuk dilupuskan.

Dimudahkan cerita, alhamdulillah pada sebelah petang tersebut saya telah dapat mengumpulkan 3 keris pusaka dan tangkal baju kebal berwarna merah. Sebelum saya beredar balik ke Johor Bahru, saya berkata kepada nenek “Menurut lazimnya, insya-Allah sebelum 40 hari kes seperti atok ini akan meninggal dunia”.

Seperti biasa barangan yang dikumpulkan dari pekan SSS ini saya ambil gambarnya terlebih dahulu sebelum memulakan proses melupuskan.

Dua hari selepas itu kira-kira pukul 7.45 pagi ketika saya sedang memandu kereta menuju ke tempat kerja, telefon saya berbunyi. Di hujung talian kedengaran suara Mr X “Haji, atok saya selamat meninggal dunia pukul 6.45 pagi tadi”. Jelas kedengaran nada lega suara Mr X kerana kerisauan selama ini sudah selesai.

Saya menyahut “Alhamdulillah”

Begitulah serba sedikit kisah seorang yang sengsara bila nak mati. Setengah orang kata sebenarnya atok ini telah meninggal dunia namun khadam dalam tubuhnya yang membantu seolah-olah atok ini masih hidup. Namun apa yang jelas ialah keadaan atok sewaktu saya melihatnya memanglah mengerikan rupanya.

Mr X sewaktu mula menemui saya untuk meminta bantuan menjelaskan kepada saya bahawa atoknya ini adalah seorang yang baik dan mengubatkan orang dengan cara yang diperkenankan Islam. Namun hakikatnya seorang yang menyimpan tangkal adalah jelas hukumnya iaitu syirik. Pengubat yang menggunakan keris dalam perubatan mereka adalah sebenarnya seorang bomoh yang sesat lagi menyesatkan.

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/59

SUSUK dan SIHIR

Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh. Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar. Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

Susuk, antara ilmu sihir untuk menampilkan wajah awet muda, cantik menawan dan kebal. Menurut pakar perbidanan tradisional, Oomi Jannah, susuk cukup terkenal di kalangan wanita yang enggan menerima hakikat kejadian manusia itu cukup indah di mata pencipta-Nya.

Susuk dikategorikan dalam amalan sihir berupa bahan-bahan logam seperti jarum, serbuk emas, jarum tembaga, intan atau berlian dimasukkan ke dalam wajah atau tubuh yang disertai dengan jampi mantera tanpa mencederakan si pemakai.

"Selalunya untuk mencantikkan wajah, susuk ditanam dibahagian pipi, dagu ataupun bibir"."Ada juga yang dimasukkan ke bahagian payu dara dan alat sulit atas tujuan mengikat nafsu suami daripada `makan luar','' katanya.

Susuk menaikkan seri lazim diamalkan oleh golongan bangsawan dan artis wanita. Lelaki pula memilih susuk untuk kebal, berani, tahan dipukul atau mampu mengalahkan lawan dengan mudah.

"Susuk diikat pantang larang, andai melanggarnya si pemakai akan mendapat wajah yang lebih hodoh daripada asal.

Pantang larang susuk logam
Merahsiakan pemakaian susuk
Tidak boleh makan pisang emas dan buah kundur dalam tempoh dua hingga tiga bulan

Selepas aktiviti pasang
Tidak boleh lalu di bawah ampaian yang disidai kain basah
Tidak boleh mencucuk lidi sate pada tubuh dan sekitar wajah kerana lidi sate berbisa dan sifatnya berlawanan dengan bahan susuk

http://mal1805.multiply.com/journal/item/37


Susuk?

“SUSAH betul... macam ada benda sekat kat kerongkong ni! Tolonglah atuk!” Setiap kali sakit kuat, perkataan itu termuntah dari mulut atuk yang sudah geleber itu.
Nenek hanya menggelengkan kepala, sedangkan Azmi tergaru-garu dahinya yang tidak gatal. Memang pening dibuatnya melihat gelagat atuk melawan sakitnya.

“Tolonglah Mi... tanyakan orang, apa yang atuk kau cakap ni!” pernah nenek arahkan Azmi berikhtiar.

Memang sakit atuk pelik sikit. Kalau diikutkan logik, atuk yang berusia lebih 90 tahun itu tentu mudah perginya jika dipanggil Tuhan.

Namun, itu tidak berlaku pada atuk. Atuk sering memberi isyarat seperti ajal semakin hampir mendatanginya, cuma ada sesuatu yang menghalangnya sehingga dia berasa takut dan sakit bukan kepalang.

“Susah betul... macam ada benda menghalang!” selang seminggu atuk merungut lagi melawan sakitnya. Batuknya tersekat-sekat. Jemarinya pula asyik meraba di pangkal halkum.

“Macam ada benda sekat kat sini. Tolonglah atuk!” suara atuk sudah macam merepek, tetapi matanya yang separuh sepet tetap merenung Azmi, cucu kesayangannya.

Lebih lima tahun atuk melalui pengalaman sakit begitu. Keluar masuk hospital dan lebih 10 bomoh datang memberi pelbagai pandangan. Namun, atuk macam itu juga. Dia mengadu susah untuk pergi, walaupun mengakui ajalnya semakin dekat.

Nenek meminta Azmi berikhtiar juga. Tiada sudahnya membiarkan atuk susah begitu melawan sakit. Bagi nenek, jika atuk pergi, dia redha, cuma nenek tidak tergamak melihat atuk melawan sakit macam itu.

Azmi akhirnya patuh. Macam-macam orang ditanyanya; mengapa atuknya jadi begitu di saat-saat sakit begitu teruk.

Puas merata bertanya, akhirnya Azmi dicadangkan bertanyakan hal itu kepada seorang bekas mufti.

Azmi menceritakan hal itu pada suatu subuh selepas selesai solat berjemaah di sebuah masjid.

Banyak pandangan diterimanya, tapi dalam banyak-banyak hal itu, Azmi tertarik untuk mencuba satu cadangan yang diberikan bekas mufti itu kepadanya.

“Tengoklah kalau-kalau atuk kamu tu mungkin menyimpan sesuatu pada tubuhnya. Berusahalah, semuanya ada hikmah dalam hidup kita ini,” Azmi diberi kata perangsang.

Malam dirancangkan, Azmi memberitahu nenek sesuatu. Nenek menganggukkan kepala.

Tidak lama selepas itu, nenek tunjukkan sesuatu di bawah pelipat kaki atuk. Azmi macam tidak percaya.

Ditelitinya betul-betul pada urat di bawah pelipat kaki itu dan bila dia menyekat aliran darah, atuk tiba-tiba terbatuk dan menjerit sakit.

Azmi terpaku. Tangannya mengurut-ngurut urat yang timbul dan merasai satu jalur keras kira-kira 3 sentimeter pada urat itu. Atuk terus juga terbatuk-batuk.

Nenek berbisik ke telinga atuk sebaik batuk atuk mulai reda. Azmi melihat atuk menganggukkan kepala.

Orang pandai

“Minta orang yang pandai keluarkan benda tu, Mi!” akhirnya nenek mengarahkan sesuatu dan Azmi mulai faham.

Sebelum pergi mendapatkan bantuan orang, Azmi bertanya juga pada nenek mengenai rahsia yang nenek dan atuknya simpan berhubung barangan keras pada urat di bawah pelipat kaki itu.

“Susuk jarum kekuda!” bisikan nenek akhirnya membongkar sesuatu yang Azmi percaya ada kaitan dengan kesusahan atuk berdepan sakitnya yang berlarutan sejak sekian lama.

“Untuk apa?”

“Dulu atuk kau guru silat. Guru silat dulu-dulu kena kuat kekuda... sebab itu atuk kau pasang susuk!” Azmi bagaikan tidak percaya.

Namun, dia mesti berusaha juga kerana kasihankan atuknya yang terlalu susah berdepan sakitnya.

Lima orang kampung, termasuk bilal surau, datang menjenguk atuk malam itu. Azmi menceritakan segala-galanya.

Nenek pula pasrah. Dia rela suaminya pergi dalam keadaan aman daripada terus menjerit-jerit seperti ada sesuatu yang menghalang ajalnya.

Urat pelipat bawah kaki atuk diperiksa lagi. Memang sah. Susuk jarum kekuda rupa-rupanya masih tertanam di situ dan bilal surau yang ada sikit pengetahuan itu pun mencuba.

“Saya tak tahu pun sebelum ini, ada susuk bawah pelipat atuk kau!” beritahu bilal sewaktu memulakan tugasnya.

“Aduh... sakitnya!!” tiba-tiba saja suara atuk melaung dan melolong. Terkejut Azmi dan nenek.

Di tapak tangan bilal ada sesuatu berwarna kehitam-hitaman macam jarum dan keras sifatnya.

Masing-masing berlumba-lumba menjenguk benda asing yang ditanam dalam tubuh atuk selama ini.

Namun, mereka tidak sempat melihat lama benda asing itu kerana tidak lama kemudian nenek, Azmi dan bilal terdengar suara halus atuk seperti mengucapkan kalimah syahadah.

Suara itu perlahan, tapi tersekat-sekat. Akhirnya senyap dan nenek terus menerpa. Diciumnya kening atuk.

“Atuk kau dah tak ada, Mi!” nenek berhiba, tetapi dilawannya supaya tidak menangis di depan jenazah atuk yang baru pergi.

“Biarlah, nek. Sekurang-kurangnya atuk pergi dalam aman,” Azmi yang sedih terpaksa melawan perasaan sendiri. Bilal memujuk dan memberitahu, semua yang berlaku ada hikmahnya.

“Susuk dan benda asing tak patut dimasukkan ke dalam badan. Mungkin ia ada kaitan kenapa atuk kamu susah dan sakit begitu lama sebelum ini. Namun, semuanya kuasa Allah,” kata bilal.

Siang esoknya, jenazah atuk dikebumikan. Semua sanak saudara hadir. Namun bagi nenek dan Azmi, pemergian atuk sungguh melegakan.

Sekurang-kurangnya, atuk pergi dalam keadaan aman dan tiada lagi raung, rintih dan laung atuk melawan sakitnya lebih lima tahun berterusan.

http://cerihik.blogspot.com/2004/11/kerana-susuk.html

Atuk aku pun sakit juga, nak nenek aku je kat sebelah... Kitorang yang penat, tapi kitorang tetap sabar, sabar dan sabar. Dugaan...
Tapi atuk aku tak membela. Atuk aku cuma membela ayam je... Hehe

Dulu, kat kampung aku ada juga kes macam atuk kau. Sebab utama, nak pertahankan diri drpd serangan tentera Jepun. Kesian juga, nak meninggal susahnya... Derita atuk tu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Then, anak dia panggil orang yang bertauliah dalam hal-hal sebegini, rupa-rupanya atuk tu ada guna 'ilmu lain' juga. Dia guna susuk. Nak tahu susuk apa?

Ada MUTIARA dalam lengan kiri atuk tu... 3 biji pula tu... Dahsyat... Tapi, dah lusuhlah bila dikeluarkan.

Paling penting, kena banyak berdoalah untuk atuk kau. Everyday and after solat, mohon pada Allah agar dipermudahkan dan dipersenangkan derita yang atuk kau hadapi.

Boleh juga panggil orang yang arif akan hal-hal sebegini. Ikhtiar tu penting, tapi dalam masa yang sama, yakin dengan Allah, yang hanya dengan izin Dia saja, urusan atuk kau menjadi lebih mudah.

Aku punya family pun ada kena gak. Lepas atuk aku ninggal, nenek aku tengah sakit tenat, tapi makan sampai 5 pinggan! Pastu ari-ari cakap, "Panas, panas!"


**************

as;kum..

teman sblum ni ada mengepos satu topik tentang tok teman yang dikhuatiri membela sehingga terlantar sakit selama 5 tahun..igt tak? teman cuba brose archive, x jumpa pula untuk teman pastekan link nya..

so teman sambung je la, yaa

berita terbaru, oktoboer lepas, tok kesayangan teman selamat kembali ke rahmatullah..

masalahnya di sini, dah beberapa bulan ini, kedengaran berita x elok di kampung teman, di kualer tue..

lembaga menyerupai tok teman berkeliaran....


**************

kes kawan nie...sebijik macam kes nenek aku.
kat umah tue...masih berbaring.
adik-adiknyer yang lain..ramai yang dah 'pergi'.
aderlah seorang dua termasuk yang bongsunyer..lelaki.
umur pun dah lepas 80 tahun.

kalo umur adik bongsunyer dah lebih 80 tahun.
dia yang sulung..baper agaknyer??
adik-beradik...12 orang.
yang tinggal..pertama: nenek aku. ke9:nenek sedara aku. ke11: nenek sedara.
dan yang yg bongsu..lelaki nie..umur 84 tahun.

citer nenek aku...masa bah besar merah tahun 1926...umur yang bongsunyer baru 2 bulan.
dia kendong masa nak pindah ke tanah tinggi...sebab rumah moyang kami ditenggelami bah merah tue.
ikut perkiraan biasa...anak perempuan berusia 15 tahun ke atas baru boleh dukung budak kecil.
tp...dia sendiri pun tak ingat tarikh lahir dia sendiri.
aku rasa...nenek aku nie....paling tua pun...dlm usia 100 tahun lebih.

bukan benda nie yang aku nak kongsi.
cuma...'benda' yang dia dah pakai sejak puluhan tahun tue.
masih lagi saki-bakinyer ada.
sebelum nie dah buang.
macam-macam 'benda' nenek aku pakai.

tak tahuler aku sekarang nie.

**************

ok teman sambung..
atok teman dulu terkenal dengan ahli politik pembangkang, guru silat, dukun...kuat dan gagah perkasa..
yg lebih2 pasai perangai negative teman x mo citer la..biar teman dan kuaga teman ja tau...
ada bnayak benda negative sebenarnya, nk nyedapkan teman tpaksa cet bat pedoman, masa ia terlantar dia x nah smyang, diajar ngucap, ayat2 suci dia marah kat "aku belum nk mati lagi la!"..
memacam lg...sewaktu terlantarnya, tidak pernah muhasabah,asyik2 ceritakan kehebatannya wktu zmn jepun dulu...dn banyak lagi kegagahannya..

korg buat la analisa sendiri, teman nak gi iron baju sat..


**************

peristiwa yang sama pernah aku tengok zaman aku kanak2 dulu.. taim duduk kat kampung..

orang tua sorang nih nazak dekat seminggu jugak.... tak mau jugak bercerai nyawa... sampai kulit2 dah mula menggelupas...

sampai kena bukak bumbung apa semua... tak lama pastu baru dia betul2 meninggal...

innalillah...

orang cakap... orang2 tua kita dulu membela benda2 nih bukannya semua niat jahat... ada yang membela untuk jagakan rumah... untuk pelihara anak cucu.. untuk dapat kekuatan nak bercucuk tanam... beranikan diri masuk hutan....

wallahualam...

yang aku tau benda nih salah di sisi Islam...

http://bincang.net/forum/showthread.php?89387-datukku-dikhuatiri&p=2506100&viewfull=1


Saya ada sorang datuk sebelah ibu saya...mengamalkan susuk untuk badan kuat...kalau kita tgk dia wpun dah tua masih kuat bekerja...halaman rumahn dan kebunnya amat bersih sehingga tak der rumput dan lalang yang sempat tumbuh...tapi bila dia nak meninggal amat tersisksa...berlakulah kejadian seperti ramai dari kita pernah dengar dan baca...terbaring beberapa bulan tapi makan amat berselera hingga 2-3 pinggan...tapi badan kurus je...terpaksa bukak satu dari bumbung rumahnya...dan pelbagai lagi...amat sukar mengeluarkan susuk dibadannya kerana dia pakai sekali 3 susuk...lama jugak untuk cari org yang pandai membuang benda ni......

http://www.mk-portal.org/forum/archive/index.php/t-2303.html

20101007

Melayu, cantik sungguh, terliur tengok, teringin rasanya



Tak sangka, masih ada anak Melayu yang mahir membuat parang, hulu dan sarung. Begitu cantik sekali, terasa nak beli bila tengok gambar di blognya. Kenapa tidak dipromosikan secara meluas dan diperluaskan lagi industri ini agar lebih ramai menceburi bidang ini ?

Patut dimasukkan tempat ini dalam destinasi pelancongan utama Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Jelebu tak nak tolong promosi di TV1 ke ?

Lihat sendiri laman Blog dia http://zamri-tukangparang.blogspot.com/

Zamri Bin Wahid
Mentaus Crafts
No. 19, Kg. Mentaus,
72400 Simpang Durian,
Jelebu, Negeri Sembilan.
No. H/P: 019-6685036

Jin tolak kereta. Shahir AF8 Kemalangan




Malam tadi ada majlis doa selamat di rumah sahabat. Saya duduk makan semeja dengan Ustaz Basit dari Jabatan Mufti N.Sembilan, Dato Rohani, Ustaz Khairuzzaman dan beberapa ustaz lain. Kami bercerita mengenai banyak jin, syaitan, acara pemujaan dan sihir sekarang ini dan kaitannya dengan kemalangan jalanraya.

Ustaz Basit kata, kawan dia pernah nampak dijalanraya, jin tolak kereta, kereta yang ditolak tadi pun kemalangan dan jin tadi bertepuk tangan. Tidak dapat dinafikan jin atau makhluk sebegini memang wujud. Kita sebagai umat Islam mohonlah perlindungan daripada Allah, hanya kepada Allah semata-mata.

Kenal waktu untuk berjaga-jaga, lepas tengah malam, panas terik, senja, hujan panas dan sebagainya. Masuk waktu sembahyang kalau dalam perjalanan, berhenti sembahyang, jangan tangguh. Jangan terlalu mengantuk, letih, terlalu gembira, banyak ketawa dalam perjalanan.

Nampaknya tak habis-habis orang kita suka tengok cerita hantu. Buatlah cerita yang mendekatkan orang Melayu kepada masjid dan surau. Ingat kubur dan buat persiapan selepas mati.

****************************
Selasa Julai 6, 2010
Kisah Norman KRU Jumpa Hantu Dalam "Karak"

FILEM Karak akan merungkai pengalaman sebenar penulis skripnya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang hampir-hampir kemalangan kerana ternampak hantu.

Bercerita pengalaman itu, kata Norman ketika dia sedang melalui lebuh raya di antara Behrang dan Rawang dia pernah nampak seperti lembaga di kawasan berkenaan.

Selepas peristiwa itu Norman lebih berhati-hati selepas melalui kawasan itu yang dianggapnya ‘keras’.

Sebelum menghasilkan skrip yang turut dilakonkan oleh juara AF8 Shahir itu, Norman telah melakukan kajian terlebih dahulu perspektif masyarakat mengenai makhluk berkenaan.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/7/6/mstar_hiburan/20100705163218&sec=mstar_hiburan

Rabu September 22, 2010
Kereta Baru Shahir (AF8) Berpusing Lima Kali

PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.

Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.

“Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi jalan.

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam hidupnya.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/9/22/mstar_hiburan/20100921162936&sec=mstar_hiburan

20101006

Program Gemilang 30 Okt 2010 Masjid Seremban

PROGRAM GEMILANG INSAN
Tarikh : 30-31 Oktober 2010 (Sabtu-Ahad)
Tempat : Masjid Negeri , Seremban
Peserta : Dipelawa remaja 15-19 tahun
Pendaftaran percuma

Keterangan lanjut hubungi Ust.Kamarudin 019-6236743
Masjid Negeri 06-7639354 /7672890

Sumber : http://senawangindah.blogspot.com/2010/10/progeram-gemilang-insan_06.html

Pendaftaran Pelajar PASTI Tmn Paroi Jaya 2011


PASTI Al-Ikhwan yang bertempat di Taman Paroi jaya, Seremban telah membuka pendaftaran pelajar untuk tahun 2011.

Untuk anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun

Sila hubungi :
Pn Mariah 017-6506392
Pn Suriaton 016-3734077

Maklumat lanjut, sila lawati http://pasti-al-ikhwan.blogspot.com/

Laman web PASTI Negeri Sembilan http://www.pastin9.net/
Blog PASTI Negeri Sembilan http://pasti-n9.blogspot.com/

Gambar Jamuan Raya Taman Alamanda Okt 2010

Buat pertama kalinya sejak Taman Alamanda, Senawang mula diduduki pada tahun 1999 telah diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Idil Fitri pada Sabtu 2 Oktober 2010 di perkarangan Surau Alamanda bermula jam 9 malam.

Persiapan jamuan bermula dari pagi lagi dengan kehadiran muslimin dan muslimat dari setiap jalan dan lorong. Sebanyak 60 batang lebih lemang telah dibakar, muslimat menyediakan rendang, nasi himpit, kuah kacang dan bihun goreng.

Petangnya dimeriahkan dengan program memanggang ayam, BBQ ayam, hot dog dan membakar otak-otak. Hot dog dan otak-otak tak sempat dihidang, habis tengah jalan budak-budak berebut.

Alhamdulillah, dengan izin Allah kehadiran yang ramai dan diluar jangkaan. Juga cuaca amat baik dari pagi hingga malam. Selepas habis program baru hujan turun.

InsyaAllah program sebegini akan diteruskan lagi dengan kerjasama semua pihak. Terimakasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyiapkan jamuan dan persiapan, juga yang berkemas selepas program.

Rasa berbaloi penat lelah apabila memerhatikan hadirin dan hadirat yang datang gembira dan berbual mesra, lebih-lebih lagi telatah dan gelagat kanak-kanak yang menggamatkan suasana.

Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Daleh.

Semuanya dengan izin Allah.






























20101005

Ular sawa punca kemalangan maut di Tol PD N.Sembilan

Akhbar Xinhua melaporkan seekor ular sawa sepanjang 7 kaki telah menyebabkan kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tol Port Dickson dalam satu kemalangan yang pelik. Ular sawa telah jatuh ke atas sebuah lori yang lalu menyebabkan pemandu hilang kawalan dan mengakibatkan kemalangan lapan kenderaan yang satu kematian.

Kemudian pada jam 4.30 pagi di tempat yang sama berlaku satu lagi kemalangan. Dan pada 5.30 pagi juga di tempat yang sama berlaku kemalangan yang lain.

Sebelum ini dilaporkan kemungkinan hantu juga menyebabkan kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tol Pedas, juga di N.Sembilan. Ceritanya di http://waghih.blogspot.com/2010/09/hantu-sebabkan-kemalangan-di-jalanraya.html

Mana tak banyaknya hantu sekarang ini. Terlalu banyak upacara pemujaan dan sihir. TV dan wayang pun tak habis-habis cerita hantu, makin sukalah hantu di Malaysia ni.

Tadi emak saya cerita lagi kisah hantu yang banyak berkeliaran di Rembau, polis di pekan Kota pun nampak hantu pocong menurut orang kampung. Cerita hantu berhari raya di Rembau http://waghih.blogspot.com/2010/09/hantu-pocong-rembau-pontianak-pilah-api.html

Dalam kemalangan yang melibatkan ular sawa tadi, tidak pula dinyatakan samada ular sawa tadi terbunuh atau hilang begitu saja. Jin menurut cerita selalunya menjelma dalam bentuk ular.

*************************
Python causes road accident, 1 killed

KUALA LUMPUR, Oct. 5 2010 (Xinhua) — A python fell onto the windscreen of a cargo lorry early Tuesday morning, causing a road accident that killed one person while injuring six others at the Port Dickson toll plaza in the state of Negeri Sembilan, southern Peninsula Malaysia.

The rare accident involved eight vehicles, China Press, a local daily reported.

According to the newspaper, the python fell onto a moving cargo lorry from a tree on the North-South Express Way connecting the northern and southern parts of west coast of the peninsula.

The driver, shocked by the seven-foot (2.13 meter) creature, lost the control of the lorry, resulting in ramming into the divider of the expressway and then into a car.

