KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100914

Hantu sebabkan kemalangan di jalanraya Malaysia ?

Adakah hantu atau jin atau makhluk halus atau syaitan, juga adalah faktor penyebab kemalangan di Malaysia ? Mohonlah perlindungan daripada Allah, kerana semua makhluk yang disebut tadi tiada ada kuasa sedikit pun melainkan dengan izin Allah, dan sesungguhnya Allah ada Maha Berkuasa.

*******************************
Isteri dakwa nampak objek hitam sebelum kemalangan

Utusan Malaysia 14 Sep 2010

TAMPIN 13 Sept. - Isteri kepada anggota polis yang maut bersama anaknya dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pedas hari ini berkata, dia dan suaminya ternampak satu objek hitam berada di laluan kanan lebuh raya itu sebelum kereta dinaiki mereka merempuh objek tersebut.

Rashidah Abdul Samad, 37, memberitahu, dia juga sempat terdengar suaminya menjerit dan berkata, "apa tu?" sebelum kereta Proton Waja yang dinaiki mereka sekeluarga merempuh sebuah lori yang dipercayai rosak dan berhenti di lorong paling laju lebuh raya.

"Sebaik sahaja merempuh objek itu, kereta kami berpusing beberapa kali," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tampin di sini hari ini,

Dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 237.3 lebuh raya itu, suaminya, Koperal Rubaie Abdul Rahman, 41, dan anak sulung mereka, Nur Azira, 15 terbunuh.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari rumah di Ijok, Kuala Selangor menghala ke Bukit Gambir di Muar, Johor untuk menghadiri majlis tahlil arwah bapa Rubaie.

Menceritakan kejadian itu, Rashidah berkata, mereka sekeluarga bertolak dari rumah kira-kira pukul 5.15 pagi untuk pulang ke kampung.

Tambahnya, sebaik sahaja ternampak objek itu, dia tidak dapat mengecam berikutan keadaan lebuh raya yang gelap.

"Beberapa saat selepas kemalangan, suami saya terkulai layu di bahu saya manakala anak-anak yang lain pula menangis meminta pertolongan,"

"Kami pulang ke kampung untuk menghadiri majlis tahlil sempena 100 hari kematian bapa Rubaie pada malam ini tetapi saya tidak sangka suami dan anak saya akan pergi meninggalkan kami," katanya dalam nada sayu.

Rashidah berkata, dia dan dua anaknya yang terselamat dalam kejadian dikeluarkan dari kereta yang remuk oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke hospital.

Menurutnya lagi, hatinya hancur luluh seperti mahu terhenti nafas sebaik sahaja dimaklumkan oleh orang ramai bahawa suami dan anak sulungnya meninggal dunia dalam kejadian itu.

Katanya, arwah suaminya yang bertugas di Pondok Polis Ijok itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum ini namun Nur Azira sejak beberapa minggu lalu rajin membantunya di dapur.

"Beberapa minggu sebelum hari raya, dia rajin mengemas rumah dan membantu saya membuat kuih raya untuk menyambut Syawal," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Kes jenayah semakin menggila, Jom mohon pada Allah

Kes jenayah di Malaysia sekarang ini semakin menjadi-jadi, semakin meningkat, semakin menggila. Di samping kita meningkatkan langkah pencegahan jenayah, mempereratkan kembali semangat kejiranan, semangat persaudaraan, yang paling utama bagi kita umat Islam ialah kembali memohon kepada ALLAH swt agar menjadikan Malaysia negeri yang Aman dan Sejahtera, sejajar dengan titah Pemangku Sultan Terengganu yang dibacakan sebelum Solat Sunat Idil Fitri di Masjid Pengkalan Arang, Kuala Terengganu pada 10 Sep 2010 supaya menjadi Terengganu Negeri yang Aman dan Sejahtera.

Tak payahlah kita nak terkejar-kejar nak membangunkan fizikal, jadi negeri maju, tetapi rakyat dan pemerintah tak selamat, aman dan sejahtera. Kalau negeri aman dan sejahtera , insyaAllah senang kita hendak menjadi negeri atau negara maju.

Nak mohon pada Allah untuk menjadi Malaysia negeri aman dan sejahtera, hendaklah kita buat semua yang apa Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah tegah.

**********************
Kes jenayah meningkat dibimbangi
Utusan Malaysia 13 Sep 2010

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) memandang serius peningkatan kes jenayah kejam termasuk pembunuhan yang semakin membimbangkan.

Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lebih merisaukan apabila jenayah berkenaan berlaku secara drastik berdasarkan beberapa kes yang dilaporkan kebelakangan ini.

"Kes-kes jenayah kejam dan ganas yang dipaparkan melalui media memberi gambaran bahawa negara kita seolah-olah dibelenggu dengan masalah ini.

"Pembunuhan merupakan jenayah ganas yang paling berbahaya dan terdapat individu yang berani melakukannya tanpa bimbang kepada pembalasan undang-undang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes jenayah kejam yang semakin berleluasa termasuk kes bunuh.

Sehubungan itu kata Lam Thye, punca berlakunya kes jenayah kejam harus dikaji dengan teliti serta langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani keadaan ini.

Menurut beliau, jika masalah ini berterusan, ia akan menjejaskan imej negara.

"Pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi fenomena jenayah tersebut yang semakin menular.

"Hal ini kerana, aspek keselamatan masyarakat perlu diberi tumpuan yang lebih agar rakyat yakin terhadap keadaan keselamatan semasa,'' ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm&arc=hive

20100911

Mari kita jual agama Islam, ianya amat menguntungkan

Sekarang ini semua orang cakap pasal perniagaan, skim itu, skim ini, saham itu, saham ini, direct selling itu, direct selling ini. Mari kita bergiat dalam perniagaan agama Islam pula. Ianya perniagaan yang paling menguntungkan. Tiada tandingan dengan keuntungan billion dan jutaan ringgit. Tak perlu modal wang ringgit. Mudah saja iaitu Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa.

Jadi kalau orang tuduh kita jual agama jangan marah. Kerana dalam Quran pun suruh kita jual agama Islam, tapi bukan jual untuk dapat pangkat dan kekayaan, jual dan promosi agama Islam ini supaya manusia Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kerana ianya amat menguntungkan.

Perniagaan yang paling menguntungkan

Al Shaff: 10 - 14

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيم ٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (11) يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (12) وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ (13) يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ ءَامَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ (14)

TERJEMAHAN:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ?
(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.
Nescaya Allah akan mengampuni dosa dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai, dan (memasukkan) kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut pengikutnya yang setia: Siapakah yang akan menjadi penolong penolongku untuk menegakkan agama) Allah? Pengikut pengikutnya yang setia itu berkata: Kamilah penolong penolong agama Allah. Lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir. Maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

TAFSIRAN AYAT:
(10) Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

Ini adalah wasiat dan panduan serta bimbingan dari Allah Yang Maha Penyayang untuk hamba hamba-Nya yang beriman tentang perniagaan yang paling agung iaitu perniagaan yang dapat menghindarkan mereka daripada azab yang sangat pedih dan memperolehi pulangan ni’mat yang paling istimewa.

Wasiat ini disampaikan oleh Allah dalam bentuk tawaran. Ini menunjukkan bahawa perniagaan yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang menarik minat sesiapa yang mahu mengambil iktibar dan bagi orang yang mahu memikirkannya. Jadi seolah olah Allah ingin bertanya: Perniagaan apakah yang sedemikian hebat pulangannya itu? Lalu Allah sendiri menjelaskannya:

(11) (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan hartamu dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.

Perniagaan yang sangat hebat pulangannya itu ialah:

Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa.
Sebagaimana kita maklum bahawa iman yang sempuna ialah keyakinan yang teguh terhadap kebenaran Allah dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Rasul-Nya. Keyakinan yang membuahkan amalan anggotanya. Keimanan yang sebenarnya akan mendorong seseorang untuk berjihad di jalan Allah, apakah dengan harta ataupun dengan jiwanya.

Al Jihad Fi Sabilillah sangat banyak jenisnya. Jihad melawan musuh di medan pertempuran untuk membela dan menegakkan agama Allah, jihad terhadap diri sendiri dengan melawan kehendak nafsu syahwat yang liar, jihad di antara diri dengan makhluk lain seperti menghindarkan sifat tamak terhadap harta orang lain (khianat, menipu, mencuri dll), tetapi sebaliknya hormat, berlemah lembut, pemurah terhadap mereka, jihad diantara dirinya dengan dunia iaitu agar dunia jangan sampai menguasai dirinya. Dia akan sentiasa waspada terhadap pendapatan (income) dari sumber yang haram, dia tahu kemana hartanya mesti dinafkahkan, samada nafkah wajib seperti mengeluarkan zakat, menyara tanggungan seperti isteri dan anak anak ataupun nafkah sunat seperti sadakah.

Jihad berasal dari kata " Juhd " iaitu masyaqqah yang maknanya sukar atau susah. Sedangkan Sabillillah maksudnya jalan yang akan membawa seseorang kepada keredhaan Allah. Jadi maksud Al Jihad Fi Sabilillah ialah amal salih atau segala bentuk usaha atau kesungguhan yang dilakukan dengan tujuan semata mata untuk mencapai keredhaan Allah.

" Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui ". Maksudnya: Iman dan jihad adalah lebih baik bagi kamu daripada segala sesuatu yang ada dimuka bumi ini samada jiwamu, hartamu ataupun anak anakmu sekiranya kamu orang yang faham, berakal waras dan mempunyai wawasan yang jitu. Sebab hakikat sesuatu kebaikan adalah sangat tergantung pada kebaikan kesudahannya bukan hanya pada pemulaannya.

Atas sebab inilah mengapa pada ayat berikutnya Allah dahulukan ganjaran ukhrawy kemudian barulah disusuli oleh ganjaran duniawy. Jadi perniagaan tersebut menghasilkan beberapa faedah, iaitu faedah yang segera dan faedah yang ditangguhkan. Di dalam ayat di atas Allah dahulukan dengan faedah yang ditangguhkan di akhirat nanti iaitu:

(12) Nescaya Allah akan mengampuni dosa dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Maksudnya: Jika kamu lakukan perniagaan diatas iaitu dengan sentiasa emantapkan iman dan berjihad di jalan Allah nescaya Dia akan hapuskan semua kesalahanmu, memasukkan kamu ke dalam syurga-Nya dan ditempatkan di suatu tempat yang paling indah dan istimewa yang menjadi idaman setiap insan yang waras. Mereka kekal abadi di dalamnya. Inilah keberuntungan yang hakiki (sebenarnya). Dan kemudian Allah susuli pula dengan pulangan segera di dunia ini, iaitu:

(13) Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman.

Selain dari ganjaran yang ditangguhkan di akhirat, mereka juga akan dianugerahkan oleh Allah dengan ganjaran segera di dunia ini iaitu berupa pertolongan Allah untuk mengalahkan musuh musuhmu dan mendapat kemenangan atau penaklukan negeri negeri baru sehingga akan tegaklah hanya agama Allah di muka bumi ini.

Allah SWT akan senantiasa bersama mereka dalam segala usaha dan perjuangan mereka untuk menegakkan agama Allah. Ini adalah permulaan berita gembira untuk mereka yang beriman dan berjihad di jalan Allah.

Atas sebab itulah Allah menyuruh kita agar menjadi penolong-Nya dalam setiap waktu. Jangan menjadi manusia pemalas hanya pasrah tidak berusaha untuk menegakkan kebenaraan, jangan takut menyatakan dan membela kebenaran (Al Haq) walaupun pahit padahnya. Kita mestilah mempunyai prinsip bahawa redha Allah adalah mengatasi segala galanya, walaupun untuk mencapainya kita terpaksa berhadapan dengan kemurkaan dan cacian semua makhluk di muka bumi ini.

Allah pasti menolong hamba-Nya yang berusaha menegakkan agama-Nya sebagaimana Allah telah menolong pengikut pengikut setia Nabi 'Isa Alaihis Salam.

(14) Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut pengikutnya yang setia: Siapakah yang akan menjadi penolong penolongku (untuk menegakkan agama Allah)? Pengikut pengikut yang setia itu berkata: Kamilah penolong penolong agama Allah. Lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang orang beriman terhadap musuh musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

Dalam ayat ini selain Allah menyuruh kita agar menjadi penolong-Nya, juga Allah berjanji akan membantu kita dalam menghadapi setiap cabaran dan tantangan dari pihak musuh yang membenci ajaran yang dibawa oleh Rasul-Nya. Ini sebagaimana pertolongan dan kemenangan yang Allah anugerahkan kepada pengikut penyikut setia Nabi 'Isa Alaihis Salam.

Allah SWT. menceritakan dalam ayat diatas bahawa Bani Israil terbagi menjadi dua puak dalam menghadapi tawaran Nabi Isa tersebut. Ada puak yang beriman dan ada pula puak yang kafir (ingkar). Dan menurut sejarah bahawa puak yang ingkar itu terbagi lagi menjadi dua puak:

Puak yang menentang ajaraan Isa dan menuduh beliau dan ibunya telah melakukan perbuatan terkutuk (zina). Ini sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi,
Puak yang melampau memuji Nabi Isa sehingga mereka beranggapan Isa adalah anak Allah.
Kisah ini seolah olah memberi isyarat supaya kita umat Nabi Muhammad SAW jangan sampai bersikap demikian terhadap baginda SAW. Kita mestilah " i’tidal " dalam segala hal, tidak " tatarruf ’ yakni mengurangi kedudukannya dan tidak pula " itraaf " yakni melampaui kedudukan yang telah Allah berikan padanya.

Ya Allah, berilah kami taufiq dan restu-Mu sehingga termasuk kedalam golongan penolong penolong-Mu dalam menegakkan dan membela agama-Mu. Berilah kami pertolongan-Mu sebagaimana yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah mungkir janji.

http://www.al-nidaa.com.my/artikel.php?id=26&action=view

Nasib peneroka N.Sembilan sambut Hari Raya



Terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan dan bersempadan Pahang, Felda Palong mempunyai banyak 'rahsia tersembuyi' mengenai nasib peneroka dan pekerja ladang getah milik Felda Plantations yang tidak terbela. Pelbagai masalah membelenggu kehidupan masyarakat disitu. Daripada hal pemberian hak milik geran tanah kepada peneroka sehingga ada yang tersingkir daripada tanah rancangan, masih wujud lagi pekerja ladang tempatan Felda yang memiliki pendapatan dibawah paras kemiskinan.

**************************
Hari Raya suram di Felda Palong
Oleh Jamilah Kamarudin, Free Malaysia Today

LAPORAN KHAS GEMAS: Aidilfitri menjelma lagi. Bagi umat Islam yang merayakan kemenangan setelah 30 hari menunaikan ibadah puasa, bahang kemeriahannya begitu terasa, terutamanya kanak-kanak, malah ianya turut dikongsi masyarakat lain di Malaysia.Pelbagai juadah disediakan, begitu juga pelita dihidupkan dihadapan rumah, yang dicat dan dihias serba baru, tidak lupa juga persalinan pakaian baru tradisional pada awal pagi raya.

Semua ini disediakan bagi menyambut kunjungan keluarga, sanak-saudara dan tetamu yang akan bertandang ke rumah sambil bermaafan sempena 1 Syawal.

Namun disebalik keghairahan meraikan bulan Syawal, masih terdapat golongan masyarakat yang tidak mampu menikmati semua keistimewaan itu.

Terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan dan bersempadan Pahang, Felda Palong mempunyai banyak 'rahsia tersembuyi' mengenai nasib peneroka dan pekerja ladang getah milik Felda Plantations yang tidak terbela.

Pelbagai masalah membelenggu kehidupan masyarakat disitu. Daripada hal pemberian hak milik geran tanah kepada peneroka sehingga ada yang tersingkir daripada tanah rancangan, masih wujud lagi pekerja ladang tempatan Felda yang memiliki pendapatan dibawah paras kemiskinan.

Kais pagi makan pagi
Tatkala Felda mengumumkan asetnya meningkat kepada RM6.2 bilion dalam tempoh lima tahun 2004 hingga 2009 hasil keuntungan harga komoditi sawit dan getah dan manakala pegawai eksekutifnya menikmati pendapatan bulanan yang mewah, nasib yang berbeza dialami golongan pekerja bawahan yang bekerja sebagai buruh Felda.

Bagi kira-kira 50 pekerja tempatan ladang getah milik Felda Plantations di Palong 18, hidup mereka diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Antara aktiviti kerja ladang yang dilakukan termasuklah menebas lalang, menoreh getah, meracun, membaja, dan sebagainya.

Berhempas pulas membanting tulang empat kerat enam hari seminggu (Sabtu hingga Khamis) daripada seawal 6.30 pagi hingga 7 petang, namun mereka hanya memperoleh purata upah kira-kira RM19 sehari.

"Walaupun elaun minyak dan pengangkutan disediakan, namun pendapatan kami tidak pernah mencapai sehingga RM1,000 sebulan.

"Hendak cari duit lebih dengan kerja lebih masa (overtime) pun kadangkala disekat oleh pengurusan ladang".

"Lebih malang lagi ada pekerja biasa yang hanya dapat RM400 sebulan. Kami tidak mendapat gaji asas yang tetap. Semuanya bergantung pada upah seharian," kata seorang pekerja Sulaiman Birham ketika ditemui FMT.

Sulaiman, 32, yang juga berperanan sebagai mandur di ladang tersebut sejak tiga tahun lalu berkata perkara ini telah pun diadu kepada Pejabat Buruh namun jawapan yang diterima amat mengecewakan.

"Pegawai di Pejabat Buruh menolak aduan kami kerana menurut mereka kuasa untuk menentukan tangga gaji terletak di tangan Felda Plantation," katanya.

Jumat Sariman, 40, berkata bukan setakat gaji yang diberikan terlalu rendah, malah kebajikan pekerja juga tidak dijaga dengan baik.

"Walaupun Felda menyediakan tempat tinggal bagi pekerja tetapi tiada kemudahan prasarana disediakan, malah rumah kami juga tidak dibaiki sejak pengurusan baru tahun lalu.

"Buktinya, terdapat bumbung rumah bocor dan sistem kumbahan tersumbat sejak sekian lama tetapi sehingga kini dibiarkan sahaja tanpa dibaiki walaupun sudah beberapa kali perkara ini diadukan," katanya.

Anak kera disusukan...
Jumat (kanan) yang turut bekerja sebagai mandur sejak tahun 1996 berkata, keadaan ini berbeza dengan kemudahan dinikmati pekerja warga asing yang bekerja diladang yang sama.

Seperti anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan, pekerja asing warga Indonesia dan Bangladesh diberikan kemudahan kawasan asrama yang selesa di Palong 18.

"Sebarang aduan kami selama ini tidak pernah di beri perhatian yang sewajarnya.

"Pekerja berbangsa asing diberi segala kemudahan, manakala kami pekerja tempatan tiada hak keistimewaan seperti pekerja di sektor yang lain.

"Ada antara mereka yang 'buat kacau' di kawasan Felda dan menganggu penduduk tempatan kerana terdapat kes pecah rumah, gaduh, malah ada yang tidak menghormati pekerja tempatan," katanya.

Beliau berkata masalah ini pernah dibangkitkan kepada wakil rakyat semasa tibanya musim pilihanraya, tetapi dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa sebarang perubahan.

"Kami sudah buntu nak mengadu pada siapa. YB (wakil rakyat) sudah, Badan Khairat pun sudah.

"Masa depan kami kelam kerana pekerja tidak dibenarkan tinggal disini selepas umur mencecah 55 tahun, jadi kami dan keluarga tidak tahu kemana nak pergi.

"Sudah dua kali semasa kempen pilihanraya (tahun 2008 dan 2004) mereka janji nak bagi kami status peneroka tapi sampai sekarang tak ada apa.

"Bila ditanya wakil rakyat, beliau hanya kata perkara ini akan dibawa ke Sidang Rakyat," katanya.

Ditanya mengenai persiapan raya pada tahun ini, Sulaiman berkata tiada apa yang istimewa namun masih mengutamakan persiapan terhadap tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga dua tahun.

"Kami sambut hari raya secara sederhana. Selain memasak sendiri kuih raya, hanya baju baru yang mampu dibelikan kepada anak-anak.

"Tak boleh belanja lebih dari itu kerana pendapatan saya yang tidak seberapa," katanya.

Sumber : http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/10111-hari-raya-suram-di-felda-palong

Video temuramah rintihan peneroka Felda Palong di http://www.youtube.com/watch?v=J3jCF-Mwrzg

20100909

Tikus gigit kaki peniaga nasi kandar, TIPS elak tikus

Kaki seorang peniaga nasi kandar di Pulau Pinang telah digigit tikus kini berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Kepala Betas dibimbangi jangkitan kencing tikus. Peniaga nasi kandar tadi sedang berehat dan menanggalkan kasut. Tanpa menyedari tikus telah masuk dalam kasut, peniaga tadi telah menyarung kasut, lalu digigit tikus tadi. Kebersihan sering diabaikan oleh peniaga dan pengunjung kedai. Jangan salahkan peniaga yang kotor, salahkan juga pengunjung kedai yang tidak memilih kedai yang bersih.

Sementara itu pakar mikrobiologi Prof Dr Jamuna Vadivelu dari Universiti Malaya mengingatkan para peniaga dan orang ramai jangan membuang sisa makanan dalam longkang, parit dan merata-rata tempat, ini akan hanya menarik lebih banyak tikus ke tempat tersebut.

