"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20091029
Banyak betul Pasaraya baru di Senawang
Maklumat lanjut pada pautan berikut http://siewkaiyek.blogspot.com/2009/10/econsave-seremban.html
20091028
Cari Harta Karun Sukaneka 7 dan 8 Nov 09 Senawang
Anjuran: Persatuan Anak-anak Dyslexia dengan Kerjasama Nisa’ Rembau
PROGRAM MENCARI HARTA KARUN
Tarikh : 7 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Senawang
Hadiah MENARIK ditawarkan untuk tempat ke 1 hingga ke 10
Syarat-Syarat Penyertaan :
- Terbuka kepada semua
- Acara berkumpulan (4 orang satu kumpulan – 2 Dewasa, 1 Remaja & 1 kanak-kanak Dyslexia /anak-anak istimewa)
- Penyertaan TERHAD sehingga 30 kumpulan pertama yang didaftarkan
- Untuk perdaftaran awal, sila hubungi Cik Jazilah (019-3073100) atau Cik Najihah (013-9474951)
PROGRAM MINI SUKANEKA
Tarikh : 7 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Senawang
Hadiah MENARIK ditawarkan untuk tempat pemenang 1-3
Syarat-Syarat Penyertaan :
Terbuka kepada semua (penyertaan PERCUMA)
5 Acara dipertandingkan
- Acara 1 - Pertandingan melipat lampin (Lelaki Dewasa)
- Acara 2- Pertandingan makan buah (Lelaki Dewasa)
- Acara 3- Pertandingan masuk manik ke benang (Perempuan dewasa)
- Acara 4 - Pertandingan kutip gula-gula (kanak-kanak )
- Acara 5 - Pertandingan tiup belon (kanak-kanak)
PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
Tarikh : 8 Nov 2009 (AHAD)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Dataran Senawang
Hadiah MENARIK ditawarkan untuk pemenang tempat 1-10
Syarat-Syarat Penyertaan :
Terbuka kepada semua Kanak-kanak berusia 4 – 11 tahun ( PERCUMA)
- Kategori 1 – Berumur 4 – 7 Tahun
- Kategori 2 – Berumur 8-11Tahun
Sila bawa pensil warna sendiri (tidak disediakan pihak penganjur)
Promosi Belajar Bahasa Tamil dan Arab di Senawang
- Memudahkan kita berkomunikasi dengan seseorang yang berlainan bangsa
- Meningkatkan keyakinan diri
- Membantu kita mendalami pelbagai bidang ilmu
- Menjadi jambatan kepada kita membina kerjaya pada masa hadapan
- Mengukuhkan semangat kerjasama antara kaum
KELAS KOMUNIKASI BAHASA TAMIL
Setiap Minggu Selama 3 Bulan
Masa : 8.30 mlm – 10.00 mlm
Hari : Setiap Selasa & Rabu ( selama 3 bulan )
Tempat: PASTI Al-Hidayah , Taman Tasik Jaya , Senawang
Tenaga Pengajar: Cik Normala Thevi Abdullah
Yuran: RM 35 seminggu / RM 140 sebulan (RM 30 seminggu / RM 120 sebulan untuk ahli keluarga pelajar PASTI N.Sembilan)
Penyertaan : Terbuka kepada golongan dewasa & remaja 12 tahun ke atas
KELAS AKAN BERMULA PADA 24 NOV 2009
Kelas terhad untuk 20 orang SAHAJA
Bagi yang berminat boleh menghubungi Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com atau En Yaacob 012-3781945 untuk pendaftaran awal.
KELAS KOMUNIKASI BAHASA ARAB
Masa : 8.30 mlm – 10.00 mlm
Hari : Setiap Isnin & Jumaat
Tempat: PASTI Al-Hidayah , Taman Tasik Jaya , Senawang
Tenaga Pengajar: Cik Atriza bt Umar
Yuran: RM 35 seminggu / RM 140 sebulan (RM 30 seminggu / RM 120 sebulan untuk ahli keluarga pelajar PASTI N.Sembilan)
Penyertaan : Terbuka kepada golongan dewasa & remaja ke atas
KELAS AKAN BERMULA PADA 23 NOV 2009
Kelas terhad untuk 20 orang SAHAJA
Bagi yang berminat boleh menghubungi Pn Norwani 013-3851202 halwan9@yahoo.com atau Cik Atriza 012-6845637 atriza2001@yahoo.com atau En Yaacob 012-3781945 untuk pendaftaran awal
Kedua-dua kursus ini Anjuran : Muslimat MTD Paroi dengan kerjasama PASTI Al-Hidayah Taman Tasik Jaya
Orang mati pun layak dapat kupon beras
Sampai bilakah masalah ini akan berlarutan ? Senang saja , edar semua borang bantuan secara online atau melalui laman web. Biar pegawai setiap agensi siasat dulu dalam pengkalan data samada pemohon ada mendapat bantuan lain dan layak, kemudian turun padang dan siasat.
Jangan semata-mata tunggu JKKK yang beri nama. Saudara mara, jiran tetangga, wartawan dan individu yang prihatin boleh membantu memberi maklumat terus kepada agensi berkaitan JKM, BaitulMal dan sebagainya.
*************************
Kosmo 27 Oktober 2009
Orang mampu pun tersenarai - Senarai nama penerima bantuan subsidi beras diragui, orang mati juga dapat
ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mendedahkan terdapat nama golongan berkemampuan yang disenaraikan sebagai penerima kupon subsidi beras.
Selain itu, katanya, nama orang yang telah meninggal dunia juga didapati masih tersenarai untuk menerima bantuan tersebut sehinggakan orang miskin yang benar-benar layak terpinggir.
Sehubungan itu, beliau meminta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) negeri Kedah melakukan pembersihan terhadap senarai nama golongan terbabit yang masih terdapat dalam sistem E-Kasih.
Menurut beliau, pengeluaran kupon itu akan dilakukan berdasarkan senarai nama yang terdapat dalam sistem tersebut namun pihaknya mendapati ada antara data-data itu meragukan.
"JKKKP diminta agar buat bancian dengan pusing keliling kampung bagi mengenal pasti setiap orang miskin supaya nama mereka disenaraikan sebagai golongan yang layak mendapat kupon subsidi beras itu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
13 Ekor Lembu Mati Dipanah Petir
Mat Salleh Awang, 58, berkata kejadian dipercayai berlaku antara pukul 8 dan 12 malam tadi berikutan keadaan hujan lebat dan ribut petir.
Katanya, pada kebiasaan, kira-kira 50 ekor ternakan termasuk kambing dan kerbau miliknya pulang ke kandang menjelang malam, namun 13 ekor lembu terbabit langsung tidak kelihatan.
"Saya tidak mengesyaki apa-apa kejadian buruk berlaku hinggalah diberitahu oleh kawan saya pada 8 pagi tadi tentang penemuan bangkai kesemua lembu itu di kawasan ladang kira-kira 1.5 kilometer dari rumah saya," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, setibanya di situ, dia mendapati terdapat kesan terbakar di beberapa bahagian pada kesemua bangkai lembu itu.
Mat Salleh berkata, dia kemudian menghubungi pihak Jabatan Verterina dan hasil pemeriksaan katanya, mengesahkan punca kejadian akibat panahan petir.
Kerugian katanya dianggarkan bernilai lebih RM7,000.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=450453#
EGM PAS, Sorry aku tiada masa untuk politiking
Siapa nak jadi wali, emak ayah dia dah berpisah. Saya kata nak kahwin senang kalau dah macam tu, pergi saja Pejabat Agama pakai wali hakim.
Dalam hal lain ada orang mengadu anaknya 15 tahun, tak tahu cuti sekolah 2 bulan ni nak hantar mana. Risau akan bergaul dengan rakan-rakan yang melepak, merempit dan sebagainya.
Dalam pada tu surau, masjid, jemaah makin kurang, sibuk rumah terbuka sana sini. Madrasah Ramadhan ternyata gagal, tak tahu apa KPI madrasah Ramadhan. Kalau pergi masjid di kampung-kampung di N.Sembilan ni , lagi haru, kalau ada Imam, Bilal , Siak solat 5 waktu dah kira mencapai KPI agaknya.
Program peringkat cawangan, kawasan masih banyak belum terurus, tenaga kurang, kewangan kurang. Semua nak jadi jagoan bincang pasal EGM, tapi tak nak jadi jagoan uruskan jenazah, bersih tandas surau, beri nasihat remaja mabuk dan merempit. Bincang ketuanan Melayu lebih penting dari tolong remaja Melayu yang hilang arah tujuan.
Sekarang pula isu EGM PAS. Sorrylah aku tak ada masa nak fikir pasal EGM ni, banyak kerja lain nak buat, di kejiranan, di cawangan, di kawasan, di masjid, di surau. Terlalu banyak, buat mana yang larat.
Kalau nak tahu pasal Mossad, CIA, NED, Psyop , Espionage, Counter Espionage, Double Agent, Task Force 2010, Task Force 960 boleh , tapi sekarang bukan masanya. Banyak masalah keliling kita tak selesai.
20091026
Kedai aktivis PAS kebakaran di Kuala Pilah
Turut terlibat ialah kedai runcit milik Puan Rahimah yang baru kematian suami (Allahyarham Osman) 4 hari sebelum itu.
Sehubungan dengan itu mereka yang ingin menghulurkan bantuan kewangan untuk meringankan sedikit beban mereka yang terlibat dengan kebakaran ini bolehlah menghubungi wakil Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Pilah Sdr Mohd Anizar Abd Rahman di talian 017-6812025.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun berikut :
Nama: MOHD ANIZAR ABD RAHMAN
Maybank: 155023331741
Bank Islam: 05012010069722
Sila SMS masa dan jumlah yang dimasukkan ke 017-6812025
Semoga bantuan yang sedikit dari kita semua akan meringankan beban dan merapatkan ukhuwwah kita semua.
Juga berita berkaitan di pautan berikut http://jemapohku.blogspot.com/2009/10/kebakaran-kedai-makan-karim-suhaimi.html
Projek sakit susahkan orang Senawang
Malangnya akibat projek sakit sistem kumbahan berpusat menyebabkan jalan utama telah penuh sesak , hinggakan ada pemandu yang tidak bertanggungjawab, tidak berakal, tidak berdisiplin meletak kereta di tengah-tengah jalan utama. Lihat sini http://alqhisti.blogspot.com/2009/10/akal.html
Bukan itu sahaja bahkan penduduk Taman Anggerik mengalami kesulitan apabila pengunjung pasaraya meletak kenderaan di hadapan jalan rumah mereka.
Semuanya akibat projek sakit kerajaan Malaysia. Ulasan lanjut projek sakit ini di sini http://waghih.blogspot.com/2007/01/projek-menyusahkan-rakyat-negeri.html
Justeru itu untuk mengelakkan keadaan tidak diingini berlaku seperti kemalangan jalanraya, penduduk taman mengamuk dan sebagainya adalah disarankan beberapa agensi kerajaan mengambil serius cadangan berikut :
1. Menyiapkan segera projek sakit kerajaan Barisan Nasional ini terutamanya di Taman Anggerik.
2. Pihak polis melakukan rondaan dan menyaman kenderaan yang meletak kenderaan di tengah-tengah jalan utama.
Paroi , N.Sembilan dilanda banjir lagi
PASTI Amal Senawang anjur Korban di Kemboja
Kos untuk satu bahagian korban (lembu) hanya RM 280 sahaja.
Untuk mendapatkan borang penyertaan sila hubungi mereka yang berikut :
Tn Hj Faisol 019-3440826
Sdr Nazri Zainal 019-9103431
20091024
Mini Traktor terpakai utk dijual di Senawang
Harga masih boleh dirunding dan jual-beli adalah "cash and carry".
Traktor masih dalam keadaan yang baik, panduan pacuan 4 roda (4 wheel drive) berkapasiti 18 kuasa kuda (HP) dengan tayar belakang masih lagi baru (Kira-kira berharga RM1,700) dan tayar depan yang masih lagi berkeadaan baru.
Traktor kini berada di Taman Pinggiran Senawang, Senawang, Negeri Sembilan.
Mini traktor ini cukup kuat dan lasak, boleh memelau dan merotor sebarang jenis tanah.
Sila hubungi Mohamad Husaini Husin 013-359 8318 untuk mereka yang hanya betul-betul berminat sahaja.
Maklumat lanjut di http://sut07.blogspot.com/2009/10/cadangan-untuk-menjual-mini-traktor.html
Pameran Siksaan Penjara Iraq 28 ke 31 Okt 09 KL
INTERNATIONAL TORTURE EXHIBITION
Tarikh : 28 – 31 Oktober 2009 (Rabu-Sabtu)
Masa : 10 pagi – 6 ptg
Tempat : Dewan Tun Razak , Hall 4 , Level 4 , PWTC , Kuala Lumpur
INTERNATIONAL CONFERENCE
Venue: Dewan Merdeka Hall, PWTC
Date: 28-29 October 2009
Time: 9 am-6 am
KUALA LUMPUR WAR CRIMES COMMISSION
Venue : Dewan Tun Ismail Hall, PWTC
Date : 30 October 2009
Time : 9 am-6 pm
KUALA LUMPUR WAR CRIMES TRIBUNAL
Venue : Dewan Tun Ismail Hall, PWTC
Date : 31 October 2009
Time : 9 am-6 pm
HIGHLIGHT : Penyiksaan Menggunakan Air , Kamar Penyiksaan , Peralatan Untuk Menyiksa , Penjara Abu Ghraib , Pembunuhan Beramai-ramai di Haditha
Pengalaman lapan mangsa perang diseksa dan didera di Penjara Abu Ghraib, Iraq dan Guantanamo akan didedahkan kepada hadirin Persidangan dan Pameran Antarabangsa Jenayah Perang: Menjenayahkan Perang yang akan berlangsung di PWTC, KL dari 28 hingga 31 Oktober 2009.
Persidangan tersebut membawa mangsa perang dari Iraq untuk menceritakan kisah mereka.
Ia juga menampilkan 18 penceramah dari kalangan aktivis serta tokoh anti perang tempatan dan asing, termasuk Ahli Parlimen Britain, George Callaway; bekas Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Cynthia McKinney dan Profesor Ekonomi Universiti Ottawa, Michael Chossudovsky, bekas Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Hans Von Sponeck.
Tribunal dan Suruhanjaya Perang Kuala Lumpur turut bersidang pada 30 dan 31 Oktober bagi mendengar keterangan mangsa penderaan akibat penjajahan kuasa besar di Iraq.
Orang ramai boleh menghadiri program bermula jam 10 pagi hingga 6 petang ini tanpa dikenakan bayaran.
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap kekejaman dan kesan peperangan.
Kita mahu masyarakat dunia sedar bahawa perang membunuh dan mencederakan ramai orang serta tentera.
Perang bukan saja menjejaskan ekonomi, tetapi juga kehidupan sosial
Maklumat lanjut di http://www.perdana4peace.org/ dan http://www.criminalisewar.org/
Ulasan akhbar di http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20091023000602/Article/index_html
Promosi Kartun Zunar dan Konco konco
Berbeza sedikit dengan yang lain, disamping mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan, Konco Zunar juga mengutamakan kualiti, yakni setiap kartunis dalam kumpulan ini mestilah membawa mesej kepada masyarakat sebagai keutamaan disamping teknik melukis.
Dipelopori oleh kartunis berpengalaman, Zunar diikuti kartunis muda Jonos dan Ronasina serta teman-teman seperti Azzam Supardi, Nazar, Israq, Maisuri dan lain-lain sebagai permulaan.
Zunar Dan Konco-Konco menyediakan khidmat membekal apa juga jenis produk yang boleh dibeli atau ditempah orang ramai. Juga menyediakan khidmat kepakaran untuk menjalankan aktiviti melukis kartun serta mengadakan kursus untuk melatih kartunis muda.
Buat permulaan Konco Zunar menyediakan:
1. Kelas Melukis Kartun
2. Tempahan untuk menjalankan / menguruskan aktiviti / menguruskan aktiviti melukis / peraduan melukis untuk hari keluarga / sambutan DLL
3. Melukis karikatur (akan datang)
4. Lain-lain produk
Maklumat lanjut / pertanyaan, hubungi kami di talian 03-22744931 atau emel di editorkartun@gmail.com . Laman Blog di http://koncozunar.blogspot.com/
20091022
Pasport untuk mengenali Rasulullah saw
Buku Pasport Rasulullah saw mengandungi ringkasan biodata Nabi Muhammad saw, keluarga baginda dan juga para sahabat dalam bentuk Pasport Antarabangsa.
Harga pasaran adalah RM29.90 dan harga tawaran di http://bekam-sunah.blogspot.com/ ialah RM24.90 termasuk kos penghantaran melalui pos laju bagi Semenanjung Malaysia (Tambahan RM5.00 untuk Sabah, Sarawak dan Brunei).
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi Mohamad Husaini bin Husin , e-mel mhhrs@yahoo.co.uk , tel 013-3598318
Untuk pembayaran sila bank-in ke akaun Mohamad Husaini bin Husin, akaun Maybank 162357001095 dan sila sms butir-butir bank-in (masa & no rujukan), nama penuh dan alamat lengkap untuk urusan pengiriman.
Setiap pembelian 5 naskhah akan mendapat 1 naskhah percuma. Tawaran terhad.
Keluhan aktivis dakwah di N.Sembilan
****************************
Apalah makna kita mengaku umat Nabi Muhammad saw tetapi tetamu kita persiakan, kehadirannya dianggap menyusahkan dan membebankan. Urusan dan sakit peningnya tidak diambil peduli. Pangkat dan kuasa menutup mata. Memandang manusia dengan pandangan hina. Kalau beginilah orang yang diberi amanah untuk menjalinkan ukhuwah adakah akan berjaya !
Kami di YKSNS kini menumpukan aktiviti yang boleh diukur pencapaiannya, contohnya menukar kad pengenalan, mengajar solat, menyediakan kemudahan makan minum dalam tempoh perlindungan, berusaha untuk mendapatkan pekerjaan, cuba menyediakan pekerjaan untuk saudara baru, berusaha memperbaiki hubungan kekeluargaan saudara baru yang bermasalah kerana perpindahan agama.
Malanglah, kami tidak mendapat pertolongan yang sewajarnya dan sepatutnya daripada agensi berkaitan. Apabila ada pihak bertindak dengan kasar, pegawai kerajaan bergegas-gegas buat kerja tetapi apabila diminta dengan penuh sopan santun mereka tidak memberi perhatian.
Kalau kita bandingkan SOP paderi kristian dengan pendakwah kita - kita jauh ketinggalan.
Saya memerlukan bantuan, tolonglah bukan untuk diri saya tetapi demi agama. Raikanlah saudara baru - tolonglah....
Kalau tak sanggup letak jawatan dan bagi kepada orang lain yang mampu dan layak. Ramai ustaz-ustaz yang lain berkelulusan dan prihatin.
Pilihlah yang mampu buat dan penuhi tanggungjawab.
Cerita sepenuhnya di http://yksn9.blogspot.com/2009/10/jaringan-kerjasama.html
Alhamdulillah, hari ini saya ke Pusat Dakwah Islamiah Paroi dengan 2 misi, pertama untuk membuat pendaftaran saudara baru dan kedua ingin berkenalan dengan KPP Dakwah yang baru.
Sukarelawan kami, Hajah Norizan memaklumkan bahawa kami ingin membuat pendaftaran saudara baru. Dia pun bawa borang untuk diisi. Saudara baru ini tidak berpelajaran. Pegawai itu suruh dia mengisi borang. Sambil melutut di meja sofa di ruang menunggu saudara baru ini pun mengisi borang.
Ada beberapa orang pegawai di situ. Tiada keraian, tiada keceriaan, tiada kata-kata sapaan. Hambar dan cukup membimbangkan suasana PDI, saya kata bukan, saya bukan ustaz. Apa sebab dia berfikir begitu? tak tau lah...
Lagi kelakar, pegawai yang membawa borang masuk Islam itu, tanya Hajah Norizan - seorang je kan yang nak masuk Islam hari ini. Nak tanyalah berapa kali kena masuk Islam.
Nampaknya kita kena pegi belajar dengan padri kristian la...
Cerita sepenuhnya di http://yksn9.blogspot.com/2009/10/alhamdulillah-hari-ini-saya-ke-pusat.html
20091021
Rahsia 35 Sejadah berdiri Solat di Malaysia
Adakah mereka mengingatkan umat Islam di Malaysia ini agar mendirikan solat 5 waktu sehari semalam 7 hari setiap minggu (di masjid/surau/musolla utk muslimin) (5 x 7 = 35) ?
Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: “Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)” Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. ( Surah 5 Ayat 7 )
Maka sesungguhnya Kami akan menyoal umat yang telah diutuskan (Rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul itu. ( Surah 7 Ayat 5 )
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
Kejadian serupa di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh http://daniallea.blogspot.com/2009/10/sejadah-sembahyang.html
Sejadah berdiri Solat, bakar rumah yang tak solat di masjid
Terlalu banyak kejadian sejadah yang bangkit seakan-akan menunaikan solat akhir-akhir ini. Ambillah pengajaran daripadanya. Jangan sampai fenomena alam ketentuan Ilahi yang akan memusnahkan rumah-rumah kita semua. Bala yang menimpa akan menimpa semua orang samada beriman atau tidak.
Dari Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda, `Sungguh aku punya keinginan untuk memerintahkan shalat dan didirikan, lalu aku memerintahkan satu orang untuk jadi imam. Kemudian pergi bersamaku dengan beberapa orang membawa seikat kayu bakar menuju ke suatu kaum yang tidak ikut menghadiri shalat dan aku bakar rumah-rumah mereka dengan api." (HR Bukhari 644, 657, 2420, 7224. Muslim 651 dan lafaz hadits ini darinya). http://www.eramuslim.com/konsultasi/motivasi/sholat-berjamaah-dan-sendiri.htm
PELAJAR SEKOLAH GEMPAR LIHAT 35 SEJADAH BERDIRI DI SURAU
PASIR MAS, 20 Okt 2009 (Bernama) -- Warga Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di sini, gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=448290
20091020
20091019
Pingat Tentera Udara wajar mendapat ganjaran.
Pingat Tentera Udara (PTU), a meritorious and gallantry award for bravery and valour for RMAF personnel, should also be receiving a similar allowance announced recently by the government for recipients of the PGB and the SP.
Cerita selanjutnya di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/is-pingat-tentera-udara-ptu-subservient.html
Program Penyusuan Susu Ibu 8 Nov 09 Senawang
Tarikh : 8 November 2009 - Ahad
Masa : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat : 9-1 Coco Drive, Taman Bandar Senawang, Negeri Sembilan
PENDAFTARAN :
RM35/seorang
RM60 untuk pasangan suami isteri
RM30/seorang untuk yang mendaftar sebelum 25 Oktober 2009
PENYERTAAN :
Ibu bapa yang mempunyai bayi yang menyusu.
Bakal ibu bapa.
Mereka yang menjaga bayi yang menyusu susu ibu.
HUBUNGI :
019-6548073 (Dr Faridah Idris)
019-6532973 (Shamsul Kamal Idris)
email : myzulfa@gmail.com
Kenapa perlu menyusukan anak?
Benarkah susu ibu ini baik makanan terbaik untuk bayi?
Apakah cara yang betul untuk menyusukan anak?
Bolehkah terus menyusukan anak selepas kembali bekerja?
Betul ke anak saya dapat cukup susu ?
Bagaimana nak selesaikan masalah penyusuan susu ibu ini?
Masih tercari-cari jawapannya?
Maklumat lanjut di sini http://2uzulfa.blogspot.com
Restoran OneTY TOMYAM Senawang kini dibuka
20091018
Pendaftaran pelajar Sek Ren AsSaidiyyah NS 2010 dibuka
Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah menawarkan Pengajaran dan Pembelajaran berbentuk Akademik, Diniyyah dan Pembangunan Sahsiah Pelajar
Kelebihan ( 5 dalam 1 ) :
- UPSR
- SPPM
- UPSRA
- UPKK
- Peperiksaan Sekolah
Lepasan SRIAS :
- Sekolah Menengah Islam Se
- Sekolah Menengah Agama Kelolaan JAINS
- Sekolah Menengah Agama Kelolaan JPNS (SHAMS & PEDAS)
- Sekolah Menengah Aliran Agama (KSS)
- Sekolah Menengah Agama Swasta
Proses Pembelajaran dan Tarbiah di SRIAS satu Pelaburan di Dunia dan Akhirat
Maklumat lanjut hubungi :
Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah
Jalan Senawang-Paroi
Seremban, N.Sembilan
Tel : 06-6771197
Fax : 06-6795661
Maklumat lanjut di http://puspa-ns.blogspot.com
20091015
EXPO Kanak Kanak Istimewa 6 ke 8 Nov 09 Seremban
Tarikh: 6,7 dan 8 November 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa : 9 pg – 10 mlm
Tempat : Dataran Senawang, Senawang, N.Sembilan (Berhadapan Maybank)
Maklumat lanjut hubungi :
Hj Pazilan Abd Hadi
Tel : 0173017235 / 0173017428 / 06-6785160
E-mel : dyslexian9@yahoo.com.my
Laman web : www.dyslexiaseremban.com
ATURCARA
JUMAAT (6/11/2009)
9.00 malam -Tayangan Video `Kanak-Kanak Dyslexia' & Tayangan Video Upin & Ipin The Movie
SABTU (7/11/2009)
8.30 pagi - Pendaftaran Peserta, Acara `Mencari Harta Karun'
10.30 pagi - Mini Sukaneka
8.30 malam - Acara Nyayian/Tarian/bercerita
AHAD (8/11/2009)
9.00 pagi - Taklimat/Khidmat Nasihat Doktor Pakar Kanak-Kanak Dr.Puan Norizan - Permasalahan Kanak-Kanak Dyslexia'
- Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak
10.30 pagi - Taklimat dari Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan
11.30 pagi - Taklimat `Program Pemulihan Khas Integreti' Dari Pegawai Pendidikan N.Sembilan
8.30 malam - Penutup & Penyampaian Hadiah
9.00 malam - Konsert ` Teristimewa bersama kanak-kanak Istimewa
20091012
Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang PD
Terdapat Medan Selera yang agak baru didirikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Makan tengahari tiada ikan bakar. Yang ada ialah Nasi Putih dengan Masak Asam. Masak asam menggunakan ikan segar, tokeh kedai kata ikan baru tangkap dan hidup lagi tadi. Ada ikan sembilang, ikan pari dan ikan kembung.
Sahabat saya minta ikan sembilang, saya minta ikan pari. Tambah lagi dengan sayur kailan goreng.
Sambil duduk menunggu makanan kami menikmati keindahan jeti nelayan dan kedamaian suasana teluk. Pada pandangan saya tempat ini boleh dimajukan lagi jika ada perkhidmatan sewa bot mengelilingi kawasan telok dan pantai berhampiran. Yang ada terdapat di jeti hanyalah bot-bot kecil para nelayan tempatan.
Lama juga tunggu hidangan makanan. Rupa-rupanya masak asam pedas di masak apabila ditempah menggunakan periuk tanah (clay pot) , cukup istimewa.
Hidangan nasi putih yang menyelerakan menggunakan beras berkualiti, ditambah dengan timun serta sambal belacan dan popodum.
Terperanjat tengok dua set hidangan asam pedas tadi rasanya boleh makan 8 orang. Dalam hati saya rabaklah poket nak bayar nanti. Terpaksa pesan satu pinggan lagi nasi tambah.
Bila bayar sekali lagi terperanjat, cuma RM 25 sahaja. Kalau macam ni,lepas ni boleh bawa satu famili dan keluarga di kampung untuk makan tengahari.
Untuk makan malam ikan bakar belum cuba lagi. Saya pasti harga dan kualiti makanan tak jauh berbeza.
Kerajaan Negeri Sembilan harus lebih mempromosikan dan memajukan tempat ini sebagai satu pusat pelancongan yang terkenal.
Tahap kebersihan kawasan persekitaran haruslah diambil berat oleh penduduk dan peniaga setempat, para pengunjung dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Perusahan bot pelancongan haruslah diadakan bagi menambahkan lagi aktiviti rekreasi di sini.
Lebih kurang 100 meter selepas Medan Ikan Bakar ini terdapat Hutan Rekreasi, Kolej Uniti dan Pusat Belia Negara. Juga terdapat Kem PLKN berhampiran tempat ini.
Kepada mereka yang belum pernah ke sini, saya sarankan agar mencubanya.
Peta ke Medan Ikan Bakar Kg Telok, Pasir Panjang di bawah
View Larger Map
20091007
Kuantan sebagai Bandar Tentera Udara
Sudah ada atau belum Bandar Tentera Udara di Malaysia ? Kalau belum elok isytiharkan Kuantan sebagai Bandar Tentera Udara , tak perlu tunggu pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Kita telah menghantar angkasawan. Tetapi tindakan susulan agar bidang aero angkasa menjadi salah satu industri utama di negara ini tidak begitu rancak.
Kuantan amat sesuai untuk Bandar Tentera Udara kerana bandar tersebut menghadap Laut China Selatan, iaitu laut yang luas di sebelah timur iaitu satu keperluan untuk pelancaran sebarang roket ujian. Apa sahaja yang dilancarkan menegak ke atas, akhirnya akan condong ke sebelah timur, dan jatuh kembali ke bumi disebabkan arah dan momentum putaran bumi.
Antara aktiviti berkaitan tentera udara dan aero angkasa di Bandar Tentera Udara ialah aktiviti pendidikan, industri pembuatan, ekonomi dan pelancongan seperti:
- Muzium tentera udara dan pameran aeroangkasa
- Aktiviti Kem Aero angkasa atau "Aerospace Camp"
- Institusi pengajian tinggi dan kolej teknikal yang menawarkan kursus aeroangkasa
- Industri perkhidmatan aero angkasa
- Industri pembuatan aero angkasa
- Planetarium dan aktiviti astronomi seperti cerapan bintang
Bandar Tentera Udara Kuantan atau "Fightertown Kuantan" boleh menjadi satu kenyataan.
20091006
Kisah Jemaah Tabligh di Padang, Sumatera
Diedit dari laman blog Ustaz Hambali http://hambalialorstari.blogspot.com/2009/10/padang-yang-aku-kenali.html
Padang Yang Aku Kenali :
Namun begitu usaha agama di Padang agak perlahan berbanding dengan Medan, Pekan Baru dan juga Jambi. Kesemua tempat ini telah pernah aku keluar di sana. Pekan Baru pada tahun 1985, Medan pada tahun 1997 dan Jambi 2006.
Masjid lebih ramai wanita yang hadir daripada lelaki. Malah ada masjid yang pengerusinya (Ketua masjid) adalah perempuan.
Malah ada sesetengah masjid yang ada tempat mandiannya mereka mandi bogel tanpa sebarang rasa malu. Ini berlaku di hadapan mata kami sendiri. Hairannya tidak ada sebarang teguran dibuat.
Antara perkara unik yang aku dapati adalah pemeliharaan anjing di rumah orang-orang Islam seperti memelihara kucing di sini. Malah ada ulama yang aku khususi pun memelihara anjing.
Bila usaha agama begitu lembab maka natijahnya amalan agama makin pudar. Satu pulau yang berdekatan hampir 80% penduduk Islam di sana telah murtad.
Sebenarnya Padang adalah tempat lahir berbagai ulama besar di Indonesia, Imam Bonjol, Kiyai H.Sulaiman Rasyid dan Prof.Dr. Hamka adalah berasal dari sini.
Hari ini Padang telah musnah dengan gerak gempa. Ratapan, tangisan dan kesedihan oleh penduduknya hasil kesan dari bencana berkenaan.
Semuga Allah swt mengembalikan Padang seperti peringkat awalnya dan ianya memerlukan usaha dan doa kita semua.
****************************
AMAL MALAYSIA rayu bantuan mangsa gempa bumi Padang
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) menyeru seluruh rakyat yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia Rabu lalu.
Menurut Presidennya, Husin Ismail dalam laman rasmi NGO berkenaan, Amal Malaysia mangambil tanggungjawab untuk menjadi perantara kepada masyarakat Malaysia yang mempunyai kesedaran untuk menyalurkan bantuan khususnya bantuan kewangan kepada mangsa yang sedang berhadapan dengan ancaman maut akibat bencana alam yang melanda.
"Misi bantuan kemanusiaan AMAL lebih tertumpu kepada bidang perubatan, bantuan makanan, khemah penginapan sementara, dan bekalan air bersih.
Sehubungan itu, beliau berkata, AMAL Malaysia mengalu-alukan penyertaan tenaga-tenaga perubatan serta tenaga-tenaga pakar yang ingin mengambil pengalaman berkhidmat dengan misi kemanusiaan.
Mereka boleh dihubungi di talian 03-61874382 atau datang terus ke pejabat di alamat 127-2, Jalan SBC 1, TAman Seri Batu Caves, Selangor.
Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut juga boleh menghubungi Husin sendiri di talian 019-9511860, Jamuliddin yang juga Ketua Bantuan Kemanusian di talian 019 6644796 atau laman web http://www.amalmalaysia.net
Manakala bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan AMAL Malaysia iaitu:
MAYBANK Malaysia Berhad (MBMB) NO: 553010122090, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) NO: 13010002499715 dan Hongkong & Shanghai Bank (HSBC No: 001057884021
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22704&Itemid=1
20091005
Hantar Pasukan Peninjau ke Padang, Sumatera
AMAL melihat keperluan memberi bantuan kemanusiaan kepada negara jiran yang menerima musibah tersebut. AMAL akan mendapatkan maklumat awal dari pasukan sukarelawan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan MUAMALAT iaitu NGO di Indonesia. Selapas penilaian dari pasukan tersebut, tindakan susulan akan di ambil oleh AMAL untuk menghantar pasukan sukarelawan seperti Pasukan Perubatan dan lain-lain jika perlu.
Maklumat lanjut, akan di perolehi dari pasukan ini kelak. Oleh itu, pihak AMAL sangat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan khususnya sumbangan kewangan dari semua pihak yang prihatin terhadap bencana yang menimpa rakyat di Pandang, Indonesia.
Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Maybank, 553010122090 YAYASAN AMAL MALAYSIA dan sila maklumkan ke 019-9831927 atau 019-6644796.
http://www.amalmalaysia.net
Pendedahan seorang Kolonel di Bagan Pinang
Pengakuan seorang bekas Lt Kolonel tentera
Perumahan terbengkalai di lebuhraya PD
Cara kempen berhemah BN
Dan banyak lagi
20091003
MALAM AMAL NUSANTARA
MALAM AMAL NUSANTARA 2009
“Kepedulian Merentasi Sempadan”
17 Oktober 2009 (Sabtu)
8.30 malam hingga 11.30 malam
Tempat : Petronas Management Training Sdn Bhd (Permata), Kawasan Institusi Bangi
Maklumat lanjut di http://nusantara.jim.org.my
Aturcara
8.00 malam - Ketibaan tetamu
8.30 malam - Ucapan
9.00 malam
- Persembahan Multimedia Aktiviti Nusantara JIM
- Pelancaran Program Qurban dan Aqiqah JIM
- Pelancaran Projek Anak Angkat Nusantara JIM
- Pelancaran Buku Jejak Risalah di Nusantara tulisan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
- Pelancaran NICE (Nusantara Islah Centre of Excellence)
9.30 malam - Persembahan Nasyid & Makan Malam
11.00 malam - Tamat Program
Sumbangan dan tajaan untuk membantu pengumpulan dana bagi penerusan program-program di Nusantara boleh dibuat melalui
1. Belian meja Malam Amal Nusantara 2009
MEJA EMAS = RM2000 (RM200/kerusi)
MEJA PERAK = RM1000 (RM100/kerusi)
2. Sumbangan ikhlas kepada Tabung Nusantara JIM
3. Tajaan pendidikan pelajar Nusantara
Sumbangan boleh dibuat melalui transaksi atau bank in kepada akaun “PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA” di Maybank, no akaun: 5622 0960 8847 atau Bank Muamalat Malaysia Berhad, no akaun: 1403 0004 0537 11. Pembayaran secara online melalui laman web: www.jim.org.my/e-bazaar
Sila maklumkan kepada Sekretariat MAN’o9 apabila sumbangan dan tajaan dibuat.
SEKRETARIAT MALAM AMAL NUSANTARA 2009
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
Lot 300.3. Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 03-4108 9669 / 014-311 0628
Faks: 03-4107 1754
Emel: mnt1964@yahoo.com (Mohd Nasir Tampol)
Pengenalan
Malam Amal Nusantara 2009 (MAN’09) julung-julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai salah satu usaha untuk mengumpul dana bagi penerusan usaha-usaha bersepadu JIM di Nusantara. Mengambil pendekatan 1UMMAH, 1ASEAN dan 1Malaysia, MAN’09 yang bertemakan “Kepedulian Merentasi Sempadan” ini akan diadakan pada 17 Oktober 2009, 8.30 malam hingga 11.30 malam di PERMATA (Petronas Management Training Centre Sdn Bhd) Bangi.
Di antara program-program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh JIM di beberapa negara dan tempat di Nusantara termasuklah:
- Kursus Pendidikan guru-guru di Kemboja (1995)
- Program Tajaan Berbuka Puasa & Sadaqah di Selatan Thai, Kemboja, Mindanao, Ambon, Maluku, Acheh, Meulaboh, Sulawesi, Kalimantan dan Vietnam (sejak 1996)
- Program Qurban dan Aqiqah di Selatan Thai, Kemboja, Mindanao, Ambon, Maluku, Acheh, Meulaboh, Sulawesi, Kalimantan dan Vietnam (sejak 1996)
- Misi Kemanusiaan ke Ambon dan Maluku (2000)
- Misi Kemanusiaan ke Mindanao (2001)
- Misi Peduli Aceh-PKS pasca tsunami (sejak 2005)
- Tajaan Pendidikan Anak Yatim dan Miskin Pelajar Acheh serta Pelajar Vietnam
- Bantuan kemanusiaan kepada masyarakat Rohingya di Malaysia
Dalam usaha melaksanakan tanggung jawab membantu umat Islam di Nusantara, JIM mengambilkira beberapa kriteria asas dalam pemilihan negara dan tempat bantuan iaitu di negara atau tempat umat Islam yang faqir dan miskin, yang sedang ditindas, yang ditimpa musibah (contohnya bencana alam) dan yang dilupakan.
20091001
Lampu isyarat berbahaya di Bagan Pinang
Malam tadi kami ke Bagan Pinang. Kami melalui jalan utama ke bandar Port Dickson dari arah Telok Kemang. Sampai sahaja di depan stesen minyak Petronas di Batu 4 kami terkejut ada 2 orang gadis melintas.
Rupa-rupanya di situ ada tempat lintasan pejalan kaki menuju ke kawasan pantai. Mujur sempat brek. Lampu isyarat pejalan kaki tidak kelihatan, puas mencarinya. Disebabkan oleh terlalu banyaknya lampu hiasan ketupat merentangi jalan, lampu isyarat tidak kelihatan.
Rupanya ada satu lampu isyarat di tepi jalan, memang tak perasan. Lepas tu pula garisan kuning melintas tidak berapa terang.
Dalam perjalanan balik , kami melalui jalan yang sama. Kelihatan ada kemalangan dan ambulan telah sampai , betul-betul di tempat lintasan pejalan kaki tersebut.
Kepada pihak berwajib seperti JKR, mohonlah tambah lagi lampu isyarat yang tinggi dan tambah garisan kuning yang terang atau buat bonggol jalan atau speed breaker di sini.
Kepada Majlis Perbandaran Port Dickson, janganlah letak lampu hiasan berhampiran lampu isyarat.
Ni nak pilihanraya ni, tindakan perlu cepat, kereta makin banyak, sebelum makin ramai menjadi mangsa.
Kepada pengguna jalanraya , berhati-hati bila melalui kawasan ini.