While the collision killed a passenger and injured two others in the car, it also caused the lorry to overturn, blocking all the north-bound lanes of the expressway, forcing the affected traffic to be temporarily diverted into the lanes from the opposite direction.

At about 4.30 a.m. local time, the second accident took place at the same venue when a speeding car failed to slow down and collided with a taxi, injuring two drivers in both cars.

Later at 5.30 a.m., another lorry transporting eggs, a car and a motorcycle experienced the similar fate when they failed to avoid the overturned lorry.

http://tantaonews.com/?p=45297

Pertahankan Ketuanan Orang Asli dan Adat Perpatih

Orang Melayu adalah merupakan pendatang di Malaysia ini. Orang asal di Malaysia ialah Orang Asli. Dalam Adat Perpatih , Orang Asli telah dipertahankan ketuanan mereka apabila keturunan Orang Asli adalah merupakan keturunan Undang Rembau hingga ke hari ini. Datuk saudara saya sering mengatakan ; I’m proud I’m a Jakun, our ancestor come from the jungle in the mountain up there in Gunung Datuk.

Kalau macam tu saya pun keturunan Orang Asli lah juga. Ada darah keturunan Jakun dalam badan saya ini. Saya juga bangga dari darah keturunan Orang Asli, Jakun. Bangga sebagai keturunan Nabi Adam, umat Muhammad dan lebih berbangga menjadi orang Islam.

Nampaknya ramai yang tak tahu sejarah keturunan kita, terutamanya orang Negeri Sembilan, lebih-lebih lagi orang Rembau.

Saudara Ahli Parlimen Rembau kita keturunan Jakun macam saya juga ke ?

Oleh itu , hormatilah hak Orang Asli di Malaysia ini. Kerana mereka lebih dahulu meneroka bumi di sini.

******************************

Adat Perpatih yang hampir sama dengan adat di Minangkabau diperkenalkan oleh seorang Raja Minangkabau. Wakil raja itu bernama Datuk Leteh dan diperintahkan pergi ke Rembau pada tahun 1490an. Datuk Batin Skudai kemudian meninggalkan Kampung Lada untuk menetap di Seliau, Rantau dan meninggalkan salah seorang anak perempuannya, Datuk Bungkal, dalam jagaan Datuk Leteh. Datuk Lela Balang dikahwinkan dengan Datuk Bungkal dan keturunan keluarga ini mewarisi jawatan Undang Rembau hari ini.

Thursday, May 8, 2008
REMBAU: ADAT MINANG ATAU ADAT SIAK?

JASA PERPATIH PINANG SEBATANG DI NEGERI SEMBILAN DAN NANING

Oleh A.F.Yassin

Adat Perpatih yang hampir sama dengan adat di Minangkabau diperkenalkan oleh seorang Raja Minangkabau. Wakil raja itu bernama Datuk Leteh dan diperintahkan pergi ke Rembau pada tahun 1490an. Raja untuk memimpin masyarakat Minangkabau yang menetap di daerah-daerah di sekitar pantai dan kawasan yang hari ini disebut Rembau. Datuk Leteh berasal dari Batu Hampar, Mendiling dan bersukukan Caniago. Pengikut-pengikutnya terdiri daripada penduduk-penduduk dari suku Batu Hampar sendiri, Paya Bidara, Pagar Cincang dan Agam.

Mereka sampai di muara sungai yang hari ini disebut Kuala Sungai Linggi lalu mudik ke Lubok China (wilayah Naning sekarang Alor Gajah). Dari Lubok China Datuk Leteh mudik ke hulu hingga ke Relong dan bertemu dengan ketua orang Asli, Datuk Batin Skudai. Datuk Leteh meminta izin dengan datuk batin untuk menetap di Relong. Kawasan itu hari ini dinamakan Kampung Penajis Ulu. Datuk Leteh mula menyusun dan mengatur system masyarakat orang Minangkabau sehampir mungkin dengan system adat di tanah asalnya. Sistem ini diterima baik oleh penduduk orang asli pimpinan Datuk Batin Skudai kerana kebersamaan dengan adat orang asli yang matrilineal.

Pada tahun 1500, Datuk Leteh bersama Datuk Batin Skudai meninggalkan Relong untuk membuka negeri di Kampung Lada, Chengkau. Datuk Batin Skudai kemudian meninggalkan Kampung Lada untuk menetap di Seliau, Rantau dan meninggalkan salah seorang anak perempuannya, Datuk Bungkal, dalam jagaan Datuk Leteh. Datuk Bungkal telah lama menjadi anak angkat Datuk Leteh. Ada kemungkinan Datuk Leteh tidak mempunyai anak dan menjadikan anak Datuk Batin Skudai anak angkatnya.

Pada tahun 1502, Datuk Leteh sekali lagi pindah, kali ini ke Kampung Kota Lama (sebelumnya dinamakan Kampung Gembira yang dibuka oleh Datuk Batin Pak Nilu dari Sungai Ujong, kawasan Rahang, Seremban sekarang). Di kampung itu pertemuan diadakan dengan Datuk Lela Balang, juga dari Batu Hampar yang telah menetap di Kota Lama. Mereka bermuafakat untuk membahagikan wilayah kuasa di Kota Lama itu kepada dua, satu ditadbirkan Datuk Leteh dan satu lagi Datuk Lela Balang. Berdasarkan permuafakatan itu Datuk Leteh mendapat wilayah kiri mudik Sungai Rembau, sementara Datuk Lela Balang wilayah kanan mudik. Datuk Leteh menamakan wilayah kuasanya sebagai Kampung Perah oleh kerana banyaknya pokok perah (elateriospermum tapos) di kawasan itu. Datuk Lela Balang dikahwinkan dengan Datuk Bungkal dan keturunan keluarga ini mewarisi jawatan Undang Rembau hari ini.

Walaupun terombo versi Rembau ini tidak menyebut langsung nama Datuk Perpatih Pinang Sebatang tetapi perintah yang diberikan kepadanya oleh Raja Minangkabau dan tindakannya memperkenal sistem adat Minangkabau adalah sama seperti yang ditulis dalam versi Kuala Pilah dan Naning. Cuma perbezaannya terletak pada nama tokoh sentralnya, sama ada Datuk Perpatih Pinang Sebatang atau Datuk Leteh. Di kalangan penduduk Rembau ada yang menganggap Datuk Leteh dan Datuk Perpatih Pinang Sebatang sebenarnya nama orang yang sama.

Anggapan ini diasaskan kepada beberapa pertimbangan. Pertama berlakunya peristiwa perhimpunan besar di Gunung Datuk untuk melantik undang dan lembaga oleh Datuk Perpatih Pinang Sebatang. Gunung ini terletak di Rembau. Di kaki gunung terletak Kampung Perah dan Kampung Kota Lama yang pula bersempadankan Naning. Sedangkan Kuala Pilah berada jauh di sebalik gunung. Bayangkan Datuk Perpatih terpaksa mendaki Bukit Putus atau Bukit Miku sebelum mendaki Gunung Datuk. Andainya Datuk Perpatih Pinang Sebatang mahu melantik undang dan lembaga, apakah perlu beliau naik gunung turun gunung yang mungkin memakan masa beberapa hari, malah minggu untuk sampai ke puncak Gunung Datuk. Manakala Datuk Leteh yang tinggal di kaki gunung tersebut hanya memerlukan kira-kira tiga atau empat jam untuk sampai ke puncak.

Kedua, titah perintah raja Minangkabau kepada Datuk Perpatih adalah juga titah perintah raja Minangkabau kepada Datuk Leteh. Soalnya apakah perlu seorang raja memerintahkan dua orang pembesarnya untuk menjaga kepentingan masyarakat Minangkabau di kawasan yang sama di seberang? Dikatakan Datuk Perpatih dan Datuk Leteh belayar ke seberang melalui pangkalan yang sama, iaitu Siak. Cuma bezanya Datuk Perpatih menuju muara Sungai Muar (versi Kuala Pilah) sementara Datuk Leteh menuju muara Sungai Linggi (versi Rembau). Dalam hal ini ada persamaan antara versi Naning dengan Rembau. Kedua-dua versi ini menyebut orang besar raja ini belayar dari Siak menuju muara Sungai Linggi. Jika versi Kuala Pilah diambil kira maka sudah tentu ada kesan-kesan peninggalan Minangkabau di Muar seperti halnya di Kuala Linggi. Setidak-tidaknya adan proses penyemendaan antara orang Minang dengan penduduk tempatan.

