KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101008

Rumah Remaja Hamil Luar Nikah dah lama ada di Malaysia

Rumah perlindungan remaja hamil luar nikah serta ibu muda tanpa status perkahwinan dah lama ada di Malaysia, sejak tahun 1975 lagi. Dan sekarang kerajaan beri peruntukan RM 2.3 Juta untuk 14 NGO yang mengendalikan rumah remaja hamil ini. Habis tu, kenapa bila Melaka buat Sekolah Remaja Hamil , semua pihak baru nak buka mata ? Baru nak kritik ? Baru nak pertikaikan ?

Kenapa tak pertikaikan mana pergi peranan umat Islam, NGO Islam, Persatuan Islam, JAKIM , Majlis Agama selama ini untuk menangani masalah remaja hamil luar nikah ?

Kita dah ada penjara untuk rumah perlindungan penjenayah kecil dan penjenayah kejam. Kita dah ada rumah perlindungan pesakit HIV, penagih dadah dan lain-lain. Apa masalahnya dengan Sekolah Remaja Hamil ?

Cuma yang umat Islam kurang peka ialah rumah perlindungan remaja hamil luar nikah, rumah perlindungan isteri yang didera, anak-anak yang didera. Juga rumah perlindungan saudara baru yang disisihkan keluarga mereka.

Siapa 14 NGO yang mengendalikan rumah remaja hamil ini ? NGO Islam atau NGO bukan Islam ?

*********************
Thursday October 7, 2010

JKM Peruntuk RM2.3 Juta Kepada NGO Bantu Sediakan Khidmat Rumah Perlindungan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukan RM2.3 juta khusus buat 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat rumah penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak hamil luar nikah dalam negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata peruntukan itu merupakan satu galakan kepada NGO yang bersama-sama berganding bahu dengan JKM dalam menangani aspek itu sejak 2006.

Katanya rumah-rumah perlindungan yang disediakan sentiasa dipantau oleh JKM untuk memastikan khidmat yang disediakan selaras dengan objektif kerajaan.

Beliau berkata rumah-rumah perlindungan itu mula ditubuhkan sejak 1975 dan memberi perlindungan serta pemulihan kepada hampir 20,000 kanak-kanak dan gadis bermasalah.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak di sini Khamis, beliau berkata, perkara itu tidak dihebahkan kerana menghormati sensitiviti negara terhadap permasalahan ini. "Kami tidak uar-uarkan perkara ini sebelum ini kerana kami percaya bahawa perkara seperti ini begitu sensitif sekali. Jadi sudah tiba masanya rakyat mengetahui bahawa rumah perlindungan ini memang sudah ada sejak 1975," katanya.

Shahrizat berkata JKM sendiri turut menyediakan empat rumah perlindungan Taman Seri Puteri yang menempatkan 976 orang penghuni dalam tempoh lima tahun ini.

Menurutnya selain memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada gejala sosial, keruntuhan akhlak dan hamil luar nikah, institusi ini juga antara lain menyediakan kemudahan akademik, kemahiran vokasional, perkhidmatan kaunseling, dan pendidikan keagamaan. - BERNAMA

http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2010/10/7/mstar_berita/20101007211310.asp&sec=mstar_berita

Tiada ulasan: