KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061107

Ada siapa boleh bantu Makcik ni dikejar Along ???

Assalamualaikum,

Saya menerima permohonan bantuan daripada Ustaz Mohd Azmi bin Ismail, dari Masjid Jamek Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan. Seorang makcik telah menulis surat kepada beliau merayu menyelesaikan masalahnya, dikejar ceti Along kerana buat pinjaman untuk berniaga kecil-kecilan, lagi 2 hari akan dihalau rumah kerana sewa rumah sebanyak RM 150 sebulan telah tertunggak, anak-anak sejak buka sekolah lepas raya ni dah tak pergi sekolah kerana tidak mampu.

Makcik ni namanya Pn Zainah tinggal di Bahau, dan berniaga kedai makan di Kedai Majlis Daerah di Taman ACBE Bahau. Beliau telah berpisah dengan suami 2 tahun sudah, tetapi biasalah, bekas suami tak beri nafkah. Anak dalam tanggungan ada 3 orang, perempuan tingkatan 3, lelaki tahun 1, dan lelaki di tadika. Ada seorang anak lelaki baru diberhenti kerja. Beliau buat pinjaman untuk berniaga dari Along sekitar RM 2000.

Sewa kedai Majlis Daerah tertunggak 7 bulan, RM 130 sebulan tak masuk tunggakan api air. Bagaimanapun pihak Majlis bertimbangrasa , beritahu makcik tadi boleh terus berniaga kerana kesian. Makcik tu pun ada jumpa JKKK dll untuk minta rumah PPRT, mereka jawab mungkin bulan Julai 2007 baru boleh dapat.

Sesiapa rakyat Malaysia yang prihatin, terutamanya orang Melayu Islam yang ingin membantu bolehlah menghubungi Pn Zainah di talian 017-6266915 . Untuk pengesahan juga boleh menghubungi Us Mohd Azmi Ismail 013-3031703, 017-3793731