"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20090831
Senawang Hot Spot H1N1 Selsema Babi ?
Pada 30 Ogos 2009 pula seorang doktor di hospital swasta Seremban yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Senawang pula menjadi mangsa kedua. Doktor tersebut diberitakan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik atau kritikal sebelum ini.
Banyakkan bertaubat. Banyakkan solat jemaah di masjid. Banyakkan berdoa seperti yang dipanjangkan oleh Sheikh Dato Hj Mohd Murtadza
Amalkan kebersihan dan panduan dari Kementerian Kesihatan selalu.
Banyak sangat kedai judi Senawang ni. Banyak sangat maksiat Senawang ni. Banyak sangat Restoran Islam kurang ajar Senawang ni. Banyak sangat …….
******************************
Doktor mangsa terbaru selesema babi
Berita Harian 31 Ogos 2009
KUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Seremban (SSH) sejak 21 hari lalu, meninggal dunia awal pagi semalam, dipercayai akibat dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).
Dr Noorfiza Isa, 43, yang bertugas di hospital itu sejak lima tahun lalu, sebelum itu dikatakan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 pagi semalam dan dikatakan doktor pertama di negara ini yang meninggal dunia akibat penyakit berkenaan.
Menurut sumber, Allahyarham bertugas di Unit Kecemasan dan mengalami tanda penyakit berbahaya itu pada 6 Ogos lalu dan dimasukkan ke wad tetapi dibenarkan keluar sehari selepas itu.
Bagaimanapun, keadaan mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Senawang, semakin buruk dan dimasukkan semula ke wad hospital berkenaan pada malam 9 Ogos dan koma sehingga meninggal dunia awal pagi semalam.
"Mangsa adalah antara tiga doktor di hospital itu yang dijangkiti H1N1 tetapi keadaan mangsa yang paling teruk dan dirawat selama 21 hari sebelum meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, berkata setakat ini hanya 15 kakitangan yang terbabit dalam perkhidmatan kesihatan di seluruh negara dijangkiti wabak berbahaya itu tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.
"Bagi kematian membabitkan doktor wanita itu, setakat ini tidak dapat disahkan punca kematiannya sehingga keputusan ujian mengenainya mungkin dikeluarkan esok (hari ini)," katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, dalam kenyataannya semalam, menyebut seorang lagi berusia 49 tahun dengan masalah kesihatan hepar (hati) menjadi mangsa korban terbaru jangkitan wabak itu.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090830231725/Article/index_html
Bukan Islam mesti Boikot Restoran Islam yang tak prihatin
Masa bulan Ramadhan inilah sepatutnya orang bukan Islam menyokong dan memajukan restoran bukan Islam. Inilah rahmat bulan Ramadhan. Orang Islam untung , orang bukan Islam pun untung , sebab lebih ramai orang bukan Islam akan bersarapan pagi dan makan tengahari di restoran bukan Islam.
Umat Islam yang prihatin harus memboikot selama-lamanya walaupun lepas Ramadhan restoran Islam yang buka sarapan pagi dan makan tengahari yang memberi peluang kepada orang Islam yang tidak berpuasa untuk membeli makanan.
Orang bukan Islam pun mesti boikot restoran Islam yang beroperasi di siang hari pada bulan Ramadhan kerana ianya menjejaskan restoran bukan Islam.
Apa ke tidaknya. Cuba perhatikan restoran Islam yang kurang ajar ini. Ada ke orang masuk restoran pakai topi keledar pesan makanan ? Dengan H1N1 ni lagi senang nak beli, pakai topeng. Muka tak malu, tak malu pada ALLAH.
BOIKOT RESTORAN ISLAM KURANG AJAR YANG BUKA SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI !
Orang Melayu N.Sembilan kurang ajar bulan Ramadhan
Contohnya Melayu Negeri Sembilan seperti di Seremban , Senawang dan Rembau.
Bulan Ramadhan pun masih nak beli Judi Haram Ekor ada Lesen. Ianya dipromosikan lagi dan digalakkan lagi dengan akhbar Melayu yang menyiarkan keputusan judi dan iklan SMS judi (Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo dan Harian Metro terutamanya).
Tandas Surau dijadikan tempat makan di siang hari, kotor tandas surau dengan bekas makanan seperti di Surau Alamanda, Senawang. Siapa yang buat semua ini, mengotorkan surau kalau bukan orang Melayu yang kurang ajar tidak berpuasa?
Surau dan masjid jadi tempat ponteng sekolah pelajar Melayu. Surau dan masjid jadi tempat hisap rokok pelajar Melayu.
Surau dan masjid terutama tepi jalan jadi mangsa orang Melayu yang semata-mata datang surau atau masjid hanya untuk buang air kecil atau air besar.
Siapa yang lalu depan surau , depan rumah di bulan Ramadhan dengan motosikal dengan ekzos bising kalau bukan remaja Melayu yang kurang ajar , pada masa solat jemaah pula tu.
Pernah kita tengok orang Hindu, orang Buddha orang Kristian berlaku kurang ajar dan biadap di rumah ibadah mereka.
Yang menjahanamkan surau dan masjid, yang mengotorkan masjid dan surau ialah orang Melayu. Sedarlah orang Melayu.
Sedarlah. Mulalah dengan solat berjemaah di surau atau masjid untuk yang lelaki.
Jadikanlah Ramadhan kali ini untuk mengubah sikap orang Melayu yang selama ini menjadikan masjid dan surau tempat ponteng sekolah, hisap rokok, buang air besar, tukar lampin bayi dan sebagainya.
Kalau nak orang bukan Islam hormat pada Islam, orang Islam dulu kena hormat pada Islam dan menjaga betul-betul surau dan masjid.
20090827
Tazkirah Rakan Cop Ramadan 4 Sep 09 Senawang
Panduan Pencegahan Jenayah Di Kawasan Taman Perumahan Pada Musim Perayaan
Tarikh : 4 September 2009 (Jumaat)
Masa : 9:30 malam
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Taklimat oleh wakil PDRM , IPK N.Sembilan
Sila bawa telefon bimbit bersama untuk sessi praktikal
Semua Digalakkan Hadir
Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah
Saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagihan arak.
Takkan orang Islam nak belajar daripada orang bukan Islam cara-cara merotan yang boleh mengubati ketagihan arak dan dadah ? Patutlah tak selesai selesai masalah penagihan dadah di Malaysia ini , terutama di kalangan orang Melayu. Ada ubat murah iaitu rotan pergi guna methadone.
……Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian , akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini. Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.
…….Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment, similar to that doled out regularly in British schools in the last century, helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommends caning and says the treatment works. A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best,
…..The Russian team says they are now charging for the caning sessions and are getting over U.S.$ 100 per patient for a standard treatment.
Sumber : http://www.news-medical.net/news/2005/03/29/8788.aspx
Restoran Islam kurang ajar di Senawang, BOIKOT
Restoran sebegini memberi ruang kepada umat Islam yang tidak berpuasa membeli makanan dengan lebih mudah dan bebas. Janganlah kita bersubahat dengan memajukan lagi Restoran biadap sebegini.
Memandangkan tiada undang-undang untuk para peniaga beroperasi di bulan Ramadhan , umat Islam yang prihatin haruslah menggunakan kuasa pengguna mereka untuk memBoikot Restoran Islam yang beroperasi di siang hari pada bulan Ramadhan.
Boikot ini haruslah diteruskan selepas bulan Ramadhan dan sepanjang tahun agar peniaga yang memikirkan untung dunia semata-mata ini hormat pada umat Islam dan bulan Ramadhan.
Kalau Restoran Islam ini tidak hormat bulan Ramadhan , adakah kita yakin dengan tahap keHALALan makanan yang disajikan ?
Oleh itu marilah kita sokong Restoran Islam yang menghormati bulan Ramadhan , yang beroperasi sebelum waktu berbuka puasa hingga waktu sahur.
Disarankan juga kepada para blogger Islam yang prihatin agar menyiarkan mana-mana Restoran Islam yang kurang ajar di tempat mereka dan mana Restoran Islam yang harus disokong di seluruh Malaysia , bukan sahaja di Senawang.
Pautan berikut ialah gambar-gambar yang diambil pada sekitar jam 8 pagi Khamis 27 Ogos 2009 Restoran Islam yang beroperasi dan yang tidak beroperasi pada siang hari
_______________________________________
DIBAWAH INI RESTORAN ISLAM KURANG AJAR. BUKA PADA PAGI HARI BULAN RAMADHAN. JOM BOIKOT
Di Taman Kemuning
Di Dataran Senawang
Di Pekan Senawang
Di Taman Kemuning
Di Taman Desa Ixora
Di Taman Anggerik
EXCO N9 tak up to date, Bil Air dan KONDOM
" Jika seorang EXCO Negeri yang menjaga isu kesihatan Negeri Sembilan boleh meberikan fakta lapuk seperti ini, apakah keyakinan rakyat bahawa kerajaan Negeri Sembilan mampu menangani masalah ini (H1N1) dengan berkesan?, tegas Mohd Taufek lagi. Cerita penuh DI SINI
BIL AIR MENYUSAHKAN RAKYAT N.SEMBILAN
Mohd Taufek menjelaskan bagaimana aduan banyak diterima dari rakyat berhubung kadar caj minima untuk bekalan air yang dahulunya RM5 menjadi RM10 sejak akhir-akhir ini ketika bil air dikeluarkan oleh SAINS. Cerita penuh sini adunParoi
ADUN SERI MENANTI BAHAS ISU KONDOM
ADUN Seri Menanti, Abdul Samad Ibrahim bertanya pada Mohd Taufek apakah ADUN Paroi tersebut pernah melihat kondom di Dataran Seremban. Cerita penuh sini ybTaufek
Menteri kata sebat cara sekular zalim, cara Islam adil
Baca setersunya di SINI
20090825
Pertandingan Hafazan dan Tilawah Remaja 31 Ogos 09 Seremban
TARIKH : 31 OGOS 2009 (ISNIN)
TEMPAT : SURAU AL-MUTTAQIN , TAMAN CENGAL UTAMA, SEREMBAN
MASA : 2.00 PTG – 6.00 PTG
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI :
EN. HELMI 019-2445736
HAJI AZHAR 019-6609529
PN. KAS 019-6230101
EN. OMAR 019-6699630
Terbuka kepada 2 kategori
- Tahap 1 (darjah 4 ke bawah)
- Tahap 2 (darjah 5 ke tingkatan 3)
Tarikh tutup penyertaan pada 29 Ogos 2009
Anjuran : ISMA Seremban dan Kelab Remaja ISMA
Maklumat lanjut di http://isman9.wordpress.com/2009/08/25/hebahan-pertandingan-hafazan-tilawah-al-quran-remaja/
20090823
Anak Rembau MENGAMUK, warisan Melayu terbiar
Sementara itu Anak Rembau benar-benar kecewa akan sikap kerajaan Negeri Sembilan yang tidak bersungguh-sungguh memelihara warisan Melayu Negeri Sembilan. Baca rintihan beliau di sini
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/08/rintihan-terakhir-anak-rembau.html
Kuliah Dhuha Ust Nazri Yusof 31 Ogos 09 Senawang
Oleh Ustaz Mohd Nazri Yusof , Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Rembau
Tajuk : Puasa , Al Quran , Badar dan Taqwa
Tarikh : 31 Ogos 2009 , Isnin
Masa : 9:30 pagi
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
20090822
Tawaran Waqaf Pahala di Rembau
Pembelian tanah untuk Wakaf dan Pembangunannya ini adalah di bawah kendalian Yayasan Sofa Negeri Sembilan, di Lot no. 1322, Mukim Chengkau Daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan keluasan 1.8970 hektar ( 4.6874 ekar ).
Peluang ini adalah terbuka kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Pewakaf mewakafkan wang tunai melalui pembelian dan penebusan tanah yang dicadangkan berdasarkan keluasan yang dihajatkan. Sebagai contoh, 1 kaki persegi adalah dengan harga RM 50.00, bagi pihak dirinya atau orang lain (termasuk yang telah meninggal dunia).
Maklumat lanjut di http://yayasansofa.blogsome.com
Jualan Amal Nasi Beriani PASTI Amal N.Sembilan
Adalah dimaklumkan pihak pengurusan PASTI al Amal , Taman Marida dengan kerjasama PAS Cawangan Senawang akan menganjurkan Program Jualan Amal Nasi Beriani sempena menyambut bulan Ramadhan 1430 H.
Program ini merupakan jualan kupon dengan harga RM10 bagi setiap bungkus Nasi Beriani.
Mereka yang berminat untuk menderma, membeli untuk diri sendiri atau membeli dan menyumbang untuk keluarga miskin / anak-anak yatim boleh membeli kupon ini mulai sekarang dengan menghubungi :
Sdr Sufian 013-3589328
Sdr Nazri Zainal 019-9103431
Tn Hj. Faisol 019-3440826
Mereka yang membeli kupon ini boleh mendapatkan Nasi Beriani di PASTI Amal , Taman Marida , Senawang pada hari Isnin, 14 September 2009 bermula jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.
Tarikh akhir pembelian kupon ini ialah pada 9 September 2009.
Jejak Ukhuwah Ramadhan 1430 H Rembau
Adalah dimaklumkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan 1430 H untuk memberi sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di seluruh Kawasan Rembau.
Pihak penganjur program amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringgit bagi membantu meringankan penderitaan anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin agar mereka dapat bersama merasai kegembiraan menyambut Ramadhan dan Hari Lebaran.
Sumbangan akan mula dikumpulkan bermula 20 Ogos 2009 sehingga akhir Ramadhan 1430H. Sumbangan barang keperluan akan mula diedarkan ke rumah-rumah penerima sumbangan bermula 23 Ogos sehingga 13 September 2009.
Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu;
Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202
Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) – 012-2268230
Sdr. Rozmal ( Timb. YDP Rembau) – 012-2267406
Sdr Sufian (DUN Paroi ) – 013-3589328
Sdr Zamri (DUN Kota ) – 012-3513434
Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051
Tn Hj Shukri (DUN Rantau ) – 019-6210677
Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :
DEWAN MUSLIMAT KAWASAN REMBAU No. Akaun : 5012010061653
DEWAN PEMUDA KAWASAN REMBAU , No Akaun : 05012010065457 Bank Islam Malaysia Berhad
Ustaz Mohd Nazri Yusof 0193457690 , Akaun CIMB 05060082146527
Tn Hj Abd Roni Rahim 0122268230 , Akaun Maybank 155127000141
Sdr Hamizi Ahmad 0122832458 , Akaun BSN 0511229878928137
Sumbangan Barangan Keperluan adalah seperti berikut :
1. Garam ( 1peket – RM0.50)
2. Gula (1 kilo – RM1.50)
3. Tepung (1 kilo – RM 2.80)
4. Biskut lemak (1 peket – RM2.50)
5. Susu tin (1 tin – RM2.20)
6. Teh (1 peket – RM3.50)
7. Kopi (1 peket – RM3.50)
8. Kicap ( 1 botol – RM2.50)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket – RM2.50)
10. Minyak masak/kelapa (3 kilo – RM7.00)
11. Beras (5 kilo – RM 15.00)
12. Beras (10 kilo) – RM 28.00
Kem Luv alQuran dan Kembara Ramadan 1430H
Tarikh : 25 – 26 Ogos 2009 (Selasa-Rabu)
Tempat : Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) , Gemencheh
Yuran Penyertaan : RM 80 (termasuk penginapan, makanan, minuman dan bahan kursus)
Untuk keterangan lanjut hubungi :
E-REHAL Training and Services Sdn. Bhd.
No. 29-1, Jalan 28, Cempaka Commercial Centre,
70450 Senawang, N.Sembilan
Tel: 06-678 6931 , Fax: 06-679 1261
HP : 017-6461750 , E-mel : e-rehal@streamyx.com
Blog http://e-rehal.blogspot.com
***********************
KEMBARA RAMADHAN
Kembara Iman dan Ibadah
Tarikh : 8 – 9 Sep 2009 (Selasa-Rabu)
Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tg. Bidara, Melaka
Yuran Penyertaan : RM 120 (termasuk penginapan, makanan, minuman dan bahan kursus)
Untuk keterangan lanjut hubungi :
E-REHAL Training and Services Sdn. Bhd.
Tel: 06-678 6931 , Fax: 06-679 1261
HP : 017-6461750 , E-mel : e-rehal@streamyx.com
Blog http://e-rehal.blogspot.com
20090820
Selsema Babi suka naik pengangkutan awam
Jika terdesak pilihan terakhir terpaksa juga menaiki pengangkutan awam terutamanya bas , komuter , keretapi, LRT dan sebagainya perlu diambil langkah-langkah pencegahan berikut :
1. Dinasihatkan memakai topeng muka.
2. Tempat pemegang tangan, tempat duduk hendaklah sentiasa disapu dengan ubat penghapus bakteria atau kuman oleh pemilik kenderaan atau syarikat.
3. Hendaklah membasuh tangan dengan sabun segera selepas turun dari kenderaan.
4. Jangan memegang muka terutamanya mulut, hidung dan mata ketika dalam kenderaan awam.
Macamana rakyat 1Malaysia ? Ada tak panduan ini terdapat dalam bas, teksi , komuter , keretapi yang kita naiki di Malaysia ?
