KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101012

Pengawal keselamatan Malaysia trigger happy, sakit mental ?

Semalam saya ke Pejabat Pos di Pasaraya Giant Senawang. Sedang menunggu nak bayar bil, datang petugas pos bersama seorang pengawal keselamatan bersenjatakan pump gun. Pengawal keselamatan tadi tidak memakai pakaian seragam, hanya berpakaian preman. Saya mengambil langkah berjaga-jaga. Tengok jarinya dalam pemicu atau diluar pemicu, dan perhatikan arah muzzle pump gun.

Jarinya di luar picu, tapi muzzle arah ke bawah. Ini kalau tertembak, peluru boleh melantun. Jadi saya beralih kedudukan sedikit. Melihatkan banyak kes sekarang ini, bukan hanya risiko dari perompak bersenjata, tetapi pengawal keselamatan yang terleka atau yang mempunyai tekanan perasaan, maka orang awam seperti kita ni kenalah belajar langkah keselamatan.

Saya pernah sekali hampir terkena peluru yang melantun dari pistol jenis HK pada jarak 2 kaki, cukuplah sebagai pengalaman.

Nampaknya kerajaan kena jalankan pemeriksaan mental berkala ke atas pengawal keselamatan bersenjata dan lain-lain agensi penguatkuasa yang menggunakan senjata api. Almaklumlah 3 juta rakyat Malaysia sekarang ni sakit mental seperti yang terdapat pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

**********************
PENGAWAL KESELAMATAN TEGUR RAKAN MEROKOK DIACU PISTOL
2010/10/12

SUBANG JAYA: Hanya kerana menegur rakannya yang ponteng kerja dan merokok dalam kawasan larangan, seorang pengawal keselamatan berusia 20-an bukan saja dimarahi malah turut diugut lelaki terbabit yang bertindak mengacukan pistol ke arahnya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di Kompleks Beli-Belah Subang Parade itu, mangsa yang ditugaskan menjaga bangunan berkenaan terserempak dengan rakannya berusia awal 20-an yang diamanahkan menjaga sebuah kedai emas di bangunan itu sedang merokok di kawasan itu.

Menurut sumber, mangsa kemudian menegur perbuatan rakannya itu menyebabkan suspek berang sebelum memarahinya.


“Suspek yang masih tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum mengarahkannya diam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengawalkeselamatantegurrakanmerokokdiacupistol/Article

PENGAWAL KESELAMATAN DITUDUH BUNUH DUA RAKAN SEKERJA DI HOSPITAL KLANG
2010/09/08

KLANG: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Magistret Klang hari ini kerana dituduh membunuh dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini bulan lalu.

Abdul Aziz Miew Yong, 36, yang berasal dari Sabah dituduh membunuh P Mailvaganam, 47, pada 27 Ogos 2010 di perkarangan meletak kereta hospital kerajaan itu pada jam 5.45 pagi.

Dia juga dituduh membunuh SGunasilan, 22 pada waktu, tarikh dan tempat yang sama. Dua pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Abdul Aziz, yang memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Liew Horng Bin, tidak membuat sebarang pengakuan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Liew kemudian menetapkan 4 November sebutan semula kes.-Bernama
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengawalkeselamatandituduhbunuhduarakansekerjadiHospitalKlang/Article/index_html

2 PENGAWAL KESELAMATAN MATI DITEMBAK

KLANG 27 Ogos - Hanya kerana menegur rakan yang tidur semasa bertugas, dua pengawal keselamatan mati ditembak dengan senapang di tempat letak kereta kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal pagi ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0828&pg=mh_02.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2010

Tiada ulasan: