KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120207

Dilema solat Jumaat di Malaysia sebuah negara Islam



Sekarang ini waktu Zuhur masuk agak lewat. Jumaat minggu ni, 10 Feb 2012, waktu Zuhur masuk jam 1.29 ptg di Seremban. Saya ni pekerja swasta, kalau hari Jumaat , rehat tengaharinya pukul 12.45 tgh hingga 2.30 ptg. Tepat jam 12.45 tgh, mula keluar tempat kerja, terkejar-kejar cari makanan dan makan.

Jam 1.15 ptg terkejar-kejar cari tempat letak kereta, kalau letak dekat kawasan masjid, susah nak keluar, ada yang parking berlapis. Kenalah parking jauh dari kawasan masjid. Minggu lepas jam 2.10 ptg baru habis solat Jumaat.

Sesudah salam, doa sendiri, terus keluar masjid. Lebih dari separuh jemaah di Masjid Bandar Baru Senawang keluar masjid pada waktu yang sama dengan saya.

Terkejar-kejar pula ke tempat letak kereta, terpaksa bersabar tunggu kereta keluar simpang satu demi satu.

Tepat jam 2.30 ptg sampai ke tempat kerja. Kekadang lewat 5 minit, kekadang lewat 10 minit, tengok keadaan trafik.

Begitulah rutin mingguan saya dan kebanyakan pekerja lain di Malaysia pada ketika ini, sebuah negara Islam, setiap kali solat Jumaat.

Kepada Para Editor Teks Khutbah Jumaat dan Para Khatib sila baca artikel saya sebelum ini bertajuk : Khutbah Jumaat Perlu Tekan Isu Sakit Mental di
http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kan bagus kalau ada pihak anjur cuti hari jumaat, umat islam ramai lebih 50% tambah pulak ugama hindu banyak upacaranya pada hari jumaat, dan kalau ada kempen cuti hari jumaat dan kerja hari ahad, tak kan ramai tak setuju? umat islam dan hindu dah bentuk majoriti dalam undian....