TIPS : Saya membuang sisa makanan di rumah dalam plastik dan masukkan dalam peti ais terutama nasi, roti, kuih dan lain-lain. Hujung minggu bila balik kampung, sisa makanan tadi beri makan ayam yang ayah bela di Rembau.

**********************
Thursday September 9, 2010
Nasi kandar seller bitten by rodent

GEORGE TOWN: A hawker whose toe was bitten by a rat is now under observation at the intensive care unit of Kepala Batas Hospital for suspected leptospirosis infection.

The roadside nasi kandar seller had earlier removed his shoes while taking a rest at his stall on Saturday when the rodent crawled in and hid inside them, said state Health, Welfare, Caring Society and Environment Committee chairman Phee Boon Poh.

“Unaware that the rat was inside his shoe, the nasi kandar man put it on,” he said.

The man, who was bleeding, was rushed to the hospital. The state Health Department has closed his food stall temporarily.

Phee also said the Health Department had ordered that two food stalls at the Summit Plaza in Bukit Mertajam to be closed last week after the eateries were found to be operating below the required cleanliness level.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F9%2Fnation%2F7007329

****************
Thursday September 9, 2010
Doc: Stop feeding the rats

PETALING JAYA: Medical microbiologist Prof Dr Jamuna Vadivelu warned that Malaysians must improve on their hygiene to reduce the risk of getting infected with leptospirosis.

Dr Jamuna, from Universiti Malaya, said the throwing of food and rubbish into gutters attracts rats.

“Special attention should be given to hawker centres and recreational areas where the bacteria from rats’ urine and faeces could infect people,’’ she said.

The leptospirosis scare surfaced in June following the deaths of six people who were involved in a search and rescue operation at the Lubuk Yu picnic area in Pahang.

Following the death of the ninth patient who was infected with the bacteria after swimming in Lata Bayu, Baling, Kedah, hospitals and clinics nationwide were ordered to immediately report any case of leptospirosis or melioidosis infection.

On Monday, the Health Minister declared leptospirosis a notifiable disease where it is required by law for cases to be reported to the authorities.

Dr Jamuna said leptospirosis can be transmitted through food consumption or wounds when in contact with contaminated food or flood waters and melioidosis through inhalation and cuts or open wounds.

On whether both forms of bacteria had mutated, she said researchers could not determine that yet.

UM is currently the only centre in the country which does tests on melioidosis, said Dr Jamuna.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F9%2Fnation%2F7007328

Banner Raya ADUN N.Sembilan diturunkan MPS

Dari Blog ADUN Sikamat
08 September 2010

Banner Hari Raya hanya mampu bertahan selama 12 Jam . Tahniah MPS !
8hb Sept 2010 - Banner Hari Raya YB Aminuddin Harun ADUN Sikamat hanya mampu bertahan selama 12 jam selepas dipasang jam 11 malam semalam . Banner banner tersebut telah dipasang di beberapa tempat strategik oleh AJK MMR ( Majlis Muafakat Rakyat ) Dun Sikamat . Banner tersebut telah diturunkan seawal jam 9.30 pagi selepas dimaklumkan oleh salah seorang AJK MMR Dun Sikamat . Sekitar jam 2.30 petang , 2 lagi banner telah diturunkan .

Menurut sumber , banner tersebut telah diturunkan oleh pihak MPS ( Majlis Perbandaran Seremban ) .Kejadian ini bukan sahaja melibatkan ADUN Sikamat , tetapi juga melibatkan banner ADUN Ampangan , Nilai dan Temiang .Semuanya didalam kawasan Parlimen Seremban . Ahli Parlimen Seremban , YB John Fernandez telah dimaklumkan tentang perkara itu dan beliau membuat bantahan kepada MPS dan meminta memulangkan banner banner tersebut namun pihak MPS enggan melakukannya .

Sumber : http://aminuddinharun.blogspot.com/2010/09/banner-hari-raya-hanya-mampu-bertahan.html

20100907

Musim kilat petir mengganas di Malaysia sekarang


Harap semua pihak berhati-hati dan ambil langkah keselamatan. Sekarang musim petir dan kilat sabung menyabung. Tujuh ekor lembu mati dipanah petir di Selangor pada 6 September 2010. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang dipanah petir dan kilat. Maklumat lanjut di http://kilatmalaysia.blogspot.com/

Tuesday September 7, 2010
Seven cows hit by lightning at plantation
By EDWARD R. HENRY
edward@thestar.com.my

SEPANG: Farmer H. Kanapiraan was devastated after seven of his cows were killed by lightning.

“The cows were grazing under an oil palm tree at about 7.30am when there was a flash of light.

“I rushed to the site and found the cattle lying dead around the tree,” he said.

Kanapiraan, 28, was planning to sell the cows during the Hari Raya period. They were grazing some 2km from his farm shed at Bedford Estate, Tanjung Sepat here.

He later lodged a report at the Tanjung Sepat police station.

Kanapiraan said he was hoping to make some money by selling the cows on Friday.

“This is the second time such an incident occurred. Two months ago, a couple of my cows died in the same manner.

“The seven cows were worth about RM15,000. Now, I just have nine cows left.

“I hope I can secure some financial help to purchase more calves,” he added.

According to a veterinarian, one cow was struck by lightning while the others standing in the wet ground nearby died through conductivity.

He said each spark of lightning can affect an area of a few kilometres.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F7%2Fnation%2F6990566

Pelajar 11 tahun koma dikelar perompak di Seremban

Jenayah semakin kejam dan menjadi-jadi di Malaysia ketika ini. Seorang pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR bulan ini telah dikelar dan dalam keadaan koma oleh perompak yang masuk ke rumah keluarga mangsa di Seremban pada 6 September 2010. Kenapa, kenapa, kenapa jenayah semakin berleluasa sekarang ini di Malaysia ?

Tuesday September 7, 2010
Boy in a coma after being slashed by robbers

SEREMBAN: An 11-year-old boy who was to sit for his UPSR examination later this month is fighting for his life after being slashed by robbers at his home in Taman Ujong near here.

The boy, who suffered head injuries in the 4.30am incident yesterday, is in a coma at the Tuanku Ja’afar Hospital intensive care unit.

It is learnt that the victim, his 46-year-old mother and 15-year-old brother were asleep in a bedroom upstairs when five masked men armed with parang broke into their double-storey terrace house through the back door and woke them.

“The victim, who screamed on seeing the robbers, was slashed on the head in anger by one of them,” said a police spokesman, adding that his mother was prevented from shouting for help when one robber placed a parang on her other son’s neck.

“The men then tied the hands and legs of the woman and the elder son before searching the house for valuables,” he said, adding that the robbers fled the scene half an hour later.

Among the items found in the house were five parang, a blood-stained glove and a green T-shirt.

The victim’s 46-year-old father, who wished to be identified only as Toh, said he was away on business in Rembau during the incident.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F7%2Fnation%2F6991704

20100905

Anak SMS sayang ayah sebelum bunuh diri di Malaysia


Seorang remaja perempuan tingkatan 2 sempat mengirim SMS sayangkan ayah sebelum terjun dari pangsapuri 17 tingkat di Pulau Pinang di bulan Ramadhan beberapa hari sebelum Idil Fitri. Bunuh diri adalah gejala atau bala yang amat serius di Malaysia sekarang ini yang perlukan perhatian serius semua pihak.

Analisis saya mengenai betapa serius gejala bunuh diri di Malaysia dengan 3 juta rakyat Malaysia hidap sakit mental dan 50,000 cubaan bunuh diri setiap tahun atau mungkin sekarang lebih lagi di Malaysia serta penyebab kematian kedua tertinggi selepas sakit jantung di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Sunday September 5, 2010
Girl says ‘I love you’ to dad and jumps to her death
By CHRISTINA CHIN
sgchris@thestar.com.my

GEORGE TOWN: The 14-year-old girl who was found sprawled on the ground floor of her flat on Thursday had sent her father a text message saying “I love you”, before jumping to her death.

Amy Shahira Chin, a Form Two student who was alone at home, had sent the SMS to her father Firdaus Chin half an hour before the incident.

According to her neighbours, she was spotted walking down from her 17th floor apartment but no one saw her jump.

“I felt that something wasn’t right when I got her SMS so I rushed home but it was too late,” said Firdaus, a single parent of three children, at his flat in Bukit Jambul yesterday.

He said his daughter was often very quiet and depressed after her mother died in 2003.

“She doesn’t really get along with her elder brother and sister and would usually keep to herself. I believe she was suffering from depression.

“She often complained about school and was under pressure because her teacher used to scold her,” he added.

Amy Shahira was found lying motionless by flat dwellers at about 5.30pm that day.

State Education Director Ibrahim Mohamad was quoted in a Chinese daily as saying that the teenager had been absent from school for 75 days.

“I do not think that Form Two school homework would cause her stress (for her to jump),” he said, adding that police had recorded her teacher’s statement.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F9%2F5%2Fnation%2F6984401

20100904

Gejala sakit mental sama parah gejala buang bayi

Pelbagai gejala atau bala yang melanda negara ketika ini. Adakah kita semua mengambil pengajaran daripada pelbagai bala yang turun sekarang ini ? Sakit mental adalah gejala penyakit yang amat serius. Mengikut kajian hampir 3 juta rakyat negara ini mengalami masalah mental, ibarat bom jangka yang menunggu mangsa tidak berdosa.

Namun gejala ini kurang dibahaskan dan kurang diberi tumpuan untuk menanganinya melalui pendekatan agama, kaunseling, perubatan, keprithatinan masyarakat dan sebagainya.

Kisah perbicaraan pembunuhan kejam 4 sekeluarga di bawah, penganggur yang menikan anggota polis dan lelaki yang mengelar leher sendiri, semua berkaitan masalah mental.

********************
Hidap skizofrenia
Harian Metro 3 Sep 2010

SEREMBAN: Hari terakhir perbicaraan semalam menyaksikan seorang pakar psikiatri Hospital Permai, Johor Bahru, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Rasidi Ismail, 32, dituduh membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, Tampin, awal Januari lalu, disahkan menghidap sakit jiwa akibat mengalami delusi dan halusinasi sejak beberapa tahun lalu.

Pakar Perunding Forensik Psikiatri hospital itu, Dr Badi’ah Yahya berkata, pihaknya melalui pakar psikiatri, pegawai dan anggota perubatan bertugas sentiasa menjalankan pemeriksaan rapi serta berkala selama 24 jam bagi menentukan keadaan fizikal dan mental tertuduh. Menurutnya yang juga saksi pembelaan, hasil perbincangan dengan semua pakar psikiatri hospital melalui proses pemeriksaan selama dua bulan berkenaan mendapati tertuduh menghidap penyakit jiwa dikenali sebagai ‘skizofrenia’.

“Bagi penyakit berkenaan, tertuduh diklasifikasikan menghidap skizofrenia paranoid’ iaitu berlaku gangguan pada pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kemerosotan fungsi psiko-sosialnya.