Sumber : http://www.afyassin.com/adatperpatih/2008/05/rembau-adat-minang-atau-adat-siak.html

Kerajaan berkhidmat kpd Rakyat atau kpd Barat ?

Dari Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Naib Presiden ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) merangkap Ketua Perhubungan ISMA N.Sembilan

Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam hari ini sepatutnya merenung kepada diri sendiri dengan penuh insaf dan tanggungjawab bahawa rakyat memilih mereka untuk mereka berkhidmat kepada umat, bukan berkhidmat untuk pihak lain terutama kepada Barat dan Kuasa-kuasa Besar.

Sebab utama banyak pemimpin dan kerajaan umat Islam merujuk, bahkan ada ke tahap melutut kepada Barat adalah kerana jahilnya mereka terhadap Islam yang hakiki, lemah jiwa, tiada agenda umat, rosak akhlak, cinta dunia dan sayang kepada kerusi tampuk kekuasaan.

Bagi mereka, mereka akan lebih kekal di tampuk kuasa hanya jika sekiranya mereka mendapat dokongan Barat dan Kuasa-kuasa Besar, itu yang lebih penting. Jika tidak, Barat akan menggangu gugat kestabilan karier politik dan periuk nasi mereka, memporak perandakan ekonomi yang banyak bergantung kepada Barat bahkan akan menyerang mereka sekiranya mereka terus engkar.

Oleh itu kemahuan Barat diutamakan, dan hak dan kehendak raakyat di belakangkan.

Tidakkah mereka melihat bahawa hakikatnya kestabilan, kekuatan ekonomi dan keselamatan negara banyak bergantung kepada umat di dalam negara itu sendiri.

Lebih dari itu, di sana ada kuasa yang lebih besar yang menentukan segala-galanya iaitu Yang Maha Pencipta lagi Maha Perkasa.

Walaupun Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Agama Resmi negara adalah Islam, tetapi banyak undang-undang tidak digubal oleh wakil-wakil rakyat ke arah itu.

Begitu juga banyak undang-unang yang bertentangan dengan Agama Resmi negara tidak cuba diubah oleh wakil-wakil di Parlimen dan DUN.

Kebanyakan ibu bapa tidak suka anak-anak muda mudi mereka terjebak di dalam Budaya Kuning yang merosakkan. Mereka mengundi wakil mereka ke DUN dan Parlimen. Adakah wakil mereka memperjuangkan harapan dan ideologi mereka atau mereka lebih melayan agenda pihak lain ?

Adalah lebih baik pemimpin negara umat Islam berkhidmat kepada Rakyat daripada berkhidmat kepada Barat.

Artikel sepenuhnya di http://inijalanku.wordpress.com/2010/10/05/kerajaan-berkhidmat-kpd-rakyat-atau-kpd-barat/

BENGKEL IKAN AIR TAWAR 21 Okt 2010 Seremban

Bengkel Halatuju Perniagaan Penternakan Ikan Air Tawar
Tarikh : 21 Oktober 2010 (Khamis)
Tempat : Bilik Kuliah Pusma, Aras 3, Bangunan MARA Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, Seremban
Yuran : RM 10

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Usahawan MARA (PUSMA) di talian 06-7626088

Sumber : http://pusman9.blogspot.com/2010/10/bengkel-halatuju-perniagaan-penternakan.html

Memohon Sumbangan Surau Taman Bandar Senawang

Memohon Sumbangan Bagi Membeli Peralatan Surau TBS (Taman Bandar Senawang)

Untuk makluman tuan/puan atas keperihatinan beberapa individu yang bermurah hati bangunan surau ini sedang dalam proses pembinaan semula dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.

Sehubungan dengan itu JK Surau TBS memohon keikhlasan tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung pembelian peralatan surau.

JK Surau TBS Maybank ACC No 5551 2610 4494

Pertanyaan & Kemusykilan
013-3331143 Haji Abdol Rahim bin Abu Samah, Pengerusi, No 23 D'Elise 4
019-2679950 Nor Nahar bin Wahab, Setiausaha, No 9 D'Elise 6
013-2356688 Suhaimi bin Abu Hassan, Bendahari, No 16 D'Melia 1

Sumber : http://bandarsenawang.blogspot.com/2010/10/memohon-sumbangan-surau-tbs.html

20101004

Jomlah kita bantu Surau Maahad Ahmadi ni, daif sangat


Saya rasa terkejut, sedih, terkilan apabila anak sahabat saya menghulurkan kupon derma untuk Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi di Gemencheh, Negeri Sembilan baru-baru ini semasa Jamuan Raya DUN Paroi. Sedih sebab rayuan untuk membina surau baru untuk menggantikan surau lama ini telah ada di internet pada April 2008 lagi.

Dan pada Januari 2010, rayuan kutipan derma sekali lagi diwarkan dalam internet.

Dimana silapnya sampai 3 tahun , masih tak terkumpul dana untuk pembinaan surau baru satu-satunya sekolah agama yang terkenal di Negeri Sembilan ini ?

Tak payah cerita banyak, tak payah diungkit kisah lalu. Siapa nak bantu, maklumat no akaun ada dibawah.

Kalau ada cara lain nak bantu, boleh hubungi pihak sekolah di 06-4316053.

***********************

Maahad Ahmadi adalah satu–satunya sekolah di N.Sembilan yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Surau di Maahad Ahmadi ini telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Sumbangan boleh disalurkan ke :
Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419

Cerita dan gambar surau usang dari kayu di http://maahad-ahmadi.blogspot.com/2010/01/rayuan-derma-surau-maahad-ahmadi.html

Artikel lain berkenaan surau ini di http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html

Sumbangan Derma Pembinaan Surau Maahad Ahmadi, Gemencheh
Sahabat2 yang berminat utk menyumbang, sila hubungi Us. Fauzi (0136715038) atau Us. Fuad (019-3941353)
Maahad Ahmadi atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Atas Dan Senawi (SAMAS) adalah satu–satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini terletak di kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin dan 1 km dari pekan Gemencheh. Maahad Ahmadi yang mempunyai keluasan kira– kira 20 ekar ini ditubuhkan pada tahun 1975 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa orang tokoh.
http://at-tibyan.blogspot.com/2008/04/sumbangan-derma-pembinaan-surau-maahad.html

Pelajar 13 tahun tanpa lesen maut tunggang motosikal


Undang-undang jalanraya di Malaysia ini nampaknya tidak dihormati oleh pelajar sekolah kita. Ini bukan kes pertama, dan ini bukan kes terakhir sekiranya semua pihak masih ambil ringan masalah pelajar bawah umur memandu kereta atau menunggang motosikal. Adakah kelemahan sistem pengangkutan awam di Malaysia menambahkan lagi Gejala Pandu Bawah Umur ?

Artikel berkaitan Gejala Pandu Bawah Umur pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/05/pandu-bawah-umur-melayu-dah-pekak-buta.html

Dua pelajar maut motosikal dirempuh kereta
Harian Metro 4 Ogos 2010

KUALA TERENGGANU: Dua sahabat baik pelajar sebuah sekolah menengah di sini maut apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tok Adis, Kuala Ibai, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Aszwan Hakim Al-Amin Salim, 13, dan rakannya, Ahmad Asrul Hakimi Abdullah, 14 dikatakan dalam perjalanan ke sekolah.

Kedua-dua mangsa pelajar SMK Seri Budiman maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duapelajarmautmotosikaldirempuhkereta/Article

KEMPEN HALAL MALAYSIA 15 ke 17 Okt 2010 Seremban

KEMPEN 1MALAYSIA 1HALAL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh : 15 hingga 17 Oktober 2010 (Jumaat – Ahad)
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Paroi , Seremban

Mereka yang berminat membuat tempahan untuk ruang pameran boleh menghubungi talian 03-21711128, faks 03-21661148 atau layari laman web www.daganghalal.com/1malaysiahalal

Maklumat lanjut di http://www.daganghalal.com/1Malaysia1Halal/RoadshowsNegeriSembilan.aspx

Selain pameran produk halal, antara aktiviti lain yang bakal di adakan ialah pertandingan nasyid, kuiz untuk pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi serta rumah terbuka.

*****************
JUMAAT 15 OKT 2010
8 am – 5 pm
Seminar Halalan Toyyiban
Pemasaran & Pembiayaan IPPJ/Maybank Islamic
Klinik Usahawan, Sesi Jaringan Bisnes

10 am – 10 pm
Klinik Halal JAKIM / JHEAINS
Pameran dan Jualan Produk Halal/
Perkhidmatan DagangHalal.com
Kuiz Halal DagangHalal.com
Demo Produk
Pemeriksaan Kesihatan

10 am – 4 pm Kempen Menderma Darah Pusat Tabung Darah
11 am ‐ 1 pm Perasmian dan Pelancaran Kempen 1 Malaysia 1 Halal oleh YB MB Negeri Sembilan
8 pm – 10 pm Festival Nasyid Peringkat Negeri Sembilan

*****************
SABTU 16 OKT 2010
10 am – 10 pm Klinik al‐Quran HEAINS

8am – 1pm Seminar Kesedaran Halal Restoran & Kedai Makan
Klinik Usahawan

10 am – 10 pm
Klinik Halal JAKIM / JHEAINS
Pameran dan Jualan Produk Halal
Perkhidmatan DagangHalal.com
Kuiz Halal DagangHalal.com
Demo Produk Peserta DagangHalal.com
Pemeriksaan Kesihatan Percuma

10 am – 4 pm Kempen Menderma Darah Pusat Tabung Darah

11 am – 12.30 pm Demonstrasi & Tips Masakan HalalanToyyiban

3 pm – 7 pm Pertandingan Nayid antara IPT/IPTS/IPTA

8 pm – 10 pm Forum Perdana Hal Ehwal Islam – Keluarga Halal

*****************
AHAD 17 OKT 2010
10 am – 10 pm Klinik al‐Quran JHEAINS

8 am – 1 pm Seminar ”Waqaf Satu Pengenalan”

10 am – 10 pm
Klinik Halal JAKIM / JHEAINS
Pameran dan Jualan Produk Halal
Perkhidmatan DagangHalal.com
Kuiz Halal DagangHalal.com
Demo Produk Peserta DagangHalal.com
Pemeriksaan Kesihatan Percuma

10 am – 4 pm Kempen Menderma Darah

10 am – 12 pm Acara Pertandingan
•Mewarna Kanak‐Kanak
•Melukis Kanak‐Kanak
•Dekorasi Kek

12.30 pm – 1 pm Majlis Penyampaian Hadiah :
•Mewarna
•Melukis
•Dekorasi Kek

2 pm – 4 pm Program Adik‐Adikku : Forum Perdana Hal Ehwal Islam

4 pm – 7 pm Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran JHEAINS

8 pm – 10 pm
Majlis Penutup Kempen oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di‐Pertuan Besar Negeri Sembilan
Majlis Penyampaian Hadiah Usahawan Halal Terbaik
Festival Nasyid peringkat Negeri Sembilan 2010

Bekas tentera kita tak mampu bayar yuran anak, bantulah

Kepada sesiapa yang sudi membantu, no akaun ada pada akhir laporan akhbar di bawah :

Derita askar
Harian Metro 4 Oktober 2010

KUALA LUMPUR: “Kami perlu melunaskan yuran pengajian anak sulung sebanyak RM2,850 selewat-lewatnya minggu depan, jika tidak dia tidak boleh menduduki peperiksaan akhir.

“Malah, notis juga sudah diterima supaya tunggakan tempat penginapannya selama tiga bulan dijelaskan,” kata bekas tentera yang runsing memikirkan masa depan anaknya.

Azmi Mahmud, 45, berkata tambah membingungkan dia tidak mampu membayar yuran berkenaan kerana hanya isterinya, Fatimah Abdullah, 41, menjadi tulang belakang keluarga bagi menyara mereka enam beranak selepas dia terbabit dengan kemalangan jalan raya sejak tiga tahun lalu.

Katanya, kemalangan berkenaan menyebabkannya terlantar hampir dua tahun kerana tulang keting kaki kanannya patah dua, selain patah tulang punggung dan mengalami kerosakan tulang belakang.

“Bukan saya tidak mahu bekerja namun, kemalangan itu menyebabkan saya tidak mampu berdiri dan berjalan apatah lagi untuk melakukan kerja bagi menyara keluarga.

“Pendapatan isteri RM1,000 sebulan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Malah dua daripada empat anak kami kini melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya ketika ditemui di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, di sini, semalam.

Menurutnya, biarpun dia menerima bantuan dari Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak RM300 sebulan, namun ia digunakan untuk menyara seorang lagi anaknya yang masih bersekolah dan seorang anaknya yang kurang upaya.

Dia yang kini hanya mampu berkerusi roda dan bertongkat berkata, selain memikirkan yuran pengajian anak sulungnya, mereka kini turut berdepan dengan bekalan air dipotong kerana gagal membayar bil dan sewa rumah selama tiga bulan.

“Sekurang-kurangnya kami perlu memperuntukkan RM600 sebulan untuk perbelanjaan dua orang anak yang sedang melanjutkan pengajian. Anak saya ada membuat permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun ia masih belum diperoleh.


“Saya ada memohon bantuan daripada Baitulmal, namun ia masih dalam proses untuk ditemuduga. Nasib saya baik kerana anak-anak faham keadaan kami, apa juga makanan yang dihidang mereka makan tanpa bersungut,” katanya.

Tidak hanya sukar bergerak dan menghidap darah tinggi, Azmi turut menghidap penyakit kencing manis sehingga mengakibatkan kakinya menjadi bengkak dan hitam.

“Syukur biarpun kami hidup dalam kesusahan, namun anak-anak menunjukkan potensi dalam bidang pendidikan,” katanya merayu bantuan orang ramai.

Bantuan boleh disalur ke nombor akaun CIMB 14380062817521 milik Azmi Mahmud atau menghubunginya di talian 014-2214270.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Deritaaskar/Article

20101003

N.Sembilan kena tubuh Sekolah Remaja Ponteng

Kalau di Melaka ada Sekolah Remaja Hamil yang diberi nama Sekolah Harapan, maka Negeri Sembilan perlu ada Sekolah Remaja Ponteng. Pada 2 Oktober 2010 saya telah menghadiri buat julung kalinya Perhimpunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Peringkat N.Sembilan di SMK Seri Pagi, Senawang.

Dalam ucaptama oleh Tuan Haji Jamali bin Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan ada menyebut bahawa masalah salahlaku disiplin yang paling banyak di sekolah di seluruh Malaysia ialah Gejala Ponteng Sekolah.

Dengan itu sasaran pencapaian atau NKRA atau KPI telah ditetapkan supaya Gejala Ponteng Sekolah ini dapat diturunkan ke 0.01 (saya tak pasti 0.01 atau 0.01 peratus). Oleh itu banyak kes mereka yang dikenakan tindakan buang sekolah ialah disebabkan oleh Gejala Ponteng Sekolah.

Persoalan yang bermain di fikiran saya ialah adakah pelajar dibuang sekolah kerana ponteng sekolah bertujuan untuk mencapai NKRA 0.01 tersebut ? Dengan itu lagi banyak sekolah yang buang pelajar yang ponteng sekolah maka akan tercapailah NKRA 0.01 ?

Ke mana budak yang ponteng sekolah itu hendak pergi ? Tidak semua pelajar yang ponteng sekolah ini ialah pelajar yang terlibat dengan jenayah, samseng, dadah, merokok, seks bebas, hamil luar nikah dan sebagainya. Ada pelajar yang ponteng sekolah yang hanya duduk di rumah, malas nak belajar. Munkin Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan boleh kenal pasti siapa pelajar yang ponteng sekolah bukan sebab dia jahat, tetapi sebab dia tidak ada mood nak belajar.

Oleh itu saya amat mengesyorkan agar Negeri Sembilan dan negeri lain menubuhkan Sekolah Remaja Ponteng, agar remaja yang bermasalah ini tidak dibiarkan begitu sahaja agar mereka dapat menjamin masa hadapan yang lebih baik.

Mungkin kurikulum Sekolah Remaja Ponteng ini tidak sama dengan sekolah biasa. Yang penting kita perlu pastikan semua remaja kita boleh menguasai 3M, iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Disamping itu boleh ditekan matapelajaran Kemahiran Hidup agar remaja ini boleh baiki rumah ibu bapa mereka, boleh baiki kereta atau motosikal ibu bapa mereka, boleh mengemas rumah dan sebagainya.

Saya nak tanya Menteri Pelajaran, kalau remaja yang ponteng sekolah dibuang sekolah, tidakkah mereka akan terlibat dalam gejala sosial yang lebih buruk atau mungkin terlibat dalam jenayah lain ?

Polis stress kerja, 3 juta rakyat Malaysia sakit mental

Apabila pembangunan fizikal terlalu dikejarkan, pencapaian kerja terlalu ditekankan, inilah jadinya. 3 juta rakyat Malaysia sakit mental, kes bunuh diri semakin meningkat. Polis di Malaysia juga tidak terkecuali mengalami sakit mental dan stress. Kembalilah kepada Islam sepenuhnya. Berbuat baiklah kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, sanak saudara dan jiran tetangga.

Keadaan politik yang ada di Malaysia sekarang ini menambahkan lagi stress semua pihak.

Artikel 3 juta rakyat Malaysia sakit mental dan makin ramai bunuh diri di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Berita Harian 4 Oktober 2010
Stres kerjaya polis perlu rawatan segera

Khidmat kaunselor, ganjaran lebih sesuai diharap pulihkan imej pasukan

TEKANAN atau stres di kalangan anggota polis bukanlah sesuatu yang asing. Banyak kajian membuktikan kerjaya polis terdedah kepada elemen yang menyumbang kepada stres. Di Malaysia, isu stres kurang diambil berat, sedangkan ia penyumbang utama kepada segala masalah dalam profesyen kepolisan.

Tugas polis sejak dulu lagi begitu luas dan pelbagai, daripada mendaftar kelahiran (satu ketika dulu pendaftaran surat beranak dilakukan oleh polis) sehinggalah merekodkan kematian. Pendek kata dalam bahasa mudah – ‘dari surat beranak sampai surat mati’ - semuanya diuruskan polis. Hans Selye, seorang penyelidik terkemuka dunia mengenai stres berkata; “Tugas polis adalah tugas yang paling memberi tekanan di Amerika Syarikat (AS), melangkaui tekanan kerja yang dialami pengawal lalu lintas udara.”

Pakar kriminologi membahagikan stres membabitkan anggota penguat kuasa kepada tiga; fizikal, fisiologikal dan psikologikal. Stres fizikal disebabkan faktor luaran seperti mengangkat barang berat, bekerja di bawah panas terik, menyelam mencari bahan bukti dalam air berlumpur, kotor, bernajis dan sebagainya.

Jenis stres kedua pula disebabkan perubahan fisiologikal akibat kecederaan, tekanan, penyakit serta dahaga atau lapar, manakala Stres psikologikal diakibatkan tindak balas terhadap ancaman, kejian dan tekanan masyarakat, harga diri, banyak hutang dan sebagainya.

Kerjaya kepolisan termasuk dalam kategori ‘Psychological Distress and Extra - Role Performance’, iaitu bekerja tidak tentu masa di mana kesannya mengganggu kesihatan dan kehidupan seharian.

Contohnya, pegawai penyiasat akan menghadapi stres jika berdepan ‘role conflict’ apabila orang yang disiasat atau ditangkap itu adalah mereka yang berpengaruh, ahli keluarga atau kawan rapat. Kadangkala jemu bertugas kerana sering dikehendaki melaksanakan tugas luar jangka atau dirujuk sebagai ‘sudden alertness and energy’.
Tekanan dihadapi apabila menerima arahan orang berpengaruh di luar pasukan yang mengatasi etika kerja atau peraturan sehingga menyebabkan suspek terpaksa dilepaskan, siasatan dihentikan atau tiada pendakwaan. Tanggungjawab menjaga nyawa orang lain membahayakan diri sendiri serta keluarga juga menyebabkan polis tertekan.

Anggota polis stres menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan dalam situasi ini, senjata adalah alat berbahaya apatah lagi jika perlu membawanya pulang selepas selesai bertugas. Kejadian rakan sekerja membunuh diri juga meningkatkan stres ejen penguat kuasa.

Polis juga banyak mengalami masalah keluarga yang menyebabkan mereka menghadapi stres berpanjangan. Di AS, hasil kajian beberapa universiti mendapati 60 hingga 70 peratus kadar perceraian di sana membabitkan polis kerana stres dalam kerjaya.

Ada juga ‘post traumatic stress disorder’ apabila rakan sekerja mati ditembak, termasuk dalam keadaan menyayat hati seperti dibunuh dengan kejam. Ia boleh menyebabkan mereka mengalami trauma psikologikal selepas kejadian berlaku, kadangkala menyebabkan stres sehingga terpaksa berhenti kerja.

Berdasarkan ‘strain theory’, iaitu teori sosiologikal terkini yang dipelopori Robert Agnew pada 1992, kadangkala mereka yang ketegangan atau stres, menjadi putus asa sehingga terbabit dalam perbuatan tidak beretika, melanggar undang-undang dan melakukan jenayah, semata-mata untuk mengurangkan atau lari daripada stres.

Desakan pihak tertentu supaya siasatan kes disiapkan cepat boleh menyebabkan penyiasat menghadapi stres yang boleh mengganggu dan menjejaskan kualiti kertas siasatan. Tugas penyiasatan memerlukan masa, ketekunan dan bukan semudah seperti ditonjolkan dalam drama di televisyen.

Stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana sering dilabel perasuah. Setiap kali menahan seseorang di tepi jalan untuk pemeriksaan, ada saja prasangka buruk, sedangkan mereka menjalankan tugas. Tidak wajar menuduh seluruh pasukan korup, sedangkan perlakuan negatif hanya membabitkan segelintir.

Tugas polis bukan sekadar menyiasat tetapi juga memberikan keterangan di mahkamah. Penangguhan perbicaraan sesuatu kes akan meningkatkan stres bukan saja kerana menunggu giliran untuk memberi keterangan, malah juga ‘seksa’ apabila berdepan peguam bela yang berpengalaman dan digeruni.

Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan mereka menjaga ketenteraman dan keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak di mana-mana dan pada bila-bila masa. Saya pernah tinggal di Detroit, bandar paling tinggi kadar jenayah di AS dan sepanjang dua tahun di sana, tidak berani bebas berjalan kerana takut disamun.

Polis juga diharap berjaya dalam pendakwaan kes, sedangkan sebenarnya wujud pengasingan kuasa. Tugas polis hanyalah menjalankan siasatan, mengumpul data atau maklumat, manakala pendakwaan dilakukan Pejabat Peguam Negara. Namun, tanggungjawab polis hanya berakhir selepas kes habis dibicarakan di mahkamah.

Ketika saya masih bertugas di Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM), pihak Peguam Negara menetapkan supaya bukti yang dikumpul perlu mencapai 90 peratus, barulah ‘diizinkan’ untuk proses pendakwaan dan ia meningkatkan stres untuk mencari bukti yang kukuh supaya tidak timbul masalah ketika perbicaraan.

Jika tertuduh orang kaya, berpengaruh dan mampu melantik peguam bela yang handal sehingga menang perbicaraan atau jika kes dibuang kerana saksi berpaling tadah atau bersembunyi, polis atau ejen penguat kuasa seperti SPRM akan stres dan kecewa disebabkan usaha keras mengumpul bukti yang memakan masa dan kos tinggi, berakhir dengan sia-sia.

Kadangkala kurangnya pengalaman pegawai atasan menyebabkan arahan diberi kepada pegawai bawahan tidak relevan dan kurang tepat. Kesannya akan merugikan masa dan meningkatkan lagi stres pegawai bawahan berkenaan, tetapi dalam mana-mana agensi, pegawai atasan sentiasa betul atau 'the boss is always right’.

Ada juga ejen penguat kuasa menjadi mangsa pilih kasih, kurang mendapat sokongan pihak atasan walaupun bekerja bertungkus lumus dan cemerlang. Kadangkala polis juga menghadapi masalah untuk berkembang disebabkan kerenah birokrasi atau ‘red tape’, tiada autono-mi atau dalam sesetengah kes apabila orang tertentu mencampuri siasatan.

Stres juga dihadapi polis kerana kekurangan anggota sedangkan penduduk semakin ramai, masalah dan kes semakin bertambah, gaji yang diterima pula rendah. Ini mungkin antara faktor menyebabkan mereka stres dan mungkin terjerumus ke dalam gejala rasuah atau jenayah lain seperti mencuri atau merompak.

Kelengkapan tidak mencukupi, tidak terkini dan tiada peruntukan menyelenggara dan membaiki peralatan termasuk kenderaan juga menjejaskan tugasan polis, sekali gus meningkatkan stres kerana tidak dapat menyempurnakan tugas dalam tempoh ditetapkan dan memenuhi jangkaan masyarakat yang mahu kes disiapkan dalam tempoh singkat.

Kurang yakin dengan kemampuan diri juga punca stres di kalangan anggota polis, selain menghadapi suspek yang lebih cerdik serta boleh mengancam keselamatan diri dan keluarga pegawai penyiasat. Jika OKT dibebaskan oleh mahkamah, akan timbul rasa kecewa dan takut kerana khuatir disaman oleh pihak yang tidak puas hati.

Bagi mengatasi stres dalam kalangan ejen penguat kuasa, perlu ada khidmat kaunseling dan kaunselor pula hendaklah betul-betul layak dan pakar. Pihak pengurusan harus melebihkan sokongan moral dan berlaku adil kepada anggota bawahan. Kenaikan pangkat harus berdasarkan merit dan kurangkan kerenah birokrasi.

Beri peluang kepada anggota bawahan bukan saja berbincang mengenai hal kerja malah juga keperluan peribadi. Hidupkan kembali tradisi lama bersukan di kalangan anggota, bukan sekadar golf yang hanya disertai pegawai atasan dan yang berkemampuan.

Bagi kerajaan pula, pertimbangkan insentif lain contohnya keutamaan atau diskaun membeli rumah serta lain-lain kemudahan seperti dilaksanakan di Singapura dan Hong Kong sebagai penghargaan kepada agensi penguat kuasa yang banyak berkorban kepada negara.

Penulis ialah pakar kriminologi serta Ketua Pegawai Eksekutif Akhbar & Associates merangkap Pengarah Institute Crime & Criminology HELP University dan Pemeriksa Poligraf Bertauliah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Streskerjayapolisperlurawatansegera/Article

PD Bandar Tentera Darat atau Bandar Maksiat

Dari Blog Singalautmetro
TAUKE RESORT/KONDOMINIUM DAN PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON/PELATIH JURURAWAT SANGAT KAMCING. BAGAIKAN AUR DENGAN TEBING. PROJEK usahasama ini sebenarnya telah lama menjadi bualan orang, terutama penduduk dan pekerja resort serta kodominium di tepi pantai Port Dickson. Projek melibatkan segelintir pelajar Politeknik Port Dickson/pelatih jururawat dan tauke tempat penginapan di pantai peranginan itu menjayakan musim penggalakan maksiat!

Setiap kali hujung minggu atau cuti semester, ada sahaja projek usahama termeterai! Banyaklah bilik yang sebahagian besarnya kosong, kembali penuh. Diskaun untuk menginap secara berpasangan, tanpa larangan datang melimpah ruah. Banyaklah pasangan terutama bermotosikal masuk kondominium yang sebahagian besarnya kelihatan seperti bangunan yang hidup segan mati tak mahu. Mereka datang berpasang-pasang, bermodalkan duit pinjaman masuk melampiaskan nafsu semahu-mahunya.

Ini bukan cerita fitnah untuk memburukkan institusi pengajian tinggi, apatah lagi untuk memburukkan anak bangsa sendiri. Minggu lalu, cerita 'rakan kongsi' ini terbongkar apabila seorang saudara lelaki menarik keluar adik perempuannya dari sebuah bilik di kondominium yang dihuni bersama teman lelakinya.

Desak punya desak, terbongkarlah cerita rupanya bukan adik perempuannya sahaja yang sering berbulan madu dengan teman lelakinya, tetapi banyak pasangan melibatkan pelajar institusi itu dengan pasangan lelaki yang telah bekerja duduk berenak-enak di kondominium itu.

Menurut cerita teman yang terlalu bengang itu, dia bertanyakan hal serupa kepada petugas yang menyewakan bilik di kondominium berkenaan. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu memang perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pelajar.

Malah petugas itu mengakui pula tanpa segan silu yang perniagaannya banyak bergantung kepada kedatangan pelajar, terutama pada cuti hujung minggu atau permulaan cuti semester.

Modus operandi dalam projek usahasama menggalakkan maksiat itu rupanya jarang diketahui orang. Rupanya tauke kondominium tidak pernah mengambil tahu apa yang berlaku di bangunan itu. Sebaliknya banyak pihak berniaga dengan memajak beberapa bilik daripada tuan punya kondominium. Bilik-bilik yang dipajak itu kemudian disewa pula kepada pasangan, termasuk pelajar politeknik dan sebuah kolej jururawat berdekatan untuk dijadikan tempat pertemuan dengan pasangan masing-masing!

Berbalik kepada saudara lelaki seorang pelajar (kini telah berhenti) politeknik tadi. Dia ternyata amat berang kerana petugas yang berniaga menyewakan bilik di kondominium itu tidak langsung mempunyai tanggungjawab sosial, sebaliknya hanya mementingkan keuntungan.

Katanya, mereka sepatutnya menegur golongan muda terutama yang sedang belajar agar tidak menyewa bilik berkenaan. Sebaliknya, sikap mereka yang kadang-kala memberi diskaun termasuk memberi sewa mengikut jam amat tidak bertanggungjawab. Ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar yang mash muda hanyut dalam gejala sosial.

Selepas ini pihak berkuasa, terutama jabatan agama negeri itu mesti bertindak lebih tegas. Periksa bilik di semua kondominium yang dari luar nampak macam bangunan tidak bernyawa. Tapi di dalamnya ada yang sedang bersenyawa!

Projek usahasama di antara golongan muda dengan tauke/pemajak bilik kondominium ini untuk merancakkan lagi kadar maksiat di Port Dickson mesti dihentikan segera.

http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/tauke-resortkondominium-dan-pelajar.html

20101002

Jom ke Seminar Pendidikan Seks 7 Okt 2010 di Putrajaya

WACANA PENDIDIKAN SEKSUALITI - Adakah Ianya Satu Penyelesaian ?

Tarikh : 7 Oktober 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi hingga 1 petang
Tempat : Auditorium 1, Jalan P16G , Pusat Komuniti Presint 16 , Putrajaya

Terbuka kepada umum – Semua dijemput hadir

Untuk pendaftaran atau pertanyaan hubungi Puan Anfaal Shaari 019-2227201

Anjuran : Wanita IKRAM, Wanita JIM dan Persatuan Mawaddah Malaysia

Maklumat lanjut, risalah program dan peta pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/jom-ke-seminar-pendidikan-seks-7-okt.html

8.30 pg – Pendaftaran dan minum pagi
9 pg – Pelaksanaan Syariah Penyelesaian kepada gejala sosial oleh Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
10 pg – Keberkesanan Pendidikan Seksualiti Dalam Mendepani Seksual oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj, Naib Presiden JIM
10.45 pg – Pelaksanaan Pendidikan Seksualiti dalam Sistem Pendidikan Islam oelh wakil MUSLEH
11.30 pg – Sidang akhbar
11.45 pg – Forum : Pendidikan seksualiti adakah ianya satu penyelesaian ?
1 tgh - Bersurai