KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101003

N.Sembilan kena tubuh Sekolah Remaja Ponteng

Kalau di Melaka ada Sekolah Remaja Hamil yang diberi nama Sekolah Harapan, maka Negeri Sembilan perlu ada Sekolah Remaja Ponteng. Pada 2 Oktober 2010 saya telah menghadiri buat julung kalinya Perhimpunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Peringkat N.Sembilan di SMK Seri Pagi, Senawang.

Dalam ucaptama oleh Tuan Haji Jamali bin Salam, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan ada menyebut bahawa masalah salahlaku disiplin yang paling banyak di sekolah di seluruh Malaysia ialah Gejala Ponteng Sekolah.

Dengan itu sasaran pencapaian atau NKRA atau KPI telah ditetapkan supaya Gejala Ponteng Sekolah ini dapat diturunkan ke 0.01 (saya tak pasti 0.01 atau 0.01 peratus). Oleh itu banyak kes mereka yang dikenakan tindakan buang sekolah ialah disebabkan oleh Gejala Ponteng Sekolah.

Persoalan yang bermain di fikiran saya ialah adakah pelajar dibuang sekolah kerana ponteng sekolah bertujuan untuk mencapai NKRA 0.01 tersebut ? Dengan itu lagi banyak sekolah yang buang pelajar yang ponteng sekolah maka akan tercapailah NKRA 0.01 ?

Ke mana budak yang ponteng sekolah itu hendak pergi ? Tidak semua pelajar yang ponteng sekolah ini ialah pelajar yang terlibat dengan jenayah, samseng, dadah, merokok, seks bebas, hamil luar nikah dan sebagainya. Ada pelajar yang ponteng sekolah yang hanya duduk di rumah, malas nak belajar. Munkin Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan boleh kenal pasti siapa pelajar yang ponteng sekolah bukan sebab dia jahat, tetapi sebab dia tidak ada mood nak belajar.

Oleh itu saya amat mengesyorkan agar Negeri Sembilan dan negeri lain menubuhkan Sekolah Remaja Ponteng, agar remaja yang bermasalah ini tidak dibiarkan begitu sahaja agar mereka dapat menjamin masa hadapan yang lebih baik.

Mungkin kurikulum Sekolah Remaja Ponteng ini tidak sama dengan sekolah biasa. Yang penting kita perlu pastikan semua remaja kita boleh menguasai 3M, iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.

Disamping itu boleh ditekan matapelajaran Kemahiran Hidup agar remaja ini boleh baiki rumah ibu bapa mereka, boleh baiki kereta atau motosikal ibu bapa mereka, boleh mengemas rumah dan sebagainya.

Saya nak tanya Menteri Pelajaran, kalau remaja yang ponteng sekolah dibuang sekolah, tidakkah mereka akan terlibat dalam gejala sosial yang lebih buruk atau mungkin terlibat dalam jenayah lain ?

Tiada ulasan: