KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120203

Kini 12 peratus rakyat Malaysia sakit mental



Sebelum ini saya menulis 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, bermakna hampir 3.3 juta orang dengan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia. Laporan terkini 12 peratus rakyat Malaysia berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Ini satu masalah yang besar yang boleh mengancam akidah. Khutbah Jumaat perlu lebih serius mengutarakan isu ini di kalangan para jemaah seperti yang saya tulis di
http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html

12 peratus rakyat Malaysia hadapi masalah mental: MPA
3 Feb 2012

SUNGAI PETANI: Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Dr Abdul Kadir Abu Bakar berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

"Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak...kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.

"Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami...dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah," katanya.

Beliau berkata terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. – BERNAMA

http://www.hmetro.com.my/articles/12peratusrakyatMalaysiahadapimasalahmental_MPA/Article

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

simpan la perasan tuuu.....cuba keluar ke jalanraya.......pas tu main la awek boyfriend....padahal budaya melayu dengan meminangnya, berkahwin & bela anak cucu hingga ketua. baru ikut fitrah akal?tak gitu...

Tanpa Nama berkata...

Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan