KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090131

Majlis Puisi Untukmu Palestin 7 Feb Dataran Seremban

Program Pembacaan Puisi Amal 'Untukmu Palestin'
Sabtu 7 Feb 2009
Jam 8:30 malam
Tempat : Dataran Seremban
Bersama : Datuk Dr. Mohd. Rosli Saludin, Roslan Madun, Siti Salbiah, Roslee Mansor, Izle Ismail, Silahudin Ahmad dan Shafri Othman.

Anjuran Persatuan Karyawan Negeri Sembilan (Karyawan NS)

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut SINI

20090129

Seminar Pembinaan Ummah 7 Feb KL

Seminar Pembinaan Ummah dan Membasmi Murtad
Sabtu 7 Februari 2009
Masjid Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur

Anjuran : JAKIM, JAWI, Yayasan Sofa N.Sembilan, UIA, MRC, FSCC

Maklumat lanjut di laman web Yayasan Sofa Negeri Sembilan http://yayasansofa.blogsome.com

Guru terkejut empat tayar kereta lesap di HTJS


Kosmo 29 Jan 09
SEREMBAN – Sudahlah ayah terlantar di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini, ibu pula tidak sihat, kini hati pula sakit.

Demikian keluh seorang guru, Nurul Afida Ibrahim, 27, apabila keempat-empat tayar kereta Kia Spectra miliknya ‘ghaib’ di kawasan letak kereta HTJS awal pagi semalam.

“Saya sangat terkejut apabila lihat keempat-empat tayar kereta saya hilang dan digantikan dengan batu bata ketika nak pergi kerja kira-kira pukul 6.40 pagi tadi (semalam).

“Saya berada di hospital menemani ayah yang terlantar di Unit Rawatan Rapi semalaman kerana emak tak berapa sihat,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau yang merupakan anak tunggal menambah, ayahnya mula masuk wad pada Rabu lalu disebabkan paru-paru berair.

Bercerita lanjut, beliau tidak menyangka sama sekali kejadian itu berlaku kerana kereta berkenaan diletakkan di bawah lampu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

20090128

Pakcik di Seremban ini lebih mulia daripada kita

Mungkin pakcik yang berusia 80 tahun dari Seremban ini jauh lebih mulia di sisi ALLAH daripada kita semua. Satu kisah pengajaran untuk kita semua , untuk anak-anak kita, untuk umat Islam , untuk orang Melayu.

**************************
Mohd Yunus 80 tahun dari Seremban berhijrah ke negara ini dari India bersama bapanya pada tahun 1947.

Bekerja mendobi sejak menjejakkan kaki di Malaya.

Hidup Yunus sangat sederhana "kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang"

Apabila disyorkan beliau memohon bantuan daripada Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yunus menjawab; "SAYA BUKAN ORANG MISKIN UNTUK MENERIMA BANTUAN BAITULMAL. SEORANG MUKMIN AKAN MENGGUNAKAN TULANG EMPAT KERATNYA BEKERJA...LAIN KALAU SAYA TIDAK MAMPU BEKERJA DAN TIDAK ADA MAKANAN, BARULAH SAYA BOLEH TERIMA SEDEKAH ORANG."

Yunus mengenakan bayaran 70 sen bagi sehelai baju atau seluar.

Setiap hari, Yunus menunaikan solat Subuh di masjid di hadapan kedainya dan kemudian membasuh kira-kira 10 ke 20 helai baju pelanggan.

"SAYA SUKA DUDUK SINI KERANA DEKAT DENGAN MASJID. UMAT ISLAM SEPATUTNYA SOLAT DI MASJID DAN TINGGAL BERHAMPIRAN RUMAH ALLAH, ITU LEBIH BAIK," katanya.

Cerita lanjut di Utusan Malaysia SINI

20090126

Himpunan Rakyat N9 utk Palestin 31 Jan K Pilah

HIMPUNAN BERSAMA MU PEJUANG PALESTIN
SABTU 31 Januari 2009
Masa : 8 malam - 11 malam
Tempat : Stadium Kuala Pilah , Kuala Pilah , Negeri Sembilan

ATURCARA MENARIK !
- Tayangan MultiMedia
- Sajak
- Pidato
- Persembahan Khas Dari ITO Blues Gang

SEMUA DIJEMPUT HADIR ! Sila Sebarkan Maklumat Program ini
MASUK PERCUMA

Anjuran : Jawatankuasa Kemanusiaan Palestin

Maklumat lanjut di http://suarasenaling.blogspot.com/2009/01/himpunan-bersama-perjuangan-mu-palestin.html

Bengkel Solat Muslimat 27 Jan Senawang

BENGKEL AMALI BAB SOLAT MUSLIMAT
Selasa 27 Jan 2009
Jam 9 pg – 12 tgh
Di Masjid Bandar Baru Senawang
Penyampai : Ustazah Ruzimah Md Idris
Pendaftaran : RM 15 (termasuk kertas kerja dan minum pagi)

Terbuka kepada semua muslimat

20090125

N.Sembilan kini dilanda musibah kemarau







Tak risaukah kita di Negeri Sembilan ni dah hampir sebulan tak turun hujan ? Tak risaukah kita tengok awan dilangit bukan main gelap nak hujan, cuaca malam hari bukan main panas macam nak hujan , tapi hujan tak juga turun-turun ? Tak risaukah kita tengok rumput-rumput dan belukar di Negeri Sembilan sekarang dah jadi kuning.

Gambar-gambar diatas saya ambil pada 24 dan 25 Jan 2009 di Senawang dan Rembau menunjukkan keadaan awan yang begitu gelap nak hujan, dan keadaan rumput yang kering kuning.

Tak risaukah kita tengok daun-daun kering yang memenuhi longkang akan menyebabkan longkang tersumbat dan boleh menyebabkan banjir sekiranya hujan lebat turun ? Saya risau. Saya risau tengok bila alam menunjukkan tanda-tanda ini, tapi saya dapati surau dan masjid di Negeri Sembilan ini masih kosong. Malah ada masjid dan surau yang tiada kedengaran suara azan.

Saya risau alam dah menunjukkan rajuknya , namun umat Islam tidak mahu kembali mohon pada ALLAH agar Negeri Sembilan tidak dilanda bala. Saya risau kerana menurut ramalan kaji cuaca Jabatan Kajicuaca Malaysia dalam laman webnya mengatakan hari Khamis 22 Jan akan turun hujan pada petang, Jumaat pun akan turun hujan pada petang, Sabtu 24 dan Ahad 25 Jan akan turun hujan pagi petang. Itu hanyalah ramalan mengikut kaedah saintifik (bukannya sesuatu yang pasti).

Saya risau tiada usaha oleh pihak pemerintah untuk mengadakan solat istisqa untuk minta hujan rahmat turun di Negeri Sembilan. Saya risau kalau nak buat sembahyang isitisqa siapa yang patut mengimaminya , kerana khabarnya Dato Murtadza tidak disambung kontraknya untuk menjadi Mufti Negeri Sembilan. Siapa yang nak mengimami solat istisqa ini. Bila saya soalan ini lepas kuliah subuh pagi tadi, Nazir masjid kata Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan boleh jadi imam.

Saya risau, sebab saya ingat lagi beberapa tahun lalu Negeri Sembilan di landa kemarau panjang dan tahap air di Empangan Sungai Terip di paras kritikal , lalu Dato Murtadza Mufti Negeri Sembilan mengimami Solat Istisqa di Empangan Terip, keesokannya dengan izin ALLAH hujan turun.

Saya risau mendengar keluhan Dato Murtadza dalam wawancara Majalah Milenia Muslim keluaran Februari 2009 terbitan YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) mengatakan ada pihak-pihak tertentu yang membiarkan masjid-masjid di Negeri Sembilan ini mati tanpa sebarang aktiviti membentuk masyarakat yang menurut syariat Islam.

Saya juga risau Dato Murtadza mengatakan masjid-masjid telah diedarkan zikir dan amalan solat istisqa apabila hujan lama tidak turun, tapi saranan ini dipandang sepi.

Marilah kita sama-sama bertaubat. Hidupkanlah kembali surau dan masjid di tempat kita dengan solat jemaah. Jangan ada masjid dan surau di Negeri Sembilan ini yang tidak dilaungkan azan.

Alam sudah menunjukkan rajuknya, namun kita masih lagi alpa. Tidak cukupkah dengan wabak Denggi dan Chikungunya sekarang ini ?

Setakat jam 10:22 malam Ahad 25 Januari 2009 hujan masih tidak turun di Senawang ini.

20090124

Ceramah Bantah PPSMI 1 Feb KL

CERAMAH UMUM
Pelancaran Kempen Himpunan 100 Ribu Membantah PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)
AHAD 1 Februari 2009
Jam 9 malam
Di Markas Tarbiah PAS Pusat , Taman Melewar , Kuala Lumpur

Pemidato Utama :
1. Tuan Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS
2. Prof Abdullah Hassan (UPSI)

Semua Dijemput Hadir

HIDUP BAHASA MELAYU

************************
PERHIMPUNAN RAKSASA MENENTANG PPSMI
SABTU 7 Mac 2009

Mesyuarat badan-badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membuat keputusan tarikh himpunan raksasa bagi membantah PPSMI adalah pada 7 Mac 2009.

Tarikh SABTU 7 Mac dipilih kerana pada hari itu semua penyokong GMP di semua negeri-negeri Semenanjung bercuti, oleh itu mereka dapat turun ke Kuala Lumpur.

Himpunan ini akan dijalankan seperti juga Himpunan Bersih!

Himpunan raksasa itu nanti adalah bagi mengiringi para pemimpin GMP menyampaikan memorandum kepada ke Bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang menjadi mangsa PPSMI akan hadir dengan membawa bersama-sama anak-anak mereka.

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my

http://universitipts.com/index.php/site/comments/sabtu_7_mac_2009_tarikh_perhimpunan_raksasa_gmp/

20090123

Majalah PANAS Bicara Mufti N.Sembilan diterbitkan


Majalah Milenia Muslim keluaran Februari 2009 terpampang muka hadapan gambar Dato’ Hj Murtadza dengan tajuk CABARAN MUFTI. Apakah yang diwawancara oleh wartawan Milenia sebanyak 5 mukasurat penuh ?

Biasanya Dato’ Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad sering menolak permintaan wartawan untuk ditemubual. Menurutnya beliau serik dengan wartawan dan media yang menyalah tafsir atau menyalah lapor kenyataannya. Namun demikian , beliau menerima permintaan Milenia Muslim untuk diwawancara kerana sering membaca majalah itu dan menganggap kandungannya mempunyai wadah dakwah yang berkesan.

Apabila saya mendapat maklumat Dato’ Hj Murtadza menjadi bahan “front page” saya terus berkejar ke kedai buku, takut habis di pasaran. Lepas kerja jam 6 petang Jumaat 23 Januari 2009 saya ke Pasaraya Giant Senawang. Kedai buku MPH belum jual yang keluaran Feb 09, masih ada keluaran Jan 09.

Lalu saya pergi ke kedai akhbar Berjaya Newstand depan Pejabat Pos Pasaraya Giant, mujur ada 5 naskhah, itu pun terselit diantara banyak majalah lain. Tanya pemilik kedai baru dia tunjukkan. Apa lagi saya terus cekup, harganya hanya RM 6.50.

Banyak luahan hati Dato Hj Murtadza dalam wawancara tersebut.

Belilah sendiri ya, kalau nak tahu apa luahan hati beliau. Cepat sebelum habis di pasaran.

Gegar Palestin dengan PUISI 1 Feb Kuala Lumpur

PENA AKAN GEGARKAN PUISI
HAK ASASI MANUSIA DI PALESTIN
Bekas Setiausaha Agung Persatuan Penulis Nasional (Pena) penyair Sutung Umar Rs memberitahu deklamasi puisi menampilkan isu hak asasi manusia akan digerakkan di Rumah Pena berdekatan DBP pada 1 Februari 2009 (Ahad) ini. Aktivis bahasa dan penggiat puisi dijemput hadir.

Maklumat lanjut di Blog PRIMA http://adimul.blogspot.com/2009/01/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_22.html

HIDUP BAHASA MELAYU !
HAPUSKAN PPSMI !

Filem Hollywood lebih utama di BOIKOT

Dari Blog Faisal Tehrani
Anda mahu boikot Amerika? Argh kelakar, rokok terkepit antara bibir pun tak dapat dilepas.

Jika anda bercakap tentang hasrat untuk memboikot Amerika dan Yahudi, anda harus bermula dengan televisyen di rumah anda. Atau pilihan sinema anda. Mungkin, anda tergiur dengan plot filem Hollywood yang penuh aksi, atau terkesima dengan Kate Winslet melondehkan kembannya, barangkali ada gadis di luar sana terkecur liur dengan Brad Pitt, argh di belakang mereka ada Yahudi.

Saya kira belum ada negara yang berjaya memboikot industri hiburan pencinta Yahudi ini melainkan Republik Islam Iran.

Bagaimana menikmat hasil seni dari Hollywood dengan wajah anak Gaza kepalanya putus dibom Israel, atau bagaimana berasa seronok menyaksikan American Idol jika terkenangkan kanak-kanak di Jabilya yang disembur fosforus putih yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa.

Bayangan dalam kepala saya ialah bagaimana meyakinkan umat Islam dan sekian umat yang prihatin terhadap tragedi kemanusiaan di Gaza untuk turut memboikot misalnya siri televisyen popular Heroes, 24, Prison Break, Desperate Housewives, American Idol, Survivor dan aduh, senarainya panjang sekali.

Terkebelakang, kita diperkenalkan dengan gergasi-gergasi seni perfileman Amerika antara lain Woody Allen, Mel Brooks, Billy Crystal, Robert De Niro, Richard Dreyfuss, Bob Dylan, Harrison Ford, Richard Gere dan Jeff Goldblum. Oh ya, bapa media massa Rupert Murdoch juga seorang Yahudi dari Israel.

Hari ini, Presiden News Corp. Peter Chernin adalah Yahudi; Presiden Paramount Pictures, Brad Grey adalah Yahudi; Eksekutif Walt Disney Co. Robert Iger adalah Yahudi; Pengerusi Sony Pictures iaitu Michael Lynton adalah Yahudi dari Belanda; Pengerusi Warner Bros. Barry Meyer adalah Yahudi, Ketua Eksekutif CBS Corp. Leslie Moonves adalah Yahudi, malah mendiang bapa saudaranya adalah bekas perdana menteri Israel yang pertama; bos MGM Harry Sloan adalah Yahudi dan Ketua Eksekutif NBC Universal iaitu Jeff Zucker juga seorang Yahudi. ‘Weinstein brothers’ yang terkenal di Hollywood juga Yahudi. Studio di atas adalah pengeluar siri televisyen juga filem yang terkenal di Amerika, malah dunia.

Presiden Persatuan Pelakon Hollywood, Alan Rosenberg (argh Yahudi juga). Ejen pelakon paling berbobot di Amerika ialah Ari Emanuel (ibu-bapanya rakyat Israel) pendek kata seperti yang disebutkan oleh Brando, ia adalah dunia Yahudi yang melemaskan. Sangat-sangat merimaskan sehingga Mel Gibson seorang ultra Katolik yang mabuk sempat memaki Yahudi di jalanan dipaksa memohon maaf dan dipinggirkan sama sekali dari dunia perfileman.

Artikel sepenuhnya di di Blog Faisal Tehrani http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/01/boikot.html

20090122

Penyanyi Amerika buat lagu pertahan Gaza


Pertama kali saya dengar lagu yang dinyanyikan penyanyi Amerika Syarikat dari Los Angeles bernama Michael Heart di Radio IKIM jam 10 malam tadi Khamis 22 Januari 2009 meremang bulu roma saya. Irama dan senikatanya begitu menusuk jiwa. Ianya menceritakan bagaimana rakyat Palestin tidak sekali-kali akan tunduk pada keganasan rejim zionis sekali pun pemimpin dunia tidak mempedulikan mereka. Bakarlah masjid, rumah dan sekolah, sekali-kali kami penduduk Gaza tidak akan patah semangat dan akan terus berjuang.

Pada mulanya nak “download” lagu ini dikenakan bayaran untuk tujuan kebajikan penduduk Palestin. Tapi sebab dah ramai sangat muat turun Michael beri percuma sahaja, dengan syarat lepas tu dermalah pada mana-mana pertubuhan yang bantu rakyat Palestin atau pada UNRWA.

Nak mahir Bahasa Inggeris tak perlu belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Tapi tanamkan semangat dan minat pada anak-anak untuk belajar Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain untuk menjadi bangsa maju. Bahasa Melayu dimartabatkan.

HIDUP BAHASA MELAYU ! HAPUSKAN PPSMI !

****************************

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

“Download” di pautan berikut http://www.michaelheart.com/Song_for_Gaza.html

Michael is an unsigned singer/songwriter based in Los Angeles. He has just released his Pop/Rock debut CD titled "Unsolicited Material", in March 2008. Click on the Music page to hear samples.

Michael is also a producer and studio guitarist, currently producing tracks in his home studio, for various local artists in the Los Angeles area.

He has also recently written and recorded a song about the horrific situation of the Palestinian people in Gaza. Click on the link below to hear the song on youtube. The song is called "We will not go down".

Sekolah Cina Seremban pun Kempen Boikot Israel US


Semalam isteri saya beritahu semasa dia melawat sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina di Seremban terpampang dalam kawasan sekolah berkenaan berhampiran tempat perhimpunan kain rentang (banner) Kempen Boikot Barangan Israel dan Amerika Syarikat sebagai usaha membantah keganasan Yahudi di Palestin , khususnya di Gaza.

Kalau Sekolah Cina beria-ia kempen boikot , malulah Sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan apatah lagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Agama tidak bersungguh-sungguh mengadakan kempen boikot. Malu juga kalau Majlis Agama Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam , Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan, Masjid-masjid dan Surau-surau tidak bersungguh-sungguh mengadakan Kempen Boikot dan Kempen Derma untuk Palestin.

Sedangkan Sekolah Cina tadi guru Melayunya hanya 1-2 orang , pelajar Melayunya beberapa kerat, dan majoriti beratus yang lain berbangsa Cina.

Lepas ni ada Kempen Hapuskan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Jangan pula orang Cina yang beria-ia turut serta dalam perhimpunan tersebut , orang Melayu duduk kat rumah.

Mana maruah orang Melayu , umat Islam di Malaysia ini !

BOIKOT JANGAN TAK BOIKOT !

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA !

Ceramah Bantuan Sebenar Palestin 25 Jan Seremban

CERAMAH UMUM DAN SOLAT HAJAT UNTUK RAKYAT PALESTIN
AHAD 25 Januari 2009
Selepas Solat Maghrib
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam) , Ampangan , Seremban
Penceramah :
1. Tn Hj Mohd Azmi , Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
2. Ustaz Hj Wan Azhar Wan Ahmad , Muslim Care
3. Ustaz Khairul Anuar Wafa , Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut hubungi Sdr Suhairi 019-2998345

Sumber dari Laman Web SHURA-CIMMA CIMMA

20090121

Kepahlawanan Salahudin Al Ayubi di tangan orang Rembau


Pastikan anak-anak kita membaca novel ini , pastikan semua masjid dan surau ada novel ini , pastikan setiap rumah punyai novel ini , pastikan setiap perpustakaan tersimpan novel ini , pastikan pasti :

Menyusuri Kepahlawan Salahuddin Al-Ayyubi dalam Novel Sejarah Islam

“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia.”

Kepahlawanan Salahuddin Al-Ayyubi di tangan Abdul Latip Talib

Abdul Latip bin Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi Rembau Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954 merupakan penulis sepenuh masa. Antara karya yang telah diterbitkan Salahudin Penakluk Jerusalem 2007, Khalid Memburu Syahid 2007, Ikramah Penentang Jadi Pembela 2007, Tariq Menang atau Syahid 2007, Setelah Roboh Kota Melaka 2007, Abu Bakar Sahabat Sejati 2008, Sultan Muhamad al fateh 2008, Leftenan Adnan Wira bangsa 2008, Hikayat Amir Hamzah jilid 1, 2 dan 3 2008.

Rujukan : http://amizakhusyri.blogspot.com/2009/01/menyusuri-kepahlawan-salahuddin-al.html

********************
Menurut Encik Amiza Khusyri bin Mohd Yusof seorang penulis lepasan Universiti al Azhar juga seorang pensyarah dalam kertas kerjanya yang berjudul Menyusuri Kepahlawanan Salahuddin Al Ayyubbi Dalam Novel Sejarah Islam, Abdul Latip Talib, karya ini adalah sebuah naskhah wajib baca.

Encik Amiza Khusyri memperkatakan novel sejarah Islam Salahudin Penakluk Jerusalem dalam majlis bicara karya sempena Mesyuarat Agung PEN ke 32 di Balai Ilmu Institut Perguruan Raja Melewar , Seremban.

Rujukan : http://abdullatip.blogspot.com/2009/01/salahudin-naskhah-wajib-baca.html

20090120

Dimarah guru sebab Solat di sekolah di Seremban

Kawan saya ada anak perempuan. Tahun 2008 dia dapat 5A UPSR dari Sekolah Rendah Agama Swasta di Seremban. Dia tak layak masuk sekolah menengah kebangsaan agama terpilih (elit) kerana dasar diskriminasi Kementerian Pelajaran.

Dia hanya layak mohon Sekolah Menengah Agama (kerajaan negeri) atau Sekolah Menengah Kebangsaan (yang ada aliran agama SMKAA) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Jadilah dia masuklah SMKAA di Seremban pada Januari 2009. SMKAA ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan yang biasa tapi adalah kelas khusus untuk aliran agama.

Dia mengalami “culture shock” apabila masuk SMKAA ini. Ini adalah kerana suasana SMKAA tak sama dengan suasana SMA atau SABK. Pergaulan pelajar lebih bebas.

SMKAA tidak menitik berakan hal solat. Yang menyedihkan ialah apabila anak kawan saya ini keluar kelas pergi solat , dia dimarahi oleh gurunya.

Justeru itu semua pihak harus prihatin akan isu ini, Kementerian, Jabatan, Guru , Ibu bapa dan guru.

Solat adalah perkara wajib. Kalau tak nak buat program khusus untuk pelajar supaya minat solat, janganlah marah pelajar yang nak solat.

Beikut beberapa tindakan segera yang perlu diambli oleh semua pihak sebelum isu ini menjadi isu sensitif dan isu nasional :

1. Kementeran Pelajaran dan Jabatan Pelajaran haruslah mengeluarkan panduan kepada guru-guru akan masa solat untuk pelajar. Tak perlu keluar arahan mewajibkan pelajar solat, tapi perlu keluarkan panduan untuk pelajar yang ingin bersolat. Antaranya ialah masa yang diperuntukkan, solat pada awal waktu, solat berjemaah.

2. Guru-guru harus memahami garis panduan ini

3. Ibu bapa dan pelajar harus memahami panduan ini.

Itu saja yang kita minta. Selesaikan segera isu ini.

Guru besar, guru , ustaz dan ustazah yang berada di sekolah hendaklah prihatin akan solat. Walaupun ianya tidak diwajibkan oleh Kementerian , tapi sentiasa nasihatkan murid supaya solat. Apa gunanya dapat PMR 8 A tapi tak solat, apa gunanya dapat SPM 19 A tapi tak solat.

20090118

Bantu saudara dan sahabat ketika gawat ekonomi


Dalam kita menghadapi kegawatan ekonomi, sama-samalah kita membantu jiran tetangga, sahabat handai dan saudara mara di kampung. Tak mampu bantu dari segi kewangan, bantu dari segi moral, bantu dari segi promosi, setidak-tidaknya bantu doakan agar rezekinya dimurahkan. Alhamdulillah sahabat saya telah meluaskan perniagaan warungnya di Taman Alamanda , Senawang selepas berhenti kerja kilang di Senawang. Pagi berniaga roti canai, petang berniaga apam balik garing. Bolehlah cuba ,tak mahal hanya 50 sen satu.

Selalulah jenguk saudara mara di kampung , tanya khabar. Apa yang kita boleh bantu kita bantu, beri kewangan, beri kemudahan, beri tapak berniaga dan sebagainya.

Kalau nak harapkan pinjaman bank, pinjaman TEKUN dan sebagainya, mengambil masa yang lama dan proses yang rumit.

Kalau kita bantu orang lain, sebenarnya kita membantu diri kita sendiri , insyaALLAH. Kita harapkan keredhaan ALLAH.

Ceramah Palestin 23 Jan Masjid Kg Senama Rembau

CERAMAH SELAMATKAN PALESTIN
“Peranan Umat Islam di Malaysia”
Jumaat 23 Januari 2009
Selepas Solat Maghrib
Bersama Sdr Shamsuri Abdullah – Jamaah Islah Malaysia
Di Masjid Kg Senama , Rembau

Turut diadakan :
- Pameran Palestin
- Jualan buku , stiker dan cenderahati Palestin
- Kutipan Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin

Maklumat lanjut hubungi Ustaz Mohd Nazri Yusof 019-3457690

Yayasan Amal Malaysia masuk Gaza

Yayasan Amal Malaysia Pasukan Pertama Bantu Mangsa Perang
KAHERAH, 17 Jan (Hrkh) - Misi Kemanusiaan ke Gaza oleh Yayasan Amal Malaysia hari ini mula mengorak langkah apabila menjadi pasukan bantuan pertama dari Malaysia yang meninjau dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa keganasan Yahudi.

Antara yang dirawat di hospital ini adalah Yahya, anak saudara kepada Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh .

Presiden Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail (Cikgu Husin) sebelum itu dengan diiringi pimpinan tertinggi pertubuhan amal tersebut iaitu Timbalan Presidennya, Jamaluddin Elias; Naib Presiden I, Dr Abdul Rani Osman; Naib Presiden II, Dr Hamdan Mohamed dan Pengerusi Yayasan Amal Selangor, Dr Ahmad Yunus telah menyampaikan RM100,000 yang merupakan sebahagian sumbangan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada Persatuan Perubatan Arab untuk menguruskan bekalan perubatan dan makanan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa kekejaman keganasan Yahudi melalui Yayasan Amal Malaysia atau Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan sila dapatkan maklumat lanjut di laman web berikut :

Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan http://yam-ns.blogspot.com

20090114

Seminar Anak Sukar Belajar 7 Feb Seremban

SEMINAR KANAK-KANAK DISLEKSIA
Tarikh : 7 Februari 2009 (SABTU)
Masa : 8:30 pg – 4 ptg
Yuran : RM 70
Tempat : No 993 , Taman Marida , Senawang

Hubungi : 06-6785160 Persatuan Jagaan Kanak-Kanak Disleksia Seremban
Laman web http://www.dyslexiaseremban.com

Ahli Panel Seminar :
Pn Sariah Amirin , Presiden Kanak–Kanak Dyslexia Malaysia

Dr Norhamidah Mohd Salleh ,Pakar Psychiatrist Gleneagle Medical Centre

Mr Boo kian Seng , Dyspraxia , Senior Executive Corporate , Maxis ( M ) Sdn Bhd

Pn Faezah Salleh , Vice President Persatuan Dyslexia Malaysia , Chief Operating Officer , Inai Utama Sdn Bhd

Ahmad Fitri Isahak , Committee Member Persatuan Dyslexia Malaysia ,
Director Mimos Sdn Bhd

Disleksia ialah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.

Masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

Antara orang ternama yang pernah mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)

Artikel Utusan Malaysia mengenai Persatuan Jagaan Kanak-Kanak Disleksia Seremban

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0109&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

20090113

Hukum Sebat Kerana Minum Arak di Pahang

Percaya atau tidak dua orang dijatuhkan hukuman sebat kerana meminum arak. Kalaulah negeri lain dapat bertindak tegas sedikit, pasti akan berkurangan umat Islam yang majoritinya Melayu terus hanyut di lautan arak. Berita lanjut di http://pmbaj.blogspot.com/2009/01/hukum-sebat-kerana-minum-arak-di-pahang.html

20090112

Boikot Israel Amerika , ramai Melayu untung

Ketika pimpinan PAS dan UMNO juga Ulama serta Sultan menyeru rakyat memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat, ada juga suara orang Melayu yang mengatakan kalau boikot nanti ramai yang berhenti kerja. Kenyataan begini adalah kenyataan Melayu yang berfikiran sempit dan kolot.

Sifir dia mudah sahaja , lagi ramai boikot syarikat Israel dan Amerika Syarikat, lagi ramai orang Melayu terutamanya usahawan yang akan berjaya.

Contohnya macam ni. Katakan satu keluarga akan berbelanja setiap kali makan di restoran makanan segera sebanyak RM 60 (tu pun kadang-kadang tak kenyang). Kalau keluarga tadi boikot restoran makanan segera tadi dan beli dari warung burger Melayu paling banyak dia akan belanja ialah RM 20 (RM 20 ini memang kenyang habis satu keluarga).

Kalau dulu keluarga tadi hanya dapat berbelanja di restoran makanan segera hanya dua minggu sekali (sebab gaji tak naik), sekarang dia boleh berbelanja di warung burger Melayu dua minggu 3 kali.

Kalau dulu mamat yang kerja di restoran makanan segera mungkin dapat gaji RM 800 kalau dia kerja siang malam. Sekarang bila dia buka warung burger mungkin dia boleh dapat pendapatan RM 1,200.

Setiap 1 orang Melayu berhenti dari restoran makanan segera , akan tumbuh 3 orang Melayu jual burger. Dan keluarga Melayu akan dapat penjimatan 3 kali ganda.

Itu baru bab burger, belum bab insuran, bab kereta, bab rokok dan banyak lagi.

Jadi suara Melayu yang mengatakan bahawa buat apa nak boikot nanti ramai tak ada kerja, ialah suara Melayu yang berfikiran sempit. Kalau UMNO dan PAS pun suruh Boikot, dia tak nak Boikot, suruh dia tubuh parti baru, mungkin Parti Likud atau Parti Zionis.

Kita suruh Boikot barangan Israel dan Amerika, bukannya suruh boikot jangan makan minum.

20090111

Pidato Palestin Alamanda N.Sembilan 17 Jan

CERAMAH DAN SOLAT HAJAT PALESTIN
SABTU 17 JAN 2009
Selepas Solat Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang
Penceramah :
Ust Khairil Anwar Wafa - Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Sdr Shamsul Kamal Idris – Pengerusi TERAS Melayu N.Sembilan

Turut diadakan :
Kutipan Tabung Kemanusian Palestin Yayasan Amal Malaysia Cawangan N.Sembilan
Jualan Amal Cenderamata , Stiker , Tabung Palestin

Semua Dijemput Hadir

Grafiti BOIKOT ISRAEL di Negeri Sembilan



Kemarahan rakyat terhadap kezaliman tentera pengganas Israel semakin memuncak. Kemarahan ini diluahkan dalam bentuk grafiti (contengan) di atas jalan raya di depan kedai Taman Alamanda , Senawang , Negeri Sembilan. Bendera Israel dibiarkan dipijak-pijak di atas jalanraya dengan tulisan BOIKOT ISRAEL

Pendekatan Kejuruteraan Cegah Rempit


Remaja ni kalau makin kita marah, makin dia buat. Macam di padang permainan Taman Alamanda , dekat dengan rumah orang. Remaja sebelum ini selalu main bola tanpa gol. Akibatnya mereka tendang bola tinggi , macam main atas padang bola di stadium. Yang menjadi mangsa ialah jiran rumah-rumah jiran.

Kadang masuk laman rumah, kadang kena tingkap, kadang kena kereta. Puas dinasihat, dimarahi tak mahu juga.

Akhir sekali saja dan AJK Taman berbincang kita pasang tiang gol kecil dan buat perlawanan Street Soccer. Dan Alhamdulillah sejak dari hari itu , remaja dan anak-anak yang main di padang berkenaan tidak lagi tendang tinggi-tinggi sebab tiang gol rendah tak sampai 2 kaki.

Begitu juga dengan Mat Rempit , lagi polis saman, lagi polis balun, lagi mereka rempit. Fikir-fikirkanlah faedah kejuruteraan buat bonggol ke , pasang CCTV ke dan sebagainya. Polis pun senang tak payah nak buat operasi pukul 2 sampai 5 pagi, boleh tidur nyenyak di rumah.

BANTULAH PALESTIN ANAK KU

Nak , kalau nak bantu rakyat Palestin
Tolonglah ibu dan ayah buat kerja di rumah
Biar ayah mu ada masa untuk edar risalah boikot Israel/US

Nak , kalau kesian tengok anak Palestin dibom
Belajarlah rajin-rajin
Dapat kerja elok-elok
Dapat gaji , dermalah untuk bantu umat Palestin

Nak , kalau kau marah pada tentera pengganas Israel
Janganlah kau beli lagi barangan Israel/US
Pesan pada kawan-kawan kau yang tak tahu

Nak , orang kita masih ramai tak peka lagi
Semalam khutbah Jumaat di Bongek tak bincang isu Palestin
Khutbah Jumaat di Batu Pahat bincang isu kesihatan

Bukan salah mereka
Tapi salah orang-orang macam ayah ni
Tak kerja sungguh-sungguh untuk beri kesedaran

Belajarlah rajin-rajin nak
Tolonglah ibu di rumah nak
Biar ayah boleh edar banyak risalah lagi

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

20090110

Tabung Percuma Bantu Palestin


Untuk menggalakkan rasa simpati anak-anak kita kepada nasib rakyat Palestin yang ditindas, dibunuh, dizalimi, dibom , ada baiknya kita mengadakan setiap rumah kita satu tabung khas untuk rakyat Palestin. Boleh buat sendiri tabung ni kalau nak jimat. Yang percuma pun ada.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia N.Sembilan (JIMNS) ada mengedarkan tabung-tabung percuma untuk Palestin. Apabila sudah diisi hendaklah dikembalikan bersama sumbangan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi wakil JIMNS Sdr Shamsuri 012-6397049.

Juga digalakkan kita menampal stiker-stiker kereta mengenai penderitaan Rakyat Palestin. Pihak JIMNS dan Aman Palestin ada menjual stiker-stiker ini. Keuntungan jualan juga akan disalurkan ke tabung Palestin. Stiker-stiker kereta ini adalah satu usaha untuk memberi kesedaran kepada diri kita, keluarga kita dan orang ramai mengenai penderitaan rakyat Palestin.

Laman web JIM di http://www.jim.org.my/

Siapa kata Malaysia negara aman ?

Malaysia sebuah negara aman
Satu ungkapan yang sering melalaikan
Ucapan yang sering dimainkan

Ya , Malaysia aman dari peperangan
Hanya dalam hal itu saja kita aman
Tapi dalam lain hal Malaysia tidak aman

Kita tidak aman dari bala bencana
Malaysia tidak aman dari malapetaka
Negara ini tidak aman dari wabak

Ungkapan negara aman mengalpakan kita
Menjadikan kita hidup selesa
Berpeluk tubuh, saling tuding menuding

Kita tidak aman dari peragut
Kita tidak aman dari pengangguran
Kita tidak aman dari penagih dadah

Kita tidak aman dari Denggi dan Chikungunya
Kita tidak aman dari AIDS dan seks luar nikah
Kita tidak aman ketagih arak dan judi

Pelajar sekolah rendah tidak aman dari hidu gam
Pelajar sekolah rendah tidak aman dari ketagih rokok
Pelajar sekolah rendah tidak aman dari melepak

Banyak perkara yang kita tidak aman
Jangan jadikan ungkapan Malaysia negara aman perangkap
Perangkap yang menjadikan kita hilang semangat juang

20090109

Ceramah Pertahan Palestin 13 Jan Seremban

CERAMAH PALESTIN DAN SOLAT HAJAT
Tajuk : “Selamatkan Ummah di Palestin”
Penceramah : Ustaz Hj Norazman b Hj Mohamad , Imam Masjid Jamek Ampangan
Tarikh : 13 Januari 2009 (SELASA)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al Al Mustofa (Surau Hitam), Ampangan, Seremban

Anjuran : Koordinator Selamatkan Al Quds
Hubungi : Sdr Suhairi 019-2998345

Turut diadakan Tayangan Multimedia , Kutipan Derma Palestin

Semua Dijemput Hadir dan Tolong Sebarkan

Anak aku Mujahidin Cilik


Dulu masa kita kecil-kecil kita selalu main perang-perang. Amerika lawan Jerman , Britain lawan Jepun. Kalau Amerika baik , Jerman jahat. Britain baik, Jepun jahat. Itu zaman kanak-kanak dulu, main pun pakai senapang kayu buatan sendiri. Tapi sekarang anak-anak kita tak main perang-perang macam dulu. Sekarang mereka main Hamas lawan Israel, Hizbullah lawan Israel.

Masalahnya sekarang bila nak main perang tak ada siapa nak jadi Israel, sebab jahat sangat. Jadi anak-anak saya bayangkanlah Israel ini hanyalah angin atau bayangan.

Macam-macam perangai kanak-kanak sekarang ini.

20090108

Aku cemburu pada mujahidin Palestin

Aku amat mencemburui mu mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci

Bau syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu

Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot

Jika kamu diambang syurga
Doakan kami dapat bersama mu

Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al Quran
Tapi diri kita , kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk , syurga atau neraka

Rozmal Malakan
http://waghih.blogspot.com

20090107

Tanah Adat Perpatih Pemecah Belah Melayu ?

Ramai yang salah faham mengenai Adat Perpatih sehingga ramai yang menganggap Adat Perpatih ini tidak sesuai atau tidak relevan lagi pada zaman sains dan teknologi. Walhal yang menjadi masalah hanyalah pemahaman mengenai Tanah Pesaka Adat, sedangkan pembahagian lain-lain harta adalah mengikut syariat Islam.

Justeru itu penerangan mengenai status Tanah Pesaka Adat ini haruslah diberi penerangan kepada rakyat Negeri Sembilan agar ianya tidak menjadi penghalang kepada pembangunan dan menjadi perbalahan antara keluarga.

Tanah Pesaka Adat sebenarnya adalah tanah milik Suku. Terdapat 12 Suku di Negeri Sembilan. Ini bermakna mana-mana keluarga dari satu suku yang membiarkan tanah mereka terbiar, rumah mereka terbiar maka tanah tadi boleh diambil kembali dan diberikan kepada keluarga lain dari suku yang sama. Tanah Pesaka Adat bukan milik mutlak keluarga atau peribadi (boleh diumpamakan ianya milik kerajaan)

Masalahnya, adakah Datuk Lembaga dan Buapak tahu tanggungjawab mereka untuk mempastikan tiada satu inci pun Tanah Pesaka Adat ini terbiar ? Jika ianya terbiar , mereka inilah akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti , mereka akan ditanya kenapa tidak menunaikan amanah mereka di dunia ini.

Saya sebagai anak Negeri Sembilan dari Suku Lela Maharaja (ibu) dan Suku Sedia Raja (ayah) sekadar mengingatkan semua.

