KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061106

Wanita Melayu Gadai Barang Kemas Bantu Rakyat Palestin

Baru-baru ini saya menerima RM 1,000 dari seorang muslimat. Dia kata dia gadaikan barang kemasnya di Ar Rahnu. Tujuannya adalah untuk membantu umat Islam di Palestin yang kebuluran, dibunuh setiap hari seperti binatang oleh pengganas nombor satu dunia rejim zionis israel yang disokong amerika syarikat. Saya serahkan wang tersebut kepada salah satu NGO yang berdaftar di Malaysia yang terlibat secara langsung membantu pelarian Palestin.

Saya menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia ini , agar berkorban apa yang ada untuk membantu umat Islam di Palestin. Kalau dah habis semua wang simpanan dan harta barulah kita berdoa dan berserah pada Allah.

Hari-hari kita mendapat berita kes ragut, kes rompakan, pecah rumah, dimana banyak barang kemas dicuri. Alangkah baiknya barang kemas yang tidak dipakai, wang simpanan yang menjadi rebutan anak cucu, diberikan untuk membantu rakyat Palestin dari dibiarkan diragut, dicuri dan dirompak.

Mereka yang ingin membantu rakyat Palestin pilihlah mana-mana persatuan yang banyak terdapat di Malaysia ini Aman Palestin, JIM, ABIM, AMAN Malaysia, Yayasan Amal dan banyak lagi.

MALAM AMAL PALESTIN anjuran RICOI
JAMUAN MAKAN MALAM dan Ceramah olih Dr. Chandra Muzaffar - "WHAT HOPE PALESTINE?"
BERSAMA KITA BANTU RAKYAT PALESTIN

1 Disember, 2006
Dewan Al Malik Faisal, UIA (Pusat Matrikulasi), Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Sila hubungi Urusetia RICOI:
Talipon: 03-77273092(Pejabat)
H/P: 013-2284349(Anwar), 012-6986057(Adam), 013-375268(Norman),
019-3172160(Ustaz Muhammad), 019-3141400(Hafsah), 013-3595740(Sakina)