KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061120

Pusat Pendidikan Islam An-Nuur Hangus Terbakar

Pusat Pendidikan Islam An-Nuur, atau lebih dikenali dengan nama Pondok An-Nuur telah ditimpa musibah kebakaran pada 17.11.2006 (Jumaat) jam 1.15 ptg. Ketika kejadian pelajar-pelajar lelaki sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaami' Kg Kuala Penor, Kuantan, Pahang.

Bangunan yang terbabit ialah, bangunan asrama lelaki, kantin lelaki, pejabat pentadbiran, bilik kelas dan bilik kediaman guru-guru bujang. Kerugian keseluruhan dianggarkan sekitar RM 400,000.00.

Muslimin dan muslimat diharapkan dapat menghulurkan bantuan segera, khususnya untuk membangunkan semula bangunan-bangunan yang musnah dalam kejadian tersebut, bagi kegunaan pelajar-pelajar pada tahun hadapan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Pondok An-Nuur atas nama "Pondok An-Nuur" (BIMB) 9010021868-01.

Rebutlah peluang ini untuk anda membantu anak-anak Islam meneruskan pengajian mereka. Kebajikan tersebut adalah amal jaariah anda untuk bekalan di negeri yang kekal abadi.

Muslimin dan muslimat yang berhasrat membangunkan seluruh bangunan asrama akan kami namakan asrama tersebut dengan nama anda atau ibu-bapa anda yang telah meninggal sebagai tanda amal jaariah anda yang berpanjangan. InsyAllah.

Yang benar
Ustaz Mokhtar bin Senik
Pengerusi pentadbiran An-Nuur & Atiq
( Akademi Tahfiz dan Ilmu-ilmu Al-Quraan).

Untuk maklumat lanjut dan pengesahan sila hubungi Us. Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi , Tel : 019 916 8182 , e-mel tantawi22002@yahoo.com