Ada tak syarikat bas , komuter , bas sekolah dan lain-lain di Malaysia ini cuci atau lap kerusi , pemegang tangan dan sebagainya setiap hari dengan cecair pembasmi bakteria atau kuman ?
Rujukan tindakan kerajaan Afrika Selatan di sini http://roadsafety.co.za/2009/08/13/h1n1-swine-flu-love-public-transport/
Elakkan beri wang kepada golongan fakir miskin
Khalifah Islam , Saidina Umar Ibn Khatab ra telah mengajarkan perkara ini lebih 1000 tahun yang lalu. Kalau nak bantu orang susah , turun padang. Berikan apa keperluan yang mereka kehendaki.
Kisah Saidina Umar ra yang membantu keluarga yang kelaparan apabila beliau turun padang mencari keluarga susah, memikul sendiri gandum, dan memasak sendiri gandum tersebut untuk diberikan kepada keluarga yang kelaparan tersebut amat popular sekali.
Namun sekarang kita bukan mengharapkan Perdana Menteri atau Menteri Besar untuk pikul guni beras, akan tetapi sistem agihan bantuan terutama bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitul Mal hendaklah dari masa ke semasa disemak dan dikemaskini agar tidak disalahguna untuk tujuan lain.
Sebaiknya elakkan pemberian wang ringgit. Berikan mereka barangan keperluan harian.
Adakan program seperti Kupon Makanan dimana penerima bantuan akan menerima Kupon Makanan yang boleh ditukar dengan barangan makanan keperluan asas di kedai-kedai runcit atau pasaraya.
Kupon Makanan ini mungkin boleh diperluaskan lagi dengan memperkenalkan Kupon Bil Air dan Bil Elektrik dimana ini juga adalah merupakan keperluan asas.
Saya menerima keluhan daripada pejabat wakil rakyat menyatakan akan segelintir mereka yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitul Mal masih memohon bantuan atas alasan tidak cukup wang untuk membeli makanan.
Saya cadangkan agar semua pejabat Wakil Rakyat , tidak kiralah Wakil Rakyat Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat supaya cuba elakkan memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan makanan.
Jika kerajaan belum memperkenalkan sistem Kupon Makanan mereka boleh buat Sistem Kupon Makanan sendiri dengan kerjasama kedai-kedai runcit berhampiran.
Penyelewangan bantuan boleh dilakukan oleh segelintir kecil mereka yang tidak bertanggungjawab. Akan tetapi sistem yang lebih efisien perlulah dikaji dari masa ke semasa agar ianya tidak begitu mudah untuk disalahgunakan , juga supaya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan akan mendapat bantuan.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/12/nation/4504408&sec=nation
Wednesday August 12, 2009
Grandpa used welfare money meant for mute wife on hooker
A 78-YEAR-OLD grandfather of five used welfare money meant for his mute wife to pay for the services of a prostitute, reported Berita Harian.
The man was caught during a raid conducted by the Kedah religious department in the afternoon after he collected RM100 on behalf of his wife from the welfare department.
http://www.fns.usda.gov/FSP/
As of Oct. 1, 2008, Supplemental Nutrition Assistance Program (SNAP) is the new name for the federal Food Stamp Program.
Benefits are provided on an electronic card that is used like an ATM card and accepted at most grocery stores.
Pengasuh nursery diperlukan di Seremban
Kriteria :
- Muslimah
- Penyayang dan sukakan kanak-kanak
- Berminat untuk menjadi pengasuh di nursery
- Berumur 18-32 tahun
- Bujang
* Gaji boleh dirunding.
* Tempat tinggal disediakan.
* Pandai mengaji Al-Qur’an adalah satu kelebihan.
Berminat ? Sila hubungi :
Puan Sulaini - 019-9365618
Ustaz Muhammad Rais - 013-2738574
Cik Sheila - 013-9754064
Boleh terus datang untuk temuduga di:
No. 167, Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya,
Ampangan, Seremban
20090819
Nak tahu Restoran paling bersih di Seremban ?
Restoran Haji Sharif ni popular dengan Cendol dan Rojak. Dan dia popular sejak saya sekolah di Seremban lagi dekat Telekom Seremban. Masa tu dia buat ais untuk cendol pakai sagat saja (hancur ais guna sagat tangan). Memang popular dulu cendol dan rojak di Telekom Seremban tu, warung dia kecil , main tolak saja.
Lepas tu dah tak de lagi warung-warung di Telekom Seremban sebelah A&W tu. Mereka pindah kejap depan Hotel Royale Bintang sebelah Hotel Tasik.
Lepas tu ayah pun tak tahu mana mereka pindah. Rupa-rupanya sekarang Restoran Haji Sharif adalah mercu tanda bandar Seremban. Luar dalam semua hijau. Bangunan hijau, baju pekerja hijau, lantai hijau, meja hijau, kerusi hijau, dinding hijau, cendol pun hijau. Restoran Evergreen agaknya.
Menu restorannya mudah saja , Rojak atau Rojak Mi, minum pelbagai Cendol, itu saja, tak ada Nasi, tak ada Roti Canai dan lain-lain. Rojak dia memang special, cuba dulu baru tahu. Ramai orang yang datang, Melayu, Cina, India. Letak kereta pun mudah, banyak tempat letak kereta , walaupun tengah bandar Seremban.
Ini bab yang saya suka. Restorannya memang amat bersih sampai ke tandas. Majlis Perbandaran Seremban beri sijil perakuan A iaitu paling bersih. Masa saya tengah makan seorang pekerja sedang lap dinding restoran dengan air sabun. Tak pernah dalam hidup saya tengok restoran di lap dindingnya.
Lebih-lebih lagi wabak H1N1 ini memang digalakkan semua tempat awam sentiasa di lap dengan sabun meja, kerusi dan sebagainya.
Dan lagi satu saya suka restoran ni tak ada jual rokok atau gula-gula dan jajan. Hebat betul pemilik restoran ini , menjaga kesucian, kebersihan, kehalalan makanan yang dihidangkan.
Juga lagi satu saya suka restoran ini tak ada radio dan TV yang memekakkan telinga.
Restoran ini boleh dijadikan contoh atau “Benchmark” untuk pemilik restoran dan kedai makan satu Malaysia mungkin satu dunia. Kalau saya , saya beri pemilik Restoran ini tokoh Maal Hijrah ke , anugerah apa-apa ke, Duta Pelancongan Negeri Sembilan dan sebagainya.
Tanpa hiburan, tanpa rokok, tanpa pelayan seksi , sebuah restoran boleh begitu maju di tengah bandar Seremban. Fikir fikirkan.
Banyak produk pelancongan di Negeri Sembilan ni. Cendol Leman Dawi, Masak Lomak Cili Api dan Lomang Kendong dan banyak lagi. EXCO Pelancongan kena banyak turun padang.
Doa Selamat dari H1N1 oleh Syeikh Tarikat Ahmadiyyah
Yg Bhg Dato’ Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad
Syeikh Tarikat Ahmadiyyah
Al-Idrisiyyah Al-Rashidiyyah Al-Dandarawiyyah
Madrasah Al-Saidiyyah, Kg. Pondok Rasah
70300 Seremban
Boleh didapati di laman web Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan http://www.muftins.gov.my/files/doa.jpg
juga di Blog http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html
Pakej Bantuan Ramadhan 1430 N.Sembilan
Pakej bantuan ini mengandungi barangan berikut :
5 kg beras
3 tin susu
2 kg gula
2 kg minyak masak
2 kg tepung
Pakej Bantuan ini boleh diberikan kepada pihak penganjur dalam bentuk barangan atau wang ringgit sebanyak RM 32 untuk satu pakej.
Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Sdr Suhaire Hj Sulaiman 019-2998345 @ 06-7637450 di Seremban.
Solat Hajat Tolak Bala 20 Ogos 09 Seremban
Khamis 20 Ogos 2009
Jam 7 malam
Di Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor , Ampangan , Seremban
Semua ibu bapa, penjaga, guru, kakitangan, pelajar dan bekas pelajar dijemput hadir
Blog PIBG SMADKLANA di http://pibgsmadklana.blogspot.com
H1N1 Rakyat Didahulukan Untuk Mampus
Rakyat Malaysia begitu naif , begitu tidak terdedah mengenai pengetahuan pencegahan H1N1. Agaknya kalau isytihar darurat kita masih buat tak kisah, dari Perdana Menteri sampailah ke rakyat biasa.
Isteri saya mengajar di sebuah sekolah kluster di Seremban (sekolah Top of the Cream agaknya). Salah seorang murid telah disahkan menghidap H1N1 (anak Dato). Kelas sekolah berjalan macam biasa.
Saya tanya tak ada ke buat pembersihan kelas dan sekolah dari bakteria (disinfection) ? Dia kata tak ada. Sekolah seolah-olah tak tahu nak buat apa, tunggu arahan dari Jabatan Pelajaran dan Kementerian Kesihatan agaknya.
Kerajaan Singapura banyak mengeluarkan panduan mencegah H1N1. Salah satunya ialah tempat awam hendaklah selalu dibersihkan dengan pembunuh kuman (disinfectant seperti Dettol dsbnya) antaranya tombol pintu, pemegang tangga dan lain-lain.
Tengok tak Buletin Utama TV3 malam tadi (Selasa 18 Ogos 2009), sudut luar negara , bagaimana mereka membersikan kerusi, meja, pintu kelas satu per satu dilap dan disembur dengan antibakteria.
Lagi satu saya tanya anak saya ada tak sekolah masa perhimpunan atau dalam kelas baca apa-apa doa untuk mohon kepada Allah dijauhkan bala ini ? Hanya sekolah rendah anak saya saja yang ada buat. Yang lain hanya ada baca Yasin dan Solat Hajat , itu pun bukan setiap hari.
Kalau tak ada doa khusus boleh rujuk doa yang bekas Mufti Negeri Sembilan minta kita amalkan di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html
Sekali lagi kepada Perdana Menteri, Menteri Pelajaran, Pimpinan Barisan Nasional , Pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia, tolonglah peka sikit mengenai H1N1 ini, jangan tuding menuding jari. Di akhirat nanti setiap seorang daripada kita akan dipertanggungjawabkan tidak kira pemimpin mahu pun rakyat.
Kepada media jadikanlah H1N1 tajuk utama akhbar. Jangan sampai rakyat panik , topeng muka mahal langsung tak keluar rumah , atau langsung tak pakai, sedangkan banyak kain pelikat, kain batik lama boleh buat topeng muka dengan diberikan panduan yang betul. Rujuk sini http://waghih.blogspot.com/2009/08/h1n1-buat-sendiri-topeng-muka-untuk.html
Dibawah petikan panduan pencegahan H1N1 dari kerajaan Singapura
The following should be cleaned regularly with disinfectant:
- Lift cars, escalators and staircases, particularly buttons and handrails.
- Surfaces with high human contact, such as counters, tabletops, door
knobs/handles and public phones
- General premises, paying more attention to places of higher human traffic
such as the entrance, lobby area, information counter, common corridors.
http://www.teamsingapore.com.sg/publish/etc/medialib/sports_web_uploads/h1n1-2009.Par.0001.File.tmp/H1N1%20guidelines%20(21%20May,%205%2058%20pm).pdf
20090818
H1N1, Pakai purdah boleh kurang risiko jangkitan
Tapi dengan syarat-syarat berikut :
1. Purdah tersebut mestilah sekurang-kurangnya 2 lapis. Lagi banyak lapisan lagi baik.
2. Purdah tersebut mestilah tertutup bahagian bawah sepenuhnya , tiada ruang angin untuk masuk.
3. Mestilah dibasuh dengan sabun setiap hari.
Untuk koleksi purdah boleh ke laman web berikut http://purdah-niqab.blogspot.com/
Biskut Raya Lavender Nuts Senawang
Biskut ciptaan terbaru tahun ini dinamakan Lavender Nuts.
Juga ada London Almond, Tart Nanas, Badam Cornflakes , Biskut Kacang dan lain-lain.
Harga RM 18/bekas (50 biji)
Dapatkan sampel di :
Halal Mart Lavender Height
No 255 , Jalan Lavender Height 2
Lavender Height Business Square
70450 Senawang
Hubungi Abdul Rahim Omar 019-2467067 e-mel kintelek@yahoo.com
Maklumat lanjut di http://alyafihalalmart.blogspot.com
Solat Hajat Mohon Keselamatan 20 Ogos 09 Senawang
Khamis 20 Ogos 2009
Bermula Maghrib berjemaah
Di Surau Taman Alamanda , Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
20090817
H1N1 , Periksa sistem pendingin udara
Pastikan sistem pendingin udara di pejabat , rumah dan kereta kita dalam keadaan baik dan bersih.
Pastikan senggeraan dilakukan dengan baik dan mengikut jadual terutamanya penukaran atau pembersihan penapis udara.
*****************
Ventilation System
- Clean, inspect and maintain all ventilating systems and air-conditioning
systems regularly, particularly in small, confined areas such as lifts and
toilets.
- Clean and disinfect cooling towers regularly. [Refer to the Environmental
Public Health (Cooling Towers and Water Fountains) Regulations 2001].
Sumber http://www.teamsingapore.com.sg/publish/etc/medialib/sports_web_uploads/h1n1-2009.Par.0001.File.tmp/H1N1%20guidelines%20(21%20May,%205%2058%20pm).pdf
Lelaki tak de kaki jadi imam solat , jangan derhaka
Tidak bersyukur satu hal , derhaka arahan Allah satu hal. Tidak solat, tidak tutup aurat, minum arak, main judi, derhaka pada ibu bapa dan seterusnya.
Lihat sini foto budak tersebut http://amizakhusyri.blogspot.com/2009/08/presentasi-syukur.html
Udah-udah le tu. Hidup di dunia tak sampai sekelip mata , akhirat kekal selama-lamanya sampai bila-bila.
H1N1, Sabun pun tak de di sekolah kluster Seremban
Saya tanya isteri saya, sekarang H1N1 dah menular di Seremban ni ada tak disediakan sabun di tandas dan kantin. Isteri saya kata tak ada, malah pintu tandas bilik guru pun selaknya dah lama rosak. Baru-baru ni tandas tak ada air pun , guru besar sendiri turun padang baiki.
Nak salahkan siapa agaknya ? Terlalu nak mengejar kecemerlangan akademik , inilah jadinya. Perkara asas seperti kebersihan dan solat sering terabai.
Kalau Kementerian Pelajaran tak ada bajet nak sediakan sabun, mintalah berunding dengan PIBG. Kalau PIBG pun tak ada bajet, Kementerian Pelajaran keluarlah surat pekeliling, buat sidang media minta murid bawa sendiri sabun.
Agaknya belum isytihar darurat , semua orang buat tak kisah. Menteri pun tak turun padang. Yang disalahkan nanti Guru Besar, Guru-Guru, kakitangan Jabatan Pelajaran, kakitangan Kementerian Kesihatan.
Turunlah padang. Janganlah sibuk dengan 1Malaysia saja.
Saya tanya isteri saya lagi sekolah ada tak Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ( Safety and Health Committee – SHC). SHC pun isteri saya tak tahu apa dia.
Walhal sekolah ada Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Pandu Puteri yang ada asas pertolongan cemas dan perubatan, gunakanlah sebagai asas membentuk SHC.
Jangan nak harap kakitangan Kementerian Kesihatan saja. Kementerian Kesihatan tak cukup kakitangan nak tangani wabak ini. Hari Sabtu , Ahad pun Klinik Kesihatan di buka kerana H1N1. Silap-silap mereka semua tak sambut raya tahun ni.
Sekali lagi kepada pemimpin negara dan negeri.
TURUNLAH PADANG. JANGANLAH SIBUK DENGAN 1MALAYSIA SAJA.
Kepada ibu bapa dan penjaga , cuba tanya anak-anak kita ada tak sabun di tandas dan kantin sekolah
*****************
DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster/
20090816
Orang Akhbar makan duit hasil iklan Judi
20090814
A H1N1 Politik Melampau Malaysia memburukkan keadaan
A H1N1 makin serius , tapi media terlalu memberi tumpuan masalah politik di Malaysia. Cuba tengok tajuk berita utama 13 Ogos 2009
Utusan Malaysia - Syor dakwa Siew Fook, Ooi
Harakahdaily - 90 pemimpin Pakatan berbengkel esok
Berita Harian - Need for online records to prove authenticity of Datukships
Malaysiakini - 'Ridiculous honesty' from Tiong
Sejak Selasa 11 Ogos 2009 hingga pagi Khamis 13 Ogos 2009 ada banyak tempat di Seremban tiada air kerana kerja pengalihan paip. Telah diberi pengumuman dalam Utusan minggu lepas , tapi ramai yang terlepas pandang. Sebab tajuk utama akhbar tak kiralah BN atau PR ialah isu politik. Akibatnya A H1N1 di Seremban mungkin akan bertambah buruk kerana masalah air, kecuaian pemimpin dan rakyat.
Kakak saya di Pahang dah panik. Orang dah berebut beli topeng muka. Tapi mahal sangat. Di sana dijual sekotak 50 keping RM 45 , saya boleh beli di Seremban RM 12 sekotak 50 keping. Saya beritahu kakak saya , buat sendiri topeng muka guna kain kapas , sekurang-kurangnya 3 lapis , boleh buat projek koperasi sekolah dia.