Jika terdapat mana-mana elemen dalam Adat Perpatih didapati tidak lagi relevan maka ianya perlulah dibawa berunding agar permasalahan tanah dan rumah terbiar di Tanah Pesaka Adat di Negeri Sembilan ini tidak berlanjutan yang merugikan semua pihak.

Harus difahami Adat Perpatih telah menjalani beberapa pengubahsuaian mengikut perkembangan semasa seperti yang dilakukan oleh Tuanku Imam Bonjol pada abad ke 19 yang tercetusnya pepatah adat “Syarak Mengata , Adat Menurut”.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

***********************
Tanah Adat Penghalang Pembangunan?

Tanah yang diteroka oleh mereka ini akan diwariskan kepada anak-anak atau saudara-mara mereka secara turun-temurun melalui peraturan adat yang ditetapkan. Tanah inilah yang dikenali sebagai tanah adat atau tanah pusaka.

Justeru, dalam kes tertentu, Datuk Lembaga (setelah berbincang dengan Buapak dan Besar) sebagai ketua sukunya, berhak mengambil kembali tanah adat yang diamanahkan kepada sesebuah keluarga jika tidak diusahakan. Datuk Lembaga juga bertanggungjawab untuk memastikan tanah adat ini sentiasa terpelihara dan tidak terlepas kepada sesiapa yang bukan daripada suku.

Rujukan Majalah Dewan Budaya April 2004 http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=151

******************

Tanah Adat Punca Kemiskinan Di N.Sembilan ?

Adakah tanah adat salah satu punca kemiskinan, tanah terbiar, rumah terbiar di N.Sembilan ? Tanah adat adalah tanah pusaka turun temurun yang hanya boleh diwarisi oleh anak-anak perempuan. Seterusnya di http://waghih.blogspot.com/2008/08/tanah-adat-punca-kemiskinan-di.html

********************

Generasi muda mahu adat perpatih diubahsuai

JIKA kita pergi di Negeri Sembilan di mana adat perpatih diamalkan di antaranya di kawasan Rembau, kita akan dapati banyak rumah-rumah lama yang asasnya masih kukuh ditinggalkan begitu sahaja.

Rujukan Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2001&dt=0104&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_04.htm&arc=hive

20090106

Pejuang Islam N.Sembilan perlu contohi Tuanku Imam Bonjol

Adat bersendikan hukum , hukum bersendikan kitab ALLAH. Syarak mengata , adat menurut. Pepatah adat ini bukan untuk suka-suka. Ianya mencatat sejarah perjuangan Tuanku Imam Bonjol yang memperjuangkan agar adat mesti menurut Al Quran dan Hadith. Pejuang Islam khususnya anak-anak Negeri Sembilan perlu hayati perjuangan Tuanku Imam Bonjol ini semasa Perang Paderi.

*******************
Pada awalnya agama Islam di Minangkabau tidak dijalankan secara ketat, karena disamping melaksanakan agama Islam para penganut juga masih menjalankan praktek-praktek adat yang pada dasarnya bertentangan dengan ajaran agama Islam itu sendiri.

Untuk melaksanakan pembersihan terhadap ajaran agama Islam itu Tuanku Nan Renceh membentuk suatu badan yang dinamakan “Harimau Nan Salapan” terdiri dari delapan orang tuanku yang terkenal pada waktu itu di Minangkabau. Diakhir tahun 1803 mereka memproklamirkan berdirinya gerakan Paderi dan mulai saat itu mereka melancarkan gerakan permurnian agama Islam di Minangkabau.

Pada waktu itu di daerah Pasaman muncul seorang ulama besar yang membawa rakyatnya ke arah pembaharuan pelaksanaan ajaran Islam sesuai dengan Alquran dan Hadist Nabi. Karena gerakannya berpusat di Benteng Bonjol maka ulama tersebut akhirnya terkenal dengan nama Tuanku Imam Bonjol, yang semulanya terkenal dengan nama Ahmad Sahab Peto Syarif.

Setelah Tuanku Nan Renceh meninggal tahun 1820, maka pimpinan gerakan paderi diserahkan kepada Tuanku Imam Bonjol dan diwaktu itu gerakan paderi sudah dihadapkan kepada kekuasaan Belanda yang semenjak tahun 1819 sudah menerima kembali daerah Minangkabau dari tangan Inggris.

Karena terjadinya perbenturan kedua kekuatan di Minangkabau yaitu antara kekuatan paderi di satu pihak yang berusaha dengan sekuat tenaga menyebarkan agama Islam secara murni dengan kekuatan Belanda di lain pihak yang ingin meluaskan pengaruhnya di Minangkabau maka terjadilah ketegangan antara kedua kekuatan itu dan akhirnya terjadi perang antara kaum paderi dengan Belanda di Minangkabau.

Perang ini terjadi antara tahun 1821-1833. pada akhirnya rakyat Minangkabau melihat bahwa kekuatan Belanda tidak hanya ditujukan kepada gerakan kaum paderi saja, maka pada tahun 1833 rakyat Minangkabau secara keseluruhannya juga mengangkat senjata melawan pihak Belanda. Perang ini berlangsung sampai tahun 1837.

Tuanku Imam ditangkap Belanda dengan tipu muslihat, dikatakan untuk berunding tetapi nyatanya Belanda menangkap beliau, dibuang semula ke Betawi, tinggal di Kampung Bali, selanjutnya dipindahkan ke Menado.

Beliau telah berjuang sekuat tenaga menegakkan Syiar Islam di Ranah Minangkabau tercinta ini, jasatnya terbujur disebuah desa kecil yang sepi bernama “Lotak” nun jauh diujung pulau Selebes, harapannya kepada kita semua anak Minangkabau, lanjutkan perjuangan beliau dengan menegakkan akidah Islam dalam kehidupan sehari-hari, jawabnya barangkali yang paling tepat bagi kita sekarang, ” Mari kita berbenar-benar menegakkan Adat Basandi Syarak-syarak Basandi Kitabullah “ dalam kehidupan kita.

Rujukan : http://nizamudin.blogspot.com/2008/11/nenek-moyang-minangkabau-berasal-dari.html

20090105

Bantu Palestin dengan tak beli McDonald, Coca Cola

Rakyat Malaysia khususnya umat Islam disarankan memboikot barangan yang ada kaitan dengan Israel dan Amerika Syarikat. Banyak barangan nak boikot tu. Akhir sekali tak tahu mana satu nak boikot. Senang je , mulakan dengan dua jenama dahulu dan banyak mudarat kepada manusia. Iaitu restoran McDonald dan minuman Coca Cola.

Ayuh semua rakyat Malaysia buat permulaan kita tumpukan DUA jenama ini.

Makanan segera di McDonald dan Coca Cola ini bukan sahaja ada hubung kait dengan Israel dan Amerika Syarikat bahkan amat tidak baik untuk kesihatan terutamanya kanak-kanak yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit antaranya kencing manis, kolesterol tinggi dan sebagainya.

****************
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan kempen memboikot barangan dan perkhidmatan yang ada hubung kait dengan Yahudi dan Amerika Syarikat (AS) dengan mengenal pasti 108 barangan yang digunakan oleh 15 juta umat Islam di negara ini.

Beliau mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur supaya rakyat negara ini memboikot barangan keluaran Yahudi dan AS dalam wawancara Mingguan Malaysia hari ini (4 Jan 2009).

*****************
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur menghuraikan lebih lanjut konflik tersebut.

Beliau juga secara tegas menggesa supaya rakyat negara ini memboikot AS termasuk tidak menggunakan mata wang dolar bagi melemahkan ekonomi negara kuasa besar itu yang menjadi sekutu Israel.

****************
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Laman web PPIM http://www.muslimconsumer.org.my

Jenama lain untuk diBOIKOT http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

20090104

Ceramah dan Solat Hajat Palestin 8 Jan Senawang

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA DAN PENERANGAN KEGANASAN ISRAEL DI PALESTIN
Tarikh : 8 Januari 2009 (Khamis)
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan
Penceramah : Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor , Pengarah PACE

ATURCARA :
Solat Maghrib
Solat Hajat
Ceramah dan Penerangan Multimedia oleh Pengarah PACE
Solat Isya

Turut diadakan Pameran dan Jualan Buku Palestin serta Kutipan Derma untuk Palestin

PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin) mengutuk sekeras-keras tindakan biadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan keganasan terbaru.

Anjuran :
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia N.Sembilan (JIMNS) http://www.jim.org.my
dan
Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenawang.blogspot.com

Peta ke Masjid Bandar Baru Senawang
http://masjidsenawang.blogspot.com/2008/07/peta-ke-masjid-bandar-baru-senawang.html

20090102

Malam Munajat Palestin 6 Jan Rantau N.Sembilan

MALAM MUNAJAT PALESTIN
Selasa 6hb Januari 2009
Di Masjid Kariah Rantau , Negeri Sembilan

ATURCARA :
SOLAT MAGHRIB
SOLAT HAJAT untuk Palestin
PEMBENTANGAN MULTIMEDIA - Holocaust Israel di Gaza oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin, Perunding Aman Palestin
Solat Isya
Bersurai

Semua Dijemput Hadir

Anjuran Bersama ISMA Seremban dan Masjid Kariah Rantau
Laman web ISMA NS http://isman9.wordpress.com

Tolong sebar luaskan maklumat ini

20090101

Pakai talipinggang keledar dapat pahala ?

Adakah kita nak ajar anak-anak kita dengan berita gembira atau ugutan yang menakutkan ? “Nak pakai talipinggang belakang tu, nanti kena saman RM 300 kalau tak pakai. Atau kita nak nasihatkan anak kita “Nak, pakai talipinggang belakang tu, nanti dapat pahala insyaALLAH”.

Boleh ke pakai talipinggang belakang dapat pahala ? Soalan cepumas untuk kita semua. Bukankah semua amalan itu bergantung kepada niat. Kalau kita niatkan pakai talipinggang belakang itu kerana hendak melindungi ahli keluarga kita daripada perkara yang membahayakan diri sendiri jika ada kemalangan, kerana ALLAH menyuruh kita memelihara ahli keluarga kita , tidakkah kita akan dapat pahala kerana menurut perintah ALLAH ?

Kalau kita buang duri di jalanan pun boleh dapat pahala , banyak benda lain yang baik boleh dapat pahala bergantung pada niat kita.

Setiap apa yang kita buat pasti ada ganjaran pahala dan dosa, syurga dan neraka. Hatta kita bersama dengan isteri kita pun kita dapat pahala.

Kita orang Islam dengan itu ajarlah anak kita dengan perkara yang menggembirakan buat itu dapat pahala, buat ini ALLAH suka. Janganlah takutkan anak kita dengan buat itu polis saman, buat ini JPJ saman.

ALLAH ada dimana-mana dan pada bila-bila masa. Akan tetapi polis dan JPJ tidak ada dimana-mana dan tiada pada setiap masa.

InsyaALLAH aman, selamat dan makmur Malaysia.

Banyak rumah lama, rumah pusaka di Rembau dipecah masuk

Maklumat terkini yang diterima daripada beberapa rakan di Rembau mengatakan bahawa banyak rumah-rumah lama , terutamanya rumah yang lama terbiar (maklumlah Rembau ini banyak rumah pusaka yang terbiar) telah dipecah masuk oleh pihak yang bertanggungjawab. Banyak barang-barang lama telah didapati hilang.

Antaranya pinggan mangkuk lama, periuk belanga lama, tempayan lama, botol-botol lama, katil lama, almari lama.

Barangan lama ini menjadi buruan pencuri untuk dijual sebagai barangan antik.

Oleh itu kepada waris-waris yang ada rumah-rumah lama di Rembau dan Negeri Sembilan ini, jenguk-jenguklah kampung. Jangan terperanjat tempayan lama yang disangka buruk boleh dijual pada harga RM 20,000 oleh mereka yang meminati barangan antik.

Mini Street Soccer Taman Alamanda meriah




Tanggal 1 Januari 2009 telah berlangsung Mini Futsal atau Mini Street Soccer di Taman Alamanda. Acara ini walaupun ringkas tetapi meriah, memenuhkan masa cuti anak-anak kita. Turut hadir ialah YB Hj Taufek , ADUN Paroi yang turut menghantar satu pasukan Unit Amal Syabab. Hadiah dan motivasi telah disampaikan oleh YB Hj Taufek. Semoga lebih ramai pihak terutama masjid dan surau mempelbagaikan aktiviti untuk menarik minat para remaja mendekati surau dan masjid walaupun aktiviti tersebut bukan diadakan di surau atau masjid.

Sambutan Maal Hijrah Senawang 3 Jan

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIRJAH
Sabtu 3 Januari 2009
Di Masjid Bandar Baru Senawang

Aturcara :
Solat Maghrib
Ceramah Maal Hijrah : Ust Zulkarnain Itam (Maahad Ahmadi , Gemencheh)
Solat Isya
Jamuan makan malam
Bersurai

Semua Dijemput Hadir

Laman web Masjid Bandar Baru Senawang http://masjidsenanawang.blogspot.com