KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061116

Ibadah Qurban 1427 H Untuk Mustad’afin Sabah & Sarawak

Yayasan Amal Malaysia mempelawa kepada muslimin sertamuslimat menyertai ibadah Qurban & Aqiqah 1427 H untuk golongan mustad'afin di seluruh Malaysia, khususnya masyarakat Islam di Sabah dan Sarawak.

Bayaran untuk satu bahagian Qurban atau Aqiqah ialah RM 350.00. Untuk bahagian Qurban konsep pembahagian daging mentah akan dilaksanakan. Manakala bahagian yang diniatkan aqiqah akan dibuat masakan untuk jemaah masjid atau kampung yang terlibat.

InsyaAllah kami akan menyampaikan korban & aqiqah tuan/puan kepada mereka yang memerlukannya sebagaimana dihajati. Kami juga berpengalaman mengendali program seumpama ini di Aceh, Kemboja, Pakistan dan lain-lain tempat. Sasaran program kali ini ialah 1000 keluarga dengan agihan 4 kilogram untuk setiap keluarga

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud: "Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu bahagiakan dirimu dengannya." (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi wakil kami:

Dr. Rani 019-3951222 Ust Misbah 019-5557628 (Perak) Haji Azmi 019-2568820 (Sel) Ust Bob 013-9354843 (Tganu) Johari 019-9844767 (Pahang) Halim 019-5232961 (Penang) Kamis 012-4779100 (Perlis) Rahman 017-3817040 (Wilayah) Ust Nordin 013-3295079 (melaka) Sufian 013-3589328 (Negeri 9) Hj Rafi 019-7571316 (Johor) Abd Azeez 012-8817955 (Sarawak) Hj Khairan 012-8272417 (Sabah)

Pembayaran boleh dibuat melaui Akaun AMAL : 553010122090 (Maybank Malaysia Berhad) kemudian sms @ email ke alamat berikut :

YAYASAN AMAL MALAYSIA (AMAL)
AMAL FOUNDATION OF MALAYSIA
PEJABAT HUBUNGAN LUAR:
133-3A JALAN SBC TAMAN SRI BATU CAVES 68100 BATU CAVES
TEL & FAX: +603-61874382

Web: www.amalmalaysia.net Email: info@amal.malaysia.net

BORANG PENYERTAAN

Nama :
Alamat :
Tel / E-mail :
Nama peserta korban/aqiqah :
LAFAZ AKAD
"Bismillahirrahmanirrahim"
Saya dengan ini mewakilkan ...........................................untuk menyempurnakan ibadah Qurban/Aqiqah bagi ..................../dan nama di atas bagi tahun 1427 Hijrah kerana Allah Taala.

.....................................
Tandatangan peserta/wakil


LAFAZ PENERIMA AMANAH

Saya .................................................mewakili YAYASAN AMAL MALAYSIA dengan ini menerima amanah untuk mengurus dan menyempurnakan ibadah Qurban/aqiqah untuk beliau/ahli keluarga/peserta qurban berkenaan seperti nama di atas bagi tahun 1427H kerana Allah Taala dan menerima cek/wang tunai bernilai/sebanyak RM................ dari beliau untuk tujuan diatas dan sekiranya ada wang lebihan dari bayaran tersebut ianya akan digunakan untuk tujuan kebaikan ummah.