KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101008

Operasi tangkap kaki judi di N.Sembilan, HOTLINE


Laporkan Maksiat di Tempat Anda

Hotline 23 Jam Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
06-7672756 , 067672757

Kaki judi ditahan
Sinar Harian 8 Okt 2010

SEREMBAN - Seramai enam lelaki kaki judi ditahan secara berasingan kerana disyaki membeli nombor ekor dalam operasi yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), sekitar bandar Seremban dekat sini, kelmarin.

Semua mereka yang beragama Islam berumur lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan dalam ‘Ops Judi’ yang diketuai Penyelaras Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Mohd Zol Sidek.

Difahamkan, dalam operasi bermula jam 3 hingga 6 petang itu, berlaku sedikit pergelutan ketika penguat kuasa cuba menahan semua kaki judi yang cuba melepaskan diri daripada ditahan.

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan secara berasingan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antaranya ditahan berada di dalam premis perjudian.

“Kami turut merampas beberapa tiket perjudian dalam operasi ini.

"Semua mereka dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut termasuk urusan jaminan dan akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2003," katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurutnya, operasi itu akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8265278.asp

Tiada ulasan: