KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20061104

Jemputan Ibadah Qurban 1427 H Masjid Senawang

Assalamualaikum,

Kepada semua ahli kariah Masjid Bandar Baru Senawang yang merangkumi Taman Desa Ixora, Taman Desa Flora, Taman Teratai, Taman Kobena, Taman Widuri Indah, Taman Senawang Indah, Taman Desa Anggerik, Taman Jasmin, Taman Alamanda, Taman Desa Dahlia, Taman Satria, Taman Desa Melor dan Taman Bandar Senawang adalah dipelawa untuk menyertai Ibadah Qurban Masjid Bandar Baru Senawang 1427 H.

Urusan qurban akan diadakan pada hari Ahad 10 Zulhijjah 1427 H bersamaan 31 Disember 2006 selepas Solat Idil Adha.

Bayaran setiap bahagian qurban ialah RM 300 sahaja.

Borang penyertaan qurban boleh didapati di Pejabat Masjid Bandar Baru Senawang atau Surau dibawah qariah Masjid Bandar Baru Senawang.

Borang serta bayaran qurban hendaklah diserahkan kepada Imam, Bilal atau Siak Masjid Bandar Baru Senawang pada atau sebelum Jumaat 24 Zulkaedah 1427 H bersamaan 15 Disember 2006.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Nazir Masjid Bandar Baru Senawang , Tn Hj Osman Ujang di talian 012-9170816