Orang awam dah mula marah-marah pada kakitangan hospital. Jangan salahkan kakitangan hospital , mereka dah tak menang tangan sekarang ini. Salah rakyat tak faham peraturan menangani wabak A H1N1. Salah media juga yang menjadikan Politik tajuk utama akhbar. Media BN dan Media PR.
Oleh itu mereka yang ada akses internet sebarkanlah maklumat yang berguna mengenai A H1N1. Jangan ada pihak yang mengaut keuntungan pula akibat penderitaan orang lain.
20090812
Malaysia , N.Sembilan kehilangan permata tak ternilai
Aug 12, 09 4:01pm
Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun.
Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, lapor Bernama.
"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya kepada agensi berita itu.
Abdul Muluk juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).
Adiah berkata jenazah allahyarham dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.
Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.
Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.
Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.
http://malaysiakini.com/news/110377
H1N1 buat sendiri Topeng Muka untuk jimat kos
TAHU KE TIDAK topeng muka ni hanya boleh guna 4 ke 8 jam. Maknanya hari-hari kena tukar ? Kalau satu keluarga 7 orang , RM 7 setiap hari untuk topeng muka saja. Kalau tak tukar hari-hari , baik tak payah pakai.
Kakak saya dari Pahang kata di sana dijual RM 45 sekotak , makna 90 sen sekeping.
Wow , boleh untung jual topeng muka ni. Lebih 100%. Jangan tamak. Wabak bala penyakit datang ni jangan kita nak ambil untung. Kita kena banyak bertaubat dan beramal.
InsyaAllah , kalau nak jimat kos boleh buat sendiri topeng muka ini dan boleh guna semula.
Guna beberapa lapis sapu tangan , atau kain dari kapas (cotton/t-shirt) , atau kain serban , ikat elok-elok pun boleh. Kalau pandai jahit buat sendiri elok-elok. Sebaiknya 9 lapisan. Setiap lapisan arah bentuk kain berlawanan.
Cara ini lebih jimat. Pastikan basuh hari-hari. Buat dua tiga set.
Kepada makcik-makcik dan kakak-kakak yang jahit baju raya tu , bolehlah buat bisnes buat topeng muka. Ianya dapat membantu masyarakat. Sama-sama untung dalam Win Win Situation begini. Pastikan ianya kain kapas antara 4 ke 9 lapisan.
*************************************
How effective are masks against H1N1 virus?
People coming to various screening centres and hospitals following the H1N1 flu scare have been seen using the masks for over four hours and more.
Paediatrician Sanjay Lalwani too advocates the use of home-made cloth masks. "In fact, a three-layered mask made of thin cloth is one of the most effective masks in the absence of the N95 variety. Also, people do not realise that the disposable masks are meant to be disposed of after one use. Cloth masks or even handkerchiefs, on the other hand, can be washed and used again," said Lalwani.
http://timesofindia.indiatimes.com/articleshow/4879337.cms
To make your own mask, boil a cotton T-shirt for 10 minutes. Then dry it, and cut it into about nine pieces. The first piece should be wide enough to cover your nose and mouth comfortably, as shown above. The other eight squares should fit inside the part that goes over your face. You should alternate the way you place the grain of the squares. The mask should be tied tightly about the mouth and nose to be most effective.
After using the mask, it must be washed with bleach to sanitize it.
http://www.ehow.com/how_4937558_make-mask-swine-flu-pandemic.html
Ibadah Korban Aqiqah di Mindanao 1430 H
DI MINDANAO , FILIPINA
Ibadah korban dan aqiqah di tempat yang memerlukan adalah lebih utama dan mulia
- Lembu RM 290 satu bahagian
- Kambing RM 350 seekor
Anjuran : Yayasan Amal Malaysia
Hubungi Suhazeli Abdullah 019-9563653 amalterengganu@yahoo.com
Maklumat lanjut di http://yamterengganu.blogspot.com/2009/08/rayuan-korban-dan-aqiqah-mindanao-1430.html
20090810
A H1N1 , Perokok memburukkan lagi wabak Selsema Babi
Kepada perokok-perokok di Malaysia semua. Fikir-fikirkanlah. Demi untuk diri anda sendiri , untuk isteri anda (lebih-lebih lagi yang mengandung) , demi anak-anak anda (lebih-lebih lagi yang berumur bawah 6 tahun) , demi ibu bapa anda (lebih-lebih lagi berumur 60 tahun ke atas) , demi agama, bangsa dan negara, INILAH MASANYA UNTUK ANDA BERHENTI MEROKOK ATAU JANGAN MEROKOK DI HADAPAN ORANG LAIN.
We conclude that smoking is a major determinant of morbidity in epidemic influenza and may contribute substantially to incapacitation in outbreaks in populations that smoke heavily.
http://content.nejm.org/cgi/content/abstract/307/17/1042
Jurutera Aeroangkasa Diperlukan
Are you an Aerospace engineer?
Or are you looking for any job in aerospace related field?
Me, and some of my friends also looking for you as well. Just send your CV or Resume to my email: farquar.info@gmail.com , we wish to offer you a great project that can give you a challenging experience !
Maklumat lanjut di http://farquarspace.blogspot.com/2009/08/career-in-aerospace-engineering.html
Adakah anda seorang Jurutera Aeroangkasa?
Atau anda sedang mencari pekerjaan dalam bidang yang berkaitan dengan aeroangkasa?
Andalah yang kami cari!. Hantarkan resume atau CV kepada email: farquar.info@gmail.com , di masa akan datang sekiranya kami ada projek yang memerlukan jurutera aeroangkasa, kami bukakan peluang ini kepada anda !
20090809
FORUM PERDANA DI AMBANG RAMADHAN
Tarikh : Sabtu 15 Ogos 2009
Jam : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang
“Ramadhan : Hadir Dinanti, Hilang Ditangisi”
Ahli Panel: Ust. Norazman Mohamad http://lobai-kampung.blogspot.com , Ust. Khusairi Hamthan & Ustazah Nik Norseha Nik Mat
Moderator : Ustaz Khairil Anuar Mohd Wafa http://pemudanegeri.blogspot.com
Maklumat lanjut di http://yam-ns.blogspot.com
SEMUA DIJEMPUT HADIR
TEATER MENUNGGU KATA DARI TUHAN
Tarikh : Ahad 16 Ogos 2009
Jam : 9 malam
Tempat : Dataran Senawang
Dilakonkan oleh Sabri Yunus (diiringi Gesekan Biola oleh Sani Sudin - Kopratasa)
Teater biografi dari hadith Hadith Muslim kisah Ka’ab bin Malik sahabat Nabi yang tidak keluar berjihad
Maklumat lanjut di http://yam-ns.blogspot.com
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Pertandingan Roket Air 15 Ogos 09 Seremban
(Terhad 20 peserta sahaja)
Sabtu 15 Ogos 2009
Jam 11 pagi
Tempat : Dataran Senawang
Yuran : RM 2
Terbuka kepada pelajar sekolah menengah sahaja
Borang pendaftaran di http://amal-ns.blogspot.com
20090808
Kerajaan N.Sembilan perlu rampas tanah adat
Beri tempoh setahun kepada semua waris setiap suku buat urusan tukar nama kepada mereka yang masih hidup dan bayar cukai tanah yang tertunggak.
Tanah yang dirampas nanti dilelongkan kepada anak buah dalam setiap suku yang layak mendapat tanah adat.
InsyaAllah akan terungkai sedikit masalah tanah adat dan rumah adat yang banyak terbiar di Negeri Sembilan ini.
Tapi yang ada hak merampas tanah adat bukan kerajaan negeri tapi ketua adat.
Pandai-pandailah berunding antara kerajaan negeri, ketua adat dan anak buah.
Nak selesai tanah adat ni macam-macam cara. Samada nak buat atau tidak , itu saja.
Masalahnya duk sibuk berseminar , berdiskusi , berwacana , berbrainstorming, berkonvensyen tapi tindakannya tiada.
Di N.Sembilan masjid cantik pun terbiar
Terbiar dari segi memakmurkan masjid dan surau dengan jemaah bersolat dan majlis ilmu. Terbiar dari segi mengekalkan keindahan budaya warisan Melayu Negeri Sembilan.
Apo nak buek ? Bukan rumah dan orang tua saja yang terbiar di Rembau dan Negeri Sembilan. Malahan masjid dan surau pun terbiar.
Tapi ada satu tempat yang tidak terbiar dari dulu sampai sekarang. Iaitu kedai judi ekor di pekan Rembau dan lain-lain tempat di Negeri Sembilan ini. Begitu meriah. Majoriti pengunjung orang Melayu , tak kira tua atau muda.
Masjid di Rembau ni hanya untuk golongan tua yang menunggu panggilan kubur. Kalau Masjid Kg Gadong tu yang ada imam, bilal dan siak saja. Siak pun tak silap saya bukan orang asal Rembau, tapi orang luar N.Sembilan yang bekerja dan menyewa di Kg. Tanjung.
Anak mudo majoriti tak minat pergi masjid ( anak muda yang sokong Barisan Nasional dan anak muda yang sokong Pakatan Rakyat , sama saja ).
Sila ke pautan berikut untuk melihat kecantikan dan keunikan masjid terbiar di N.Sembilan :
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/08/rintihan-anak-rembau-iv.html
Berikut kritikan terhadap kerajaan Negeri Sembilan yang tidak serius membangunkan pelancongan budaya di N.Sembilan
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/07/kerajaan-negeri-tidak-pulihara-warisan.html
http://waghih.blogspot.com/2008/05/sektor-pelancongan-nsembilan-perlu-di.html
Gangguan bekalan air di Seremban 11, 12 Ogos 09
Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Zulkifli Ibrahim berkata, gangguan disebabkan kerja-kerja pengalihan paip air ekoran pembinaan Lebuh Raya Kajang - Silk (LEKAS) di Batu 6, Jalan Jelebu dekat sini.
Beliau berkata, kawasan terlibat ialah keseluruhan bandar Seremban, Seremban 2, Bandar Baru Nilai, Kuarters KLIA, Felda LBJ, Felda Sendayan, Kampung Gadong, Nilai 3, Taman Semarak, Pekan Lama Nilai, Kawasan Industri Berat Nilai dan sekitar Jalan Labu.
Seluruh Senawang, Taman Tuanku Ja'afar, Jalan Tampin, Jalan Port Dickson, Taman Tasek Jaya serta Kawasan Industri Tasek Jaya, Lenggeng dan kawasan sekitarnya termasuk Mantin, Pajam, Nilai, Staffield Golf Resort dan Ulu Beranang juga mengalami gangguan bekalan.
Ia juga melibatkan Rasah, Jalan Rasah, Hospital Tuanku Ja'afar, Rasah Jaya serta taman-taman perumahan di sekitar Rasah ke Mambau akan mengalami gangguan bekalan air sepanjang tempoh tersebut.
Jelasnya, orang ramai yang memerlukan bekalan air boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982 atau 06-7653000, 06-7653001 dan 06-7639100.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm
Selesema Babi tapi ramai sakit Melayu ?
Akhir-akhir ini ramai yang dilaporkan mati assabab Selsema Babi ini orang Melayu.
Minggu lepas kawan saya pergi pasaraya Jayajusco di Seremban 2 yang kawasan di situ majoriti bukan Melayu, dia kata majoriti pengunjung di Jayajusco memakai topeng muka. Lepas tu dia pergi pasaraya Giant Senawang yang kawasan majoriti Melayu, boleh dikatakan tiada yang pakai topeng muka.
Sekolah anak saya di Seremban dah dua sekolah ada penularan wabak Selsema Babi ni , sekolah agama kerajaan pula tu. Satu sekolah tu ada dibekalkan sabun, satu sekolah tu tiada sabun, jadi saya suruh anak-anak bawa sabun sendiri.
Nampaknya kesedaran umum mengenai penyebaran Selsema Babi ini terutama orang Melayu boleh dikatakan ZERO.
Mungkin perlu tukar nama Selesema Babi ini ke Selesema Udara dan Selsema Sentuhan baru orang Melayu nak sedar agaknya.
Yang penting sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Selepas tu berdoa , solat hajat, bertawakkal dan seterusnya. Contoh doa di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/04/doa-keselamatan-daripada-wabak.html
Cegah Selsema Babi dengan memakmurkan Masjid
20090806
A H1N1 kejap suruh gi hospital, kejap tidak
Hanya pesakit yang diwadkan saja akan diuji samada ada virus. Mereka yang ada tanda-tanda selesema patut rehat di rumah dan dapatkan nasihat perubatan.
Dr Ismail memberi amaran kepada rakyat supaya tidak mengambil ubat anti viral kerana ianya ada kesan sampingan.
Komen : Apa nak buat sekarang ? Kejap suruh pergi hospital kalau ada tanda penyakit. Sekarang hanya mereka yang masuk wad saja akan diuji ? Kenapa , dah ramai serbu hospital ? Kenapa masih tiada kesedaran rakyat Malaysia ? Sekolah anak saya di Seremban minggu lepas tutup seminggu , minggu ni buka semula , anak beritahu di sekolah tidak dibekalkan sabun basuh tangan. Yang pakai topeng muka di tempat awam boleh bilang dengan jari sebelah tangan. Lepas tu tiada gesaan untuk solat hajat, tiada usaha sekolah-sekolah diwajibkan baca doa hindar penyakit. Macam tak ada apa-apa je. Surau dan masjid tengok jemaah banyak tu juga. Tak ada nampak makin ramai datang surau masjid mohon dijauhkan bala bencana , bertaubat. Konsert , hiburan awam berjalan macam biasa saja di Seremban, mungkin seluruh Malaysia.
A(H1N1): Death toll increases to 14
PUTRAJAYA: A 57-year-old man has died of the Influenza A (H1N1) increasing the death toll to 14, says Health director-general Tan Sri Ismail Merican.
He said 16 new locally transmitted cases were reported over the last 24 hours.
He added that only warded patients will be tested for the virus while those with symptoms of influenza should rest at home and heed medical advice.
Dr Ismail also warned the public against taking anti-viral medication as it can lead to resistance to the drugs as reported in some countries.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/6/nation/20090806132821&sec=nation
Rumah terbiar jadi rumah perlindungan golongan susah
Di N.Sembilan khususnya dan Malaysia amnya terlalu banyak rumah terbiar samada di kampung mahupun taman perumahan, baik milik individu , bank mahupun kerajaan.
Marilah kita menyokong uasaha pertubuhan kebajikan seperti Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ini dan yang sewaktu dengannya agar gejala sosial dan pelbagai penyakit masyarakat dapat diubati.
Pertubuhan seperti ini sentiasa memerlukan bantuan daripada semua pihak baik kerajaan BN atau PR , pihak swasta serta individu.
Berita sepenuhnya di Blog YKSN9 http://yksn9.blogspot.com/2009/07/laporan-program-gotong-royong.html
H1N1 Panduan Memakai Topeng Muka
1. Basuh tangan sebelum memakai dan selepas menanggalkan topeng muka.
2. Tetulang besi ialah bahagian atas
3. Arah lipatan mengarah ke bawah ialah bahagian luar
4. Letak getah topeng muka dengan kemas di belakang telinga (jika jenis tali ikat dengan kemas belakang kepala)
5. Topeng muka mesti menutupi hidung, mulut dan dagu
6. Tetulang besi hendaklah tekan mengikut bentuk hidung dan muka
7. Jangan sentuh permukaan topeng muka untuk mengelakkan pencemaran
8. Apabila menanggalkan topeng muka, elakkan menyentuh bahagian luar kerana bahagian ini kemungkinan mengandungi kuman
9. Buang topeng muka yang telah digunakan dengan melipat ke dalam bahagian luar atau bungkus dalam beg plastik sebelum buang dalam tong sampah.
10. Ganti topeng muka jika ianya rosak, basah atau berhabuk
Untuk Doa Keselamatan dari Wabak Penyakit sila ke pautan Blog bekas Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus
KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA BEKALKAN KEPADA ANAK-ANAK SABUN BASUH TANGAN SEKIRANYA SEKOLAH TIDAK MENYEDIAKAN SABUN UNTUK MEMBASUH TANGAN
Rujukan : How to Wear a Surgical Mask
http://www.hku.hk/uhs/avianflu/doc/surgical_mask_guide
20090805
Kuliah Ustaz Dato Hj Arshad 7 Ogos 09 Senawang
Oleh Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad
Jumaat 7 Ogos 2009
Selepas Maghrib
Di Surau Taman Alamanda , Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
20090804
Macamana Polis, FRU solat ketika bertugas ?
Agaknya macamana Polis dan FRU menunaikan solat ketika bertugas ? Kalau askar pun boleh solat ketika dalam perang , takkan polis dan FRU tak boleh solat ketika bertugas ?
Gambar askar Malaysia dan askar seluruh dunia solat ketika bertugas di http://waghih.blogspot.com/2009/07/askar-malaysia-solat-pakai-kasut-but.html
Gambar peserta demonstrasi Mansuh ISA bersolat di http://waghih.blogspot.com/2009/08/demo-demo-juga-solat-jangan-lupa.html
Seorang muslimat sedang solat dalam trak. Dari Blog Srikandi Melayu (Ibu & Isteri Mithali) http://lailagmi.blogspot.com/2009/08/polis-dendam-pada-aktivis-anti-isa.html
"Ketika kami sembahyang Zohor ditepi jalan, lori sembur kami dengan air asid. Pedih seluruh badan. Bila kami selesai sembahyang, polis pula tangkap kami dan paksa masuk dalam terak..." kata Puan M dari Kedah. Dari pautan http://lailagmi.blogspot.com/2009/08/salahkah-berkongsi-hak-asasi-dengan.html
Harap-harap sahabat saya dalam BAKA PDRM buat kursus solat ketika bertugas untuk saudara seIslam dan sebangsa kita dalam PDRM.
Juga harap-harap sahabat saya dalam Jemaah Tabligh banyak buat gash, tasykil dan bayan di surau-surau dan masjid-masjid PDRM. Kalau Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dah iktiraf Jemaah Tabligh takkan PDRM tak boleh iktiraf ?
HIDUP DI DUNIA TAK SAMPAI SEKELIP MATA
HIDUP DI AKHIRAT KEKAL SELAMA LAMANYA
Univeristi Percuma untuk Orang Susah
Laman web AlBukhary International University di http://www.aiu.edu.my/programmes.html
Promosi Awning , Pintu Pagar dll sekitar Seremban
Metal Awning - dari RM 5.50 KPS Siap Pasang
Polycarbonate - dari RM 12 KPS Siap Pasang
Pintu Pagar (Sliding) 10 X 5 - dari RM 600 (harga kilang)
Pintu Pagar W.I 10 X 5 - dari RM 900 (harga kilang)
Pintu Pagar ( Ayun ) - 10 X 5 dari RM 400 (harga kilang)
Kawasan operasi lingkungan 100 km dari Seremban
Pertanyaan: tel @ sms Abd Hafiz Bin Mohd Ali 017-2500345
E-mel abdulhafiz.sawda@gmail.com
20090803
Anjing Pencegah Maksiat
Saya kata pada dia , kumpulan anjing-anjing liar ini hanya berkeliaran di kawasan padang dan deretan kedai pada waktu malam dan awal pagi. Pada waktu siang , anjing ini pergi tempat lain ( tak tahulah menghilang ke mana ).
Lepas tu saya tanya pada dia , ada anjing-anjing tu menganggu penduduk , berak merata-rata , bulu berguguran macam anjing kurap ? Tak ada pula anjing-anjing tersebut mengganggu penduduk , berak merata-rata, kejar budak-budak. Sihat-sihat semua anjing-anjing tadi.
Tapi semenjak ada banyak anjing-anjing liar di taman ini saya kata jarang nampak muda mudi melepak di kawasan taman permainan dan deretan kedai pada lewat malam dan awal pagi. Seolah-olah anjing ini mencegah maksiat.
Baru-baru ini seorang warga emas taman ini pun beritahu saya bahawa akhir-akhir ini banyak anjing liar di taman ini. Saya kata pada dia , Haji kalau anjing tu tak kacau kita , biarlah. Tak berak merata-rata , surau pun dia tak kacau biarlah. Lagi pun sejak ada anjing ini kita tak tengok anak-anak muda-mudi melepak di padang permainan. ( Anjing tak berak di surau , tapi ada yang singgah surau semata-mata untuk buang air kecil dan besar ).
Saya kata pada dia , dulu Ustaz Ali Kutty kata bahawa yang menganggap anjing najis berat ialah Mazhab Syafie dan Syiah sahaja (betulkan saya kalau tersilap), mazhab lain tak ada masalah dengan anjing ni.
Haji tu pun kata , dulu masa dia kecil-kecil di kampung , dia pun bela anjing. Sebab dulu kampung banyak babi hutan dan macam-macam binatang liar.
Itulah cerita mengenai anjing, binatang makhluk Allah yang disebut secara khusus dalam Al Quran dalam kisah Ashabul Kahfi.
Tak malukah manusia yang hanya berdiam diri melihat maksiat ? Kalau kita hanya berdiam diri bila melihat maksiat , rasanya anjing lebih mulia dari kita. Kalau kita pula melakukan maksiat , lagi jauh mulia anjing. Kalau kita terang-terangan pula buat maksiat , macam begitu ramai orang Melayu beli Judi di Kedai Judi Halal Berlesen , jauh lebih mulia anjing tadi.
Jadi kalau ada orang gelar kita anjing , janganlah marah. Kerana anjing lebih mulia daripada manusia yang melakukan maksiat.
Ada orang Islam yang dengar azan tak sahut, leka berborak. Tapi ada anjing yang dengar azan , dia sahut. Ceritanya di sini http://waghih.blogspot.com/2007/09/anjing-sahut-seruan-azan-subuh-di.html
Juga anjing sahut seruan azan di Youtube http://www.youtube.com/watch?v=QAO_sojC9PY
AKTIVITI EXPLORASI MINDA 16 Ogos 09 Senawang
Ahad 16 Ogos 09
Terbuka kepada SEMUA remaja berumur 13-20 tahun
Acara berkumpulan (2 orang satu kumpulan)
Penyertaan TERHAD sehingga 50 kumpulan pertama yang didaftarkan
Untuk perdaftaran SEGERA, sila hubungi Cik Atriza (013-6485597) atau Cik Najihah (013-9474951)
Hadiah yang ditawarkan
PERTAMA: RM 70 + hamper + set buku motivasi
KEDUA : RM50 + hamper + set buku motivasi
KETIGA : RM 30 + hamper + set buku motivasi
KEEMPAT – KEENAM : Hamper + set buku motivasi
ANJURAN NISA' REMBAU
Berikut merupakan senarai barangan jualan Muslimat Rembau Sempena EXPO Ramadhan di Dataran Senawang
Char Kuey Teow goreng panas (Gerai bermula maghrib 15 & 16 Ogos 2009).
Hanya yang mempunyai kupon sahaja boleh mendapatkan Char Kuey Teow ini. Kupon RM5 di kaunter muslimat
Air minuman
Satay goreng
Buah-buahan potong
Pakaian bundle serendah RM2-RM20
Buku-buku
CD
Poster dan stiker
T-shirt Muslimah
Tanah Adat Perpatih, renungan untuk Anak N.Sembilan
Kalau mengikut adat , tanah ini akan diwarisi oleh kakak saya dan sepupu serta dua pupu perempuan yang lain. Tanah dulu ada rumah pusaka arwah nenek saya. Sekarang dah tak ada lagi. Tanah pun dah semak samun lama terbiar , juga ada tanah sawah sedikit , juga lama terbiar. Kadang-kadang ada pihak sewa buat projek pertanian.
Saya tanya emak saya , geran tanah tu atas nama siapa. Emak saya kata atas nama arwah nenek dan geran pula pada sepupu dia , nama pada geran pun belum tukar lagi.
Saya kata pada emak saya daripada kita tanggung dosa tanah tersebut tidak dipindah nama kepada pewaris yang masih hidup , baik emak serahkan sahaja bahagian emak pada sesiapa di kalangan waris yang layak. Bagi saja emak , tak payah kita ambil tanah tu. Buat susah anak cucu sahaja nanti nak menentukan siapa yang sepatutnya menjaga tanah tersebut. Kesian pada arwah nenek dan orang tua kita yang meninggalkan tanah tapi belum ditukar nama dan tidak dijaga.
Tanah dah ada yang bukan tanah adat yang kita ada ni cukuplah.
Untuk renungan anak Negeri Sembilan semua, untuk renungan Buapak, Undang dan Yamtuan. Fikirlah ke mana kita di Negeri Sembilan ini. Saya bukannya hendakkan tanah adat, malahan saya suruh emak saya serahkan sahaja tanah adat yang dia ada hak atasnya pada saudara perempuannya secara percuma agar kita tidak menanggung dosa.
Cubalah anak-anak Negeri Sembilan dalam Negeri Sembilan ini dan di luar Negeri Sembilan tengok kampung halaman. Siapa yang tinggal di kampung halaman sekarang ? Orang tua-tua yang tak larat. Anak-anak jarang sekali balik untuk menjenguk orang tua yang uzur.
Orang tua ini hendak mewariskan tanah mereka begitu sukar sekali kerana perkara ini telah lama terabai.
Tidak terkilan ke anak Negeri Sembilan tengok , kita di Negeri Sembilan ini ada tanah adat , tak perlu menumpang , tak perlu berebut rumah murah , tak perlu berebut rumah pangsa. Tapi sayang , tanah di kampung terbiar, rumah di kampung terbiar. Malahan orang tua di kampung terbiar.
Masalah tanah adat di Negeri Sembilan yang terbiar sampai bila-bila tak akan selesai , selagi semua pihak dari pemerintah adat hingga ke anak buah tidak mencari jalan penyelesaian. Janganlah berbincang di dewan seminar sahaja masalah tanah adat ini , turunlah padang sikit , tengok tanah dan rumah terbiar , tengok geran terbiar , tengok cukai tanah terbiar , tengok orang-orang tua terbiar.
Bila nak buat Hospital Rembau ? Klinik Desa tak mesra warga emas
Dalam perjalan saya hampir sampai ke Hospital Tampin , saya diberitahu memandangkan ayah saya agak serius dia terpaksa dibawa ke Hospital Seremban menggunakan ambulan. Lalu saya bergeraklah ke Hospital Seremban. Mujur ayah saya dibawa dengan ambulan terus mendapat rawatan dan dimasukkan ke wad. Ini adalah kerana untuk mencari tempat meletak kereta adalah amat sukar sekali di Hospital Seremban , dan kalau ada pun terpaksa berjalan menaiki bukit dan beberapa anak tangga ( macam nak naik Gua Batu Caves agaknya ).
Saya hanya mampu bersabar dan bersyukur kerana ayah saya mendapat rawatan yang agak baik di Hospital Tampin dan Seremban dengan layanan yang agak baik dan mesra dari semua kakitangan hospital. Walaupun ayah saya layak untuk mendapat wad kelas pertama tapi ianya penuh , ayah saya kata tak apalah wad kelas ketiga pun boleh juga , ada ramai pesakit lain, tak sunyi sangat. Ayah saya kata sejak lepas perang , Hospital Seremban macam ni lah keadaannya.
Saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar walaupun ayah saya ditimpa kemalangan. Namun hati saya terdetik , bagaimana keadaan mereka yang lebih tidak bernasib baik ? Warga emas , orang kampung yang tiada kemudahan kenderaan nak berulah alik ke hospital , atau kalau ada kecemasan ?
Terutama sekali orang-orang di Rembau , sedangkan Rembau ialah tempat bermulanya Negeri Sembilan ini. Tiada Rembau tiadalah Undang yang Empat , tiadalah Yamtuan, tiadalah Negeri Sembilan ini. Tapi sehingga ke hari ini masih tiada Hospital di Rembau.
Apakah suara orang-orang Rembau ini tidak ada kekuatan di peringkat kerajaan pusat dan parlimen ?
Itu bab Hospital Rembau yang entah bila hendak siap.
Bab Klinik Desa pula satu hal. Di Rembau ini banyak Klinik Desa yang baru didirikan , tapi malangnya ianya tidak mesra warga emas. Nenek saya yang berumur sekitar 90 tahun baru-baru ini luka dah berkudis di kaki. Ayah saya nak bawa ke klinik swasta. Saya tanya kenapa tak bawa sahaja di Klinik Desa Kg. Gadong (Takkan tak tahu Kg Gadong , tempat Khairy Jamaluddin) . Ayah saya kata – Macamano nak bawa , kono naik tanggo tinggi , Wan (nenek) kau tak laghat nak naik do.
Saya sendiri tak pernah pergi Klinik Desa Kg Gadong dua tingkat yang baru siap tu. Tak pasti ye ke tidak tempat rawatannya tingkat atas. Apalah guna buat Klinik Desa di kawasan kampung dua tingkat , padalah kawasan tanah begitu luas boleh buat padang bola. Alangkah baik kalau buat Klinik Desa satu tingkat. Kalau buat di bandar tu lainlah , tanah terhad. Sedangkan di kampung-kampung di Rembau ni begitu ramai warga emas dengan pelbagai penyakit , lumpuh , stroke , lemah jantung dan sebagainya.
Orang Rembau , orang Rembau. Fikirlah sendiri , kita ni macam tersisih saja.
20090802
Laman Web Bazaar MAINS , Seremban
Sebarang urusan sewa menyewa boleh hubungi En Yazid 019-2318771 , 06-7652610 atau En Suhaimi 013-2492565 , 06-7652612
Blog Bazaar MAINS di http://bazaarmains.blogspot.com
Nak tengok betapa pengotor orang N.Sembilan ?
Bukan di Taman Alamanda sahaja, malahan merata-rata tempat sekitar Seremban dan Negeri Sembilan.
Itu bab rakyat Malaysia yang pengotor.
Yang Majlis Perbandaran Seremban pula dah lebih 3 kali buat aduan melalui E-Public minta buat penghadang besi dan amaran dilarang membuang sampah . Masih tak ada tindakan. Rugi rasanya bayar Cukai Taksiran (Cukai Pintu) MPS hampir RM 300 setiap tahun ?
Ke nak kena naikkan cukai pintu lagi ? Ke nak tunggu masuk TV 3 ? Ke nak tunggu masuk Utusan Malaysia ? Ke nak berdemonstrasi jalanan baru nak ambil tindakan ?
Apalah ada pada 1Malaysia, 1Senawang dan macam-macam 1 tapi rakyat Malaysia pengotor, buang sampah dari kereta perkara biasa, pelajar sekolah buang plastik dari bas sekolah perkara biasa. Pelajar sekolah rendah merokok dah jadi perkara biasa sekarang ini.
Undang Rembau pakai serban ?
Banyak sejarah Raja – Raja Melayu kita yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara cuba dilenyapkan oleh penjajah.
Demo demo juga solat jangan lupa
Gambar ini diambil dari Blog http://siasahdaily.blogspot.com/2009/08/blog-post.html . Peserta Demonstrasi Mansuh ISA 1 Ogos 2009 menunaikan Solat.
Sebelum ini gambar askar Malaysia solat pakai but di http://waghih.blogspot.com/2009/07/askar-malaysia-solat-pakai-kasut-but.html
20090801
Tahanan ISA, Nordin M Top dan filem Hindi Amitabh Bachan
Tak silap saya baru lagi filem Khakee ini disiarkan di TV3. Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini.
Filem Hindi ini mempunyai banyak maksud yang tersirat. Seolah-olah pengganas dan terroris paling ditakuti di dunia iaitu Noordin Mat Top, juga tahanan ISA yang tidak diketahui latar belakang “kepengganasannya” iaitu Mat Sah Mohamad Satray dan lakonan Amitabh Bachan sebagai Polis dalam filem Khakee yang membela seorang yang dituduh sebagai “terroris” Islam ada kaitannya.
Begitu juga dengan kisah bagaimana penduduk miskin di Venezuela melakukan perhimpunan aman untuk menuntut kembali pemimpin kesayangan mereka Hugo Chavez yang diculik, dipulangkan kepada rakyat dan negara.
Jadi saya harap pembaca semua membaca pautan-pautan di bawah ini dan membuat penilaian sendiri.
Saya percaya masih ramai lagi polis-polis di Malaysia ini dan pegawai-pegawai tentera di Malaysia ini yang jujur dan ikhlas seperti DCP Anant Shrivastav ( lakonan Amitabh Bachan ).
Pautan filem Khakee http://watchonline.hindi-movie.org/2009/05/watch-khakee-new-hindi-movie-online.html
Pautan kisah Noordin Mat Top http://aangirfan.blogspot.com/2009/07/noordin-top-works-for-security-services.html
Kisah Tahanan ISA Mat Sah Mohamad Satray http://lailagmi.blogspot.com/2009/05/salaam-takziah-dari-gerakan-mansuhkan.html
Kisah pemimpin Venezuela , Hugo Chavez http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/07/sebuah-dokumentari-yang-harus-ditonton.html
Walau apa pun sebagai orang Islam , kita kembalilah kepada Al Quran dan Hadith.
Makmurkan masjid dan surau di tempat tinggal kita dengan solat jemaah.
Hidup di dunia ini tak sampai sekelip mata , hidup di akhirat kekal selama-lamanya.
Apa khabar sahabat-sahabat di Ibu Pejabat Polis berikut :
IPD Sepang http://dinn9.blogspot.com/
IPPK Perak http://bakaipk.blogspot.com/
IPK Kedah http://bakaipkkedahagama.blogspot.com/
IPD Kuala Muda http://tengku30.blogspot.com/
IPD Bera http://syedasyri.blogspot.com/
Fatwa Hari Pahlawan dan Tugu Peringatan Negara
Ayah saya dulu juga adalah merupakan Pahlawan Negara. Blog kisah beliau di sini http://hjmalakan.blogspot.com . Ayah saya gambar atas dua dari kiri. Sebagai bekas pahlawan ayah saya amat tidak bersetuju dengan acara memperingati Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara.
“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”
PERDANA MENTERI HADIR ISTIADAT LETAK KALUNGAN BUNGA HARI PAHLAWAN
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.
Terdahulu C/Insp Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk "Pahlawanku" sebaik sahaja tiupan "Last Post" bergema dan bendera Malaysia diturunkan.
Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=429230
http://fotoweb.bernama.com/fotoweb/preview.fwx?position=10&folderid=5093&search=pahlawan&sorting=modifytime_desc
Letak kalungan bunga di Tugu Peringatan HARAM – JAKIM
Haram Letak Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara
http://mufti.perak.gov.my/isu/tugu_kenangan.pdf
Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371
“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428
Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608
Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.