“Tertuduh mengalami gejala delusi atau kepercayaan palsu iaitu empat ahli keluarganya meninggal dunia sebelum kejadian berlaku selain turut berhalusinasi melalui suara ghaib didengarnya yang mengarahkan supaya melakukan sesuatu,” katanya kepada mahkamah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.

Kata Dr Badi’ah, pemeriksaan pihaknya mendapati tertuduh tidak berpura-pura mengalami sakit mental kerana gejala ditunjukkannya sepanjang berada di wad hospital tidak konsisten.

“Tertuduh menunjukkan gejala sakit jiwa sejak 2007 kerana sering bercakap seorang, bertukar tempat kerja dan menangis bersendirian.


“Tiada gejala keganasan ditunjukkan tertuduh yang turut tidak mempunyai masalah keadaan persekitarannya dan jiran,” katanya. Rasidi sebelum ini diarahkan Mahkamah Tinggi menjalani pemeriksaan mental dua bulan di Hospital Permai sejak 23 Mac lalu selepas mengaku bersalah membunuh empat ahli keluarganya.

Dia yang juga seorang penganggur sebelum ini mengaku bersalah melakukan pembunuhan dan mendakwa perbuatan itu dilakukan atas arahan dari langit.

Mengikut pertuduhan, Rasidi didakwa membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuknya, Atan Daud, 87, dan neneknya, Sufiah Katas, 80, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara jam 7 pagi dan 11 pagi, 5 Januari lalu.

Dia turut dituduh membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119 di kampung berkenaan pada tarikh dan waktu sama.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Berikut antara keterangan Dr Badi’ah kepada mahkamah ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin dan peguam, Hanif Hassan.

Hanif: Apakah akan jadi dengan gejala ditunjukkan tertuduh itu?
Dr Badi’ah: Sekiranya ubat tidak diberikan, gejala itu akan makin bertambah. Tertuduh diberikan ubat anti psikotik untuk merawat sakit jiwa dihidapinya.
Hanif: Apakah hasilnya?
Dr Badi’ah: Selepas dua bulan, gejala berkenaan dilihat semakin hilang.
Hanif: Apakah kamu pasti dengan ubat-ubatan itu?
Dr Badi’ah: Ya. Tertuduh perlu meneruskan pengambilan ubat itu bagi mengelak ia berterusan.
Hanif: Apakah hasil keseluruhan hospital dengan pendakwaan?
Dr Badi’ah: Ketika kejadian, tertuduh tidak siuman dan tidak tahu perbuatannya salah di sisi undang-undang.
Hanif: Adakah laporan penuh perubatan tertuduh dilakukan?
Dr Badi’ah: Ada. Laporan itu dibuat 17 Mei 2010.

Ahmad Nasfy menetapkan tarikh menjatuhkan hukuman, 7 September depan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hidapskizofrenia/Article


Lelaki diperintah ke Hospital Bahagia
Harian Metro 3 Sep 2010

KLANG: Seorang penganggur yang menikam anggota polis di sebuah kedai makan, dekat sini, Mac lalu, diperintahkan Mahkamah Sesyen, semalam, untuk dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat perintah itu terhadap Tan Liok Chong selepas berpuas hati tertuduh berada dalam keadaan tidak waras ketika melakukan perbuatan itu. Yong Zarida berkata, mahkamah juga memerintahkan Tan ditahan di hospital berkenaan sehingga mendapat perkenan daripada Sultan Selangor untuk dibebaskan. “Adalah tidak wajar tertuduh disabitkan dengan pertuduhan itu kerana dia menghidap penyakit mental,” kata Yong Zarida selepas meneliti laporan perbuatan tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Tan didakwa menikam Koperal Hasnor Hadi Zainal dengan menggunakan sebilah pisau yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan parah terhadap mangsa. Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 2 pagi, 27 Mac lalu di sebuah kedai makan di Batu 15, Jalan Klang-Banting, dekat sini.

Tan didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Noorbaya Jamil da Aimi Syazwani Sarmin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LelakidiperintahkeHospitalBahagia/Article

Kelar leher
Harian Metro 3 Sep 2010

AMPANG: Seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak mengelar leher dan tangannya di sebuah kedai makan di Jalan Watan 8, di sini, selepas marah ditegur isterinya agar pergi ke hospital mental untuk mendapatkan rawatan, petang kelmarin.

Mangsa yang berusia 40-an itu kini dirawat di Hospital Ampang kerana mengalami kecederaan di lehernya, perut dan tangan akibat kejadian itu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu selepas lelaki kurang siuman itu tidak dapat menerima nasihat isterinya agar ke hospital mental bagi membuat rawatan susulan.

Malah, lelaki itu naik angin apabila pekerja Indonesia kedai makan itu turut menegurnya agar menerima nasihat isterinya itu. “Pertengkaran antara mereka terjadi apabila lelaki yang tidak suka ditegur pekerja itu mengamuk dengan mengambil pisau dan dua bilah parang di dapur sebelum menghiris lehernya sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ahli keluarga dan pelanggan kedai makan yang cuba mengawal keadaan, kemudian terpaksa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan apabila melihat suspek mula mengacukan parang ke arah orang ramai. “Tindakan mengejutkan lelaki berkenaan yang mengkelar leher dan tangan menggunakan pisau dan dua parang itu menakutkan orang ramai sebelum mereka menghubungi polis,” katanya.


Abdul Jalil berkata, polis terpaksa memujuk lelaki terbabit selama dua jam agar menyerah diri.


“Kira-kira jam 7 petang, polis berjaya memujuknya untuk menyerah diri selepas lelaki itu melihat dirinya berlumuran darah,” katanya.

Bagaimanapun, ketika anggota polis cuba merapatinya, lelaki itu bertindak mengkelar perut, tangan dan dan lehernya hingga orang ramai panik kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

“Anggota saya cuba memujuknya supaya bertenang dan meletakkan parang itu, namun dia enggan dan terus berdegil. Nasib baik isteri lelaki itu berjaya memujuknya untuk dihantar ke hospital,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal, lelaki berkenaan mempunyai rekod pesakit mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kelarleher1/Article

Jamuan Raya PAS N.Sembilan 2 Okt dan 25 Sep




JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH UMUM
Tarikh : 2 Oktober 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg. Ismail, Ampangan, Seremban
Tetamu dan penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR NS
YB Ean Yong Ting Sin , ADUN Lukut / Tim Peng. DAP NS
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua dijemput hadir
Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan

JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH UMUM
Tarikh : 25 September 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9 malam
Tempat : Lot 13015, Batu 3, Jln Kuala Pilah, Ampangan, Seremban
Tetamu dan penceramah :
Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat
Shamsul Iskandar Mat Akin , Ketua AMK
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Semua dijemput hadir
Anjuran : Usrah Gabungan PAS Gedung Lalang, Ampangan

20100902

Mercun, tolonglah, insaflah bangsa Melayu ku

Tak tahulah apa nak jadi dengan generasi kita. Budaya bermain mercun semakin membarah. Di akhir Ramadhan sepatutnya diperhebatkan amal ibadah. Sebaliknya yang makin meriah di akhir Ramadhan ialah bazaar, kompleks membeli belah, main mercun, bunga api, pesta makanan, hiburan, lagu raya dan sebagainya. Bukannya tak boleh, tapi dah sampai tahap melampau.


*************
Graduan hancur tangan
Berita Harian 2 Sep 2010

Lelaki sumbat bahan letupan dalam batang besi katil

KOTA BHARU: Cubaan seorang graduan kejuruteraan menghasilkan mercun paip menggunakan besi katil, sekadar mengundang penyesalan sepanjang hayat, apabila tangan kirinya kudung akibat hancur terkena serpihan bahan itu yang meletup ketika sedang dimampatkan.

Pada kejadian kira-kira jam 6 petang Sabtu lalu dekat Bachok itu, pemuda berusia 23 tahun terbabit hancur tangan kiri sehingga paras pergelangan, cedera pada ibu jari kanan serta melecur pada badan terkena letupan. Adiknya berusia 17 tahun yang turut berada bersama melihat usaha pemuda terbabit turut cedera apabila terkoyak bahagian betis kaki kanannya.

Letupan kuat menyebabkan kesan gelombang sekitar kira-kira 30 meter di tempat kejadian itu berlaku ketika pemuda terbabit memampat batang besi katil dengan habuk kayu yang digaul campuran bahan letupan.

Pemuda itu berkata, ketika kejadian beliau sedang memampatkan batang besi kelima, selepas menyiapkan empat mercun sama tanpa sebarang masalah.

“Usaha menghasilkan mercun ini dibuat menggunakan habuk kayu yang dikeringkan sebelum dicampurkan dengan bahan letupan tertentu.

"Saya dan adik merancang menyediakan lima batang mercun untuk dimainkan pada malam berkenaan. Sebelum ini, kami pernah menghasilkan mercun sama tanpa sebarang masalah.

"Bagaimanapun, ketika menyiapkan mercun yang kelima secara tiba-tiba batang besi yang saya pegang sambil memampatkan habuk kayu di dalamnya, terasa panas dan meletup," katanya.

Ketika ditemui dalam rawatan di sebuah hospital di sini, semalam, pemuda terbabit memohon identiti dirahsiakan dan enggan gambarnya dirakam.

Beliau baru menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan automotif di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur pada April lalu.

Katanya, sejurus letupan berlaku, dia melihat tangan kirinya hancur hingga paras pergelangan tangan sebelum mengangkatnya dengan tangan kanan yang turut berlumuran darah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Graduanhancurtangan/Article

PAS selami masalah orang Asli di Rembau

Anak derita tiada lubang dubur
Sinar Harian 2 Sep 2010

MIKU - Sepasang suami isteri tidak menyangka kelahiran anak sulungnya yang baru berumur 10 hari, mengalami kecacatan iaitu ketiadaan lubang dubur.

Nor Khairi Osman, 30, berkata, bayinya mempunyai satu bukaan pada sebahagian usus atau saluran kencing di permukaan atas perut sebagai saluran keluar untuk bahan kumuh seperti najis dan air kencing.

Menurutnya, dia sedih melihat anaknya kerap menangis kerana sakit yang ditanggung terutama ketika isterinya mencuci najis.

Bagaimanapun, Nor Khairi melahirkan rasa syukur kerana anaknya dijangka dibedah November nanti.

“Saya harap anak selamat menjalani pembedahan dan dapat melalui kehidupan normal seperti bayi lain.

“Sebagai ayah sudah tentu saya mahu melakukan yang terbaik untuk anak dan tidak sanggup melihat penderitaan yang ditanggungnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada program bersama Pas Bahagian Rembau di Kampung Orang Asli Pabai, Miku.

Menurutnya, perkara paling membimbangkan mereka suami isteri adalah kos pengangkutan dan makan minum sepanjang berada di hospital kerana anaknya akan dibedah di hospital di Kuala Lumpur.

“Saya dia tidak mempunyai kerja tetap dan hanya melakukan kerja kampung bagi menampung kehidupan kami sekeluarga.

“Mujurlah kos pembedahan ditanggung sepenuhnya pihak hospital. Jika tidak makin bertambah buntu kami suami isteri,” katanya yang berasal dari Pahang dan berkahwin dengan wanita Orang Asli yang memeluk Islam sejak 2003.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, program kali ini fokus terhadap masyarakat Islam orang Asli dalam usaha menyampaikan bantuan dan sumbangan berupa barang keperluan dapur serta wang tunai.

“Saya harap melalui sumbangan ini dapat menceriakan penerima dan menunjukkan keprihatinan kami menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Masyarakat orang Asli memerlukan lebih banyak perhatian supaya tidak ketinggalan dalam pelbagai aspek terutama pendidikan,” katanya.

Menurutnya, masalah yang dihadapi Nor Khairi akan dipanjangkan kepada pihak berkaitan seperti Baitulmal untuk memohon bantuan kos perubatan bagi mengurangkan beban ditanggung keluarga.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8131325.asp

Kepada orang ramai yang ingin membantu mereka yang memerlukan melalui PAS Kawasan Rembau sila hubungi Tn Hj Roni , Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau Tel : 012-2268230
Sumbangan boleh disalurkan melalui Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
Maklumat lanjut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html
Blog Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau http://kebajikanrembau.blogspot.com

20100901

Bunuh diri dalam bulan Ramadhan di Malaysia

Orang Melayu semakin hilang arah tuju, hilang pedoman, hilang iman. 3 juta rakyat Malaysia hadapi masalah mental dengan 50,000 cubaan bunuh diri setiap tahun di Malaysia, sumber http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html . Apa ke tidaknya berita akhbar dan TV saban hari kurang memaparkan keinsafan dan semangat persaudaraan, hanya menanamkan rasa tamak, nafsu makan, nafsu berbelanja dan hiburan, rasa prasangka dan kebencian.

Pagi murung, malam mati
Harian Metro 1 Sep 2010.

PASIR PUTEH: “Ketika hampir waktu berbuka, semua ahli keluarga masih menunggunya balik namun sehingga selepas berbuka saya rasa tidak sedap hati lalu terus mencarinya dan menemuinya dalam keadaan tergantung di rumah bapa saudaranya,” kata xxxxx, 73, bapa kepada xxxxx, 31, yang ditemui tergantung dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Belah dekat Gaal, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pemuda terbabit ditemui bapanya dalam keadaan tergantung dengan tali pengikat lembu diikat pada alang rumah dalam sebuah bilik rumah bapa saudaranya terletak bersebelahan rumah keluarga di kampung terbabit.

Menurut xxxxx, sebelum kejadian, anaknya ceria dan sempat membantunya di ladang serai pada sebelah petang. Bagaimanapun katanya, pagi sebelum itu anaknya dilihat murung dan berbaring di beranda rumah bapa saudaranya itu.

“Pagi tadi (kelmarin) saya ada tanya dia kenapa tidak balik ke rumah, sebab kebiasaannya setiap pagi dan petang dia mesti balik untuk mandi dan kadang-kadang menolong ibunya di rumah.

“Arwah sangat ceria sebelum ini, tetapi saya pelik pagi tadi dia murung dan sebelah petangnya pula dia ke ladang membantu saya memunggah serai untuk dipasarkan di pasar tani,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

xxxxxx berkata, selepas menolong di ladang serai, dia sempat berpesan kepada anaknya supaya pulang awal membantu ibunya.

Katanya, anaknya itu tidak kelihatan apabila mereka sedang bersiap untuk berbuka puasa sehingga selepas itu dia mula berasa tidak sedap hati.

“Selalunya apabila tiba masa untuk berbuka puasa dia akan balik, namun semalam saya pelik kerana tidak balik sehinggalah dia dijumpai mati tergantung,” katanya.

xxxxx berkata, beberapa hari sebelum itu arwah sempat meminta duit dengannya untuk beli baju serta peralatan lain sebagai persiapan awal menyambut raya.

“Saya memintanya bersabar kerana masih belum mendapat kutipan hasil serai daripada peraih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pagimurung_malammati/Article

20100830

Kenangan Solat Jumaat dalam bangunan gereja

Teringat kisah masa di US lebih 20 tahun lalu, di sebuah pekan universiti di bahagian Midwest. Umat Islam di sana pada mulanya tiada masjid apatah lagi surau untuk mengadakan solat jemaah apatah lagi solat Jumaat. Mulanya pihak universiti benarkan guna bilik kuliah untuk dijadikan tempat solat Jumaat sahaja.

Pernah saya kena turn jadi khatib untuk khutbah Jumaat di bilik kuliah universiti.

Sembahyang raya pula buat di padang permainan atau padang rekreasi awam di pekan tersebut.

Lepas tu umat Islam di sana menyewa rumah untuk dijadikan surau/masjid juga pusat Islam. Pernah sekali kami menyewa sebuah bilik dalam bangunan gereja untuk dijadikan masjid dan tempat solat Jumaat selama beberapa bulan. Bilik dalam bangunan gereja ini boleh masuk melalui pintu lain tanpa lalu ruang dalam gereja.

Tapi ada kalanya pada musim sejuk, sebab sejuk sangat, kami lalu saja ruang dalam gereja. Tak ada apa-apa masalah antara pihak gereja dan umat Islam ketika itu.

Akhir sekali umat Islam di sana berjaya membeli sebuah rumah untuk dijadikan masjid.

Kini saya diberitahu rumah tersebut dijadikan Pusat Islam manakala terdapat sebuah masjid baru di pekan tersebut.

Tak ada pula prasangka agama ketika itu, elok saja pergaulan antara Islam dan bukan Islam.

Antara aktiviti yang menarik ketika itu ialah mengajar ilmu Islam dan Al Quran kepada banduan-banduan di penjara di sana yang kebanyakannya Afro American. Mereka begitu berminat untuk mendalami ilmu Islam , tetapi tidak ramai sukarelawan yang istikamah untuk ziarah dan mengajar mereka.

Islam itu indah, indahnya Islam.

Rugilah mereka yang tidak menyebarkan risalah Islam apatah lagi mengamalkannya.

Rugilah mereka yang Islam hanya pada nama.

Mungkin sahabat saya Mohd Nasir Awang di Terengganu ingat lagi kisah nostalgia di atas.

Kuliah Subuh Ustaz Fuad 5 Sep 2010 Seremban


KULIAH SUBUH
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Othman
Tarikh : 5 September 2010 , Ahad
Masa : 6.15 pagi
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang

Semua dijemput hadir

20100829

Menteri kata undang undang Malaysia zalim ? Hudud tidak ?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengatakan hukuman mati ke atas pesalah seperti pengedar dadah dan lain-lain jenayah patut dihapuskan kerana ianya tidak adil. Adakah ianya boleh dikatakan sebagai zalim undang-undang di Malaysia ini ? Mungkinkah akan terbuka hati menteri ini untuk menerima hukum hudud yang digambarkan zalim oleh negara barat tetapi hakikatnya adalah adil ? Hukum hudud ialah hukum dari Allah, tapi hukuman sivil adalah menurut logik akal manusia.

**********************
Sunday August 29, 2010
Abolish death penalty, it’s incorrect to take someone’s life, says Nazri
By RASHVINJEET S.BEDI
rashvin@thestar.com.my


KUALA LUMPUR: It is time for Malaysia to abolish the death penalty, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

“If it is wrong to take someone’s life, then the Government should not do it either. It’s ironic and not correct,” he told Sunday Star.

The de-facto law minister believed there was always the possibility that the accused person was not guilty.

“No criminal justice system is perfect. You take a man’s life and years later, you find out that another person did the crime. What can you do?”

In Malaysia, the death sentence is mandatory for murder and drug trafficking among other crimes. Recently, there have even been calls to classify fatal baby dumping cases as murder.

Nazri pointed out that worldwide, the trend was to abolish the death penalty.

However, he believed a change in the people’s mindset was needed before the law could be amended.

“It has been discussed informally (in the Government) but we don’t have the political will to do it at the moment,” he admitted, adding that the death penalty did not seem to be a deterrent to drug trafficking and murder.

Former High Court and Court of Appeal judge Datuk K.C. Vohrah is also in favour of abolishing the death penalty.

“The law is the law but I wish Parliament would abolish the death sentence because if a mistake is made, it would be irreversible. There are other ways of dealing with heinous crimes,” he said.

Suhakam chairman Tan Sri Hasmy Agam said the commission was against capital punishment and had recommended its removal to the Government.

The Bar Council is also all for doing away with the death sentence.

“It is a form of punishment to exact vengeance but society has to learn to be more compassionate,” said council vice-president Lim Chee Wee, adding that resolutions to abolish capital punishment were made during the council’s AGM in 2006 and 2007.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F8%2F29%2Fnation%2F6893246

Segerakan Fatwa Haram Mercun, Promo dalam Khutbah

Kesian pelajar perempuan di bawah ini. Rasanya pelajar bukan Islam jika tengok dari baju sekolah yang dipakai. Mercun meletup dalam baju sekolah dibaling oleh pelajar sekolah rendah dari dalam bas sekolah. JAKIM minta tolonglah, hentikan budaya entah ajaran sesat mana bulan Ramadhan ialah bulan main mercun, terutama mercun bola. Keluarkanlah Fatwa Haram Main Mercun, kerana banyak mudarat. Ulas perkara ini secara mendalam dalam Khutbah Jumaat.

Kita ada 1 Jumaat sahaja lagi sebelum Idil Fitri.

Minta maaflah adik-adik dan abang-abang polis, nampaknya kena kerja lebih tangkap penjual mercun ini. Tak apa, insyaAllah dapat pahala, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa. Anggaplah kerja menangkap penjual mercun ini sebagai Jihad paling utama.

Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian yang membanteras penjualan mercun dengan kebaikan di akhirat nanti.

***************************
Meletup dalam baju
Sinar Harian 29 Ogos 2010

BANDA HILIR - Seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah dekat sini, cedera di bahagian perut selepas menjadi mangsa mercun yang dilemparkan individu tidak bertanggungjawab ketika pulang dari sekolah.

Lebih mengejutkan, mercun yang dipercayai dibaling budak-budak ‘nakal’ itu dikatakan termasuk ke dalam pakaian seragam sekolahnya sebelum meletup.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana mercun berkenaan tidak meletup kuat tetapi menyebabkan bahagian perutnya melecur, manakala pakaian seragam sekolahnya terbakar sedikit.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kelmarin beberapa meter daripada kawasan sekolahnya.

“Saya dan seorang lagi rakan berjalan ke luar sekolah untuk mencari bahan-bahan tugasan kumpulan sebaik sekolah tamat pada pukul 12.35 tengah hari.

“Sewaktu berjalan, saya sedar sebuah bas sekolah lalu dan seorang murid sekolah rendah membaling sesuatu ke arah kami. Tiba-tiba rakan saya menjerit mengatakan baju saya terbakar,” katanya.

Menurut mangsa, pada mulanya dia tidak menyangka objek yang dibaling itu adalah mercun, tetapi dia sedar selepas terasa panas dan pedih di bahagian perut, sebelum bertindak berlari masuk semula ke dalam kawasan sekolah.

“Saya dapat bayangkan jika mercun tersebut meletup kuat, tidak tahulah apa akan berlaku pada saya," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Dia kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada gurunya dan guru tersebut menghubungi ibunya yang semasa itu sedang bekerja, sebelum ibunya membawanya ke klinik untuk mendapat rawatan.

“Ini pengalaman teruk bagi saya. Walaupun tidak mendapat kecederaan serius, tetapi saya selalu membayangkan jika mercun yang dibalingnya jenis meletup kuat," katanya.

Dia bagaimanapun tidak berniat melaporkan kejadian kepada polis kerana tidak pasti individu yang membaling mercun itu, termasuk nombor pendaftaran bas sekolah terbabit.

“Mungkin dia tak berniat membalingnya pada saya, tetapi nasib saya kurang baik apabila ianya masuk ke dalam baju saya.
“Saya harap sesiapa pun lebih berhati-hati jika mahu bermain mercun atau bunga api," katanya.

Menurutnya, dia berhasrat untuk menyimpan pakaian sekolah yang rosak itu sebagai kenangan dan menyifatkan pakaian tersebut menyelamatkan dia dari cedera lebih teruk.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8117881.asp

29 Ogos, 2010 15:50 PM
Bom Buatan Meletup, Dua Melecur Hampir Seluruh Badan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Dua pekerja siber kafe melecur hampir seluruh badan apabila sebuah kotak yang mengandungi bom buatan sendiri meletup depan sebuah unit rumah di tingkat bawah Apartment Desa Tun Razak, Cheras di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, kedua-duanya, seorang pekerja wanita, diminta oleh majikan mereka untuk mengangkat sebuah kotak misteri yang dijumpai di hadapan rumah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata sebelum itu, isteri kepada majikan tersebut menemui sebuah kotak yang di atasnya diletakkan dua biji limau barli, ketika membuka pintu rumah.

"Wanita itu kemudiannya bertanya kepada suaminya tentang kotak tersebut namun suaminya berkata tidak tahu apa-apa mengenainya...

"Jiran-jiran mereka juga tidak tahu menahu mengenai kotak itu...wanita itu kemudiannya bertindak membuka sedikit kotak tersebut dan mendapati ada bau minyak tanah sebelum memanggil dua pekerjanya untuk mengangkat kotak berkenaan," kata Abdul Rahim kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata dua pekerja itu kemudiannya membuka kotak tersebut sebelum ia meletup dan mengenai kedua-dua mangsa.

Katanya, kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan dan berusia 38 tahun (lelaki) serta 51 tahun (wanita) itu melecur teruk sebanyak 70 peratus dan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

"Hasil pemeriksaan di dalam kotak tersebut, polis menemui beberapa biji mercun bola dan minyak tanah...wanita tersebut bersama suami dan tiga anaknya tidak cedera kerana ketika itu mereka dipercayai berada di dalam rumah.

"Menurut penghuni rumah terbabit, mereka tidak bermusuh dengan sesiapa... kita sedang menyiasat motif sebenar kejadian sama ada ia berpunca dari dendam, khianat atau sebaliknya," kata beliau.

Katanya, akibat letupan kuat itu, cermin tingkap di lima rumah dalam deret yang sama turut pecah.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=524849

20100828

Main Mercun, Halal, Haram, dapat Dosa atau Pahala ?

Syor gubal undang-undang syarak berkaitan mercun
Oleh Mohd Shukri Hanapi. Berita Harian 28 Ogos 2010
MERCUN sudah sinonim dengan musim perayaan kerana setiap kali tiba Ramadan atau musim perayaan, akan ada laporan mengenai kesalahan penyeludupan serta kes kecederaan disebabkan mercun. Cuma, kesalahan berkaitan mercun tidak dikaitkan dengan hukum agama sebaliknya dilihat sebagai jenayah yang perlu dihukum mengikut undang-undang sedia ada.

Salah faham ini perlu diperbetulkan kerana apa juga berkaitan dengan kehidupan, ada tanggungjawabnya di sisi agama.

Tangkapan dan denda saja bukan penyelesai kepada penjualan mercun yang akibatnya apabila mendatangkan bahaya kepada masyarakat adalah menyalahi hukum agama. Apatah lagi jika mercun menjadi penyebab kepada kematian.

Kepentingan atau keperluan umum menjadi keutamaan dalam aspek penggubalan undang-undang sama ada sivil atau syariah kerana matlamat diwujudkan hukuman adalah sebagai garis panduan untuk mengelak daripada terjebak perkara membawa kemudaratan.

Walaupun hukum jelas berkaitan bahaya mercun tidak diperuntukkan secara langsung dalam nas, tetapi kepentingan dan keperluan undang-undang perlu selari dengan kehendak ajaran Islam supaya manusia sentiasa terselamat daripada segala bentuk kecederaan atau penderitaan.

Jadi, undang-undang mengenai mercun adalah kewajipan syarak yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam. Kewajipan syarak ini membawa maksud sesuatu perintah yang apabila dibuat mendapat pahala dan jika ditinggalkan mendapat dosa.

Menjadi satu prinsip penting dalam Islam bahawa sebarang perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain adalah satu dosa.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (harta benda kamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” – (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Allah melarang kita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan, kemusnahan dan penderitaan. Maka, begitu juga dengan bermain mercun boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan di sisi syarak untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan mercun difikirkan mampu menolak kemudaratan yang timbul akibat bermain mercun.

Apabila kerajaan menunaikan tanggungjawabnya dalam perkara ini maka kerajaan mempunyai hak untuk ditaati (khususnya dalam perkara ini) dan menjadi tanggungjawab rakyat pula dari segi syarak mentaatinya.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar yang bermaksud: “Wajib ke atas orang Muslim mendengar serta taat kepada perintah sama ada dalam perkara yang disukai atau dibenci selama mana tidak diperintahkan untuk melakukan maksiat. Sekiranya dia diperintahkan supaya melakukan maksiat maka janganlah dengar dan mentaatinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Bagi mengatasi masalah ini, usaha perlu dilakukan untuk memperbetulkan pandangan masyarakat mengenai kehidupan menurut pandangan Islam iaitu mercun bukan saja salah di sisi undang-undang negara tetapi juga melanggar hukum syarak.

Pendekatan keagamaan wajar digunakan bagi menyedarkan umat Islam kesan mercun yang hanya menjurus kepada keburukan seperti boleh mendatangkan kecederaan selain menyebabkan pembaziran.

Seseorang yang melakukan kesalahan dengan menjual dan memiliki mercun mungkin berjaya melepaskan diri daripada tindakan pihak berkuasa dan pembalasan dunia, tetapi ia sentiasa berada alam pengetahuan Allah.

Penerapan nilai baik termasuk mengelak daripada bermain mercun boleh dilakukan oleh ibu bapa dengan tidak membeli mercun untuk anak mereka sementara guru juga berperanan memberi peringatan serta nasihat kepada pelajar.

Dalam banyak hal membabitkan kepentingan umum, pendekatan agama yang memberi panduan untuk menjalani kehidupan lebih baik berpandukan nilai murni diambil daripada nas al-Quran dan sunnah perlu diberi penekanan.

Mercun bukan permasalahan dunia semata-mata kerana umat Islam akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap apa dilakukan termasuk jika melakukan pembaziran dengan membeli mercun dan lebih teruk jika mendatangkan akibat buruk kepada diri atau orang lain.

Semoga insiden letupan mercun yang meragut nyawa kanak-kanak berusia enam tahun menjadi pengajaran kepada penyeludup, penjual dan pembeli mercun. Kata pepatah, jangan sudah terhantu baru nak terngadah.

Tambahan pada Ramadan digalakkan memperbanyakkan amalan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah, jangan dicemari ibadat puasa dengan perkara yang boleh mengurangkan ganjaran pahala.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syorgubalundang-undangsyarakberkaitanmercun/Article

20100825

Nuke plant in Port Dickson ?


Tue, 24 Aug 2010 13:23
By FMT Staff

PORT DICKSON: The grapevine has it that the coastal town, once a bustling tourist destination but now in the throes of death, could be “nuked” by the government.

Talk is that Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hassan is seriously lobbying Prime Minister Najib Tun Razak to site the country’s first nuclear power plant at the Bukit Kepong Lake here.

Telok Kemang MP Kamarul Baharin Abbas, who visited the lake recently, acknowledged the rumour but declined to comment on it

However, the PKR leader said he wanted to know why the Drainage and Irrigation department (JPS) was demolishing the “passageway” in the 50-year-old water catchment.

“I don’t want to speculate. But I have asked JPS to explain why it is demolishing the passageway which controls the dam and keeps the lake from overflowing and flooding the low lying areas.

“We want JPS to explain their rationale for demolishing the bund when the current rain spell is already causing floods in the low-lying oil palm estates,” he said.

“Once they explain, we will know for a fact what their real agenda is,” he said. adding that it was unlikely JPS was carrying out the demolition work for no reason.

“One thing is for sure, they must have a big agenda if they are demolishing a large dam such a this which has been around since merdeka,” he added.

Ideal location

Rumours of a nuclear plant in PD was first reported by blogger Singalautmetro, who is a veteran journalist.

In a posting, the blogger said Malaysian Nuclear Agency director-general Daud Mohamad’s statement that several locations, including those in Negri Sembilan and Perak, were being considered for the proposed nuclear plant further confirmed speculation about the Bukit Kepong lake.

He claimed that Tenaga Nasional Bhd had been given the responsibility of implementing the project. .

According to him, the lake was unique because it was shaped like a cauldron with a depth of 15 metres from its banks.

Its more than 10 kilometres reserve is capable of preparing at least 80 hectares as required for the nuclear plant. This coupled with the lake’s expansive reach of over 1,000 hectares made it suitable for the plant.

The Tuanku Jaffar power station situated nearby also had the right technical specifications needed to support a nuclear power plant.

Explaining further, the blogger claimed that the lake would eventually be as hot as the 1,000 MW power plant and capable of producing 14,000 to 18,000 MW of energy.

Najib is expected to announce the location of the country’s first nuclear power estimated to cost between RM6.5 billion to RM 9.75 billion in 2012. Construction of the power plant is scheduled to begin in 2015.

http://freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/barisan-nasional/9570-nuke-plant-in-port-dickson

Kaitan Bulan Penuh dan Pesakit Jiwa


Kes sembelih anak di Kelantan berlaku pada 14 Ramadan. Semalam juga di Surau Alamanda, Senawang didatangi seorang asing yang ada tanda pesakit mental. 14 Ramadan memang bulan sedang mengambang. Adakah ada kaitan tindakan luar kawalan pesakit mental 3 hari dan 3 hari selepas bulan mengambang ?

Di negara barat aktiviti sihir yang hebat dilakukan pada kala bulan mengambang.

Oleh itu kita umat Islam di Malaysia ini hendaklah sentiasa kenal haribulan Islam, tahu bila bulan mengambang. Banyakkan beramal, baca Quran dan sebagainya.

Umat Islam khususnya orang Melayu harus hindari amalan sihir dan ilmu hitam.

Polis di Amerika Syarikat mempertingkatkan keadaan berjaga-jaga di kala bulan mengambang, polis di Malaysia tak tahulah, mungkin pada mereka ini tahyul ?

Sila baca artikel di bawah (mana-mana pelajar IPT bidang saikologi mungkin boleh tolong alih bahasa dan jadikan bahan kajian atau tesis) :

More babies born. More crime. More suicides. Now scientists try to explain why we're all... moonstruck

One of the most infamous modern-day "lunatics" is Christopher Gore, a brilliant maths student who, one night in the early Nineties when a full moon hung over the Gloucestershire countryside, took an axe and murdered his parents. He was later questioned over two other murders, both of which had also occurred during a full moon, and given an indefinite sentence in Broadmoor.
http://www.dailymail.co.uk/news/article-431239/More-babies-born-More-crime-More-suicides-Now-scientists-try-explain--moonstruck.html

Rituals on the full moon are very powerful. Many Wiccans believe that the time of the full moon holds the great bounty of Magickal energy, given to Witches by the Mother. This means all the spells you want to do will be stronger. It is also more likely that the results will happen faster. Personally, I believe that each cycle of the moon holds the same amount of energy but just attuned to different types of Magick. As the Mother strides the wall between youth and old age, the full moon is the best time for general Magick.
http://hearthwitch.tripod.com/full.htm

DARK SIDE OF THE MOON..
Jun 7 2007 By Samantha Booth

COPS have discovered the number of disturbances and violent crimes increased during full moons.
And, as the Record revealed yesterday, Inspector Andy Parr's Sussex force have put more bobbies on the beat when the moon's at its brightest.
Parr insisted "There is definitely a trend. With each full moon, the number of disturbances recorded increased significantly."


Of the eight murders committed by New York's infamous "Son of Sam", David Berkowitz, in 1977, five were during a full moon.
http://www.dailyrecord.co.uk/news/editors-choice/2007/06/07/dark-side-of-the-moon-86908-19258625/

Sembelih anak, ada 3 juta orang gila di Malaysia

Nampaknya Bala Gila dan Sakit Mental di Malaysia ini kurang mendapat perhatian. Sebelum ini saya ada menulis artikel betapa serius ini penyakit ini dan ianya boleh menjadi wabak bala baru umpama bom jangka. Kes sembelih anak di Kelantan bukan kes baru dan mungkin bukan yang terakhir.

Artikel saya sebelum ini ada 3 juta pesakit mental dan betapa seriusnya kes sakit mental, gila dan bunuh diri di Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Semua pihak harus memainkan peranan terutama media. Media sekarang ini terlalu melalaikan, membuat provokasi penyokong parti untuk membenci antara parti yang lain.

Media terutama TV dan akhbar perlu menyeru orang ramai terutama umat Islam kembali kepada Al Quran sepenuhnya, bukan kembali ke Bazar Ramadan sepenuhnya.

Semarakkan masjid, penuhkan masjid, solat jemaah di masjid sepanjang bulan, bukan bulan Ramadan sahaja.

Sebelum ini Ustaz Zakaria Talib dari Rembau berkata , sekarang in terlalu banyak kekacauan, antara puncanya ialah terlalu banyak sihir dan ilmu hitam. Justeru dia menyeru kepada semua umat Islam banyakkan beramal, banyakkan baca Al Quran, di rumah, di masjid, di surau, di stesen bas ketika menunggu bas dan sebagainya.

Malam tadi pun di Surau Alamanda , Senawang didatangi oleh seorang pemuda Melayu yang tampan dan diri terurus yang belum pernah nampak sebelum ini tapi seperti seorang pesakit mental. Keliling surau, tapi tak sembahyang, kejap petik buah kelapa, bawa keliling surau. Jemaah suruh semua budak-budak masuk surau untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Saya menghubungi polis. Tidak lama kemudian datang 2 anggota polis menaiki kapcai. Polis tanya pemuda tadi mana IC, ditunjuknya kertas berlipat itu Icnya. Tanya tinggal kejap kata Rahang, kejap kata entah mana. Tanya nama, diberi nama perempuan.

Polis tadi kata susah kes ini, sebab dia tak kacau orang, nak bawa balai pun atas kes apa, nak panggil hospital pun tak boleh sebab dia tak kacau orang. Itu ialah prosedur mereka. Akhirnya polis tadi atas inisiatif dia sendiri bawa pemuda tadi pergi makan.

Nampaknya prosedur polis, kementerian kesihatan dan hospital pun tak jelas dalam kes orang sakit mental ni. Tunggu orang sakit mental tadi bunuh atau sembelih atau hentak kepala budak dan sebagainya baru boleh bawa ke hospital dan sebagainya.

20100824

Petai Makruh, Petai Haram, Cempedak Halal


Ayah saya ada sikitlah dusun berhampiran Gunung Datuk, Kg Batang Nyamor, Rembau. Adalah petai 1-2 pokok, cempedak 1-2 pokok, durian beberapa batang. Dusun ni memang ayah jaga, selalu ditebas dan tiada semak.

Hasil dusun dikongsi , tidak dijual. Makan sekeluarga dan dikongsi dengan kera, monyet, tupai dan PENCURI. Baru-baru ni PENCURI ambil semua petai dan cempedak. Sebenarnya banyak PETAI di Rembau ini , kalau pemilik dusun alpa sikit ianya akan dicuri. Yang curi ini orang MELAYU.

Jadi berhati-hatilah kepada mereka yang membeli PETAI di REMBAU, jangan bersubahat dengan PETAI CURI. Petai ni makruh, tapi kalau dah PETAI CURI, Entahlah.

Masalah orang Melayu REMBAU pemalas , hanya suka curi buah orang di dusun ni, rasanya berlaku di mana-mana. Orang MELAYU malas nak usaha kebun, hanya rajin curi hasil kerja titik peluh orang macam ayah saya yang dah berumur 73 tahun, sedangkan pencuri tadi sihat lagi , muda lagi.

PUNCA nak tak tahu kenapa ? SEBABNYA orang Melayu dah tak tahu apa itu Dosa dan Pahala , apa itu Syurga dan Neraka. Masjid-masjid di Rembau dan seluruh Negeri Sembilan ini banyak yang nak mati, yang ada imam tua yang bacaan pun susah nak dengar.

Pengerusi Majils Agama Islam Negeri Sembilan tak risau ke akan ditanya di akhirat nanti apa usaha tuan untuk mengimarahkan masjid di Negeri Sembilan ini. Macamana nak ajak orang kampung ke masjid ajar mengenal dosa dan pahala, syurga dan neraka supaya gejala BALA WABAK mencuri buah di Rembau dan seluruh Negeri Sembilan ini dapat dikurangkan dan agar orang ramai yang beli buah dan petai tepi jalan di Rembau tidak terlibat dalam membeli buah yang ada unsur syubahat ?

Bagi saya mudah, lagi banyak pencuri ini curi buah, lagi banyak boleh tuntut semula di akhirat dari pencuri buah tadi. Tapi kesian juga, pencuri tadi tak kenal dosa dan pahala kerana masjid di Negeri Sembilan makin mati. Kalau boleh nak tengok pencuri tadi insaf dan sama-sama masuk syurga.

Nak harapkan hukum hudud, entah bila akan terlaksana di Malaysia ini.

Kalau yang menentang hukum hudud itu bukan Islam , biasalah. Takkan kita nak suruh orang bukan Islam sokong hukum hudud, lebih baik kita ajak dia masuk Islam.

Apa guna kita bersorak gembira orang bukan Islam sokong hudud, tetapi mereka tidak mendapat hidayah Allah, yang menyebabkan mereka saudara sebapa dengan kita iaitu Nabi Adam tidak mendapat rahmat Allah di akhirat nanti.

Tapi yang peliknya orang Islam yang tak sokong hukum hudud.

Raya Puasa Sehari saja, selebihnya adakah Bidaah ?

Hari Raya Idil Fitri hanya sehari sepatutnya. Selebihnya sepatutnya tidak dipanggil Hari Raya Idil Fitri, cendekiawan Islam sepatutnya memberikan istilah lain untuk mengelakkan perayaan dan persiapan hari raya Idil Fitri yang melampau. Tapi Melayu ni faham perayaan Islam terbalik, Hari Raya Haji atau Idil Adha yang sepatutnya dirayakan 4 hari hanya dirayakan 1 hari dikebanyakan tempat.

Itu yang jadinya suami isteri bergaduh kalau kahwin jauh-jauh nak balik raya mana, sebab tak faham konsep Idil Fitri dan Idil Adha. Nak ziarah sepanjang bulan Syawal boleh, berilah istilah lain, bukan Raya Kedua, Raya Ketiga, Raya Keempat dan sebagainya. Rasanya tak pernah jumpa dalam kitab , Raya Kedua Idil Fitri. Mungkin kena guna istilah lain Ziarah Syawal, Makan makan Syawal, perjumpaan Syawal, Raya Melayu dan sebagainya.

Malaysia pula satu hal, cuti umum Idil Fitri 2 hari, cuti umum Idil Adha hanya 1 hari.

Serangan Bom Mini dan Tahi di Surau dan Masjid


Kadang-kadang sedih tengok orang Melayu kita ni. Harapkan siak untuk menjaga kebersihan surau dan masjid. Juga harapkan siak untuk tegur anak-anak yang buat bising dan main mercun bola atau bom mini di perkarangan surau dan masjid terutama di bulan Ramadan.

Bab kebersihan pula, cubalah tengok tandas di kebanyakan surau dan masjid kita. Contoh macam surau tempat saya di Taman Alamanda, Senawang. Adakalanya sampai keras tahi tu, tak tahulah budak-budak ni nak pam, terpaksalah berus dan jirus dengan air agak lama nak bersihkan.

Adakalanya pula budak-budak ni berak pula tempat ambil wuduk, agaknya tandas penuh dan tak tahan lagi, tak tahu pula nak jirus bersih-bersih.

Perkara ini nampak kecil, tapi dah jadi macam lumrah di mana-mana surau atau masjid.

Apa salahnya kita ibu bapa nasihat anak-anak kalau pergi surau jangan buat bising, jangan buat sampah, kalau pergi bilik air , jirus dan pam betul-betul.

Apa salahnya juga kita ibu bapa kalau pergi surau atau masjid , nampak sampah atau tahi cicak tolong buang. Nampak tandas tak jirus, tolong jirus. Kalau tukar diapers anak tu masukkan dalam beg plastik, buang dalam tong sampah, bukan main campak atas lantai tandas masjid atau surau.

Kalau kita harapkan siak, rugi kita. Siak berapa sangat elaun, kalau siak surau langsung tak ada elaun, sukarela. Kalau siak yang kerja full time di kilang, pergi kerja 6 pagi balik rumah 6 petang lagi haru, hujung minggu jelah boleh jenguk-jenguk tandas surau.

Kalau kita buat kita dapat pahala. Kalau buat dalam bulan Ramadan lagi banyak dapat pahala.

Marilah kita sama-sama imarahkan surau dan masjid. Sama-sama jaga kebersihan surau dan masjid. Sama-sama nasihat anak-anak kita.

Nak harapkan media, media sibuk hendak melaga-lagakan sesama kita, lagakan UMNO dengan PAS, lagakan UMNO dengan PKR, lagakan Melayu dengan Cina. Sedangkan Islam suruh kita berkasih sayang.

Tapi masjid , media tak nak suruh orang Melayu berkorban mempertahankan kesucian dan kebersihan masjid dan surau dari dicemari oleh BOM MINI dan BERAK anak-anak kita.

Kuliah Subuh Us Nazri Yusof 29 Ogos 2010 Senawang


KULIAH SUBUH
Tarikh : 29 Ogos 2010
Hari : Ahad
Masa : 6.15 pagi
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Nazri Yusof

Semua Dijemput Hadir

Zakat Sekolah Rendah Islam boleh tolak income tax

Mereka yang ingin menyumbang dalam bentuk zakat ke Sekolah Rendah Islam As-Saidiyyah , Seremban, bolehlah menyertai Projek Zakat As-Saidiyyah 2010. Sumbangan boleh ditolak cukai pendapatan sepenuhnya.

Maklumat lanjut di http://puspa-ns.blogspot.com/2010/08/projek-zakat-as-saidiyyah-2010.html

Jus Kesihatan Mona Vie dan Pelbagai


Menjual produk kesihatan :
1. Monavie ( http://www.monavie.com/ )
2. AcaiFiber (http://www.ecofirst.com/ )

Juga menjual buku agama, komik agama/tauhid, berita dari negara-negara Islam, Tafsir a-Qur'an, Sejarah Para Nabi, Sejarah Dunia Islam, buku-buku Harun Yahya.

Hubungi Cikgu Halim 016-9101035 / 010-3123061 , e-mel myvimarmara@gmail.com

APA ITU JUS MONA.VIE ?

MONA.VIE adalah jus kesihatan yang diproses daripada 19 jenis buah-buahan terbaik dunia. MONA.VIE baru berada di Malaysia pada awal Mac 2010.

Berdasarkan R&D yang dijalankan, MONA.VIE diproses menjadi jus minuman berkhasiat asasnya untuk mencegah kanser (samada monavie unggu, merah atau hijau).

Tetapi setiap MONA.VIE ini ada mengandungi buah2 tambahan yang ada khasiat lainnya; bagi unggu untuk melawaskan pembuangan air besar atau pembuangan toksit dalam badan serta pembaikan usus.

Warna merah untuk membebaskan diri dari kandungan kolestrol dan pencegahan serangan jantung dan lelah.

Warna hijau pula baik untuk sakit sendi serta pemulihan sel-sel.

Beberapa laman web berkaitan khasiat dan testimoni Jus Mona Vie di bawah :
http://farmasi.mymonavie.com/
http://acai19power.blogspot.com/
http://nienashalimmonavie.blogspot.com/

53 tahun Merdeka, Rakyat makin tak beradab

Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Tapi masih ada rakyat yang tidak beradab dan berperikemanusiaan di jalanraya. Media harus memainkan peranan membentuk masyarakat yang berkasih sayang bukan masyarakat yang hidup sendiri, berdendam, hasad dengki, mengejar kemewahan dan hiburan semata-mata.

Dua berita yang memalukan , mengerikan dan menyedihkan di bawah. Seorang penumpang kereta maut apabila batu bata dipercayai dibaling oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ketika melalui Jalan Klang-Banting pada jam 12.20 pagi 22 Ogos 2010.

Yang kedua mangsa kemalangan motosikal di Batu Pahat telah dirompak beg duit dan barang kemas pada 21 Ogos 2010.

*************************
Car passenger killed by brick
New Straits Times 24 August 2010

KUALA LANGAT: A car passenger was killed after a brick was thrown at him through the front windscreen along Jalan Klang-Banting early yesterday.
The brick struck Lau Wai Keong, who was seated in the front passenger seat, in the chest, causing internal bleeding.

The driver of the car, Lim Liang Hooi, was unhurt. He told police that he did not see who threw the brick.

The incident occurred at 12.20am when both men were on their way back from work to their homes in Petaling Jaya in a Proton Satria.

The brick was thrown just as the car approached a petrol station at Km21 of Jalan Klang-Banting near Sungai Jarom.

Lau was believed to have suffered several broken ribs. He died at Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang.

Kuala Langat police chief Superintendent Nordin Manan said the case was classified as murder.

Police are waiting to question Lim further as he was the sole witness to the incident.

"The area was dark and Lim claimed he did not see who threw the brick," Nordin said.

He urged those with information on the case to contact the Kuala Langat police station at 03-31872222.

Meanwhile, Lim was reported to be in a state shock over the incident. His wife said yesterday her husband had not spoken since the incident as he was distressed at the sudden death of his colleague.

http://www.nst.com.my/nst/articles/15liz/Article

***********************
Bukannya simpati, dua beranak mangsa kemalangan dirompak
Utusan Malaysia 24 Ogos 2010

PADA petang Sabtu, 21 Ogos lalu, satu kemalangan berlaku di satu simpang empat berhampiran rumah saya di Batu Pahat.

Kemalangan berlaku antara sebuah MPV Avanza dengan sebuah motosikal.

Ketika saya dan suami keluar untuk melihat kemalangan itu, orang ramai telah mengerumuni mangsa iaitu seorang lelaki bersama anak perempuannya.

Lelaki dan anak perempuannya tidak sedarkan diri walaupun masih kelihatan bernafas, anak perempuan mangsa mengalami luka di bahagian kepala.

Oleh kerana ambulans tidak sampai-sampai, saya cadangkan suami agar menghantar mangsa ke hospital. Sebelum itu saya telah bertanya kepada salah seorang yang membantu mangsa di mana barang-barang berharga mangsa seperti beg atau dompet, tapi dengan selamba lelaki itu memberitahu saya bahawa barang-barang itu telah diambil oleh abang mangsa, sambil menunjukkan kepada saya seorang lelaki yang berkemeja-T putih menaiki motosikal.

Ketika itu tidak terbayang saya akan kemungkinan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku kerana pada tanggapan saya semua orang yang berada di tempat kejadian itu benar-benar ikhlas hendak membantu apa lagi di bulan Ramadan ini.

Namun kenyataannya ialah ketika sampai di hospital lelaki yang menjadi mangsa kemalangan itu mula sedarkan diri dan bertanya kepada suami saya di mana dompet duitnya.

Nasib menyebelahi lelaki itu kerana telefon bimbitnya masih ada di saku seluarnya dan baru hendak menghubungi keluarganya. Apa yang masih menjadi tanda tanya ialah ke mana hilangnya dompet dan beg tangan anak perempuan mangsa itu?

Namun saya masih berharap, 'abang' mangsa seperti yang diberitahu kepada saya semasa berada di tempat kejadian akan muncul di Hospital Daerah Batu Pahat, jika benar lelaki itu benar-benar abang mangsa. Suami hanya menghantar mangsa dan pulang ke rumah selepas itu.

Semalam, saya bercadang menziarahi mangsa kemalangan itu di hospital, namun apa yang menyedihkan ialah mangsa telah meninggal dunia pada pukul 5.30 petang semalam kerana kecederaan dalaman sementara anak perempuannya masih berada di hospital kerana patah paha.

Suami menziarahi anak mangsa dan menurutnya, rantai leher yang dipakainya juga hilang, selain daripada dompet duit Allahyarham ayahnya dan beg tangan kepunyaannya.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah mengapa ada manusia yang sanggup melakukan perkara seperti itu, memberi bantuan tetapi dalam masa yang sama menggunakan kesempatan dengan 'merompak' orang-orang yang tidak berdaya seperti mangsa kemalangan tersebut.

Saya merayu sangat-sangat kepada yang telah melakukan 'rompakan' tersebut, sedarlah di bulan Ramadan ini orang lain berebut-rebut untuk memperbanyakkan amal jariah dan pahala tetapi anda pula sebaliknya.

Sesungguhnya Allah melihat apa-apa yang kamu kerjakan dan ingatlah walau sebesar zarah pun perbuatan baik yang kita lakukan akan Allah balas apa lagi jika kita melakukan dosa sebesar itu.

AISAH
Batu Pahat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

20100823

Nak tahu kenapa mercun bola bahaya, boleh putus jari ?


TV sekarang ni sibuk dengan persiapan raya dan Bazar Ramadan. Kurang beri perhatian pendidikan mengenai bahaya mercun bola. Bahkan ramai ibu tidak tahu apa itu mercun bola dan kenapa ianya bahaya. Para ibu terutamanya perlu tahu bentuk mercun bola dan beri penerangan kepada anak-anak kenapa mercun bola ini bahaya, boleh menyebabkan jari putus, mata buta, telinga pekak dan paling teruk membawa maut.

TV janganlah sibuk dengan makan je bulan puasa ni, sampai Buletin Utama, berita TV1 pun cerita pasal makan siang malam.

Cubalah buat segmen mengenai bahaya mercun.

OK, untuk kaum ibu, mari belajar mengenai mercun bola dan ajar anak-anak bahaya mercun bola, kerana kaum bapa ini selalunya tak boleh harap, dia yang beria-ia beli dan main mercun.

Baik, mercun bola ini bentuk bulat macam bola bersaiz duit siling 20 sen atau 50 sen.

Ada sumbu sepanjang 1 inci. Mercun bola ini berwarna-warni dan diperbuat daripada plastik. Nampak menarik macam permainan.

MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS. PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP.

LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU :
1. SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR
2. BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR PANTAS DAN MELETUP.

MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN !!!!

BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN BOLA !!!

Dalam segmen TV tadi buat sedikit demo mercun bola ni, letak pada buah tembikai tengok macamana tembikai tadi pecah. Atau pada daging ayam, tengok serpihan plastik mercun bola tadi masuk dalam daging.

PENDIDIKAN ADALAH PENTING DALAM PENCEGAHAN !!!

TAK NAK KELUAR FATWA KE , APA HUKUM MAIN , MENGEDAR , MENJUAL , MEMBUAT MERCUN BOLA NI ?